Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Keris Dijulang Lagi

Zaman sekarang tiada lagi individu yang menggunakan keris seperti zaman dahulu kala ketika era Kesultanan Melayu Melaka, Riau, Majapahit, Johor dan sebagainya. Keris masih wujud hingga ke hari ini tetapi ianya hanyalah dijadikan sebagai simbol atau lambang perjuangan orang Melayu.

Yang peliknya senjata orang Melayu ini cukup digeruni oleh masyarakat kaum lain di Malaysia terutamanya kaum Cina. Buktinya suatu ketika dahulu ketika Perhimpunan Agung UMNO, Ketua Pemuda UMNO ketika itu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menghunus dan menjulang keris Panca Warisan. Selepas itu timbullah isu panas yang mengecam perbuatan Hishammuddin kerana disifatkan berbaur ancaman kepada kaum lain.
.
Pemimpin politik masyarakat Cina menyatakan bahawa perbuatan menghunus dan menjulang keris itu seolah-olah orang Melayu mahu membunuh masyarakat Cina sepertimana tragedi 13 Mei 1969 yang pernah berlaku dahulu. Atas rasa prejudis yang melampau itu, Hishammuddin digesa untuk memohon maaf kerana tindakannya yang dikatakan menyentuh sensitiviti dan berunsurkan ancaman kepada kaum Cina di negara ini.
.
Pada saya tiada salahnya kerana ia telah menjadi satu acara dan simbolik setiap kali Perhimpunan Agung UMNO diadakan untuk memperlihatkan semangat dan perjuangan UMNO mempertahankan kedaulatan dan hak orang Melayu di Malaysia. Hanya simbolik! Siapa pula yang nak berbunuhan sesama sendiri?
.
Malangnya isu menghunus keris itu telah dipolemik dan dipolitikkan sehingga akhirnya Hishammuddin memohon maaf atas tindakannya itu. Beliau tidak patut memohon maaf. Sepatutnya beliau mempertahankan tindakannya dan bertindak bijak untuk menutup mulut pihak-pihak yang memanipulasikan isu keris itu. Selepas peristiwa itu tiada lagi upacara simbolik menjulang keris dalam apa-apa majlis.
.
Itu kisah lama. Semalam, sebilah lagi keris telah dijulang. Kali ini individu yang menjulangnya itu merupakan seorang negarawan ulung, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersempena dengan pelancaran Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA) Selangor di Dewan Serbaguna MPAJ, Ulu Kelang.
.
Selepas ini mungkinkah ada lagi pihak yang akan bersuara membantah tindakan Tun yang menjulang keris? Jikalau ada pihak yang mempersoalkan lagi isu keris dijulang, saya kira mereka ini takut kepada bayang-bayang sendiri di samping cuba menghasut dan bermain psikologi agar orang Melayu dijadikan subjek yang merujuk kepada keganasan dan mengancam nyawa kaum lain di Malaysia.
.
Pandangan saya ialah, kaum lain tidak perlu 'menyalak' dek kerana terlihat sebilah keris dijulang. Tradisi dan budaya Melayu akan diteruskan dan dipelihara, begitu juga dengan tindakan menjulang keris, ia lebih kepada simbolik perjuangan memelihara kepentingan bangsa Melayu.
.
Orang Melayu masih rasional dalam tindakan dan tidak mungkin melakukan perkara yang boleh mencetuskan api perkauman sejagat melainkan ada faktor-faktor lain yang cuba menggugat orang Melayu terlebih dahulu.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 comments:

Muhammad Syukri Sa'adon Ibrahim said...

tindakan DS Hisham memohon maaf adalah tindakan yg memalukan..

tak salah kalau nak hubus keris sebab orang Melayu masih ramai yg simpan keris2 pusaka yg pernah meragut banyak nyawa..

isu keris di hunus oleh seseorang yg kemudiannya dipolitikkan itu perlu dihadapi dengan bijaksana.

*nak pegang keris pun kena betul, jangan main pegang & hunus je..

faizul2110 said...

bagi saya buat apa mengalah!!
lagi pun Melayu sekarang dah terlalu banyak di me-layu-kan, sekali sekali mengingatkan kemegahan bangsa melayu apa salahnya..

cuba cari dalam google pasal artikel ni...

penghulu bangsa spiritual Melayu vs Yahudi.

baca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!