Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Mana Hak Pelajar?

Biasanya apabila kita berasa tidak puas hati, banyak cara yang boleh kita lakukan untuk menyampaikan masej tersebut. Cara kekerasan dan tuntutan melulu bukanlah cara saya, tetapi saya mengambil pendekatan yang lebih berhemah dengan cara meluahkan apa yang terbuku melalui medium siber supaya kita dapat berkongsi bersama. Saya mahukan satu penyelesaian dicapai demi kepentingan bersama.
.
Saya tidak berminat untuk merahsiakan atau melindungi apa-apa maklumat, mesej ini perlu diampaikan secara telus dan terus. Isunya ialah hak pelajar yang menginap di Desasiswa AMAN DAMAI tidak mendapat kemudahan infrastruktur yang diharapkan.
.
Saya tidak berhadapan sebarang masalah dengan pihak pentadbiran pejabat desasiswa, saya mengenali staf-staf yang berkhidmat di pejabat tersebut dan hubungan kami sememangnya baik. Malangnya hubungan para penghuni desasiswa AMAN DAMAI dengan Penggawanya sangat mengecewakan.
.
Peranan Majlis Penghuni Desasiswa AMAN DAMAI (MPDAD) yang bertindak selaku perantara antara para penghuni dan pihak pengurusan juga dilihat tidak berkesan. Saya tidak menyalahkan MPDAD kerana saya yakin MPDAD sendiri mempunyai masalah yang tersendiri untuk berurusan dengan Penggawa.
.
Isu tuntutan tempat letak motosikal berbumbung pelajar sudah lama dibangkitkan namun sehingga sekarang tiada apa-apa tindakan. Saya difahamkan tiga orang Yang Dipertua MPDAD bermula dengan Sdr. Jaya Johan, Sdri. Rashidah (Anne) dan Sdr. AinFikri Ngassri sudah silih berganti memperjuangkan perkara yang sama tetapi hampa.
.
Apa masalahnya?
.
Isu ini lebih berfokus kepada pelajar lelaki di blok K01 dan K02. Para pelajar mahukan hak mereka mendapat kemudahan yang diperlukan. Yang menjadi keutamaan ialah tempat letak motosikal berbumbung. Itu sahaja yang dipersoalkan sejak sekian lama. Mana hak pelajar? Mengapa hak pelajar untuk melindungi dan memelihara harta benda mereka (motosikal) dinafikan?
.
Kami tidak bising mengenai keadaan blok dan bilik yang dikatakan lebih muram berbanding desasiswa lain. Kami tidak minta blok kami direnovate atau lain-lain permintaan yang mengarut. Kami sudah biasa dan selesa dengan keadaan sedia ada. Kami hanya mahukan tempat letak motosikal berbumbung.
.
Motosikal di AMAN DAMAI tidak mempunyai tempat perlindungan. Ada yang mengeluh, motosikal yang baru dibeli dua bulan sudah mulai berkarat di tempat-tempat tertentu kerana terpaksa dibiarkan berpanas dan berhujan setiap hari. Saya yakin kebanyakan pelajar lelaki sangat mengambil berat keadaan dan penampilan motosikal mereka.
.
Apabila pelajar meletakkan motosikal di tempat-tempat yang redup, mereka dipersalahkan kerana meletakkan motosikal sesuka hati dan dikecam kerana SIKAP mereka yang tidak mematuhi peraturan. Keinginan dan kehendak pihak pengurusan MESTI dipatuhi, tetapi bagaimana pula dengan keinginan dan kehendak pelajar?
.
Sekarang, para pelajar telah dihalang daripada meletakkan motosikal di tempat-tempat yang kebiasaannya redup. Kami akur. Besi penghadang telah dipasang di tempat tersebut dan pastinya selepas ini kawasan meletak motosikal sedia ada tidak mencukupi dan berlaku kesesakan.
.
Selain itu tiada jaminan keselamatan di kawasan sedia ada turut merisaukan para pelajar sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.
.
Sebagai salah seorang pelajar yang memiliki motosikal di desasiswa ini, saya turut berkongsi rasa yang sama dengan pelajar-pelajar lain. Tuntutan yang sebegitu mudah tidak diendahkan dan pelbagai alasan diberikan oleh penggawa.
.
Tidak perlu saya sarankan pihak berkenaan supaya melakukan lawatan ke sekolah rendah. Untuk apa? Bak kata seorang rakan saya dari Tanah Merah Kelantan, "sekolah rendah pun ada tempat letak BASIKAL berbumbung untuk murid-murid...."
** Minta apa yang perlu.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

5 comments:

ks30069 said...

Salam...

Saya secara peribadi turut sayang motorsikal saya...Jadi saya mahu juga me'rehat'kan motorsikal saya di kawasan redup...

Semoga bumbung untuk motorsikal akan muncul suatu hari nnt di aman damai....

FikRaH FiKIRaN said...

salam...
harap segala kesulitan ini di pandang dari sudut positif..
minta pebghuni aman damai bertenang, dab memberi ruang kepada pihak terbabit mengatur semula prosedur dan langkah seterusnya..
harap patuhi arahan dan peraturan desasiswa...

rizuan mh said...

assalamualaikum,

perkara ini sempat saya ajukan terus kpd Penggawa anda dan maklum balas yg diterima sgt positif. Menurut beliau, satu peruntukkan besar telahpun diluluskan bg memenuhi tuntutan tersebut. Bukanlah ia tidak dilayan sebaliknya proses kelulusannya mengambil masa yg agak lama. Diharap perkara ini dibincangkan di peringkat pengurusan terlebih dahulu. Menurut Penggawa anda juga, ia telah pun dimaklumkan kpd MPD AD sendiri. Tahniah kpd anda semua yg menuntut hak kebajikan sebagai penghuni dan pelajar secara berhemah. Teruskan usaha murni anda melalui saluran yg terbaik.

aziz azmi said...

terima kasih sdr rizuan atas info dan perkembangan yg diberikan...
cuma proses yg diambil itu memakan masa yang sangat lama...itu yg sering dipersoalkan para penghuni.

sy sekadar menyampaikan rs tidak puas hati mereka...

Anonymous said...

saya setuju dgn sdr rizuan..
mmg peruntukan itu telah diketahui oleh MPDAD dan kami sendiri sedang menunggu tindakan selanjutnya..
penggawa dan MPDAD dh bt keje...bkn duduk goyang kaki jer..
so kita sbg penghuni diharapkan bersabar....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!