Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Ada Lagi Pengkhianat?

Saya suka perkataan "pengkhianat" ini dijadikan tajuk entri kali ini kerana ia kedengaran agak kasar dan pasti menimbulkan pertanyaan siapakah gerangannya yang menjadi pengkhianat?
.
Dalam politik kampus USM, isu pengkhianat pernah tercetus dan kronologi isu ini sangat menarik untuk kita ketahui. Isu ini sengaja ditimbulkan dan ditujukan kepada individu tertentu yang berpaling tadah atau berubah ideologi dan sokongan terhadap kumpulan asal mereka.
.
Nak dijadikan cerita, dalam edisi PRK sidang lalu, dua orang calon favourite telah dilabelkan sebagai pengkhianat kerana telah menyertai Pro-A di saat-saat akhir. Tidak perlu saya highlight siapakah nama dua orang individu tersebut, sekiranya anda kaki politik kampus, pasti ada di antara kita dapat membayangkan wajah jejaka berdua itu yang akhirnya menang kerusi umum.
.
Mereka dikatakan mempunyai imej dan berfahaman Islamik, tetapi apabila mereka mengambil keputusan bertanding atas tiket Pro-A, maka ramailah golongan Islamik menepuk dahi kerana menyangkakan individu berkenaan akan bertanding mewakili kumpulan mereka.
.
Kita dapat lihat berlaku kekhilafan percaturan dan salah sangka yang kronik dalam kalangan mereka. Maka ketika rapat umum sedang berjalan di padang kawad, perkataan "pengkhianat" sangat popular apabila calon-calon tersebut memulakan pidato dan hujahan manifesto masing-masing.
.
Itu kisah rapat umum kempen PRK yang lalu. Kali ini, apakah mungkin ada lagi pengkhianat? Gelombang Gerakan Bebas (GGB)??.
.
Difahamkan anggota team GGB ini kebanyakannya dari kem Pro-A dan menjalinkan hubungan baik dengan wakil dari PMI. Ada juga golongan dari PMI yang lari dan menyertai GGB kerana faktor-faktor tertentu dan ada juga golongan kecil yang benar-benar bebas daripada mana-mana fahaman politik di kampus.
.
Walaupun mereka mengambil keputusan tidak bertanding, tetapi gerakan perang psikologi mereka telah menentang Pro-A dan Pro-M. Khabar angin juga bertiup mengatakan mereka yang menggerakkan GGB terdiri daripada golongan kecewa dan golongan merajuk. Adakah kesemuanya dikira golongan pengkhianat?
.
Mungkin ya mungkin tidak. Apapun persepsi kita terhadap GGB, ia bergantung kepada bagaimana cara kita mengenali team gerakan bebas ini. Soal pengkhianat ataupun tidak, saya serahkan kepada anda untuk menilai.
.
Satu lagi, sekiranya laungan "pengkhianat" bergema menjadi satu bahan provokasi terhadap pihak lawan dalam rapat umum nanti, maka persoalan yang menjadi tajuk entri ini telahpun terjawab.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 comments:

FikRaH FiKIRaN said...

assalamualaikum..salam perpaduan..

hmm..entry yang menarik oleh moderator..tahniah..

'PENGKHIANAT'...persepsi awal akan membawa kepada pemahaman yang lebih bercorak 'negatif' yang menyatakan bahawa seseorang itu berpaling ataw talam dua muka..

namun...sedar ataw tidak..hak menghukum bukan berada pada tangan kita secara total...kehadiran insan politik yang dikategorikan sebagai 'pengkhianat' adalah hanya berlandaskan kepada definisi asal mereka yang hanya tahu melabel..mungkin mereka ini menggunakan hak asasi mereka di bawah kebebasan untuk memilih dan bersuara..

dalam bahasa yang mudahnya, elemen 'pengkhianatan' tidak dapat lari dalam arena politik kerana acap kali mereka yang melawan arus bagi kepentingan-kepentingan kumpulan tertentu akan dihadiahkank label ini..

dalam kontek GGB, secara peribadi saya kira mereka ini menggunakan sedikit pengaruh yang mereka ada untuk memeriahkan lagi proses awal pemilihan MPP kali ini....GGB boleh diibaratkan sebagai 'kabinet bayangan' kerana mempunyai beberapa calon berpotensi besar yang mampu menggegarkan dunia politik kampus....

nasihat peribadi saya adalah untuk kita sama-sama kembali kepada niat asal kita...dan berilah peluang kepada setiap calon untuk mempromosikan diri mereka..membuktikan diri mereka yang terbaik..insyaAllah

kita tunggu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!