Orang Melayu sekarang sudah tidak sama lagi seperti Melayu zaman feudal. Almaklumlah zaman sekarang masyarakat Melayu kita sudah berpendidikan tinggi. Negara pula bukanlah berkonsepkan seperti zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.
.
Zaman sekarang zaman moden. Orang Melayu hebat-hebat belaka. Maju pula tu. Bijak pandai semakin bertambah. Orang Putih kata intelligent. Yang terlebih pandai terlebih cerdik pun ada. Macam-macam strategi bodoh dan tindakan bangang dibuat untuk mendapatkan kepuasan.
.
Apa yang saya ceritaka ini ada kaitan dengan Mamat seorang ni...orang Melayu la kan bila saya menyebut nama Mamat. Mamat yang menggelarkan dirinya ADUKA TARUNA ini orang Melayu maju, bijak, pandai, cerdik, hebat, berkuasa, bebas dan berani. (Kalau ada sesiapa nak tambah sifat-sifat mahmudah untuk dia, silalah).
.
Si ADUKA TARUNA ini mencari publisiti murahan, semurah harga diri atau maruahnya. Kemangkatan Sultan Johor dihina dan diulas dengan kata-kata yang begitu kesat. Barangkali dia ni lebih mulia darjatnya berbanding keturunan Diraja.
.
Membaca ulasan pendek di blognya itu (klik sini) membuatkan kita tersenyum dan geli hati dengan aksi beruk yang terlatih ini. Nampaknya, dia punya cara bagaimana hendak melariskan blognya itu. Mudah saja, ulas la apa sahaja cerita yang berkaitan kepentingan negara dengan perspektif yang negatif dan sumbang.
.
Maka ramailah yang akan surf blognya untuk melihat ulasan blog yang macam sampah itu. Melihat penulisannya yang tak berakal itu mampu membuatkan kita berasa loya. Orang pandai lagi bijaksana seperti inilah yang selalu mendapat perhatian kerana pandai mengeksploitasi keadaan.
.
Lihat saja rating blognya, dalam satu hari sahaja bilangan hitsnya sangat tinggi, bilangan yang online di blognya pun tinggi, yang memberi komen ada ulasannya itu pun ramai. Nak dijadikan cerita, blog saya pun memberi publisiti kepada blognya. Jadi makin ramailah yang login ke blog beliau yang tiada otak ini. Well done la bro! Lu memang bijak walaupun tak pakai otak.
.
Beginilah caranya orang Melayu kita nak popular. Tak payah guna otak pun dah boleh popular. Hina je Sultan mana-mana negeri, mesti ramai yang komen balik. Popular la. Senang kan? Sengaja nak mengumpan la tu. Konon-kononya nak tengok respon pembaca yang pro dan kon.
.
Entri kali ini saya selitkan sedikit beberapa perkataan kurang sopan. Setelah dibaca kali kedua apa yang saya tulis, rupanya memang seronok la guna ayat yang kurang ajar. Patut la si ADUKA TARUNA ni jadi kurang ajar sebab dah terbiasa guna ayat kurang ajar dalam blog dia.
.
** Banyak 'sampah' kat internet...kena pilih mana yang boleh pakai, mana yang kita patut lempar jauh-jauh bagi anjing makan.
2 comments:
kadang2 memang seronok guna perkataan kurang sopan & kurang ajar..
penulis blog yg bangsat tu secara jelas menghina al-marhum baginda sultan kita..aku dapat bayangkan kalaulah baginda sultan masih ada dan sihat mesti dia kena penampar sultan kita..
aku cabar mamat bangsat dan durjana tu untuk tunjuk muka dia yg sebenar..jangan berselindung seperti mana raja petra..
macam sial!!!
salam ziarah
nak buat macam mana....bahasa melambangkan peribadi...jadi ADUKA TERUNA melambangkan peribadi nya sebagai blogger PAS yang sangat beriman....
Post a Comment