Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Bintang Israel pada duit syiling baru Malaysia

Bank Negara telah mengumumkan bahawa wang kertas dan duit syiling baru akan dikeluarkan untuk kegunaan awam tidak lama lagi. Pada pendapat aku, rekaan, corak dan warna wang kertas dan duit syiling negara kita memang cantik, jauh lebih cantik daripada wang negara-negara lain. 

Tahniah juga buat Bank Negara sebab rajin tukar design wang kertas. Beberapa tahun dahulu pengenalan wang polimer RM5, corak baru, kalis air. Tidak lama selepas itu wang kertas RM50 juga berubah coraknya. Tetapi kali ini, pengubahsuaian dilakukan secara menyeluruh terhadap semua nilai wang kertas, RM1, RM5, RM10, RM20 (diperkenalkan semula setelah 11 tahun tidak dikeluarkan) dan RM100, kecuali RM50 yang dikekalkan coraknya. Memang cantik, berwarna-warni, elemen yang dipamerkan pada wang kertas beridentitikan Malaysia. Kalau kita lihat wang kertas Dollar Amerika Syarikat, itulah corak dan warnanya  (hitam putih) sejak sekian lama yang mungkin mencapai ratusan tahun sejak penubuhan Amerika Syarikat.  Kalau ada perubahan pun ia tidaklah begitu ketara. Mengapa mereka tidak mengubah design wang kertas mereka? Mungkin mahu memelihara keaslian, warisan , tradisi rekaan wang tersebut, atau mungkin elemen pada wang tersebut mempunyai maksud dan signifikan tertentu  yang melambangkan agenda Barat yang kita tidak tahu. Wallahua'lam. Berbeza kita di Malaysia yang sentiasa menikmati dan melihat kelainan dari semasa ke semasa pada wang kertas Ringgit Malaysia. (aku tak pasti ayat-ayat dalam perenggan ni menyindir atau memuji Bank Negara).
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Korea Utara yang pelik tetapi menarik untuk diketahui


Korea Utara sejak penubuhannya hingga sekarang mengamalkan corak pemerintahan autoritarian ataupun diktator. Presiden Korea Utara merupakan satu jawatan yang dipegang turun temurun dan seumur hidup oleh keluarga Kim. Bermula dengan pengasas Korea Utara, Kim il-Sung, Kim Jong-il dan kini jawatan tersebut diwarisi anak Jong-il, Kim Jong-un yang baru berusia 27 tahun.  

Ini bermakna, setakat 2011, Korea Utara baru diperintah oleh tiga orang Presiden sedangkan negara-negara lain yang mengamalkan sistem demokrasi ciptaan Barat telah ditadbir dan diurus oleh ramai pemimpin dan ia sentiasa bertukar ganti apabila berlaku pilihan raya. 

Kuasa keluarga Kim dalam pemerintahan Korea Utara memang hebat sehinggakan setiap generasi daripada keturunannya telah disiap, dibentuk dan dilatih untuk menerajui negara tersebut. Buktinya, Kim Jong-un baru berusia 27 tahun, tetapi dia telah dinamakan dan telah dilatih dari awal untuk menjadi pengganti bapanya. Lebih menarik, kesetiaan rakyat dan pasukan tenteranya sangat padu walaupun dia masih muda.


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ariff Alfian, Adam Adli: Kebebasan apa yang diinginkan?

Ariff Alfian dan Adam Adli tiada sebarang hubungan dan mereka tidak bersangkutan antara satu sama lain. Tambahan pula Ariff Alfian sudahpun bergelar 'isteri' kepada pasangannya yang merupakan seorang lelaki berbangsa Irish. Maka janganlah digosipkan mereka berdua, takut-takut rumah tangga haram yang baru dibina itu berantakan. 

Ini kisah dua pemuda Melayu yang mula 'mencipta' nama tanpa mereka rancang ataupun sedari. Tidak semena-mena nama mereka tersebar dan heboh diperkatakan di alam maya. Seperti yang aku nyatakan tadi, mereka berdua tiada sebarang perkaitan namun terdapat satu persamaan antara keduanya.

Pada mulanya Ariff Alfian tampil 'segak bergaya' dengan baju Melayu ketika menghadiri upacara perkahwinan sejenisnya di sebuah lokasi yang tidak diketahui di luar negara. Tidak lama selepas itu, muncul pula seorang lagi aktor bernama Adam Adli yang juga 'segak bergaya' memperjuangkan kebebasan mahasiswa untuk berpolitik di negara ini. Punca meletusnya perang mulut dan perasaan tidak puas hati ialah apabila Adam Adli bertindak menurunkan bendera yang memaparkan wajah Perdana Menteri dan menaikkan bendera Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di PWTC.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!