Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Komando TLDM vs Lanun Somalia

Komando TLDM ataupun lebih dikenali sebagai Pasukan Khas Laut (PASKAL) merupakan pasukan elit yang dilatih untuk berhadapan dan memerangi segala aktiviti keganasan. Maklumat dan butiran pasukan ini amat sulit dan anggotanya juga tidak dapat dikenalpasti.

Selain daripada PASKAL, negara kita juga mempunyai pasukan Komando lain dari Tentera Darat, Tentera Udara (PASKAU) dan Polis Diraja Malaysia (Komando 69).

Kesemua pasukan ini merupakan aset dan kepentingan negara dalam menangani segala kemungkinan yang mengancam keselamatan negara berdaulat ini.

Atas dasar itulah, baru-baru ini media melaporkan pasukan PASKAL telah menggempur lanun Somalia yang merampas kapal dagang Malaysia, MT Bunga Laurel milik Malaysia International Shipping Corporation (MISC) di perairan Teluk Aden. Menariknya operasi yang sama juga dilakukan oleh Komando Korea Selatan bagi merampas semula kapal dagang negara mereka daripada tawanan lanun tersebut.

MT Bunga Laurel

Tatkala membaca berita mengenai peristiwa tersebut, perasaan puas hati dan kagum terhadap PASKAL tidak dapat disembunyikan. Sememangnya mereka telah membuktikan bahawa pasukan keselamatan Malaysia merupakan pasukan terbaik dan berani menghadapi keadaan yang sukar.

Tiada kematian dilaporkan dan kesemua anak kapal MT Bunga Laurel selamat. Manakala kesemua lanun yang berada di atas kapal tersebut berjaya ditawan. Ini merupakan satu kejayaan besar dan menunjukkan segala taktik dan strategi yang digunakan pasukan TLDM berkesan dalam menyelamatkan nyawa tebusan dan merampas semula kapal berkenaan.

Namun apa yang menarik perhatian, tindakan Komando TLDM dan Korea Selatan dikritik Tentera Laut EU kerana mereka berpendapat operasi penggempuran itu amat berbahaya dan boleh meragut nyawa tebusan.

Adakah Tentera Laut EU tidak berani mengambil risiko melakukan operasi seperti yang dilakukan PASKAL?

Apapun alasannya PASKAL telah membuktikan yang mereka sememangnya profesional, cekap, tangkas dan hebat!!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Woi pencuri..!! pulangkan syiling tu

Bagi saya, kalau dah nama pencuri - mengambil hak orang lain tanpa kerelaan si pemilik, kita tak perlu nak berbudi bahasa atau berlaku baik terhadap mereka. Untuk apa? Jadi tajuk post kali ni amatlah sesuai dengan menggunakan dialog percakapan harian masyarakat kita.

Ketika melihat tajuk utama akhbar tempoh hari, beberapa akhbar menyiarkan berita "pesta" mengutip duit syiling di sebuah lebuh raya. Kelihatan gambar terpampang jelas ramai lelaki sedang asyik mencangkuk mengutip duit syiling di tepi lebuh raya tersebut. Lebih memalukan syiling tersebut bertaburan akibat kemalangan jalan raya yang berlaku. Tidakkah ini mengambil kesempatan untuk diri sendiri hasil daripada kecelakaan yang menimpa orang lain?


Inikah sikap rakyat kita? Tahniah! Anda memang 'prihatin'.

Setelah membaca berita tersebut, beberapa persoalan bermain di fikiran, antaranya,

  • Adakah pemandu Toyota Hilux yang mengalami kecederaan itu diberikan bantuan?
  • Tidak terdetikah di hati mereka bahawa mengambil syiling tersebut adalah satu kesalahan dan berdosa di sisi agama?
  • Adakah polis yang mengawal keadaan di situ tidak memberi teguran atau amaran untuk menghalang mereka daripada terus mengutip syiling tersebut? Atau mereka sengaja tidak mengendahkan amaran polis?
  • Adakah mereka tidak malu bertinggung beramai-ramai mengutip syiling tersebut sambil diperhatikan pemandu lain?
  • Mengapa tiada perasaan bersalah mengambil keuntungan (walaupun tidak seberapa) hasil daripada kecelakaan yang menimpa orang lain?
  • Yang bertaburan hanyalah duit syiling, 50 sen, 20 sen dan 10 sen. Nilainya tidaklah sebesar mana, tetapi mereka tetap mahukannya.
  • Apakah yang mereka boleh lakukan dengan jumlah syiling yang banyak itu? mungkin mahu menyusunnya bertingkat-tingkat di rumah mereka...

Beberapa hari kemudian, saya terbaca berita di akhbar yang sama yang mengatakan bahawa pihak polis meminta orang ramai yang mengambil duit syiling berkenaan supaya memulangkan ia semula kerana perbuatan tersebut menyalahi undang-undang. Salah tetap salah. Walaupun duit syiling, curi tetap curi. Saya pun tidak mahu faham mengapa mereka ambil syiling berkenaan, lainlah kalau yang bertaburan itu wang kertas bernilai RM 50 atau RM 100.

Pulangkanlah la syiling tu di balai-balai polis berdekatan wahai si pencuri. Berdasarkan gambar dan maklumat orang ramai, anda bakal ditahan pada bila-bila masa kerana kesalahan mencuri.

Memang tak malu!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Hindraf kecoh lagi

Apa agaknya yang tak kena dengan kumpulan yang telah diharamkan ini? Hindraf bikin kecoh lagi sepertimana yang dilaporkan di media hari ini. Isunya berkenaan bantahan terhadap novel Interlok. Tidak perlu dibahaskan lagi mengenai novel tersebut kerana banyak berita dan pendapat telah disiarkan di media perdana dan alternatif. Kebanyakannya menyebut bahawa ia memperihalkan realiti kehidupan dan sistem masyarakat yang datang ke Tanah Melayu sebelum kemerdekaan negara. Noktah.

Walaupun pelbagai pihak termasuklah intelektual dan pemimpin dari kaum India sendiri tidak menafikan fakta yang terdapat dalam novel tersebut, tetapi masih ada segelintir pihak yang terus menghukum Interlok hanya kerana berasa terhina dengan sistem dalam masyarakat yang mereka cipta sendiri.

Bezanya, kali ini mereka membuat kekecohan ketika menyambut perayaan mereka sendiri, Thaipusam yang diadakan hari ini.

Utusan Online 20 Jan. 2011

Masihkah kita ingat tahun sudah apabila kumpulan tersebut menyerbu rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri?? Untuk apa? ramai yang mempertikaikan tindakan kumpulan tersebut termasuklah masyarakat India sendiri yang merasakan tindakan mereka itu tidak kena pada tempatnya.

Adakah kumpulan ini sengaja ditubuhkan bagi mencetuskan kekacauan? Saya tidak merasakan kekecohan itu perlu dilakukan ketika orang ramai sedang menyambut sesuatu perayaan, tidak kiralah perayaan untuk agama apa sekalipun.

Ianya adalah biadab!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Masa menanti habuan

Banyak blog dan portal berita sudah mula melancarkan perang saraf berikutan pilihan raya kecil DUN Tenang sudah semakin hampir. Nampaknya pelbagai berita negatif sudah mula tersebar, cerita-cerita buruk dan serangan peribadi terhadap calon kedua-dua parti bertanding tersebar luas.

Mahu percaya atau tidak, itu persoalan kedua kerana masyarakat kita sangat berpegang kuat kepada kesetiaan terhadap parti politik yang menjadi pilihan. Maka soal calon itu mungkin menjadi pilihan kedua untuk dipertimbangkan.

Semalam ketika melayari laman sosial Facebook, saya terbaca status milik seorang kenalan yang mengatakan bahawa alangkah baiknya jika ADUN atau Ahli Parlimen kawasannya meninggal dunia kerana kawasannya itu akan berhadapan dengan PRK. Maka PRK akan mengubah suasana kawasan itu menjadi medan curahan janji dan habuan kepada penduduk setempat. Pemimpin negara juga akan bertandang ke sana dan masa itulah akan digunakan sebaiknya untuk mendekati dan mengambil berat akan permasalahan rakyat.

Saya dengan segera memberi komen ringkas, "Setuju!!".

Ya, memang benar apabila PRK bakal diadakan ia akan memberikan sedikit habuan kepada penduduk kawasan berkenaan. Tidak kiralah projek jangka masa panjang, sumbangan ihsan atau program bantuan kerajaan terhadap pelajar-pelajar sekolah dan sebagainya.

Ini yang berlaku apabila PRK bakal diadakan kerana ia merupakan satu cara memikat hati pengundi. Ini bukan lagi taktik, tapi sudah menjadi kebiasaan atau trend. Lihat sahaja berita di televisyen, banyak program diadakan di kawasan tersebut bagi menarik perhatian pengundi. Sebagai rakyat, kita mengambil sikap "kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan". Inilah rezeki ataupun dalam istilah politiknya habuan untuk pengundi.

Boleh dikatakan habuan itu sebagai perangsang kepada pengundi untuk memilih dan mengundi calon dari parti tertentu. "Kami beri kamu bantuan, kamu beri kami UNDI". Adil? Soal timbal balas itu penting. "Wa tolong lu, lu tolong wa".

Persoalannya, adakah ada di antara kita yang mendoakan supaya ADUN dan Ahli Parlimen di kawasan masing-masing supaya cepat meninggal dunia? Tak mungkin lah....

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tolong Ingatkan Aku

Ini bukan kisah Anugerah Juara Lagu (AJL 25). Adalah mustahil untuk blog ini memaparkan kisah hiburan dan industri muzik. Sekadar meminjam judul lagu sang juara pada malam tempoh hari, mungkin ada kaitan sedikit dengan apa yang berlaku sebelum post ini dikarang.

Agak janggal apabila kita melakukan semula perkara yang sudah lama kita tinggalkan. Maksudnya, sudah beberapa bulan blog ini tidak di'update' memandangkan aku lebih banyak menumpukan kepada perkara-perkara lain. Usahkan nak mengarang, menjengok laman ini pun jarang-jarang dilakukan.

Maka apabila ada kenalan bertanyakan mengenai blog ini, jawapan yang mereka terima ialah, "tak aktif lagi dah"...maksud yang penuh kejujurannya ialah si penulis blog ini MALAS nak mengarang lagi. Walaubagaimanapun, beberapa minit sebelum post ini ditulis, seorang coursemate perempuan meminta izin untuk menggunakan artikel yang ada dalam blog ini untuk dijadikan rujukan esei tugasannya.

Maka dengan rasa blur dan confuse, seakan ingat tak ingat, "ada ke artikel di blog ini seperti yang beliau maksudkan itu?" Nampak sangat penulis blog ini sudah terlalu lama meninggalkan habit menulis sehingga terlupa blog sendiri. Apabila blog ini diakses semula, memang ada artikel yang beliau maksudkan dan tanpa keberatan permintaannya itu dijawab dengan "boleh je...copy la". Tiada royalti akan dituntut. Ini penulisan bebas, tiada hak cipta terpelihara.

Mesejnya, memang penulis blog ini patut diingatkan selalu bahawa janganlah dibiarkan ruangan ini terus sunyi tanpa perubahan dan perkongsian ilmu. OK, coursemate tersebut memang telah mengingatkan semula penulis blog ini kepada blognya sendiri.

Kepada yang lain, "Tolong Ingatkan Aku"...

terima kasih.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!