Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Adil ke? (bah. 2)

Kali ni kisah adil atau tidak, tapi bukan isu harga naik tapi isu melabel orang rasis atau tak bergantung pada tindakan yang dilakukannya. Mari kita lihat beberapa kes yang menjadi perhatian media dan kita bandingkan...

Kes 1: Namewee...semua orang kenal dia kerana banyak menghasilkan klip video yang menghina, mencaci, memaki hamun sesiapa yang dia mahu sejak beberapa tahun lalu. Lagu Negaraku, azan dan TNB antara yang menjadi mangsa. Banyak laporan polis telah dibuat tetapi TIADA tindakan undang-undang dikenakan sehinggalah ke hari ini.

Kes 2: Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Kulai, Johor dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dalam majlis perhimpunan di sekolah tersebut. Kes ini SERTA-MERTA menjadi perhatian dan tindakan 'cuti' dikenakan terhadap pendidik tersebut sehingga siasatan selesai.

Kes 3: Juga melibatkan seorang pengetua, tetapi berlaku di Utara Semenanjung. Pengetua SMK Bukit Selambau juga dikatakan mengeluarkan kenyataan rasis dan hasil aduan masyarakat Cina dari parti politik DAP, MCA dan Gerakan, pengetua tersebut tidak lagi berada di sekolah terbabit sebaliknya ditempatkan di PPD atau dengan kata lain beliau 'dibekukan' tugasnya sementara menunggu hukuman yang bakal dihadapi.

Kes 4: Seorang guru yang bertugas sebagai pengawas SPM 2010 di SMK Raja Jumaat, Lukut, Negeri Sembilan digantung tugasnya kerana mengeluarkan kata-kata bersifat perkauman terhadap pelajar yang lambat memasuki dewan peperiksaan. Beliau digantung tugas dan tidak menerima sebarang elaun sepanjang penggantungannya sementara menunggu siasatan selesai dijalankan.

Seorang berbangsa Cina yang menghina kaum Melayu, Islam dan negara tidak dikenakan apa-apa tindakan. Malahan bebas menghasilkan lebih banyak klip video sampah yang memburuk-burukkan pihak lain.

Ramai bangsa Melayu (guru) yang mengeluarkan kenyataan perkauman (mungkin juga kenyataannya dimanipulasi) secara serta-merta dikenakan hukuman kononnya agar tidak mengganggu siasatan. Itu tidak termasuk hukuman sebenar sekiranya guru tersebut didapati bersalah.

Melayu tidak boleh buka mulut pasal perkauman, terus dikenakan tindakan oleh kerajaan.

Cina boleh buat apa sahaja termasuklah yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama, kerajaan buat endah tak endah. Tiada langsung tindakan kepada pesalah.

Adil ke tidak? Kerajaan takut ke?
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Adil ke?

Sekian lama menyepi diri, akhirnya aku cuba untuk menulis sesuatu di ruangan ini.

Isu ini bukan isu baru, tapi sekali sekala apabila berlaku ia akan menjadi bahan sasaran dan modal untuk mengkritik kerajaan. Isu kenaikan harga minyak (RON 97) baru-baru ini diikuti pula lonjakan sedikit harga gula, diesel dan LPG sekali lagi menjadi modal untuk didebatkan.

Rasanya setiap kali berlaku kenaikan harga bahan-bahan ini, perkara yang sama akan diulang-ulang, kritikan dan alasan yang sama juga akan diheboh-hebohkan. Di sebelah kiri menyatakan kerajaan tidak efisyen, gagal membantu golongan susah, kenaikan harga membebankan rakyat, hasil penjimatan subsidi diseleweng dan pelbagai lagi kata-kata penyedap rasa.

Manakala di sebelah kanan pula seperti biasa memberikan alasan kenaikan tidak dapat dielakkan kerana mengikut pasaran dunia, untuk mengurangkan subsidi, menjimatkan kos tanggungan kerajaan, memindahkan hasil penjimatan tersebut untuk tujuan dan faedah pembangunan rakyat dan sebagainya.

Walauapapun kritikan dan alasan, sebagai rakyat dan pengguna kita tidak boleh lari daripada masalah ini. Ramai di antara kita mempunyai pendidikan dan pemikiran yang tinggi untuk menilai isu ini. Sedangkan ekonomi dunia mengalami jatuh bangun, ekonomi negara juga dilanda susut naik, inikan pula ekonomi rakyat yang hanya secebis daripada bidang ekonomi secara keseluruhan.

Kita umpama rakyat yang tidak boleh menerima kenyataan, tidak boleh menghadapi kesusahan, tidak boleh ditimpa sedikit ujian. Sekurang-kurangnya kita masih boleh meneruskan hidup walaupun kadangkala terasa bebannya apabila menghadapi saat kenaikan harga bahan-bahan keperluan ini. Adakah kita golongan yang tidak bersyukur? Adakah kita golongan yang kufur nikmat?

Seandainya harga minyak turun atau apa-apa kemudahan diberikan, tiada pula penghargaan dan ucapan terima kasih. Apabila dilimpahi kesenangan dan bantuan ia dikatakan "hak", tidak perlu mengucapkan terima kasih dan ia adalah kurniaan Tuhan. Tetapi apabila ditimpa kesusahan kita mula menyalahkan pihak lain. Mengapa kita tidak menyebut bahawa masalah itu merupakan "hak" Dia untuk menguji kerajaan dan menguji kesabaran kita?

Adil atau tidak untuk kita menyalahkan kerajaan semata-mata? Adakah hak kita sahaja yang perlu ditunaikan? Kita jangan hanya memikirkan kehidupan yang senang sepanjang masa kerana hidup ibarat roda. Allah juga mempunyai hak untuk menguji hidup kita di dunia.

Kesimpulan: terima apa yang berlaku dengan hati terbuka selagi ia tidak menjahanamkan kita. Setiap kritikan dan rasa tidak puas hati yang bermotifkan politik tidak dinafikan tetapi biarlah berpada-pada, rasional dan terkawal. Setiap yang berlaku ada hikmah.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tarawih tanpa ketenangan

Bulan Ramadan adalah masanya untuk umat Islam menunaikan solat tarawih. Peluang ni datang sebulan je dalam setiap tahun. Seperti kebiasaan masjid USM menjadi pilihan untuk menunaikan solat tarawih setiap hari.

Pada permulaan Ramadan hati sangat teruja dengan kehadiran ramai jemaah sehingga penuh dewan solat utama. Namun setelah seminggu berlalu, bilangan jemaah tarawih semakin susut dan setakat hari ini, hanya sepuluh saf sahaja yang tinggal. No komen....

Isu yang nak dibangkitkan di sini ialah, ketenangan dalam solat tarawih hari ini benar-benar dicabul dan digugat dengan suara kanak-kanak yang memekik melolong, terjerit-jerit dan ketawa besar ketika sedang bermain-main di bahagian belakang jemaah tarawih.

Minta perhatian kepada ibu bapa yang gatal bawa anak-anak anda ke masjid tersebut. Tidak salah untuk mendidik anak-anak supaya bersolat di masjid dan memperkenalkan mereka kepada masjid tapi tolonglah bertanggungjawab dengan tingkah laku anak-anak anda dan jangan biarkan mereka berkeliaran dan membuat bising.

Suasana sepanjang solat tarawih sangat mengganggu ketenteraman, riuh rendah dan sedikit sebanyak menaikkan darah. Kanak-kanak tersebut membuat bising....terlalu bising sehinggakan ramai jemaah menoleh ke belakang setelah memberi salam dengan riak wajah yang tidak senang.

Helo...masjid tempat beribadat, jemaah mahukan ketenangan dan kekhusyukan dalam solat. Ini MASJID, bukan FUNFAIR.

Tolong buat sesuatu supaya perkara ini tidak berulang!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Festival Nasyid Pulau Pinang 2010: Ada yang tak kena...

Baru-baru ini USM telah dipilih sebagai venue Festival Nasyid Pulau Pinang 2010 peringkat akhir anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Bertempat di Dewan Budaya, USM majlis ini disertai oleh finalis dari beberapa jabatan kerajaan dan institusi pengajian tinggi awam sekitar Pulau Pinang. Sambutan yang diterima agak menggalakkan dengan kehadiran ramai penyokong kumpulan nasyid yang bertanding termasuklah pelajar-pelajar USM sendiri.

Malangnya kumpulan nasyid USM bukanlah antara finalis yang bertanding pada malam tersebut. Difahamkan USM ada menghantar wakil untuk festival ini, mungkin tercicir di tengah jalan. Tidak mengapalah, itu bukan menjadi persoalan...

Sambil membelek-belek buku tentatif yang diedarkan, tetamu kenamaan yang dijemput bukanlah calang-calang kerana Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, TYT Dato' Seri Utama Haji Abdul Rahman Abbas sendiri turun untuk menyempurnakan majlis tersebut. Turut tercatat di situ Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dato' Mansor Othman. Dah betullah tu, takkan Ketua Menteri Lim Guan Eng nak menghadiri festival nasyid ni. Pemimpin kerajaan negeri sudah semestinya perlu hadir ke malis tersebut memandangkan ianya dianjurkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sedang duduk menanti kehadiran tetamu kenamaan, agak merimaskan apabila sekretariat pengelola dilihat sibuk mengatur tempat duduk peserta, berborak sesama sendiri, memberi arahan entah kepada siapa, menjawab panggilan telefon dan ketika itu terdengarlah ungkapan ini yang nadanya agak marah "mana bleh macam tu...tiba-tiba cancel, lain kali kalau nak cancel bagitau awal-awal". (lebih kurang begitu la ayatnya). Tetapi tidak tahulah kepada siapa ungkapan tersebut ditujukan.

Apa yang pasti persoalan utama di sini ialah, tiada seorangpun wakil USM dijemput untuk menyaksikan festival nasyid peringkat akhir tersebut. Tiada Naib Canselor, tiada Timbalan Naib Canselor, tiada pegawai-pegawai kanan universiti...tiada....tiada seorangpun kelibat mereka kelihatan. Dalam buku tentatif memang tidak tercatatpun nama wakil USM sebagai tetamu, walhal USM ialah tuan rumah majlis tersebut. Ini bermakna memang mereka tidak dijemput.

Akhirnya, TYT tiba dan majlis bermula. Hingga ke akhir majlis hanya TYT sahaja yang hadir selaku tetamu kenamaan bersama isterinya. Persoalan kedua, di mana TKM 1, Hj Mansor Othman?? Kebiasaannya apabila ketua turun padang, pegawai-pegawai dan anak-anak buah juga semuanya akan turun bersama sebagai tanda penghormatan dan kerjasama. Agak janggal dari segi protokol apabila TYT hadir pada malam tersebut tetapi tidak diiringi oleh wakil kerajaan negeri. Di manakah mereka?

Kerusi sudah disediakan, siap dilabelkan lagi dengan nama-nama mereka tetapi tuan empunya badan tidak muncul pula. Maka kerusi tersebut diisi oleh orang-orang yang tidak saya kenali. Jadi mungkinkah dialog di atas tadi ada kaitan dengan ketidakhadiran TKM 1 Pulau Pinang? Mungkin ya...

Sebagai penonton, saya dapat melihat kecacatan majlis tersebut apabila individu-individu penting yang sepatutnya hadir berdasarkan protokol sesuatu majlis tidak kelihatan termasuklah orang penting universiti seperti NC atau TNC kebarangkalian tidak dijemput. Jawatankuasa pengelola juga dilihat seperti tidak bersedia dan berada dalam situasi kelam kabut menguruskan majlis pada malam tersebut. Penampilan sudah segak bergaya dengan berbaju batik berwarna-warni namun kualiti servis dan persediaan yang ditunjukkan tidaklah sesegak gaya penampilan mereka.

Itu tidak dikira dengan kesilapan yang dilakukan oleh pengacara majlis ketika mengumumkan nama pemenang. Sepatutnya kumpulan yang tidak berjaya akan diumumkan sebagai pemenang hadiah saguhati, namun ada kumpulan yang namanya tidak disebutkan dan ada kumpulan yang namanya dipanggil dua kali menaiki pentas untuk mengambil hadiah. Mungkin juga juri yang melakukan kesilapan dalam menentukan kategori pemenang-pemenang. Siapa yang perlu dipersalahkan? Tidak perlu tuding jari, sebab kecacatan majlis nampak sungguh ketara.

Majlis peringkat negeri sepatutnya berjalan lancar dan baik tetapi ia tidak seperti yang diharapkan. Moga-moga 'ada yang tak kena' dalam majlis tersebut tidak berulang...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Cabaran Menangkis Perspektif Negatif PDRM


Polis Diraja Malaysia (PDRM) – Sebuah institusi yang cukup gah namanya di negara ini telah berkhidmat selama 203 tahun kepada rakyat. Bukan sekadar gah pada nama tetapi juga gah pada kecemerlangan dan kecekapannya dalam aspek keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam. Coretan ini tidak bermaksud untuk memberi pujian tinggi melangit kepada PDRM tetapi penghayatan kepada protokol dan proses memahami bidang tugas kepolisan telah mengunjurkan satu sentimen untuk menghargai jasa dan peranan yang dimainkan pasukan ini sejak sekian lama. Amat wajar sekiranya ia diterjemahkan di sini untuk dikogsi bersama dengan pemikiran rasional tanpa tuduhan melulu.

Suatu ketika dahulu PDRM memperkenalkan lencana “Saya Anti Rasuah” yang dilekatkan di uniform setiap anggota polis sebelum ianya ditukarkan kepada lencana “Integriti Amalan Kita”. Lencana tersebut seperti yang kita fahami membawa mesej supaya setiap anggota polis perlu menjauhi amalan rasuah. Hakikatnya amalan rasuah sememangnya berlaku dan telah lama menular dalam institusi PDRM. Oleh sebab itulah kepimpinan PDRM sendiri mengambil inisiatif untuk membanteras gejala ini supaya integriti dan imej pasukan polis tidak diragui masyarakat. Namun, wujud pihak-pihak tertentu yang dilihat sangat sukar untuk mengubah stereotaip “polis makan rasuah” dan pelbagai caci maki dilemparkan terhadap PDRM termasuklah dengan mempersendakan lencana tersebut sebagai “Saya Nanti Rasuah”.

Amalan rasuah diakui berlaku melibatkan nilai yang kecil hinggalah kepada nilai jutaan ringgit. Namun apa yang dikesalkan masyarakat mengambil sikap ‘melihat dengan satu mata’ iaitu hanya melihat PDRM sebagai organisasi penguatkuasa yang mendominasi dan menjuarai amalan rasuah sejak dahulu lagi. Apakah kita tidak melihat organisasi penguatkuasa yang lain? Adakah kita tidak melihat amalan rasuah di negara lain? Rasuah wujud dan berlaku di mana-mana. Pandangan masyarakat terhadap imej PDRM sangat negatif lebih-lebih lagi mengenai gejala ini seolah-olah rasuah hanya berlaku di Malaysia dan PDRM sahaja.

Jika kita membincangkan mengenai rasuah kita akan dapati bahawa banyak lagi organisasi dan negara-negara yang masih lagi bergelut dengan amalan rasuah, sukar dibanteras dan lebih malang lagi amalan tersebut sudah sebati dan menjadi budaya di negara terbabit. Rasuah merupakan satu fenomena, satu isu global yang diketahui umum. Ada yang menyalahkan pihak polis kerana sengaja meminta suapan untuk membereskan kes yang dihadapi pesalah.

Ada juga yang menyalahkan pihak yang memberi sogokan kerana golongan inilah yang menyemai gejala tidak bermoral ini. Polemik ini tidak akan berpenghujung. Sebenarnya jika kita menggunakan analogi permintaan dan penawaran, kedua-duanya saling berhubung dan bergantungan untuk mewujudkan suatu urusniaga. Begitu juga dengan amalan rasuah, pihak yang memberi dan menerima atau meminta rasuah juga saling berhubungkait, bezanya mereka merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam merosakkan imej dan kepercayaan terhadap PDRM. Harus diingat bahawa tugas penguatkuasaan undang-undang merupakan amanah yang bukan mudah untuk dipikul PDRM. Kerjaya mereka melibatkan akses yang meluas terhadap orang ramai yang semestinya sangat terdedah kepada gejala rasuah dan risiko-risiko lain. Hal Ini merupakan faktor utama yang menyebabkan anggota polis terdedah kepada gejala rasuah.

Jangan kita bersuara mengatakan kita sudah tidak menaruh kepercayaan dan memandang serong terhadap PDRM kerana rasuah yang berleluasa, walhal masyarakat kita sendiri yang menyumbang dalam amalan keji ini. Realiti perlu diterima bahawa rasuah adalah satu fenomena yang takkan boleh dihapuskan. Ia seumpama kewujudan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah, banyak usaha untuk membasmi kegiatan ini namun tidak berjaya. Ternyata fenomena buruk seumpama ini bukan mudah untuk dihapuskan tetapi sangat perlu untuk dikurangkan kadar pelakuannya. Maka sudah tentu langkah memerangi rasuah habis-habisan sangat bertepatan dengan konsep pentadbiran yang cekap dan telus yang ingin diwujudkan di negara ini. Dalam masa yang sama kerajaan dan PDRM perlu berperanan untuk mengikis stereotaip tersebut agar tidak terus bersarang dalam minda dan pemikiran masyarakat hari ini.

Trend semasa juga memperlihatkan PDRM sering menjadi sasaran tohmahan dan tuduhan tidak berasas parti pembangkang dalam isu-isu tertentu yang dilihat membawa signifikan kepada survival politik mereka. Mengimbas kembali pendedahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengenai wujudnya aktiviti penyebaran ideologi kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) dalam institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dituduh pihak tertentu sebagai sandiwara kerajaan yang cuba untuk mengalih perhatian rakyat daripada beberapa isu yang berlaku sekarang. Adakah penyusupan masuk JI ke dalam kampus bukan suatu isu yang serius? Wajarkah isu ini dipermain-mainkan dan diperlekeh? Kita patut melihat tindakan PDRM yang telah terlebih dahulu menghidu pergerakan tersebut sebagai langkah pre-emptive.

PDRM bertanggungjawab dalam segala hal keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam, maka satu pujian untuk pasukan ini kerana telah bertindak pantas mengesan kehadiran kumpulan pengganas yang cuba menghasut dan mempengaruhi mahasiswa dengan melakukan penyebaran ideologi ekstremis kepada mereka. Siapakah yang boleh memberi jaminan bahawa Malaysia benar-benar selamat daripada ancaman anasir luar lebih-lebih lagi dunia telah melabelkan rantau nusantara ini sebagai salah satu sarang ataupun pusat kegiatan pengganas yang dikehendaki. Sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat kita seharusnya memberi galakan dan sokongan kepada pasukan PDRM sebagai sebuah organisasi yang sebenarnya berkhidmat melindungi dan memastikan kehidupan masyarakat sentiasa aman dan selamat.

Amalan menuding jari dan meletakkan beban kesalahan kepada PDRM hanyalah satu perkara yang mampu meruncingkan keadaan, menggoyahkan kepercayaan rakyat dan melunturkan semangat pasukan tersebut. Ini terbukti dengan kes Aminulrasyid yang ditembak mati oleh seorang anggota polis dalam satu kejadian beberapa bulan lalu. Secara peribadi, kes ini dilihat mempunyai unsur tindakan refleks daripada naluri curiga seorang anggota polis apabila berhadapan dengan suspek dan keadaan yang tidak dijangka sehingga membuatkan beliau melepaskan tembakan. Malangnya tembakan tepat tersebut menjadi satu musibah buat anggota polis tersebut dan PDRM secara amnya apabila institusi penguatkuasaan ini merudum imejnya lantaran teruk dihentam dan dikritik, menjadi sasaran golongan tertentu melemparkan pelbagai kata-kata kesat sebagai tanda protes dan meluahkan rasa tidak puas hati dengan PDRM.

Bagi ‘memeriahkan’ lagi bahang suasana tersebut, ada pihak yang menubuhkan kumpulan ‘Justice for Aminulrasyid’ dan ‘Kami benci terhadap kekejaman polis Malaysia’ di laman sosial Facebook. Di ruangan maya tersebut terhamburlah segala kata makian dan cercaan terhadap pasukan PDRM demi kerana konon-kononya memperjuangkan keadilan bagi seorang remaja yang berusia 15 tahun. Walaupun demikian, sekalung penghargaan buat pihak yang masih boleh berfikir secara waras, rasional dan dapat menilai pro dan kon terhadap kes dramatik tersebut. Ironinya kewujudan kumpulan tersebut hanyalah sekadar hangat-hangat tahi ayam dan selepas beberapa minggu berlalu, owner kumpulan tersebut telah menghilangkan diri dan akaun kumpulan tersebut tidak lagi aktif. Mana pergi mereka yang dikatakan berjuang dan bersuara demi keadilan? Pada ketika itu kes tersebut masih lagi dalam perbicaraan tetapi segelintir masyarakat terlalu bersikap emosional dan meletakkan 100 peratus kesalahan terhadap pasukan polis. Sebagai rakyat sememangnya kita diakui mempunyai hak untuk bersuara dalam batas-batas tertentu tetapi adakah dengan cara ini kita boleh memberikan semula nyawa kepada Aminulrasyid?

Ini menggambarkan masyarakat kita masih belum matang dalam menilai dan menganalisis sesuatu kejadian jenayah. Memang benar kerana masih ada yang mempertikaikan mengapa pihak polis sering menembak mati kumpulan penjenayah? Adakah tindakan yang perlu dilakukan pihak polis perlu menepati citarasa rakyat? Untuk apa anggota polis bertindak jika segala tindakan mereka hanyalah mengundang kecaman dan kritikan masyarakat?

PDRM bukan sebuah organisasi yang baru lahir dan baru menguatkuasakan undang-undang. Anggotannya telah dilatih untuk berhadapan dengan situasi getir dalam menjalankan tugas di samping perlu mematuhi segala SOP (standard operating procedure) yang ditetapkan. Walaubagaimanapun, anggota polis tetap seorang manusia yang kadangkala melakukan kesilapan. Tidaklah wajar untuk kita memandang kesilapan tersebut sebagai kecuaian dan salah laku PDRM secara keseluruhan seolah-olah mereka langsung tidak boleh membuat kesilapan dalam menjalankan tugas.

Dalam kes-kes tertentu seperti kes A. Kugan (sekadar menyebut satu kes) pihak polis dikatakan menggunakan kekerasan dan perbuatan salah laku sehingga menyebabkan kematian suspek ketika berada dalam tahanan. Kebenaran kebiasaannya akan terserlah dan individu yang dikatakan melakukan kekerasan tetap akan dihukum sekiranya didapati bersalah oleh mahkamah. Kita perlu membiarkan proses penghakiman dijalankan tanpa dipengaruhi mana-mana pihak. Persoalannya, mengapa hanya kes tertentu mendapat perhatian pihak berkepentingan? Dan mengapa ia sengaja disensasikan dengan mengaitkannya dengan isu perkauman? Semua ini merupakan salah satu cubaan untuk menjejaskan imej PDRM dengan cara menyebarkan propaganda dan agenda jahat mereka untuk mempengaruhi pemikiran rakyat supaya membenci pasukan polis. Maka tersebarlah nama baru PDRM iaitu “Polis Raja di Malaysia” dengan tujuan untuk menggambarkan bahawa pihak polis sangat rakus melakukan apa-apa tindakan mengikut kehendak sendiri tanpa dapat dibendung lagi.

Perbuatan ini juga merupakan satu bentuk ancaman kepada institusi PDRM, tetapi malangnya ancaman ini datangnya daripada masyarakat kita sendiri yang mempunyai agenda tersembunyi. Kita tidak boleh membiarkan ancaman ini berleluasa dan terus menimbulkan satu lagi persepsi buruk terhadap PDRM.
Sesungguhnya setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya dan tiada apa di dunia ini yang benar-benar bersih daripada segala permasalahan. Kelibat anggota polis sentiasa diperhatikan dan setiap kesilapan akan dijadikan point untuk merendah-rendahkan martabat pasukan ini. Cabaran sebegini sudah tentu dihadapi oleh mana-mana badan penguatkuasa kerana undang-undang itu lebih sukar untuk ditegakkan berbanding dikhianati. PDRM juga merupakan agensi kerajaan yang paling banyak menerima kritikan dan aduan daripada masyarakat dan perkara ini seharusnya dijadikan iktibar bagi warga PDRM kerana seragam biru yang disarung itu senantiasa diekori oleh lirikan mata banyak pihak di negara ini.

Cabaran menangkis segala persepsi buruk bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dilaksanakan kerana di negara ini, polis dilihat sebagai alat kerajaan dan golongan yang sering mencari kesalahan orang ramai berbanding rakyat di negara maju yang memberi kepercayaan kepada pihak polis untuk menguatkuasakan undang-undang yang digubal. Maka apa yang diperlukan pasukan PDRM untuk terus cemerlang dalam perkhidmatan adalah satu bentuk kepercayaan, sokongan padu dan kerjasama berterusan daripada semua pihak khususnya anggota masyarakat yang sentiasa diyakini memerlukan PDRM demi kesejahteraan sosial sebagaimana PDRM juga memerlukan masyarakat untuk membantu melancarkan tugasan seharian yang melibatkan pelbagai kes.

Peningkatan dan penambahbaikan mutu perkhidmatan pasukan ini sedang dijalankan selari dengan tuntutan kerajaan yang memperkenalkan enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) termasuklah usaha mengurangkan kadar jenayah dan memerangi rasuah. Hal ini amat penting dalam mewujudkan satu nilai kebertanggungjawaban dalam diri para pentadbir awam khususnya anggota PDRM itu sendiri.


Stereotaip atau persepsi buruk terhadap PDRM sewajarnya dikikis dan tidak diserap dalam minda generasi hari ini kerana baik buruk PDRM ia tetap merupakan sebuah organisasi yang termaktub mempunyai prioriti dalam menggerakkan penguatkuasaan undang-undang dan setia terhadap kerajaan mana yang memerintah negara ini.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rungutan Pembimbing Minggu Orientasi

Tamat sudah minggu orientasi di USM yang dijenamakan sebagai Program Siswa Lestari (PSL)bagi sidang akademik 2010/2011 termasuklah IPTA lain seluruh negara.

Hari ini anggota unit beruniform dikerah untuk berkawal dalam satu aktiviti luar di Hutan Rekreasi USM dari awal pagi hingga tengahari. Sambil menjalankan tugas sempat juga para petugas berbual-bual dengan Pembimbing Program Siswa Lestari (PPSL) mengenai kelancaran minggu PSL ini. Dalam kerancakan perbualan tersebut mereka turut merungut dan 'pening kepala' melayan karenah pelajar-pelajar baru yang bersikap keanak-anakan.

Perkara ini sudah menjadi lumrah kepada PPSL bertugas setiap kali mengendalikan PSL. Tetapi tidaklah molek dan amat wajar jika PPSL naik angin jika permintaan dan aduan para pelajar baru tersebut sangat tidak masuk akal dan berada pada tahap minda budak tadika.

Contohnya:
"kak, baju saya kat ampaian jatuh kat tingkat 2, macam mana nak ambil?"
" bang, belikan saya air kat cafe...boleh hantarkan kat bilik tak?"
Pura-pura pengsan/sakit sebab malas nak dengar taklimat/ceramah. Kemudian dibawa ke bilik gerakan PPSL dan dapatlah dia tidur.
Telefon PPSL semata-mata nak mengadu seliparnya hilang

Dan bermacam-macam lagi taktik dilakukan untuk melepaskan diri daripada menghadiri sesi indoor PSL. Peranan PPSL yang mendekati pelajar baru secara mesra dan akrab nampaknya menyusahkan diri mereka sendiri apabila ada segelintir pelajar baru yang mengambil kesempatan dengan kebaikan PPSL.

Wajarlah jika golongan sebegini 'dibasuh' cukup-cukup kerana rata-ratanya merupakan pelajar STPM dan matrikulasi yang memperoleh pointer 3.70 ke atas. Memang hebat dalam akademik tapi zero dalam aspek sikap dan kebolehupayaan berdikari.

PPSL bukan ditugaskan untuk menjaga setiap masalah peribadi remeh-temeh pelajar baru. Banyak lagi tugas khas dan lebih penting yang mereka perlu selesaikan. Daripada pemerhatian sepanjang minggu orientasi, PPSL dapat menilai sikap sebenar para pelajar yang mendaftar di universiti ini. Mereka merumuskan pelajar-pelajar baru kemasukan kali ini terlalu manja.

Benar, tapi hanya segelintir sahaja.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kemasukan IPTA 2010/2011 : Mana pelajar lelaki?

Daripada berita yang diterima semalam ( 28 Jun 2010) mengenai kemasukan pelajar baru ke USM sidang akademik 2010/2011, saya tertarik untuk mencatatkan sesuatu di sini mengenai nisbah pelajar lelaki dan perempuan yang bakal mendaftar pada 3 Julai 2010 nanti. Menurut sumber daripada seorang kenalan, 2000 pelajar baru bakal mendaftar. 1,500 daripadanya ialah perempuan dan bakinya iaitu 500 ialah pelajar lelaki. Bermakna nisbah pelajar antara lelaki dan perempuan ialah 1:3

USM seperti yang sedia kita maklum saban tahun semakin mengurangkan pengambilan pelajar ijazah pertama kerana mahu memberikan tumpuan kepada program-program bertaraf pasca siswazah seiring dengan halatuju dan matlamatnya sebagai universiti bertaraf APEX.

Persoalannya, mengapa bilangan pelajar lelaki terlalu sedikit? Perkara ini bukan berlaku di USM sahaja dan ini bukanlah suatu perkara yang baru . Sudah lama kaum hawa mendominasi jumlah pelajar di institusi pengajian tinggi termasuklah di kolej matrikulasi. Adakah kerana kuota kemasukan? atau syarat kelayakan yang gagal dipenuhi pelajar lelaki? atau memang lelaki tidak layak untuk ke universiti? Banyak faktor yang kita dapat fikirkan berdasarkan keadaan sosiologi pelajar-pelajar masa kini yang banyak terlibat dengan gejala sosial terutamanya lelaki.

Alahai, sebagai seorang bekas pembimbing minggu suai kenal, berdasarkan pengalaman, tersentuh hati melihat kaum lelaki hanya 'seciput' je apabila berkumpul di Dewan Tuanku Syed Putra berbanding kaum perempuan yang melaut di dalam dewan tersebut. Secara sinis, semasa hari pendaftaran dapatlah kita melihat seorang dua pelajar lelaki dalam kelompok besar pelajar perempuan yang datang mendaftar pada hari berkenaan. Tidak pasti pula sama ada saya malu kerana bilangan pelajar lelaki baru jauh lebih sedikt ataupun malu apabila terpaksa berhadapan dengan bilangan pelajar perempuan baru yang besar jumlahnya.

Namun, saya berharap (nak sedapkan hati) agar frasa kualiti lebih baik berbanding kuantiti benar-benar menampakkan maksudnya yang sebenar. Jumlah pelajar lelaki ke universiti makin kelamaan semakin kecil tetapi diharapkan jumlah kecil inilah yang benar-benar berkualiti untuk mewarisi budaya ilmu dan kecemerlangan. Dalam masa yang sama mereka perlu bersaing dengan pelajar perempuan yang jauh lebih ramai dan juga mempunyai kelayakan dan keupayaan yang sama dengan pelajar lelaki.

Apapun selamat bertugas kepada semua Pembimbing Program Siswa Lestari (PPSL) USM.


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ubah format dan konsep UPSR, mansuhkan PMR

Belakangan ini banyak perubahan atau pindaan yang ingin dilaksanakan kerajaan. Salah satunya termasuklah desas-desus untuk memansuhkan UPSR dan PMR. Seperti biasa ramai yang mengusulkan pandangan sama ada menyokong atau menentang termasuklah yang memandang sinis terhadap niat tersebut dengan melemparkan bermacam-macam kata-kata sindiran atas faktor fahaman politik.

Agak merimaskan sebenarnya apabila polemik pemansuhan peperiksaan tersebut dibiarkan berlarutan kerana banyak pihak tertunggu-tunggu apakah keputusan sebenar kerajaan. Malang apabila isu ini disensasikan dan dipolitikkan pihak tertentu kerana memakan masa yang lama untuk dimuktamadkan. Dalam masa yang sama bagi mereka yang celik, sesuatu keputusan untuk rakyat yang menentukan halatuju dan kesejahteraan bersama yang hendak dibuat memerlukan kajian mendalam dan mengambil kira pandangan semua pihak termasuklah pakar, bukannya hentam semberono dan terburu-buru.

Seharusnya pindaan, rombakan atau penstrukturan semula tidak harus dilakukan secara kerap kerana ia akan mengundang tanggapan negatif masyarakat dan inilah yang menyebabkan kerajaan dituduh flip-flop dalam melaksanakan sesuatu keputusan.

Berkenaan dengan peperiksaan UPSR dan PMR, secara peribadi, PMR memang wajar dimansuhkan tetapi tidak bagi UPSR berdasarkan justifikasi berikut. UPSR perlu dikekalkan atas dasar ia menjadi penunjuk aras pencapaian dan keupayaan pelajar sekolah rendah dalam menerima pendidikan formal selama enam tahun seterusnya dapat menilai keberkesanan pelajaran dan pembelajaran di sekolah. Pencapaian pelajar-pelajar dalam UPSR selama ini dikatakan meningkat dan peratusan semua lulus dan 100% A juga dikatakan bertambah. Jadi mengapa ia perlu dimansuhkan?

Kejayaan tersebut belum memadai kerana masih banyak sekolah luar bandar menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan. Tahap pencapaian pelajar-pelajar juga bergantung kepada kaedah pengajaran dan cara pemahaman yang cuba disampaikan oleh para guru. Sekolah-sekolah juga sentiasa cuba meletakkan sasaran untuk menjadi lebih baik dengan mengadakan program-program kecemerlangan, kursus, kelas tambahan dan sebagainya untuk para pelajar. Ini menunjukkan usaha yang dipamerkan setiap warga pendidik amat baik kerana adanya UPSR yang secara tidak langsung memperlihatkan usaha guru dan pihak sekolah dalam memberikan sesuatu yang terbaik kepada pelajarnya untuk mnghadapi UPSR.

Tambahan pula dewasa ini kerajaan telah menetapkan bahawa dalam tempoh tertentu pada masa akan datang, setiap bakal guru yang akan mengajar di sekolah rendah perlu memiliki kelayakan ijazah bagi memikul tugas tersebut berbanding kelayakan yang lebih rendah sebelum ini. Ini menunjukkan warga pendidik yang diamanahkan untuk memberikan pendidikan sekolah rendah kepada anak-anak telah dinaiktaraf kelayakannya.

Sudah tentu kesemua mereka ini diberikan kepercayaan untuk mengajar dengan sebaiknya para pelajar selama mereka berada di peringkat sekolah rendah. Kemuncaknya, UPSR menjadi penentu kepada sejauh manakah kelayakan tinggi yang dimiliki para guru mampu menyediakan pelajar yang cemerlang dalam UPSR sekaligus peperiksaan tersebut menjadi cabaran kepada para guru dan pelajar untuk menempuhinya. Jadi adakah wajar UPSR dimansuhkan setelah langkah penyediaan guru yang lebih berkualiti diambil?

Soal sistem pembelajaran sekarang berorientasikan peperiksaan sepatutnya tidak timbul kerana peperiksaan itu perlu dan keputusan untuk memansuhkannya dirasakan tidak tepat kerana kita mungkin mempunyai alternatif lain.

Apa gunanya jika UPSR dimansuhkan tetapi diganti dengan peperiksaan lain? Ianya sama sahaja dan kita janganlah menjadikan perkara ini sebagai jenaka dengan memansuhkan UPSR tetapi selepas itu diwujudkan pula peperiksaan lain. Ianya tetap peperiksaan. Alternatif yang mungkin boleh dilaksanakan ialah mengekalkan UPSR tetapi konsep atau format peperiksaan tersebut perlu diubah, tidak hanya berteraskan peperiksaan bertulis sahaja tetapi mungkin boleh ditokok tambah dengan elemen lain dengan turut menyertakan sekali pemarkahan dalam pencapaian luar kelas, keterampilan, mock interview atau kerja kursus mengikut tahap kesesuaian peringkat umur pelajar supaya lebih dinamik dan mengikut spesifikasi yang diinginkan dalam melahirkan pelajar yang lebih berkualiti dan tidak terlalu bergantung dengan keputusan peperiksaan bertulis semata-mata.

Maka dengan itu para pelajar juga tidaklah terlalu memfokuskan kepada pelajaran akademik sahaja tetapi mereka juga perlu mengambil bahagian dan menonjolkan kemampuan dalam setiap elemen yang akan ditetapkan dalam 'peperiksaan baru' tersebut sepanjang tempoh persekolahan mereka selama enam tahun dan bukannya hanya bersedia pada saat-saat akhir peperiksaan sepertimana yang sering kita dengar dari mulut para pelajar sebagai last minute study.

Atau, mungkin sudah tiba masanya sekolah-sekolah sama ada sekolah rendah mahupun menengah memulakan sistem pointer iaitu dengan mengumpul purata nilaian gred (PNG) dan purata nilaian gred keseluruhan (PNGK) seperti yang telah diamalkan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan di peringkat universiti. Walaubagaimanapun, sistem ini agak rumit jika hendak dilaksanakan di sekolah rendah. Justeru, satu mekanisme baru perlu diwujudkan dengan menggunapakai atau mengaplikasikan sistem ini tetapi disuaipadankan dengan tahap sekolah rendah agar ia lebih relevan.

Melalui sistem ini pemarkahan pelajar ditentukan berdasarkan peratusan tertentu yang telah ditetapkan untuk beberapa elemen setiap semester sepanjang tempoh persekolahan. Sebagai contoh, 40% daripada markah peperiksaan bertulis UPSR akan ditambah dengan kerja kursus (10%), kehadiran (10%), partisipasi dalam kelas, (10%) , dan ko-kurikulum (30%) setiap semester. Kesemua markah tersebut akan dikumpulkan dan dikira sebagai purata lalu diterjemahkan sebagai keputusan keseluruhan UPSR serta diberikan gred bagi setiap matapelajaran. Ini bermakna purata markah yang telah dikumpulkan sejak darjah 1 hingga 6 akan menunjukkan keupayaan dan nilai sebenar seseorang pelajar itu.

PMR pula dilihat lebih wajar untuk dimansuhkan kerana ia sekadar satu platform untuk menempatkan pelajar ke sekolah tertentu dan aliran tertentu apabila mereka menginjak di tingkatan empat dan lima (menengah atas). Mungkin ada yang menyatakan PMR boleh dijadikan sebagai medan untuk menebus kesilapan dan kegagalan UPSR agar pelajar tertentu boleh berhijrah dari sekolah menengah harian biasa ke sekolah berasrama penuh (SBP) atau ke MRSM atau mana-mana sekolah elit setelah mereka memperoleh keputusan yang cemerlang dalam PMR. Ya, mungkin alasan tersebut boleh dijadikan sandaran tetapi adakah menempatkan diri di sekolah pilihan menjadi keutamaan berbanding keputusan cemerlang yang perlu diperoleh?

Di sinilah kita dapat lihat mengapa perlunya UPSR dikekal dan diperkasakan supaya para pelajar mempunyai kesedaran dari awal lagi untuk berusaha dan meningkatkan kemahiran insaniah agar dapat menempatkan diri di sekolah elit dengan pencapaian membanggakan apabila mereka berada di peringkat sekolah menengah. Kita tidak mahu PMR sekadar dijadikan alat untuk menebus kembali kegagalan UPSR seolah-olah peperiksaan tersebut merupakan talian hayat bagi mereka yang lambat menerima kesedaran. Kita tidak mahu apabila calon UPSR mendapat keputusan yang tidak memberangsangkan, mereka akan menaruh harapan pula kepada PMR dengan kata-kata ini, "tak apa, PMR nanti aku nak berusaha lebih baik". Ia menggambarkan para pelajar gemar bertangguh dan terlalu mengharap kepada peluang kedua untuk mencapai kejayaan. Tanggapan ini perlu diubah kerana peluang yang ada harus kita rebut dan dimanfaatkan sepenuhnya serta mengelakkan diri daripada terlalu bergantung kepada peluang kedua yang mungkin memakan diri sendiri jika disia-siakan. Mengapa tidak? Amat malang jika seorang pelajar menjadikan PMR sebagai sandaran untuk menebus kegagalan lalu dalam UPSR turut menerima kegagalan yang sama.

Selain itu dengan kewujudan PMR telah memberi tekanan kepada para pelajar khususnya apabila mereka berada di tingkatan tiga. Jika sekolah rendah hanya mempunyai satu peperiksaan iaitu UPSR sepanjang enam tahun persekolahan, mengapa di peringkat sekolah menengah para pelajar perlu menghadapi dua peperiksaan iaitu PMR dan SPM dalam tempoh lima tahun persekolahan? Ketepikan soal peringkat umur, tetapi fokuskan kepada faktor masa. Tempoh masa lima tahun persekolahan tetapi perlu menghadapi dua peperiksaan besar dilihat membebankan pelajar. Adalah lebih baik jika 'halangan' yang perlu dilalui pelajar tingkatan tiga dihapuskan kerana ia akan menawarkan satu nilai masa dan ruang yang selesa bagi pelajar meneruskan pelajaran dan kegiatan luar kelas tanpa dikenakan sekatan dan tekanan peperiksaan.

Perlu diketahui bahawa terdapat sekolah yang menghadkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum apabila mereka berada di tingkatan tiga dengan sebab mereka harus menumpukan kepada soal akademik dan banyak program ilmiah telah dirangka pihak sekolah sebagai persediaan untuk menghadapi PMR. Ini merupakan satu bentuk tekanan kepada para pelajar kerana keinginan mereka untuk bergiat aktif dalam aktiviti luar kelas telah dinafikan atas faktor bimbang tumpuan dan keputusan peperiksaan yang bakal dihadapi akan terjejas.

Maka kewajaran untuk memansuhkan PMR dilihat lebih relevan dan kerajaan perlu melihat pendidikan sekolah rendah sebagai prioriti dalam usaha membentuk generasi berilmu dan berkemahiran dalam pelbagai bidang kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Buli - budaya sekolah berasrama


Buli atau ragging merupakan budaya biasa di sekolah-sekolah berasrama. Tanyalah sesiapa saja yang pernah melalui alam sekolah berasrama tidak kiralah sekolah sains, sekolah agama termasuklah yang bertaraf maktab - ragging sudah menjadi kebiasaan. Walaupun ada cubaan untuk menghalang dan mencegah perkara ini daripada berlaku namun bukan mudah untuk mengubah budaya yang telah lama wujud.

Daripada apa yang kita fahami budaya ialah perkara yang sering dilakukan atau diamalkan sejak sekian lama, maka ia dipanggil budaya. Ragging telah lama wujud dan bagi pelajar sekolah berasrama termasuklah guru-guru ia merupakan suatu perkara yang biasa. Selagi wujudnya senioriti di asrama selagi itulah ia terus diamalkan.

Di asrama pelajar senior mengawal pelajar junior dan sering memberi arahan untuk melakukan sesuatu termasuklah membasuh baju, seterika baju, membelikan makanan dan sebagainya. Kebiasaannya arahan tersebut dipatuhi memandangkan senior sememangnya berkuasa di asrama. Umpama siapa besar dialah hebat.

Konsep senioriti telah menyebabkan berlakunya kegiatan buli. Tiada siapa boleh menafikan perkara ini kerana banyak kes seperti ini berlaku dan menjadi sebahagian daripada pengalaman hidup pelajar asrama. Cuma kadangkala apabila berlakunya kematian baharulah mendapat perhatian media dan ketika itulah perkara ini diperbesarkan.

Berdasarkan pengalaman 5 tahun di asrama, seseorang pelajar tidak akan dipukul atau didenda pelajar senior tanpa sebab. Mungkin berlaku sedikit perselisihan, melanggar peraturan, atau kes-kes dalaman asrama yang mencetuskan perasaan tidak puas hati dan yang pasti keegoan senior akan tercabar sekiranya mereka tidak dihormati apatah lagi di MTD yang mengamalkan cara hidup dan protokol ketenteraan yang sememangnya tebal dengan nilai-nilai senioriti dan kepatuhan kepada senior.

Bukanlah catatan ini bermaksud membela senior dan menggalakkan mereka mengambil tindakan sendiri tetapi apa yang dikesalkan ialah apabila tindakan mereka mungkin terlalu keras sehingga membawa maut. Siapa sangka pukulan atau tendangan yang dihayun rupa-rupanya membawa ajal kepada pelajar junior terbabit sedangkan perbuatan tersebut pernah dilakukan terhadap pelajar lain tidak mengakibatkan kesan sedemikian rupa.

Perkara sudahpun berlaku takkan boleh diundur lagi.

Sudah ketentuan Ilahi mangsa maut di MTD dengan sebab tertentu sepertimana yang telah tercatat. Kalaupun ada yang mempersoalkan tragedi itu boleh dielak sekiranya buli tidak berlaku, siapa yang perlu disalahkan? Pihak sekolah/maktab tidak mungkin mampu mengawal dan mengawasi setiap pergerakan pelajarnya apatah lagi selama 24 jam.

Ini budaya sekolah berasrama.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sentimental Penjara Pudu dan arus pembangunan

Lebih 100 tahun binaan ini telah wujud sejak zaman penjajahan lagi, sekarang sebahagian daripadanya sudah dirobohkan. Keputusan kerajaan untuk merobohkan penjara ini untuk memberi laluan kepada arus pembangunan jalan mengundang pelbagai tanggapan. Ada pihak yang sokong dan ada juga yang menentang.

Pelbagai alasan pro dan kon mengenai isu penjara ini dan rasanya kita sudah tahu justifikasi pelbagai pihak yang mempertahankan pendirian masing-masing.

Faktor pelancongan, nilai sejarah dan sentimental menjadi sebab mengapa ramai yang menentang ia dirobohkan. Tetapi bagi yang bersikap terbuka, langkah kerajaan itu disokong bagi membolehkan KL terus dimajukan seiring dengan peredaran masa.

Apapun kerja-kerja merobohkan penjara ini sudahpun berjalan. Jika kita nak bandingkan dengan negara lain yang dikatakan lebih menghargai dan memelihara binaan yang telah lama wujud mungkin situasinya berlainan dengan negara kita. Faktor geografi mungkin menjadi penyebab mengapa bangunan tertentu dikekalkan dan dirobohkan. Penjara Pudu yang lokasinya di tengah-tengah kepesatan pembangunan KL sudah tidak sesuai lagi untuk dibiarkan terus berdiri di situ.

Adalah lebih baik untuk bersikap realistik daripada terus dibuai keasyikan nilai sentimental terhadap bangunan tersebut. Ia hanyalah sebuah penjara yang pernah menempatkan ramai pesalah sejak ratusan tahun dahulu dan dipenuhi dengan pelbagai sejarah hitam. Walaupun kehadirannya sejak sekian lama sudah sebati dalam kehidupan warga kota namun ia tidak terus berkekal lama kerana peredaran zaman dan keperluan semasa warga kota lebih diutamakan. Ledakan arus pembangunan tidak boleh dinafikan kerana ia merupakan satu fenomena dan sentiasa berkembang seiring dengan keperluan dan kemajuan yang dicapai sesebuah ketamadunan manusia.

Namun ia bukan bermakna kita melupakan nilai sejarah dan menghumban bangunan yang dianggap nostalgia. Banyak perkara perlu dipertimbangkan dan pilihan yang terhad, maka kita perlu memilih perkara yang lebih penting dan lebih diutamakan untuk kepentingan bersama.

Mungkin kita terlalu sayangkan usianya berbanding fungsi dan peranan sebenar penjara ini.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Anak kucing pun jadi isu?

Seperti biasa tabiat harian menyelak akhbar dan terpampang gambar DS Najib memegang seekor anak kucing parsi yang dibelinya dalam suatu expo pameran.

Beliau mengajak orang ramai memberikan cadangan dalam laman blognya untuk menamakan anak kucing berkenaan.

Rasanya kisah PM membeli seekor anak kucing dan ingin menamakannya bukanlah suatu hal besar. Tapi tak sangka pula ada juga makhluk yang nak jadikan perkara ini sebagai modal politik. Memang dasar gila politik sungguh....

Beli anak kucing pun kena kritik, kena hentam.

Ada yang bagi cadangan 'kelakar' supaya anak kucing tu diberikan nama PKFZ, F5E, Altantuya, atau Scorpene...hahahaaa...

Ada juga yang kelihatan tak puas hati...tapi tak pasti la pula makhluk tersebut tak puas hati dengan PM ataupun terhadap anak kucing tu. Katanya PM sibuk minta pandangan rakyat minta anak kucingnya diberi nama sedangkan rakyat kini bergelut dengan masalah makanan, mencari perlindungan yang selesa dan bla bla bla....siap minta Allah beri petunjuk kepada PM lagi....

Hurm...kenyataan tu nampak macam Malaysia tengah dilanda krisis kebuluran, kemiskinan, peperangan, penyakit dan segalanya yang buruk belaka. Beri nama pada anak kucing pun jadi masalah ke?

Ada juga yang memberi tafsiran sendiri terhadap gambar tersebut. Katanya anak kucing itu ketakutan kerana dipegang oleh tangan yang jahat, kononnya dapat mentafsir wajah anak kucing, kakinya yang bersedia untuk mencakar...dan sebagainya. Bak kata dia 'ilmu mentafsir gambar'.....keh keh keh...

Sengaja je kaitkan isu kecil tu dengan isu-isu negara.....

Apa kaitannya?

Jangan risau la...anak kucing tu tak menjejaskan keadaan ekonomi negara...

Beri nama pada anak kucing menggunakan wang rakyat berbilion-bilion ke...?

Beri nama pada anak kucing takkan menjejaskan pembangunan Malaysia...

Beri nama pada anak kucing tak menyebabkan rakyat Malaysia kebuluran...

Jangan pandang semuanya negatif....yang positif tak dipandang pula

PM beli anak kucing pun nk sensasikan jadi cerita politik...apa cerita?

Bising sana komplen sini macam PM tak buat kerja plak...

Janganlah kita cari isu remeh-temeh untuk diperbesar-besarkan...macam dah kering idea, otak pun kecut lagi sempit.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Menilai Tahap Keintelektualan Mahasiswa


Sesi kemasukan mahasiswa baru bagi sidang akademik 2010/2011 semakin hampir dan pastinya hanya mereka yang mempunyai kelayakan akademik seperti yang ditetapkan oleh pihak universiti layak mendapat tempat yang terhad di IPTA seluruh negara.
.
Persoalan yang sering ditimbulkan ialah adakah calon-calon yang bakal bergelar mahasiswa ini benar-benar mempunyai keintelektualan yang sepatutnya untuk menggalas tanggungjawab sebagai mahasiswa? Keintelektualan yang bagaimana? Jika keintelektualan itu ditafsirkan dari sudut pencapaian akademik semata-mata, sudah pasti ia belum mencukupi dan tidak menunjukkan tahap intelek yang sebenar. Oleh sebab itu syarat kemasukan universiti pada masa kini diperketat dengan lebih mengutamakan pelajar-pelajar yang bergiat aktif dalam aktiviti luar kelas di samping menitikberatkan pencapaian akademik.
.
Namun, apabila telah menjejakkan kaki ke menara gading, sebahagian daripada mahasiswa yang dikatakan pelajar aktif di sekolah didapati kurang melibatkan diri dalam program dan aktiviti di universiti. Malah ada juga segelintir mahasiswa langsung tidak bergiat aktif dalam sebarang acara. Lebih malang lagi masih ada golongan mahasiswa yang lemah pengetahuan amnya dan tidak mengambil pusing mengenai isu-isu semasa dalam dan luar negara. Hasilnya, mereka gagal menyampaikan pendapat dengan baik apabila diajukan pertanyaan, apatah lagi jika diajak berdebat yang memerlukan pengetahuan am yang luas dan kebijaksanaan berbicara. Bayangkan masih ada yang bertanyakan mengenai tragedi 13 Mei 1969, malah ada mahasiswa tidak mengenali menteri kabinet yang memegang portfolio utama. Perkara sebegini wujud dan saya lihat sendiri sepanjang berada di kampus.
.
Baru-baru ini seorang rakan saya mengeluh setelah menonton rancangan Bicara Siswa TV1. Beliau mempersoalkan mengapa panelis rancangan tersebut yang juga merupakan pemimpin mahasiswa universiti tidak dapat menjawab soalan berkenaan isu-isu siswa dan kampus yang dikaitkan dengan situasi semasa negara dengan baik. Mereka seolah-olah menjawab soalan secara ‘schematic’ atau menggunakan ayat buku, bermakna apa yang mereka lontarkan umpama skrip. Kegagalan menyampaikan pendapat daripada pemikiran dan ideologi sendiri adalah satu perkara yang dianggapnya sebagai minda yang tidak berkembang dan tahap keintelektualan berada pada tahap yang rendah.
.
Jadi, kita dapat ihat bagaimana para pemimpin pelajar tidak memberi respon yang diharapkan. Dengan kata lain mereka gagal memberikan impak yang berkesan serta kurang memberi input kepada para penonton yang juga merupakan para mahasiswa yang mahukan satu jawapan konkrit dan rasional. Ini merupakan kelemahan yang perlu diatasi segera. Isu yang sering dimainkan di kampus-kampus pada masa kini ialah mengenai mahasiswa itu sendiri yang dikatakan semakin lesu. Ya, memang benar. Memang itu yang terjadi pada hari ini apabila kita melihat daripada keterampilan, gaya percakapan, idea yang dilontarkan dan pemikiran mahasiswa yang masih berada dalam ruang lingkup yang terhad. Mungkin juga berpunca daripada kurangnya pengalaman dan penglibatan dalam aktiviti kesukarelaan, tabiat membaca yang terbatas dan kurang mengambil tahu isu-isu semasa. Inilah perkara yang menjadi penghalang kepada mereka untuk berinteraksi, berkomunikasi dan memberi pandangan dengan huraian menarik, matang dan berkredibiliti.
.
Sebenarnya, keintelektualan boleh dibina dan dijana dengan sikap mahasiswa itu sendiri. Nyata apabila mahasiswa tidak mengambil peduli mengenai apa yang berlaku di dalam negara seperti peralihan kepimpinan negara, rombakan kabinet, pindaan akta, situasi politik semasa, persidangan parlimen dan sebagainya ia merupakan kelemahan yang harus ditangani segera.
.
Pihak universiti diyakini banyak menganjurkan program-program bertaraf kebangsaan dan ini merupakan ruang dan peluang yang harus diisi oleh mahasiswa untuk bergiat aktif sama ada sebagai sukarelawan, urusetia mahupun peserta. Di Universiti Sains Malaysia sendiri banyak menganjurkan seminar dan program-program di luar kuliah setiap tahun seperti National Innovation and Research Competition (NIRC), Kursus kejurulatihan Pimpin Siswa, Ekspo Konvokesyen (ConvEx), Kursus Pembimbing Program Siswa Lestari (PPSL) dan banyak lagi program berbentuk seminar, persidangan, forum termasuklah yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan persatuan-persatuan pelajar. Secara tidak langsung pengalaman tersebut membolehkan mereka mendalami dan memahami apakah input yang diperoleh hasil daripada penganjuran program berkenaan.
.
Keterlibatan mahasiswa dalam merancang, merangka dan menggerakkan program-program di universiti juga mampu mengembangkan bakat dan pengetahuan dalam prosedur menjalankan program, pengurusan majlis, protokol, interaksi dan menilai keberkesanan program. Penglibatan sekadar sebagai peserta masih belum mencukupi. Ini juga merupakan salah satu perkara yang seharusnya membantu mahasiswa meningkatkan keintelektualan dan imej sebagai mahasiswa yang berwawasan. Tahap keintelektualan juga kedangkala diukur berdasarkan kemampuan berpidato, berhujah, berlakon dan pelbagai lagi kemahiran insaniah yang mungkin tidak dimiliki oleh setiap orang. Namun, ia boleh diasah sekurang-kurangnya dengan meningkatkan daya pemikiran dan pengetahuan am melalui bahan-bahan bacaan ataupun dengan cara mengikuti rancangan berbentuk forum atau bual bicara seperti Hujah TV9, Soal Jawab TV3 dan rancangan lain yang berinformasi. Hakikatnya banyak cara yang boleh kita lakukan selain daripada apa yang dinyatakan di atas bagi meningkatkan keintelektualan mahasiswa.
.
Jangan kita lupa, Sudut Pidato yang diwujudkan semula di IPTA baru-baru ini dikatakan tidak mendapat sambutan. Mengapa? Salah satu faktor yang dinyatakan adalah kerana kurangnya sikap berhujah dalam kalangan mahasiswa. Jika suatu ketika dahulu mahasiswa lantang bersuara dan sibuk berpidato memperjuangkan isu-isu kebajikan mahasiswa, namun bahang suasana itu tidak lagi bertapak di IPTA hari ini. Selepas ini akan tertubuh pula Parlimen Mahasiwa di USM yang diharapkan akan menampilkan wajah-wajah wakil mahasiswa yang akan berhujah sepertimana yang berlaku di Dewan Rakyat. Medium dan platform sudah tersedia. Namun adakah mahasiswa bersedia untuk menyahut cabaran ini? Sekarang, marilah sama-sama kita menilai di manakah sebenarnya tahap keintelektualan mahasiswa hari ini dalam memastikan keintelektualan merupakan kesinambungan daripada budaya kecemerlangan yang diamalkan universiti tempatan.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Siapa Helen Thomas, Haneen Zoubi ?

Ada perkara yang menarik perhatian saya untuk mengetahui siapakah Helen Thomas selepas Buletin Utama TV3 menyiarkan mengenainya semalam. Selepas itu saya teringat pula kisah kekecohan yang berlaku di Knesset Israel (Parlimen Israel) apabila seorang ahli parlimennya, Haneen Zoubi mempertikaikan dan mengutuk apa yang telah dilakukan Komando Israel terhadap kapal Mavi Marmara.
.
Kedua-duanya merupakan wanita dan mempunyai pendirian yang sama terhadap isu kekejaman Israel. Mengapa saya menamakan dua wanita ini di sini? Rasanya kita perlu tahu bahawa masih ada saki baki golongan anti-Zionis yang berani bersuara menentang Israel. Namun, mereka hanyalah insan kerdil dan hak untuk bersuara menyatakan kebenaran telah disekat.

Helen Thomas merupakan seorang wartawan yang berumur 89 tahun, berketurunan Lebanon dan telah bertugas sebagai wartawan politik di White House sejak zaman John F. Kennedy hinggalah zaman Barack Obama. Cukup lama beliau bertugas sebagai wartawan. Beliau juga cukup dikenali kerana sering mengajukan soalan-soalan tajam kepada Presiden dalam sidang media di White House. Tetapi baru-baru ini beliau dikatakan telah meletakkan jawatan kerana mengeluarkan kenyataan yang pedas terhadap Israel yang berbunyi "Israel patut berambus dari Palestin".
.
Tak pasti pula sama ada adakah benar beliau meletakkan jawatan, atau mungkin dicadangkan meletakkan jawatan, atau dipecat?? Hanya kerana statement tersebut....
.
Haneen Zoubi pula ialah Ahli Parlimen Israel berketurunan Arab. Dalam sidang Parlimen Israel yang lalu beliau telah tampil ke hadapan dan mengecam tindakan ganas Israel terhadap sukarelawan Mavi Marmara. Lalu tindakannya itu dibantah oleh ahli-ahli parlimen yang lain yang pastinya berketurunan Yahudi dan menyokong dasar keganasan kerajaan Israel. Pertikaman lidah, cercaan dan segala kata-kata kesat dilemparkan kepada Haneen Zoubi di dalam Parlimen. Yang melucukan tak pasal-pasal beliau dilabel sebagai "pengganas" kerana menentang tindak-tanduk Israel terhadap sukarelawan tersebut. Tak masuk akal....
.
Tidak cukup dengan itu, satu petisyen telah diwujudkan dan usaha mengumpul tandatangan telah dijalankan bagi menyingkirkan beliau dari Parlimen Israel. Mengapa? Kerana Yahudi tidak mahu ada manusia yang membongkar dan menentang apa yang mereka lakukan lebih-lebih lagi apa yang telah dipersetujui di Parlimen.
.
Mereka hanyalah sebahagian daripada golongan yang berani bersuara menentang Israel dan lebih istimewa, mereka bertugas di tempat yang penting iaitu White House dan Parlimen Israel. Malangnya, kebenaran yang disuarakan ditutup oleh keegoan pihak yang lebih berkuasa. Mereka didiskriminasi dan disingkirkan.
.
Seperti yang saya katakan di permulaan tadi, masih ada golongan kecil yang anti-Zionis memperjuangkan hak Palestin di sana dan mereka lebih berisiko tinggi untuk dipinggirkan kerana hidup dalam persekitaran masyarakat yang menyokong Israel dan Amerika Syarikat.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Antara Hero Gaza dan Hero Nak Ke Gaza

Akhir-akhir ini media memberi fokus kepada isu rampasan dan serangan Israel ke atas kapal-kapal bantuan aktivis pro-Palestin ke Gaza. Dari akhbar-akhbar hinggalah media baru blog dan portal berita kesemuanya memberikan respon dan ulasan terhadap isu berkenaan.
.
Baru-baru ini saya terlihat satu tajuk di sebuah blog yang berbunyi "Ramai yang nak jadi hero Gaza sekarang ni kan?"...namun saya tiada kesempatan untuk membaca isinya. Baru-baru ini juga ketika menonton Buletin Utama TV3, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengumumkan beliau bersedia untuk menyertai dan menggerakkan misi bantuan ke Gaza sekiranya terdapat peruntukan dan sokongan ramai. Mungkin tajuk blog dan apa yang saya tonton di berita tersebut ada kaitannya. Paham-paham la sendiri...
.
Persoalan mengenai siapa hero ini kadang-kadang lucu bila difikirkan kerana sesetengah pihak kelihatan kurang senang dengan tindakan pihak lain yang tampil ke hadapan untuk mengutuk, menganjurkan protes, demonstrasi, bantahan dan sebagainya termasuklah yang mahu mengheret Israel ke Mahkamah Antarangsa. Mungkin itulah yang dirujuk sebagai hero.
.
Ketika media sedang sibuk memberi liputan meluas tentang kekejaman Israel, sudah pasti ianya menyentuh sensitiviti masyarakat Islam dan juga masyarakat dunia yang cintakan keamanan. Mungkin disebabkan suasana hangat yang dicetuskan oleh media menyebabkan banyak pihak tampil mengeluarkan kenyataan berbaur kritikan dan kebencian terhadap Israel. Manakala di pihak lain ada juga yang menawarkan diri untuk menyertai atau menggerakkan misi bantuan ke Gaza.
.
Berita terbaru terdapat usaha dari Free Gaza Ireland yang mahu menghantar tiga buah kapal bantuan ke Gaza dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Walaupun mereka bukan beragama Islam tetapi usaha yang hendak digerakkan itu adalah usaha yang murni bagi membantu rakyat Palestin yang tertindas.
.

Para sukarelawan Kapal Mavi Marmara pula masing-masing telah selamat tiba di negara masing-masing, kebanyakannya dari Turki termasuklah 12 orang dari Malaysia. Kepulangan mereka yang terselamat ini disambut dengan penuh kegembiraan, kesyukuran, doa dan kemeriahan. Malahan pengalaman ngeri mereka turut dikongsi bersama dengan semua pihak. Maka mereka dianggap Hero Gaza kerana misi mereka telah berjaya membuka mata dunia tentang kekejaman Zionis. Saya tidak menafikan atau memperlekehkan 'title' Hero Gaza terhadap mereka kerana mereka merupakan kumpulan pertama yang sanggup berlayar ke Gaza untuk membantu rakyat di sana. 'Title' Hero Gaza bukanlah gelaran yang mereka kejarkan jauh sekali terlintas di fikiran mereka untuk digelar sedemikian.
.
Itu kisah Hero Gaza....bagaimana pula Hero Nak ke Gaza?
.
Saya menimbulkan persoalan adakah bantuan-bantuan yang hendak disalurkan ke Gaza benar-benar sampai ke tangan rakyatnya? Jawapannya tidak! Kita tahu konvoi Mavi Marmara telah ditawan dan dibawa ke Pelabuhan Ashdod, Israel, begitu juga Rachel Corrie turut mengalami nasib yang sama. Ke manakah perginya segala barangan tersebut? Saya pun tidak tahu mengenainya.



Persoalan kedua pula, adakah berbaloi barang-barang yang dihantar ke sana dengan tujuan untuk meringankan beban rakyat Gaza tetapi akhirnya tiba di Israel? Bertan-tan bahan dan barang disumbangkan dan melibatkan nilai wang jutaan ringgit hendak disumbangkan kepada Gaza tetapi ia tersekat dan tak tahu ke mana destinasi akhirnya apabila kesemua kapal itu ditawan dan dibawa ke Israel. Dengan kata lain objektif sebenar misi tersebut adalah gagal.
.
Pihak yang berhajat untuk menggerakkan misi bantuan ke Gaza selepas ini mungkin dikatakan sebagai "Hero Nak Ke Gaza". Mereka juga mempunyai misi dan tujuan yang sama dengan misi-misi bantuan sebelum ini. Cuma kita tahu setiap kapal yang menuju ke Gaza akan dipintas dan ditawan Israel. Jadi perlukah misi seperti ini diteruskan?
.
Sebenarnya ini semua hanyalah persoalan-persoalan yang bermain di fikiran saya...bukanlah bermakna saya mencemuh usaha tersebut sebagai membazir atau membuang masa atau mengorbankan nyawa free atau sebagainya. Tidak sama sekali. Hakikatnya saya memandang misi bantuan seperti ini bergantung kepada niat dari hati yang ikhlas untuk membantu saudara Islam di sana. Tidak kiralah siapapun yang menggerakkannya, pihak mana sekalipun yang mahu memberikan bantuan amat dialu-alukan. Tidak kiralah dari NGO, parti politik atau institusi pendidikan dan sebagainya, niat yang betul amat penting bagi menggalas misi sebesar ini.
.
Persoalan Hero tidak penting dan ia sepatutnya tidak ditimbulkan kerana semua pihak berpeluang dan mampu untuk tampil ke hadapan menyatakan rasa marah, benci, mengkritik, mencemuh, mengutuk dengan cara apa sekalipun dengan segala tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan Israel. Tindakan tersebut adalah wajar dan berasas. Tidak perlulah kita melabel "dia pun nak jadi Hero" kerana saya percaya usaha sebegini dijalankan atas dasar kemanusiaan dan niat murni untuk membantu rakyat Palestin.
.
Andaikata ada niat lain, tujuan dan matlamat terselindung di sebalik misi bantuan ke Gaza selepas ini, kita tidak layak menilainya dan ia di luar pengetahuan kita melainkan Allah s.w.t.
.
Berkenaan dengan gagal mencapai objektif sebenar misi tersebut, saya setuju ia tidak mencapai objektif yang diharapkan tetapi kita perlu sedar bahawa secara tidak langsung tragedi Mavi Marmara telah memperlihatkan suara masyarakat di seluruh pelosok dunia bergema melaungkan slogan anti-Israel dan kesedaran terhadap kekejaman Israel semakin meluas.
.
Jadi, walaupun bahan bantuan tidak sampai kepada mereka yang berhak, namun ia tidak menjadi masalah kerana sekurang-kurangnya kemenangan moral telah dicapai dan misi tersebut telah membuktikan bahawa Israel telah melakukan pelbagai salah laku dan tidak mematuhi peraturan antarangsa di samping tekanan terhadapnya semakin memuncak daripada masyarakat antarabangsa.
.
Teruskan usaha untuk membongkar lebih banyak lagi kelakuan sundal Israel dan menyerlahkan lagi kerakusan mereka mengingkari perundangan antarabangsa. Mereka yang terkorban kerana mengikuti misi ini bukanlah mati sia-sia tetapi mereka gugur syahid kerana mahu membantu saudara Islam yang tertindas....yang terselamat saya yakin mereka akan semakin berkobar-kobar untuk meneruskan pelbagai lagi rancangan membantu rakyat Gaza pada masa depan...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pengganas Hipokrit

Sejak peristiwa serangan ke atas bangunan World Trade Center (WTC) perkataan terrorist/terrorism atau pengganas sangat popular dan sudah menjadi sebahagian daripada isu global yang harus ditangani khususnya oleh kuasa besar dunia.
.
Malangnya keganasan dan pengganas telah disinonimkan dengan umat Islam sehingga wujudnya satu lagi fobia dalam kalangan manusia iaitu Islamophobia. Sememangnya agenda dan perencanaan kaum Yahudi sangat licik dan tersusun dalam usaha menjatuhkan umat Islam dan meneruskan lagi survival mereka dengan sokongan padu Amerika Syarikat.
.

Mereka telah berjaya melabelkan umat Islam sebagai pengganas, mereka telah berjaya meruntuhkan beberapa kerajaan Islam, mereka telah berjaya mengaut hasil kekayaan negara-negara Islam, mereka telah berjaya memperkayakan diri mereka dengan pelbagai senjata berbahaya, mereka sudah lama menguasai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), mereka sudah lama memiliki pengaruh dan kuasa yang hebat dan mereka juga telah membuatkan semua pihak mengikut telunjuk mereka. Itu yang mereka mahukan sebenarnya hasil daripada permainan politik dan helah terancang sejak sekian lama.
.
Tetapi kita harus sedar bahawa perkembangan yang terjadi dalam dunia global hari ini merupakan antara perancangan golongan tersebut. Islam hanya dijadikan mangsa dan umatnya pula teraniaya hingga hari ini.
.
Kita selalu dengar ungkapan "orang gila tak mengaku dirinya gila"....begitu juga "pengganas tidak mengaku dirinya pengganas". Tetapi pengganas sebenar telah menghalakan label tersebut kepada umat Islam. Pada sudut pandang kita sebagai umat Islam, kita menafikan tuduhan tersebut.
.
Mengapa begitu sukar untuk masyarakat dunia sedar siapakah pengganas yang sebenar? Hakikatnya kita tahu US dan Israel merupakan kuasa yang memonopoli rancangan keganasan sebenar. Daripada peristiwa WTC, serangan ke atas Afghanistan, peperangan Iraq, ancaman terhadap Iran, hinggalah kepada diskriminasi terhadap penduduk Palestin. Siapa punya angkara?
.
Mereka menghalalkan keganasan, penindasan, peperangan dan segala perbuatan mereka dengan berselindung di sebalik kempen menghapuskan keganasan, senjata pemusnah di samping menggunakan kuasa veto dalam PBB untuk mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang antarabangsa. Malahan propaganda mereka berjaya meraih sokongan masyarakat dunia dan para sekutu bagi meneruskan agenda mereka.
.
Taktik yang sangat berkesan bukan? Inilah yang dikatakan KUASA.
.
Kita tahu menilai siapakah sebenarnya pengganas. Peristiwa serangan Komando Israel ke atas kapal Mavi Marmara yang membawa pelbagai bahan bantuan kepada penduduk Palestin ada hikmahnya. Dunia perlu sedar siapakah pengganas yang sebenar. Sudah lama mereka berkecimpung dalam dunia keganasan tetapi tidak pula dikecam kerana melakukan keganasan. Malahan mereka menuduh kepada umat Islam pula.
.
Pengganas hipokrit takkan berhenti daripada cuba menakluk dunia dengan cara yang halus. Mereka lakukan apa sahaja tanpa dikenakan sekatan mahupun tindakan. Sekurang-kurangnya misi bantuan ke Gaza tempoh hari walaupun tidak mencapai objektif sebenar, namun mereka berjaya mencapai objektif lain yang dilihat menggugat kekebalan Israel sebagai Pengganas Hipokrit Dunia.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rachel Corrie ditawan Israel

Kisah kapal bantuan Mavi Marmara yang digempur Komando Israel sudah diketahui seluruh dunia. Tidak perlu diulas panjang di sini. Pelbagai laporan dan berita telah disiarkan dan kita pastinya berasa lebih benci kepada bangsa laknat tersebut.
.
Terbaru, kapal bantuan Rachel Corrie yang dalam perjalanan ke Gaza turut telah ditawan ketika post ini sedang disiapkan. Namun tidak diketahui apakah situasi sebenar yang berlaku di atas kapal tersebut dan bagaimana keadaan para sukarelawan di sana.
.
Pastinya kita mengharapkan tiada perkara buruk berlaku dan tragedi yang berlaku kepada para sukarelawan kapal Mavi Marmara tidak berulang.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Alahai Malaysia dan Indonesia

Apa agaknya yang tidak kena dengan hubungan Malaysia dan Indonesia? Sedangkan kita merupakan negara yang dikatakan seperti adik-beradik kerana berasal dari rumpun yang sama dan banyak nilai yang dikongsi bersama.


Saya tidak melihat wujudnya masalah antara pemimpin dan kerajaan kedua-dua negara tetapi terdapat krisis dan provokasi daripada rakyat Indonesia yang kelihatan sangat membenci Malaysia dan rakyatnya.
.


Isu yang berbangkit kebanyakannya berpunca daripada penciplakan nilai budaya dan tradisi masyarakat Indonesia oleh Malaysia. Selain itu terdapat juga pertindihan dan perbezaan pendapat mengenai persempadanan negara dan perebutan pulau serta beberapa kes kecil yang menjadi besar akibat peranan media.
.
Hakikatnya sentimen bencikan Malaysia wujud apabila berlakunya peristiwa 'Buluh Runcing' dan baru-baru ini lagu "Negaraku" yang sedang berkumandang dipersenda dan ditenggelamkan dengan nyanyian "Indonesia Raya" oleh peminat fanatik futsal Indonesia.


Cuba kita rujuk kembali beberapa isu yang menjadi punca kepada kontroversi Malaysia-Indonesia:


  1. Malaysia mengisytiharkan batik sebagai salah satu warisan tradisionalnya. Indonesia juga mengakui batik ialah warisan mereka dan Malaysia hanya meniru batik yang berasal dari Indonesia.
  2. Tarian pendet-pendet yang tertera dalam iklan mempromosikan Malaysia dibantah Indonesia kerana tarian tersebut merupakan tarian tradisional Indonesia, bukan Malaysia.
  3. Lagu "Rasa Sayang" yang dinyanyikan dalam iklan mempromosikan pelancongan di Malaysia juga didakwa berasal dari Indonesia.
  4. Lagu kebangsaan Malaysia "Negaraku" digubah daripada lagu "Terang Bulan" iaitu lagu negeri Perak. Namun "Terang Bulan" juga dikatakan sebuah lagu klasik yang berasal dari Indonesia yang mempunyai pelbagai versi.
  5. Kes tuntutan bertindih ke atas pulau Sipadan dan Ligitan telah dimenangi Malaysia. Indonesia masih menganggap pulau tersebut miliknya.
  6. Perebutan Wilayah Ambalat yang kaya dengan hasil minyak.
  7. Kes pembantu rumah Indonesia didera seperti Nirmala Bonat
  8. Kes pergolakan rumah tangga kerabat diraja Kelantan antara Tengku Temenggung Kelantan, Tengku Fakhri dan isterinya yang berasal dari Indonesia, Manohara Pinot.
Jika kita amati, kelihatan Malaysia yang bersalah kerana menjadi punca kepada konflik yang tercetus dan perasaan tidak puas hari rakyat Indonesia. Tetapi banyak faktor yang perlu diambil kira supaya tuduhan itu tidak dilakukan secara berat sebelah atau 'bias'.
Saya tidak perlu mengulas panjang isu-isu yang diketengahkan di atas kerana telah banyak diulas dalam media.
Sekadar mengingatkan kembali peristiwa lalu agar kita sentiasa beringat bahawa kehidupan dan setiap hubungan pasti ada pasang surutnya termasuklah hubungan diplomatik antara dua negara. Terpulang kepada kebijaksanaan kerajaan Malaysia dan Indonesia untuk menyelesaikannya dengan cara baik.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Raya Sama-sama. No Politics..


Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia khususnya bangsa Tionghoa yang meraikannya.

Bersyukurlah kita dengan segala nikmat yang melimpah-ruah di bumi Malaysia ini dan harapan kita agar dapat terus bersama-sama hidup dengan harmoni dan saling memahami antara satu sama lain.
.
Seronok melihat Koh Tsu Koon, Liow Tiong Lai dan Lim Guan Eng duduk dan makan bersama dalam Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang. Walaupun berlainan parti dan fahaman politik tetapi ia tidak menghalang mereka untuk bersama-sama meraikan perayaan tersebut.
.
Pemimpin Melayu bila lagi?
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No..no...no Valentine...


Ini bukan kisah diari hidupku...tapi nak berkongsi cerita mengenai Hari Valentine..

Semua tahu Hari Valentine ialah Hari Kekasih yang akan disambut ramai pasangan kekasih dengan cara masing-masing. Suatu hari ketika saya menaiki bas untuk ke tempat kerja, ketika bas berhenti di sebuah bus stop seorang lelaki berpakaian kemas naik dan duduk di kerusi di hadapan saya sambil memegang sejambak bunga. Saya hanya melihat. Ooo...baru saya teringat tarikh hari itu ialah 14 Februari 2007. "Nak bertemu kekasih la tu...nak sambut valentine".

Ketawa kecil saya sendirian. Selambanya mamat ni naik bas, siap bawa bunga tanpa segan silu. Padahal kita tahu sejarah Hari Valentine yang juga merupakan satu sejarah hitam dalam kepada umat Islam. Setiap tahun banyak peringatan diberikan bahawa Hari Valentine merupakan agenda Barat untuk merosakkan akidah umat Islam dalam rancangan televisyen, khutbah Jumaat, ceramah-ceramah agama, artikel di akhbar dan sebagainya. Majlis Fatwa Kebangsaan juga telah memfatwakan bahawa Valentine haram disambut. Tapi ada juga yang masih berdegil...

Bak kata sahabat saya dari Yong Peng, Johor, menurut Islam tiada hari khusus untuk berkasih-kasihan, setiap hari ialah hari untuk berkasih (yang berlandaskan syariah).

Jika kita teliti semula ayat itu tadi, dalam konteks Hari Kekasih, saya rasa jika tidak wujud Hari Valentine, keadaannya tetap sama je. Di mana-mana ada pasangan kekasih berdua-duaan dan saling berkasih-kasihan. Maka memang tepatlah frasa " setiap hari ialah hari berkasih-kasihan" dalam erti kata golongan muda-mudi hari ini.

Bersempena dengan Hari Valentine, maka banyaklah operasi dilakukan jabatan-jabatan agama untuk membanteras maksiat sempena Hari Valentine. Persoalannya, banteras maksiat pada Hari Valentine je ke? Kerja-kerja penguatkuasaan sekiranya dijalankan secara hangat-hangat tahi ayam dan bermusim tidak akan berhasil. Kita memerlukan konsistensi dan ketegasan dalam setiap pelaksanaan undang-undang.

Mesej ini bukan saya rujuk terhadap jabatan-jabatan agama sahaja, tetapi terhadap seluruh badan dan organisasi penguatkuasaan undang-undang di Malaysia.

Tidak perlulah kita sambut Hari Valentine, tiada apa yang menarik dan tiada apa-apa pengertian pun. Saya faham bahawa percintaan adalah lumrah manusia tetapi haruslah kita kawal dan menjaganya agar tidak melampaui batas.
.
Nasihat untuk diri sendiri dan orang lain...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!