Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Bintang Israel pada duit syiling baru Malaysia

Bank Negara telah mengumumkan bahawa wang kertas dan duit syiling baru akan dikeluarkan untuk kegunaan awam tidak lama lagi. Pada pendapat aku, rekaan, corak dan warna wang kertas dan duit syiling negara kita memang cantik, jauh lebih cantik daripada wang negara-negara lain. 

Tahniah juga buat Bank Negara sebab rajin tukar design wang kertas. Beberapa tahun dahulu pengenalan wang polimer RM5, corak baru, kalis air. Tidak lama selepas itu wang kertas RM50 juga berubah coraknya. Tetapi kali ini, pengubahsuaian dilakukan secara menyeluruh terhadap semua nilai wang kertas, RM1, RM5, RM10, RM20 (diperkenalkan semula setelah 11 tahun tidak dikeluarkan) dan RM100, kecuali RM50 yang dikekalkan coraknya. Memang cantik, berwarna-warni, elemen yang dipamerkan pada wang kertas beridentitikan Malaysia. Kalau kita lihat wang kertas Dollar Amerika Syarikat, itulah corak dan warnanya  (hitam putih) sejak sekian lama yang mungkin mencapai ratusan tahun sejak penubuhan Amerika Syarikat.  Kalau ada perubahan pun ia tidaklah begitu ketara. Mengapa mereka tidak mengubah design wang kertas mereka? Mungkin mahu memelihara keaslian, warisan , tradisi rekaan wang tersebut, atau mungkin elemen pada wang tersebut mempunyai maksud dan signifikan tertentu  yang melambangkan agenda Barat yang kita tidak tahu. Wallahua'lam. Berbeza kita di Malaysia yang sentiasa menikmati dan melihat kelainan dari semasa ke semasa pada wang kertas Ringgit Malaysia. (aku tak pasti ayat-ayat dalam perenggan ni menyindir atau memuji Bank Negara).

Namun, isunya di sini, aku bukan nak bercerita tentang wang kertas, tapi mengenai duit syiling. Anggaplah perenggan di atas itu sebagai mukadimah untuk aku mencari mood sebelum meneruskan penulisan ini. 

Seperti yang tertera di tajuk entri ini, kalau anda fikir bahawa aku nak menyebarkan cerita bahawa corak baru duit syiling negara mengandungi lambang bintang Israel, anda silap! orang putih kata "you are totally wrong". Baru-baru ini sebuah group di Facebook, seorang hamba Allah telah post sebuah gambar  beserta sedikit caption dibawahnya. Gambar tersebut memaparkan duit syiling baru negara rupa-rupanya mengandungi simbol bintang Israel tanpa kita sedari. Semua orang tahu apa yang dimaksudkan simbol bintang Israel, iaitu bintang yang tertera di bendera Israel berbentuk dua buah segi tiga yang bersilang. Bintang Israel ini juga dikenali sebagai 'Star David'. Maka gambar tersebut bolehlah dikatakan sebagai satu penemuan 'menggemparkan' bahawa Star David telah dikesan pada duit syiling 10sen dan mengapa hal ini boleh berlaku. 

Ini gambar yang aku maksudkan. 
 
Star David yang dimaksudkan itu sebenarnya ialah corak bunga dan kelopak daun di bawahnya. Bagaimana pula boleh terhasil Star David? Ini pandangan peribadi  aku hasil daripada andaian dan apa yang aku rasakan benar secara psikologi. Bagi aku, corak bunga tersebut tiada salahnya, namun apabila garisan-garisan yang anda lihat pada gambar itu disambungkan, lalu ia membentuk bintang Israel di atas corak bunga tersebut. Sekali pandang memang kita tak nampak kewujudan Star David, tetapi apabila sekali mata kita telah menangkap imej yang terbentuk hasil daripada sambungan garis-garis tersebut, maka pandangan kita telah bertukar kepada satu ilusi yang mempercayai bahawa corak itu adalah Star David. Sama seperti ujian ketangkasan mata 'mencari kucing tersembunyi' seperti gambar di bawah. 


Konsepnya sama. Pada mulanya kita sukar untuk mencari di manakah kucing itu berada kerana teknik samaran telah digunakan dalam gambar tersebut sehingga mengelirukan pandangan kita. Namun, apabila pandangan kita telah 'menangkap' imej  kedudukan kucing itu, kita tidak perlu lagi tercari-cari selepas itu. Sekali pandang je kita dah nampak kucing tersebut. 

Begitu juga halnya dengan duit syiling ni. Apabila mata kita telah 'menangkap' imej Star David, ilusi itu akan mempengaruhi minda supaya terpengaruh dengan bayangan imej bintang tersebut di atas corak bunga, maka kita akan terus dibelenggu dengan persepsi dan ilusi bahawa ada bintang Israel pada duit syiling tersebut. Apabila terpandang corak bunga, sekali gus terbayang juga bintang Israel akibat terpengaruh dengan garisan-garisan yang disambungkan itu. Hakikatnya bintang Israel itu tidak wujud. 

Apa yang aku nak sampaikan ialah terdapat segelintir daripada kita yang terlalu mudah menghakimi  atau menilai sesuatu imej dengan sesuatu imej yang kita tidak suka. Memandangkan Malaysia majoritinya rakyatnya beragama Islam yang bermusuhan dengan golongan zionis, serta dasar kita yang tidak mengiktiraf negara Israel, maka kita menjadikan bintang Israel itu sebagai satu objek yang menjadi igauan ngeri. Jika bukan objek yang sebenar sekalipun, bayangan bintang Israel seperti sudah menjadi satu perkara yang dimomokkan dalam masyarakat kita. 

Mengapa kita terlalu takut terhadap imej segi tiga itu? Ok, jika tidak takut, mungkin kita sensitif. Aku tau bahawa kita memang sensitif dengan kewujudan, agenda dan tindakan zalim zionis terhadap umat Islam Palestin tetapi itu tidak bermakna kita paranoid terhadap imej tersebut? Paranoid boleh diertikan sebagai satu perasaan psikologi manusia iaitu kecenderungan manusia yang terlalu takut/risau/tak boleh terima sesuatu perkara. Apabila paranoid menguasai diri, kita akan sentiasa negatif apabila melihat objek bintang tersebut. Cikgu aku ketika marking buku latihan pelajarnya, kadangkala dia beri bintang Israel jika hasil kerja yang dipamerkan kemas. Itu cara dia lukis bintang, jadi takkan aku nak marah cikgu tu sebab dia lukis bintang Israel dan tuduh dia telah dipengaruhi Israel?

Bak kata seorang rakan yang sependapat dengan aku, "asal boleh buat garisan, lepas tu sambung-sambungkan garisan tu jadi bintang je, kita tuduh tu bintang Israel".  Pada aku kita tidak perlu berburuk sangka sehinggakan apabila nampak objek yang kelihatan seperti atau tersembunyi bentuk Star David kita tuduh ia sudah diserap agenda dan pengaruh zionis. 

Bagi aku sindrom ini memperlihatkan bahawa kita sudah terperangkap dan termakan dengan propaganda Israel yang sentiasa cuba menggugat dunia dan menakut-nakutkan kita dengan logo mereka. Memang benar kita perlu berwaspada dan sensitif terhadap pengaruh Israel kerana aku yakin ia wujud tetapi berpada-padalah, jangan membabi buta sehinggakan corak duit syiling  pun dijadikan modal untuk membawa imej negatif terhadap Bank Negara dan negara kita sendiri. Jangan kita sempitkan pemikiran kerana paranoid terhadap bintang Israel sehingga menuduh duit syiling kita telah diserap pengaruh zionis.  

** lebih bagus berbaik sangka daripada membuat andaian tak tentu hala. Lihatlah corak tersebut sebagai bunga. Ia adalah bunga, bukan selain bunga. 

Photobucket
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 comments:

Zhareef Aimullah said...

mesti ada ja pihak yang tak berpuas hati dan mula mempengaruhi fikiran orang ramai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!