Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Jim alif wau ya (Jawi)

Zaman sekarang mungkin orang dah tak berapa peduli pasal tulisan jawi, namun masih ada sesetengah pihak dan usaha dilakukan untuk memeliharan tulisan jawi supaya ia terus dipelihara dan paling penting, jawi tidak pupus di bumi Melayu ini.

Kalau kita lihat di sesetengah tempat, nama jalan turut disertakan dengan tulisan jawi. Akhbar tulisan jawi satu-satunya yang masih wujud ialah Utusan Melayu Mingguan, itupun diterbitkan seminggu sekali iaitu hari Isnin sebagai akhbar sisipan dalam Utusan Malaysia. Di mana lagi kita boleh melihat tulisan jawi? Mungkin di beberapa buah kedai Melayu yang mempamerkan tulisan jawi di papan tanda kedai mereka.

Hari ini ketika menyelak akhbar ruangan hiburan, aku terbaca satu berita yang bertajuk "Hebatnya kad kahwin Ashraf".

Menurut berita tersebut, kad kahwin Ashraf Muslim direka seolah-olah menyerupai helaian al-Quran. Maknanya kad kahwin itu menggunakan tulisan jawi bercorakkan seperti apa yang kita lihat pada helaian al-Quran. Di bawah tulisan jawi tersebut turut disertakan tulisan rumi tetapi lebih kecil saiznya berbanding tulisan jawi.

Ini juga boleh dikira usaha untuk mengangkat martabat tulisan jawi dan juga satu ingatan buat kita supaya tidak lupa akan tulisan jawi.

Tapi yang tak menariknya,
wartawan yang menulis cerita tersebut dalam sekerat ayat berbunyi, "Di bawah setiap tulisan jawi itu pula tertera tulisan rumi. Iyelah, bukan semua orang pandai baca tulisan jawi. Nanti ada yang pening pula dok mengeja satu per satu huruf jawi yang tertera pada kad itu."

Bahagian ini yang menyebabkan aku terfikir, adakah zaman sekarang ramai yang tak pandai membaca jawi terutamanya generasi muda. Kalau benarlah begitu, maka ia suatu perkara yang amat menyedihkan, dan "MALU la kau tak pandai jawi..."

Dahulu, tulisan jawi merupakan tulisan yang digunakan secara meluas dalam semua jenis penerbitan sehinggalah tulisan rumi diperkenalkan oleh Menteri Pelajaran ketika itu, Tan Sri Khir Johari. Setelah zaman beredar, tulisan rumi mengambil alih fungsi dan peranan tulisan jawi sehinggalah ke hari ini.

Sebagai orang Melayu, sepatutnya kita tahu membaca tulisan jawi dan menulisnya dengan betul. itu merupakan warisan peninggalan nenek moyang kita dan bla bla bla. Aku malas nak membebel panjang pasal nilai dan warisan.

Di Johor, aku masih lihat penggunaan jawi masih lagi digunakan secara meluas termasuklah digunakan pada papan tanda nama jalan kawasan perumahan dan jalan-jalan utama.

Untuk pengetahuan, Askar Timbalan Mahkota atau Johor Military Force (JMF) menggunakan tulisan jawi dalam setiap dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh pihaknya. Waktu pertama kali aku tahu perkara ni, aku memang teruja...

Selain daripada sistem pendidikan kebangsaan, anak-anak Johor turut menerima pendidikan di sekolah-sekolah agama yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ). Sudah pasti mereka ini diajar dan didedahkan dengan tulisan jawi kerana kesemua buku dalam tulisan jawi dan menulis juga menggunakan tulisan jawi. Di negeri lain aku tak tahu sama ada wujud sistem sekolah agama yang sistematik seperti di Johor atau tidak.

Maka aku yakin mereka yang bersekolah di sekolah agama Johor mampu membaca dan menulis jawi. Secara umumnya anak-anak Johor seperti aku boleh berbangga kerana kami masih kenal apa itu jawi dan maksudnya. Aku sendiri belajar mambaca jawi ketika sekolah rendah, belajar sendiri je, lama-lama pandai la, jadi bila di sekolah agama aku tiada masalah untuk berhadapan dengan segala tulisan jawi di papan putih dan dalam buku.

Kalau nak bincang dari segi politik, ada pihak yang menyalahkan kerajaan BN dan menteri berkenaan kerana memansuhkan tulisan jawi dalam urusan rasmi kerajaan. Aku tak nak sentuh soal itu.

Di Kelantan, papan iklan (billboard) menggunakan tulisan jawi sepenuhnya. Ini aku sokong, memang sepatutnya semua negeri buat macam ni, barulah anak-anak kecil yang duduk dalam kereta bertanya kepada ibu bapanya, "apa yang dia tulis kat papan iklan tu"?. Kalau mak bapak pun tak dapat nak jawab soalan tu....hmm~

Mungkin ada yang pertikaikan takkanlah tak pandai baca jawi sedangkan boleh baca al-Quran?

Ini jawapan aku, al-Quran ada tanda dan baris yang membolehkan kita tahu bagaimana ia hendak dibunyikan, tapi jawi tiada langsung tanda dan baris. Maka kalau anda tak pandai baca jawi, merangkak-rangkaklah pembacaan anda sebab mencari apakah bunyi sebenar perkataan itu.

Malulah kalau tak tahu membaca jawi sebab ada juga orang Cina yang pandai membaca jawi seperti Ahli Parlimen Kepong (DAP), Dr. Tan Seng Giaw.

Yang penting, kalau tahu diri tu tak pandai membaca jawi, usahalah sebaiknya mempelajari bagaimana mahu membaca dan menulis jawi. Memanglah ia bukan satu keperluan yang mendesak, tetapi ia satu lambang dan ciri yang menunjukkan anda orang Melayu. Jangan pula salahkan orang lain, salahkan kerajaan, salahkan menteri, salahkan cikgu, salahkan abang jual burger depan rumah.

Jadi, apa sebenarnya yang menyebabkan anda tak menguasai jawi? tak payah fikir panjang-panjang, jawabnya diri sendiri la...

** aku bukanlah pejuang tulisan jawi, tapi aku bangga dengan tulisan tersebut. Jadi aku letaklah nama aku dalam tulisan jawi di Facebook bersama-sama tulisan rumi.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!