Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Keris Dijulang Lagi

Zaman sekarang tiada lagi individu yang menggunakan keris seperti zaman dahulu kala ketika era Kesultanan Melayu Melaka, Riau, Majapahit, Johor dan sebagainya. Keris masih wujud hingga ke hari ini tetapi ianya hanyalah dijadikan sebagai simbol atau lambang perjuangan orang Melayu.

Yang peliknya senjata orang Melayu ini cukup digeruni oleh masyarakat kaum lain di Malaysia terutamanya kaum Cina. Buktinya suatu ketika dahulu ketika Perhimpunan Agung UMNO, Ketua Pemuda UMNO ketika itu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menghunus dan menjulang keris Panca Warisan. Selepas itu timbullah isu panas yang mengecam perbuatan Hishammuddin kerana disifatkan berbaur ancaman kepada kaum lain.
.
Pemimpin politik masyarakat Cina menyatakan bahawa perbuatan menghunus dan menjulang keris itu seolah-olah orang Melayu mahu membunuh masyarakat Cina sepertimana tragedi 13 Mei 1969 yang pernah berlaku dahulu. Atas rasa prejudis yang melampau itu, Hishammuddin digesa untuk memohon maaf kerana tindakannya yang dikatakan menyentuh sensitiviti dan berunsurkan ancaman kepada kaum Cina di negara ini.
.
Pada saya tiada salahnya kerana ia telah menjadi satu acara dan simbolik setiap kali Perhimpunan Agung UMNO diadakan untuk memperlihatkan semangat dan perjuangan UMNO mempertahankan kedaulatan dan hak orang Melayu di Malaysia. Hanya simbolik! Siapa pula yang nak berbunuhan sesama sendiri?
.
Malangnya isu menghunus keris itu telah dipolemik dan dipolitikkan sehingga akhirnya Hishammuddin memohon maaf atas tindakannya itu. Beliau tidak patut memohon maaf. Sepatutnya beliau mempertahankan tindakannya dan bertindak bijak untuk menutup mulut pihak-pihak yang memanipulasikan isu keris itu. Selepas peristiwa itu tiada lagi upacara simbolik menjulang keris dalam apa-apa majlis.
.
Itu kisah lama. Semalam, sebilah lagi keris telah dijulang. Kali ini individu yang menjulangnya itu merupakan seorang negarawan ulung, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersempena dengan pelancaran Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA) Selangor di Dewan Serbaguna MPAJ, Ulu Kelang.
.
Selepas ini mungkinkah ada lagi pihak yang akan bersuara membantah tindakan Tun yang menjulang keris? Jikalau ada pihak yang mempersoalkan lagi isu keris dijulang, saya kira mereka ini takut kepada bayang-bayang sendiri di samping cuba menghasut dan bermain psikologi agar orang Melayu dijadikan subjek yang merujuk kepada keganasan dan mengancam nyawa kaum lain di Malaysia.
.
Pandangan saya ialah, kaum lain tidak perlu 'menyalak' dek kerana terlihat sebilah keris dijulang. Tradisi dan budaya Melayu akan diteruskan dan dipelihara, begitu juga dengan tindakan menjulang keris, ia lebih kepada simbolik perjuangan memelihara kepentingan bangsa Melayu.
.
Orang Melayu masih rasional dalam tindakan dan tidak mungkin melakukan perkara yang boleh mencetuskan api perkauman sejagat melainkan ada faktor-faktor lain yang cuba menggugat orang Melayu terlebih dahulu.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Apa Cerita Kampus Kesihatan?

Kampus Induk USM telahpun selesai urusan pengiraan undi yang memakan masa lebih dari 6 jam bermula dari 8.00 malam dan berlarutan hingga ke 2.30 pagi. Pro-Aspirasi terus mendominasi kepimpinan MPP USM dengan kemenangan 24 kerusi dan calon Bebas berjaya menduduki 2 kerusi. Manakala Pro-Mahasiswa berputih mata apabila gagal meraih sebarang kerusi.
.
Tapi jangan kita lupa, keputusan PRK di Kampus Kesihatan (KK), Kubang Kerian belum dikeluarkan secara rasmi. Menurut perkiraan ianya akan diumumkan pada Isnin ini (1 Februari 2010). KK sejak dahulu lagi amat terkenal sebagai kubu kuat Pro-Mahasiswa. Walaupun keputusan rasmi masih belum dikeluarkan namun menurut sumber dua kerusi yang dipertandingkan di Pusat Pengajian (PP) Perubatan dan satu kerusi di PP Pergigian masing-masing telah dimenangi calon Bebas dan Pro-Mahasiswa tanpa bertanding.
.
PP Sains Kesihatan pula memperlihatkan penguasaan calon Pro-Mahasiswa yang telah memenangi dua kerusi konstitensi PP tersebut. Persoalan yang masih belum terjawab ialah siapakah yang memenangi satu-satunya kerusi umum yang dipertandingkan di KK? Adakah Pro-Mahasiswa ataupun Pro-Aspirasi?
.
Nampaknya KK tidak selari dengan kejayaan yang dicapai Pro-Aspirasi di Kampus Induk. Pro-Mahasiswa menjadikan KK sebagai taruhan terakhir untuk menguasai kerusi-kerusi di konstituensi PP berbanding prestasi buruk mereka di Kampus Induk. Hanya KK memberi harapan kepada mereka untuk mengisi kekosongan Exco-exco MPP sidang 2009/2010.
.
Tidak mengapa, sama-sama kita nantikan khabar dari KK Isnin ini.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tahniah ASPIRASI USM!

Keputusan PRK USM secara rasminya telah diumumkan oleh TNC HEP, Prof Omar Osman pada jam 2.48 pagi. Sebagaimana yang dimaklumkan, sebanyak 14 kerusi telah dimenangi ASPIRASI tanpa bertanding (MTB).

Senarai keputusan penuh PRK USM Kampus Induk, Pulau Pinang adalah seperti berikut:

KONSTITUENSI UMUM

1) Mohamad Nur Hazim Mazlan (3041 undi)
2) Ahmad Wafi b. Sahedan (2856 undi)
3) Abel Benjamin Lim (2578 undi)
4) Aishah Mohd Marsin - BEBAS (2527 undi)
5) Bazilah Mohamad Zaki (2356 undi)
6) Sivaneswari a/p Muniandy (2313 undi)


KONSTITUENSI PUSAT PENGAJIAN

PP KOMUNIKASI
Mohammad Faiz Omar - BEBAS

PP TEKNOLOGI INDUSTRI
Kelvin Ying@Tang Shee Wei

PP SAINS KAJIHAYAT
Nadia Ab Razak

PP ILMU PENDIDIKAN
Muhd Juraidi Mat Yusoff
Siti Raznee Mansor
Nur Ilham Mohd Nor

PP BAHASA, LITERASI & TERJEMAHAN
Veraneeta Jumat (MTB)

PP SAINS KOMPUTER
Goh Eng Keat (MTB)

PP SAINS MATEMATIK
Lim Shu Yi (MTB)

PP SAINS KIMIA
Muhamad Husni Mohd Rusli (MTB)

PP SAINS FIZIK
Muhamad Hafiz Abu Kasim (MTB)

PP ILMU KEMANUSIAAN
Mohd Anuar Mat Daud (MTB)
Wan Mazita Wan Dir (MTB)

PP PENGURUSAN
Ang Ling Xiang (MTB)
Devendran a/l Rajagopal (MTB)

PP SAINS FARMASI
Farah Hain Misuon (MTB)

PP SAINS KEMASYARAKATAN
Nik Mohamed Hussein Nik Ali (MTB)
Sara Ayuni Hamdan (MTB)

PP SENI
Mohd Farid Wajidi Abdul Latif (MTB)

PP PERUMAHAN, BANGUNAN & PERANCANGAN
Ooi Say Jer (MTB)

Tahniah kepada semua yang berjaya menganggotai barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sidang 2009/2010
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Edisi Rapat Umum: Sedikit Analisa dan Kritikan

Rapat umum yang pertama telahpun selesai. Sambutan daripada para audiens sangat menggalakkan dengan kehadiran ramai penyokong calon-calon yang bertanding. Tahniah diucapkan kepada semua yang memberi sokongan dan menunjukkan semangat dalam menghadapi proses demokrasi di kampus.
.
Niat hadir menyaksikan rapat umum hanyalah kerana mahu melihat calon-calon pilihan berpidato memperkenalkan diri masing-masing. Beberapa orang calon tidak saya kenali dan itu membuatkan saya tidak begitu berminat untuk mengikuti hingga ke penghujung. Tetapi saya sempat mengikuti pidato calon-calon pilihan seperti Bazilah bt. Mohamad Zaki, Muhammad Nur Hazim bin Mazlan, Ahmad Wafi bin Sahedan, Abel Benjamin Lim, Mohd Faiz bin Omar, dan Aishah bt Mohd Marsin (sekadar menyebut beberapa nama).
.
Kemunculan pertama mereka di khalayak ramai tampak meyakinkan dan tidak mengecewakan.
.
Beberapa penilaian telah dibuat terhadap calon-calon berdasarkan beberapa kriteria iaitu:
1) Kualiti calon dari segi keyakinan, gaya dan kelancaran berpidato di hadapan audiens
2) Isu-isu yang diperjuangkan
3) Populariti calon
.
Secara jujur calon yang saya sebutkan tadi tidak menghadapi sebarang masalah. Namun, topik entri kali ini berkenaan isu-isu yang diperjuangkan oleh beberapa calon yang nampaknya sudah basi dan membosankan.
.
Rasanya rapat umum yang pertama ini hanyalah sesi perkenalan calon terhadap para pengundi tetapi sudah ada calon yang terlepas manifesto dan sibuk menyatakan perjuangan dan pendirian mereka terhadap perkara-perkara yang dirasakan tidak perlu.
.
Antaranya kisah bas, wireless dan mahu hapuskan AUKU.
.
Ini kisah lama la...dah jadi kisah hikayat dalam kitab sejarah lama. Isu-isu tersebut sudah lama diperjuangkan, sudah lama dilaung-laungkan dan penambahbaikan juga telah dilaksanakan. Janganlah sampai calon-calon PRK kita dilabel sebagai ketinggalan zaman dan ketandusan idea.
.
Ada golongan yang berkeinginan dan bercita-cita kononya mahu mewakili suara rakyat, memperjuang serta membela nasib rakyat. Misi yang cukup cantik - berkobar-kobar, tetapi kalau pemikiran masih di takuk lama, isu-isu yang dibangkitkan hanyalah setakat wireless dan bas...saya rasa mereka belum lagi mencapai standard mahasiswa yang diinginkan. Tidak perlulah pasang angan-angan tinggi melangit kalau setakat mencedok isu-isu lapuk.
.
Tiap-tiap tahun isu yang sama. Universiti melalui MPP telah mengambil langkah sewajarnya untuk menambahbaik perkhidmatan tersebut. Tolonglah....cari isu lain seperti isu-isu nasional dan aplikasikannya dalam kehidupan warga kampus. Perlihatkanlah diri anda sebagai mahasiswa berwawasan dan berpandangan jauh.
.
Setakat ini untuk menilai secara keseluruhan calon-calon PRK adalah masih terlalu awal. Sama-sama kita tunggu rapat umum kedua yang akan memperlihatkan para calon berpidato menyatakan perjuangan dan manifesto masing-masing.
.
Mungkin juga dalam rapat kedua nanti kita akan dapat lihat kelemahan calon tertentu yang tidak dapat menangkis provokasi daripada para penyokong kumpulan lawan. Siapa pula yang akan dihentam selepas ini?
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tetap Aspirasi

Proses penamaan calon hari ini berjalan lancar dan tenang. Calon-calon yang bakal bertanding sudah kelihatan dan tiada lagi sebarang konspirasi GGB. Ia telahpun tamat.
.
Apa yang pasti semangat kedua-dua belah pihak baik dari kem Pro-A dan Pro-M untuk menghadapi PRK semakin berkobar-berkobar. Tidak lupa juga calon-calon persendirian yang bertanding atas tiket Bebas, bersedialah untuk menghadapi saingan dan cabaran di pentas PRK.

Bagi calon-calon Aspirasi, saya secara terbuka sudah semestinya memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan anda terjun ke bidang kepimpinan universiti. Tiada yang lebih bermakna apabila kita menerima sokongan, bantuan dan kepercayaan daripada rakan-rakan di sekeliling untuk menggalas tanggungjawab dan menghadapi cabaran politik kampus bersama-sama.
Mesej untuk warga Apirasi, teguhkan pendirian, tingkatkan keupayaan dan sematkan perasaan cinta pada Aspirasi dan universiti. Sebagai manusia kita mempunyai hak memilih. Saya berhak memilih untuk bersama perjuangan Aspirasi dan anda juga berhak menentukan jalan anda sendiri.
Sudah semestinya medium yang ada ini mampu memberi sedikit inspirasi dan sokongan terhadap calon pilihan kita - calon Aspirasi. Perselisihan dan konflik tidak dapat dielakkan dan itu merupakan 'warna-warni' kehidupan. Apa jua yang berlaku ia tidak merubah pendirian dan sokongan kita.
Tetap Aspirasi.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ada Lagi Pengkhianat?

Saya suka perkataan "pengkhianat" ini dijadikan tajuk entri kali ini kerana ia kedengaran agak kasar dan pasti menimbulkan pertanyaan siapakah gerangannya yang menjadi pengkhianat?
.
Dalam politik kampus USM, isu pengkhianat pernah tercetus dan kronologi isu ini sangat menarik untuk kita ketahui. Isu ini sengaja ditimbulkan dan ditujukan kepada individu tertentu yang berpaling tadah atau berubah ideologi dan sokongan terhadap kumpulan asal mereka.
.
Nak dijadikan cerita, dalam edisi PRK sidang lalu, dua orang calon favourite telah dilabelkan sebagai pengkhianat kerana telah menyertai Pro-A di saat-saat akhir. Tidak perlu saya highlight siapakah nama dua orang individu tersebut, sekiranya anda kaki politik kampus, pasti ada di antara kita dapat membayangkan wajah jejaka berdua itu yang akhirnya menang kerusi umum.
.
Mereka dikatakan mempunyai imej dan berfahaman Islamik, tetapi apabila mereka mengambil keputusan bertanding atas tiket Pro-A, maka ramailah golongan Islamik menepuk dahi kerana menyangkakan individu berkenaan akan bertanding mewakili kumpulan mereka.
.
Kita dapat lihat berlaku kekhilafan percaturan dan salah sangka yang kronik dalam kalangan mereka. Maka ketika rapat umum sedang berjalan di padang kawad, perkataan "pengkhianat" sangat popular apabila calon-calon tersebut memulakan pidato dan hujahan manifesto masing-masing.
.
Itu kisah rapat umum kempen PRK yang lalu. Kali ini, apakah mungkin ada lagi pengkhianat? Gelombang Gerakan Bebas (GGB)??.
.
Difahamkan anggota team GGB ini kebanyakannya dari kem Pro-A dan menjalinkan hubungan baik dengan wakil dari PMI. Ada juga golongan dari PMI yang lari dan menyertai GGB kerana faktor-faktor tertentu dan ada juga golongan kecil yang benar-benar bebas daripada mana-mana fahaman politik di kampus.
.
Walaupun mereka mengambil keputusan tidak bertanding, tetapi gerakan perang psikologi mereka telah menentang Pro-A dan Pro-M. Khabar angin juga bertiup mengatakan mereka yang menggerakkan GGB terdiri daripada golongan kecewa dan golongan merajuk. Adakah kesemuanya dikira golongan pengkhianat?
.
Mungkin ya mungkin tidak. Apapun persepsi kita terhadap GGB, ia bergantung kepada bagaimana cara kita mengenali team gerakan bebas ini. Soal pengkhianat ataupun tidak, saya serahkan kepada anda untuk menilai.
.
Satu lagi, sekiranya laungan "pengkhianat" bergema menjadi satu bahan provokasi terhadap pihak lawan dalam rapat umum nanti, maka persoalan yang menjadi tajuk entri ini telahpun terjawab.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Edisi PRK: Misi Gelombang Gerakan Bebas Tercapai?

Lupakan sebentar kisah kemangkatan Sultan Johor, semuanya sudah selesai dan penggantinya yang baru sudahpun ditabalkan.
.
Ini merupakan hikayat politik kampus yang ingin saya kupas. Isnin ini merupakan hari yang dinanti-nantikan iaitu hari penamaan calon untuk kita melihat sendiri wajah-wajah yang bakal berkempen seterusnya bertanding dalam PRK USM dalam jangka masa terdekat nanti.
.
Saya menerima beberapa pertanyaan daripada beberapa orang individu seperti berikut:
.
"Betul ke wujud team Bebas?"
.
"Macam mana pergerakan team Bebas ni? untuk apa?"
.
"Team Bebas tak sediakan calon di setap pusat pengajian ke?"
.
Minggu lalu situasinya agak hangat kerana gerakan ini telah dihidu oleh Pro-A dan Pro-M. Kini keadaan kembali seperti sediakala, tenang dan muram. Tiada apa-apa isu berbangkit mengenai PRK.
.
Mengenai gerakan Bebas, melalui pemerhatian dan sudut pandangan saya, gerakan ini memang wujud dan mereka bergerak dalam kumpulan yang kecil tetapi berpengaruh. Kehadiran team Bebas ini hanya seketika sahaja, seolah-olah mahu membuktikan bahawa mereka mampu untuk menimbulkan ancaman dan persaingan terhadap calon-calon yang bertanding dari segi pengaruh dan pecahan undi.
.
Motif gerakan ini tidak lebih daripada mahu menunjukkan bahawa mereka juga berpotensi untuk menang dalam PRK walaupun tanpa menggunakan platform Pro-A mahupun Pro-M. Apa yang saya tahu, mereka tidak berniat untuk meletakkan calon di setiap pusat pengajian apatah lagi untuk bertanding.
.
Saya yakin borang telah diambil, tetapi itu tidak bermakna borang itu akan diisi dengan lengkap dan akan diserahkan ketika proses penamaan calon nanti. Angin Bebas ini sedikit sebanyak menimbulkan curiga dalam kalangan 'otai-otai' dan penggiat politik kampus.
.
Mengapa? Kerana gerakan Bebas ini terdiri daripada mereka yang pernah aktif bersama Pro-A dan Pro-M. Jadi apabila golongan ketiga ini menggerakkan perang psikologi terhadap kem Pro-A dan kem Pro-M ia sudah cukup menjadi asas mengapa mereka perlu berasa curiga. Saya sendiri dapat menghidu kekalutan yang berlaku dalam kedua-dua kem tersebut apabila gerakan Bebas ini mula menyusun langkah.
.
Adakah mereka ini golongan 'merajuk'? Atau mungkinkah berlaku pergolakan atau perselisihan sehingga membuatkan mereka bertindak menggerakkan satu entiti alternatif? Wallahualam...
.
Apabila tiba tarikh akhir para calon untuk mendapatkan pengesahan daripada Dekan, Penggawa, TNC dan segala macam urusan pengisian borang pada Jumaat lalu (22 Jan.) gerakan ini sudah mula senyap...
.
Hakikatnya, gerakan Bebas benar-benar menggugat. Misi mereka hanyalah kepada menggertak dan menimbulkan perasaan tidak senang dalam kalangan jentera Pro-A dan Pro-M. Saya melihat misi mereka sebagai 'pengacau' telah berjaya. Sebab itulah apabila tiba tarikh akhir untuk urusan pengesahan borang pencalonan tempoh hari, itu bermakna tiada lagi calon dibenarkan untuk mendapatkan pengesahan.
.
Bermakna, pada hari tersebut juga team Bebas yang sebelum ini melancarkan serangan psikologi, propaganda dan menayangkan 'calon bayangan' sudah berhenti daripada aktiviti politiknya.
.
Saya diberitakan team Bebas ini tidak disenangi oleh beberapa pihak dan mereka juga menerima ancaman dari pihak tertentu. Nampak gayanya, jika itulah yang berlaku terhadap team Bebas, sememangnya pergerakan mereka berhasil.
.
Saya berani mengatakan misi mereka tercapai. PRK tahun ini mungkin merekalah pencetus dengan merancang pergerakan 'main-main' ini. PRK akan datang mungkin team yang sama akan wujud dan pergerakan mereka mempunyai kebarangkalian untuk direalisasikan dengan masuk bertanding dalam PRK setelah melakukan 'percubaan dan kajian' dalam PRK kali ini.
.
Kepada golongan Pro-A dan Pro-M, anda dan kita semua wajar berhati-hati dalam musim PRK pada masa akan datang!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sultan Johor Kelima - Dirgahayu Tuanku!

DAULAT TUANKU

Upacara lafaz sumpah permasyhuran Sultan Johor yang baru
Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj telah selamat dimasyhurkan sebagai Sultan Johor Kelima di Istana Besar Johor Bahru.
Jasad ayahandanya pula, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail telah dikebumikan selepas upacara permasyuran tersebut di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru.
Harapan rakyat jelata Negeri Johor semoga Allah memberkati dan melindungi pemerintahan dan takhta baginda Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.
Dirgahayu Tuanku!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rating Blog Tinggi Sebab Hina Kemangkatan Sultan Johor

Orang Melayu sekarang sudah tidak sama lagi seperti Melayu zaman feudal. Almaklumlah zaman sekarang masyarakat Melayu kita sudah berpendidikan tinggi. Negara pula bukanlah berkonsepkan seperti zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.
.
Zaman sekarang zaman moden. Orang Melayu hebat-hebat belaka. Maju pula tu. Bijak pandai semakin bertambah. Orang Putih kata intelItalicligent. Yang terlebih pandai terlebih cerdik pun ada. Macam-macam strategi bodoh dan tindakan bangang dibuat untuk mendapatkan kepuasan.
.
Apa yang saya ceritaka ini ada kaitan dengan Mamat seorang ni...orang Melayu la kan bila saya menyebut nama Mamat. Mamat yang menggelarkan dirinya ADUKA TARUNA ini orang Melayu maju, bijak, pandai, cerdik, hebat, berkuasa, bebas dan berani. (Kalau ada sesiapa nak tambah sifat-sifat mahmudah untuk dia, silalah).
.
Si ADUKA TARUNA ini mencari publisiti murahan, semurah harga diri atau maruahnya. Kemangkatan Sultan Johor dihina dan diulas dengan kata-kata yang begitu kesat. Barangkali dia ni lebih mulia darjatnya berbanding keturunan Diraja.
.
Membaca ulasan pendek di blognya itu (klik sini) membuatkan kita tersenyum dan geli hati dengan aksi beruk yang terlatih ini. Nampaknya, dia punya cara bagaimana hendak melariskan blognya itu. Mudah saja, ulas la apa sahaja cerita yang berkaitan kepentingan negara dengan perspektif yang negatif dan sumbang.
.
Maka ramailah yang akan surf blognya untuk melihat ulasan blog yang macam sampah itu. Melihat penulisannya yang tak berakal itu mampu membuatkan kita berasa loya. Orang pandai lagi bijaksana seperti inilah yang selalu mendapat perhatian kerana pandai mengeksploitasi keadaan.
.
Lihat saja rating blognya, dalam satu hari sahaja bilangan hitsnya sangat tinggi, bilangan yang online di blognya pun tinggi, yang memberi komen ada ulasannya itu pun ramai. Nak dijadikan cerita, blog saya pun memberi publisiti kepada blognya. Jadi makin ramailah yang login ke blog beliau yang tiada otak ini. Well done la bro! Lu memang bijak walaupun tak pakai otak.
.
Beginilah caranya orang Melayu kita nak popular. Tak payah guna otak pun dah boleh popular. Hina je Sultan mana-mana negeri, mesti ramai yang komen balik. Popular la. Senang kan? Sengaja nak mengumpan la tu. Konon-kononya nak tengok respon pembaca yang pro dan kon.
.
Entri kali ini saya selitkan sedikit beberapa perkataan kurang sopan. Setelah dibaca kali kedua apa yang saya tulis, rupanya memang seronok la guna ayat yang kurang ajar. Patut la si ADUKA TARUNA ni jadi kurang ajar sebab dah terbiasa guna ayat kurang ajar dalam blog dia.
.
** Banyak 'sampah' kat internet...kena pilih mana yang boleh pakai, mana yang kita patut lempar jauh-jauh bagi anjing makan.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Takziah Kerabat Diraja dan Rakyat Johor

Sultan Mahmood Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail
(8 April 1932 - 22 Januari 2010)

AL-FATIHAH
.
Atas kemangkatan Sultan dan Yang Di Pertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim, DYMM Al-Muttawakkil Alallah As-Sultan Iskandar Ibni Almarhum As-Sultan Ismail pada 22 Januari 2010 jam 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru.
.
Sebagai seorang anak Johor saya berasa simpati dan takziah diucapkan kepada seluruh kerabat Diraja, kerajaan dan rakyat Negeri Johor Darul Takzim.
.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

BEBAS Memilih

Minggu ini USM sedang hangat dengan beberapa isu yang diutarakan atas nama perjuangan mahasisawa membela kebajikan dan kesejahteraan warga kampus. Seperti biasa, saat-saat akhir menjelang Pilihan Raya Kampus (PRK) kita mula melihat individu-individu tertentu mula menonjolkan diri dengan penampilan menarik dan gaya seorang pemimpin pelajar.
.
Saya yakin dan pasti ramai di antara kita banyak memberikan perhatian dan tumpuan kepada dua entiti ini - Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa. Calon-calon dari kedua-dua pihak juga telah dikenalpasti dan kita selaku mahasiswa perlu bijak membuat penilaian terhadap calon-calon tersebut.
.
Walaubagaimanapun sedang Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa giat berkempen dengan pelbagai cara, sudah mula kedengaran bisik-bisik yang mengatakan wujud satu kumpulan yang melakukan gerakan untuk menampilkan calon-calon BEBAS.
.
Perancangan ini dilihat sebagai alternatif kepada mahasisawa untuk memilih calon pilihan mereka yang tidak mewakili mana-mana 'parti politik' di kampus. Ada juga yang menggelarkannya sebagai tidak lebih daripada cubaan menghangatkan suasana PRK dan menimbulkan suatu ancaman kepada calon-calon sedia ada. Mengapa? Kerana nama-nama yang bakal membarisi ideologi BEBAS ini sangat dikenali dan disegani kerana personaliti mereka yang cukup cemerlang.
.
Bagi saya, kita lebih berhak menilai seseorang selepas kita benar-benar mengenali dan memahami sikap, sifat dan personaliti seseorang berbanding penampilan, dan kepetahan berbicara menarik perhatian pengundi.
.
Maka kehadiran calon BEBAS tidak patut dipandang sebelah mata. Mungkin mereka bergerak secara senyap dan mendekati pengundi dengan cara yang lebih mesra, dekat dan tidak formal. Pergerakan kempen mereka mungkin tidak menyeluruh tetapi pengaruh dan sifat mereka yang cukup dikenali ramai mahasiswa sudah cukup untuk membuatkan para pengundi tidak perlu berfikir panjang untuk memangkah nama mereka ketika pembuangan undi nanti.
.
Sudah tentu kehadiran mereka memberi cabaran dan ancaman kepada calon-calon Aspirasi dan Pro-Mahasiswa. Apa yang lebih dibimbangi ialah akan berlakunya perpecahan undi dan ini akan menyebabkan undian calon-calon Aspirasi dan Pro-M akan merosot dan berpindah kepada calon BEBAS. Mereka juga sudah tentu dapat mengagak akan wujudnya perancangan sebegini. Jadi apa agaknya langkah seterusnya kem Aspirasi, Pro-M dan BEBAS?
.
Pendirian saya mudah, yang baik kita sokong, yang negatif kita tolak...
.
Kita BEBAS membuat pilihan...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Facebook Punya Pasal...

“Ke nak aku baling bom petrol di sana plak? Harga boleh runding...”
.
Demikian komen yang di hantar seorang pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Mohamad Tasyrif Tajudin, 25 kepada seorang rakannya melalui laman jaringan sosial Facebook.

Nadanya seperti bergurau, tetapi niat gurauannya itu dipandang serius sehingga membawanya ke kandang tertuduh di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan menghantar komen berbentuk ugutan.
.
Dalam kes ini mungkin dia terlepas pandang atau langsung tidak menyedari bahawa komennya itu berunsurkan ugutan dan dilihat berbahaya lebih-lebih lagi negara masih lagi menghadapi kemelut isu penggunaan kalimah Allah.
.
Pepatah Melayu mengatakan "kerana mulut badan binasa"...inilah yang berlaku kepadanya. Dia tidak menggunakan mulut, tetapi Facebook punya pasal, dia menerima padah sama ada dipenjara setahun, denda RM 50,000 atau kedua-duanya.
.
Bergurau ada tempatnya. Jangan kita mengambil kesempatan terhadap isu-isu negara untuk dijadikan bahan jenaka dan gurauan terutamanya melalui medium yang mudah diakses seperti laman web, blog mahupun laman jaringan sosial seperti Facebook.
.
Mungkin ini satu kes terpencil yang telah dihidu dan diambil tindakan yang melibatkan seorang pelajar yang TIADA kepentingan dalam bidang politik dan seumpamanya. Tetapi mungkin banyak lagi kes seperti ini berlaku dan masih BELUM diambil tindakan atau TIDAK diambil tindakan.
.
Cuba fikir-fikirkan, bagaimana pula sekiranya kes seperti ini atau yang lebih dahsyat seperti hasutan, fitnah dan ugutan yang membabitkan individu terkenal, berpengaruh, 'kebal', dan berkuasa?
.
Isu kalimah Allah boleh dimanipulasikan oleh sesiapa sahaja. Tetapi adakah proses pendakwaan terhadap individu tersebut akan dilakukan sangat cepat dan pantas dan cekap sepertimana pendakwaan yang telah dilakukan terhadap pelajar ASWARA ini?
.
Kadang-kadang dunia ini tidak adil...yang lemah ditindas dan mudah sahaja menerima hukuman tetapi yang berkuasa dan 'lebih cerdik sedikit' terselamat. Kerana manusia bukanlah makhluk yang sempurna untuk menguruskan pentadbiran dunia ini.
.
.
.
** Jadi orang berpengaruh tidak mengapa tapi jangan jadi orang yang mudah terpengaruh.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Politik Tom Yam

Tom yam...sejenis makanan yang sangat digemari masyarakat Malaysia. Berasal dari negara Thai dan banyak gerai tom yam di buka di Malaysia. Apa pula kaitan tom yam dengan politik?

Menurut seorang tutor di Unit Perdamaian, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM yang berpengalaman dalam hal ehwal perdamaian dan penyelesaian konflik, kajian mendapati 50 peratus peruntukan persenjataan yang diperolehi puak pemisah dan militan di Selatan Thai adalah datangnya daripada pengusaha gerai tom yam di Malaysia.

Benarkah?

Perkara ini diakui benar dan ia menyebabkan rakyat Thai sangat mencurigai gerai-garai tom yam di Malaysia. Apabila mereka berkunjung ke Malaysia dan melihat gerai-gerai tom yam rancak beroperasi, timbul perasaan prejudis dan curiga dalam hati mereka.


Tapi jangan risau, mungkin ia melibatkan gerai-gerai tom yam yang berada di sempadan Thai atau gerai-gerai tertentu. Tiada siapa tahu.
.
Nampaknya tom yam juga menjadi penyebab kepada ancaman dan ketegangan politik di Selatan Thai. Tom yam juga ada kaitan dengan realiti politik. Macam-macam ragam dunia...
.
Jadi, kalau anda makan tom yam, ingatlah tajuk entri ini, "Politik Tom Yam".
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Mana Hak Pelajar?

Biasanya apabila kita berasa tidak puas hati, banyak cara yang boleh kita lakukan untuk menyampaikan masej tersebut. Cara kekerasan dan tuntutan melulu bukanlah cara saya, tetapi saya mengambil pendekatan yang lebih berhemah dengan cara meluahkan apa yang terbuku melalui medium siber supaya kita dapat berkongsi bersama. Saya mahukan satu penyelesaian dicapai demi kepentingan bersama.
.
Saya tidak berminat untuk merahsiakan atau melindungi apa-apa maklumat, mesej ini perlu diampaikan secara telus dan terus. Isunya ialah hak pelajar yang menginap di Desasiswa AMAN DAMAI tidak mendapat kemudahan infrastruktur yang diharapkan.
.
Saya tidak berhadapan sebarang masalah dengan pihak pentadbiran pejabat desasiswa, saya mengenali staf-staf yang berkhidmat di pejabat tersebut dan hubungan kami sememangnya baik. Malangnya hubungan para penghuni desasiswa AMAN DAMAI dengan Penggawanya sangat mengecewakan.
.
Peranan Majlis Penghuni Desasiswa AMAN DAMAI (MPDAD) yang bertindak selaku perantara antara para penghuni dan pihak pengurusan juga dilihat tidak berkesan. Saya tidak menyalahkan MPDAD kerana saya yakin MPDAD sendiri mempunyai masalah yang tersendiri untuk berurusan dengan Penggawa.
.
Isu tuntutan tempat letak motosikal berbumbung pelajar sudah lama dibangkitkan namun sehingga sekarang tiada apa-apa tindakan. Saya difahamkan tiga orang Yang Dipertua MPDAD bermula dengan Sdr. Jaya Johan, Sdri. Rashidah (Anne) dan Sdr. AinFikri Ngassri sudah silih berganti memperjuangkan perkara yang sama tetapi hampa.
.
Apa masalahnya?
.
Isu ini lebih berfokus kepada pelajar lelaki di blok K01 dan K02. Para pelajar mahukan hak mereka mendapat kemudahan yang diperlukan. Yang menjadi keutamaan ialah tempat letak motosikal berbumbung. Itu sahaja yang dipersoalkan sejak sekian lama. Mana hak pelajar? Mengapa hak pelajar untuk melindungi dan memelihara harta benda mereka (motosikal) dinafikan?
.
Kami tidak bising mengenai keadaan blok dan bilik yang dikatakan lebih muram berbanding desasiswa lain. Kami tidak minta blok kami direnovate atau lain-lain permintaan yang mengarut. Kami sudah biasa dan selesa dengan keadaan sedia ada. Kami hanya mahukan tempat letak motosikal berbumbung.
.
Motosikal di AMAN DAMAI tidak mempunyai tempat perlindungan. Ada yang mengeluh, motosikal yang baru dibeli dua bulan sudah mulai berkarat di tempat-tempat tertentu kerana terpaksa dibiarkan berpanas dan berhujan setiap hari. Saya yakin kebanyakan pelajar lelaki sangat mengambil berat keadaan dan penampilan motosikal mereka.
.
Apabila pelajar meletakkan motosikal di tempat-tempat yang redup, mereka dipersalahkan kerana meletakkan motosikal sesuka hati dan dikecam kerana SIKAP mereka yang tidak mematuhi peraturan. Keinginan dan kehendak pihak pengurusan MESTI dipatuhi, tetapi bagaimana pula dengan keinginan dan kehendak pelajar?
.
Sekarang, para pelajar telah dihalang daripada meletakkan motosikal di tempat-tempat yang kebiasaannya redup. Kami akur. Besi penghadang telah dipasang di tempat tersebut dan pastinya selepas ini kawasan meletak motosikal sedia ada tidak mencukupi dan berlaku kesesakan.
.
Selain itu tiada jaminan keselamatan di kawasan sedia ada turut merisaukan para pelajar sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.
.
Sebagai salah seorang pelajar yang memiliki motosikal di desasiswa ini, saya turut berkongsi rasa yang sama dengan pelajar-pelajar lain. Tuntutan yang sebegitu mudah tidak diendahkan dan pelbagai alasan diberikan oleh penggawa.
.
Tidak perlu saya sarankan pihak berkenaan supaya melakukan lawatan ke sekolah rendah. Untuk apa? Bak kata seorang rakan saya dari Tanah Merah Kelantan, "sekolah rendah pun ada tempat letak BASIKAL berbumbung untuk murid-murid...."
** Minta apa yang perlu.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Budaya Perdamaian Budaya Kita

Perdamaian merupakan satu cara yang memerlukan pengorbanan dan toleransi antara kumpulan yang bertelagah. Itu sepatutnya menjadi budaya kita masa kini dan bukannya bertindak mengikut perasaan dan sentimen kebencian.
.
Merujuk kepada insiden beberapa buah gereja yang dibakar, dan tidak mustahil satu hari nanti masjid dan surau pula yang menjadi sasaran tindak balas kumpulan Kristian. Perkara sebegini sudah lama berlaku di negara-negara asing seperti di Timur Tengah dan paling hampir, Indonesia.
.
Di Nag Hamady, sebuah bandar kecil di selatan Mesir, baru-baru ini akhbar melaporkan kumpulan Islam dan Kristian saling berbalas serangan antara satu sama lain. Kedai-kedai dan rumah milik orang Islam dan Kristian dibakar, beberapa penduduk beragama Kristian dijadikan sasaran pembunuhan kumpulan bersenjata. Lebih malang lagi, punca kepada perbalahan tersebut dikatakan berpunca daripada kejadian seorang gadis Islam dirogol lelaki Kristian dan ia menimbulkan perasaan tidak puas hati dan kemarahan penduduk Islam di bandar tersebut.
.
Itu kisah di Mesir, di negara kita pula keadaannya tidaklah seburuk di sana. Keadaan masih terkawal dan pihak keselamatan telah mengambil langkah berjaga-jaga supaya tiada kejadian yang lebih buruk dan tidak diingini berlaku.
.
Merujuk akhbar Utusan Malaysia hari ini (11 Januari 2010), Presiden Majlis Jaksa Pendamai Malaysia, Datuk Clarence Bongkos Malakun mengeluarkan kenyataan:
.
‘‘Sudah tiba masanya kita, masyarakat Kristian khususnya Katholik membuat penilaian kepada keadaan sekarang demi keselamatan dan ketenteraman awam supaya dengan senang hati menggugurkan perkataan Allah untuk menenangkan saudara Islam kita.
.
‘‘Daripada terus mendesak hak untuk menggunakan perkataan Allah adalah lebih baik jika Katholik hanya menggunakan perkataan ‘Tuhan’ atau ‘Tuhan Yang Maha Kuasa’.
.
‘‘Biarlah saudara Islam kita sahaja yang menggunakan perkataan Allah untuk kebajikan supaya kita dapat hidup aman damai dan harmoni di Malaysia.”
.
Alangkah indahnya Malaysia sekiranya masyarakat pelbagai kaum dan agama berfikiran seperti beliau yang mengambil pendekatan toleransi dan cuba untuk mengendurkan suasana tegang yang berlaku sekarang.
.
Saya secara peribadi sangat menyenangi dan menghargai sikap yang ditunjukkan beliau dalam mencari penyelesaian isu kalimah Allah yang semakin melarat ini. Semua masalah pasti ada jalan penyelesaiannya bergantung kepada kemahuan dan kesediaan diri kita sendiri untuk berubah.
.
Saya menyambut baik sekiranya ada tokoh Islam berpengaruh di Malaysia yang tampil ke hadapan untuk menyampaikan mesej keamanan dan menegah segala perbuatan yang boleh mendatangkan mudarat kepada kehidupan bermasyarakat di negara ini khususnya antara penganut Islam dan Kristian.
.
Jikalau seorang pemimpin beragama Kristian seperti beliau sedia meniupkan seruan perdamaian demi keharmonian masyarakat Malaysia, mengapa pemimpin Islam tidak?
.
.
** tajuk entri diambil daripada sebuah buku karya Prof. Madya Kamarulzaman Askandar, pensyarah dan Penyelaras Serantau untuk Jaringan Pengajian Konflik Asia Tenggara (SEACSN), Unit Penyelidikan dan Pendidikan Untuk Perdamaian,
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan,
USM Pulau Pinang.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jangan Melampau! ISA kan Golongan Extremist

Meluap-luap rasanya bila menonton Buletin Utama yang menyiarkan tiga buah gereja dibakar dan dilontar dengan 'molotov cocktail' hari ini. Apa ni?
.
Bakar gereja bukan satu jalan penyelesaian. Ada rupanya segelintir daripada kita yang berangan menjadi hero...konon-kononnya memperjuangkan kesucian Islam hingga sanggup merosakkan rumah ibadat agama lain. Walaupun gereja tersebut mengalami kerosakan kecil dan tidak menyebabkan kemusnahan teruk, ia tetap satu cubaan 'bermain api'. Ini perbuatan orang yang pendek akal.
.
Tindakan ini bersifat extreme dan sungguh melampau. Saya secara peribadi sangat tidak bersetuju dengan tindakan bodoh golongan extremist ini. Sudahlah Islam dilabelkan sebagai pengganas dan extremisme, kini mereka melakukan tindakan yang membuktikan bahawa persepsi masyarakat dunia itu adalah benar dan kini ia terjadi di Malaysia. Apa yang mereka lakukan menunjukkan seolah-olah umat Islam di Malaysia tidak menghormati agama lain.
.
Islam sebuah agama yang menekankan kedamaian dan persaudaraan. Islam tidak mengajar umatnya melakukan kekerasan dan penganiayaan terhadap orang lain walaupun mereka bukan dari golongan Islam. Saya bukanlah hebat berbicara mengenai agama tetapi pengetahuan asas mengenai Islam sudah tersemat di dalam hati.
.
Dalam peperangan juga Islam menggariskan beberapa perkara yang tidak harus dilakukan oleh tentera Islam seperti membunuh kaum wanita, kanak-kanak dan orang tua. Tidak boleh membunuh mereka yang berlindung di rumah ibadat dan tidak boleh merosakkan sebarang rumah ibadat yang ada.
.
Hari ini ada umat Islam yang merosakkan rumah ibadat agama lain dan kita bukanlah dalam suasanana peperangan. Ini jelas menunjukkan mereka tidak memahami apa yang dituntut dalam Islam. Walaupun umat Islam hari ini masih dalam keadaan tertekan dan marah dengan isu kalimah Allah tetapi itu bukanlah alasan untuk kita melakukan penganiayaan dan melakukan kerosakan terhadap rumah ibadat agama lain. Itu sudah dikira menghina agama lain.
.
Perbuatan membakar gereja katolik boleh mendatangkan ancaman balas daripada penganutnya yang juga mungkin merupakan extremist kerana mereka mengganggap ini merupakan satu cabaran kepada mereka. Apa nak jadi negara kita? Perbalahan agama? Mula-mula bakar gereja, selepas itu masjid pula dibakar? Akhirnya saling berbunuhan antara penganut Islam dan Kristian?? Minta Allah jauhkan perkara itu daripada berlaku di bumi Malaysia.
.
Kita tidak mahu berlaku kejadian sepertimana krisis agama yang berlaku di Ambon, Indonesia suatu ketika dahulu. Tragedi yang sangat mengerikan dan menyayat hati apabila umat Islam dihalau, dikejar, disembelih dan dibunuh dengan pedang, sabit dan parang dengan cara yang sangat kejam.


Perkara seumpama ini perlu dielakkan dan dibanteras dari awal. Oleh itu, saya sangat bersetuju sekiranya suspek dikenakan tahanan ISA kerana tindakan membabi buta mereka itu sangat berbahaya dan boleh mencetuskan perbalahan agama di Malaysia. Kita tidak mahu wujud golongan extremist agama di negara kita. Kehadiran mereka hanya akan memburukkan lagi kedaan keruh yang sedia ada.
.
Berfikiran waras, rasional dan positif sebelum bertindak. Jangan cemarkan maruah dan imej Islam. ISA tidak mengenal siapa. Walaupun suspek berbangsa Melayu dan beragama Islam, mereka tetap penjenayah berbahaya dan tiada kompromi dalam soal keselamatan negara. ISAkan mereka!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Cukuplah...Ayuh Kembali Bersatu...!!

Isu kalimah Allah belum menemui penghujung, buntu, semakin kusut...

Apabila saya melayari laman blog politik dan isu-isu semasa, kebanyakannya masih berhujah dan mengkritik antara satu sama lain.

Yang peliknya kritikan, hentaman, perbalahan dan pertelagahan kerana perbezaan pendapat itu berlaku antara sesama insan beragama Islam.

Situasi ini cukup menyedihkan. Sangat mengecewakan bagi pemerhati seperti saya. Masyarakat Islam sendiri tidak dapat bersatu dalam menentukan kebenaran dan memperjuangkan kesucian Islam. Dimanakah konsep persaudaraan dan penyatuan ummah yang sering dilaungkan?

Bidas membidas, kritik mengkritik dan saling menyalahkan antara individu Islam yang bercanggah pendapat tidak membawa kebaikan. Sebaliknya ia hanya menyerlahkan lagi betapa rapuhnya kita, tiada persefahaman dan mudah diperdaya.

Mengapa kita tidak mencari punca kepada semua ini? Siapakah yang bertanggungjawab memulakan permasalahan ini? Lebih baik kita melaungkan bantahan terhadap pihak tersebut, pihak yang cuba memanipulasikan agama kita berbanding sibuk bercakaran sesama sendiri.

Mengapa sukar untuk mendapatkan kata sepakat? Mengapa tidak ada satu suara yang benar-benar tegas membantah? Kita mahukan hanya SATU SUARA. Kita tidak mahu anasir lain mencabul dan mempergunakan hak eksklusif agama kita.

Persoalannya mengapa ada di antara kita bertindak menongkah arus? Mengapa ada di antara kita menyokong usaha jahat pihak tersebut? Sudahlah kita lemah, terikut-ikut pula rentak mereka, bertambah terserlahlah kelemahan kita wahai umat Islam....Rapuh! Sedarlah!!

Cukuplah bersengketa sesama sendiri. Ayuh maju ke hadapan membina semula benteng yang kukuh dan perpaduan ummah agar anasir luar tidak mudah menerobos kubu kita seperti apa yang sedang berlaku sekarang.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Parlimen Pelajar: Bersediakah Kita?

Klik artikel untuk besarkan saiz

Assalamualaikum dan salam perpaduan...
.
Universiti Sains Malaysia (USM) akan menjadi universiti perintis di Malaysia yang julung kalinya akan menubuhkan Parlimen Pelajar tidak lama lagi. Idea ini sangat menarik untuk kita kongsikan bersama kerana banyak manfaat yang boleh kita perolehi hasil daripada lontaran suara mahasiswa memberi pendapat, cadangan, kritikan dan apa-apa perkara yang wajar disuarakan di dalam Parlimen Pelajar.
.
Namun idea yang mula tercetus pada 2004 oleh Naib Canselor Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak ini masih dalam peringkat awal dan pelaksanaannya masih dinanti-nantikan.
.
Sebagai seorang pelajar di universiti ini, saya mencadangkan supaya pihak universiti memberi gambaran sebenar, penjelasan yang tepat dan publisiti meluas mengenai Parlimen Pelajar yang hendak diwujudkan ini. Hal ini amat penting untuk dihebahkan dari awal supaya para pelajar dapat memahami fungsi dan peranan serta memanfaatkan penubuhannya.
.
Persoalan lain yang berlegar-legar di fikiran, komposisi perwakilan pelajar yang akan ditempatkan di dalam Parlimen Pelajar itu sendiri. Siapakah mereka? Yang pasti 'ahli parlimen' terdiri daripada anggota Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Majlis Penghuni Desasiswa (MPD), dan perwakilan dari pesatuan-pesatuan pelajar. Tetapi saya berpendapat, sewajarnya pihak universiti menetapkan satu mekanisme pengambilan atau kriteria-kriteria tertentu bagi menempatkan perwakilan yang benar-benar layak dan faham fungsi Parlimen Pelajar.
.
Satu perkara penting yang perlu diambil kira, perjalanan persidangan parlimen seharusnya dikendalikan 100 peratus oleh para pelajar sendiri. Mana-mana pihak boleh membuat andaian dan tuduhan melulu dengan mempersoalkan "adakah Parlimen Pelajar dikawal oleh Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (BHEPP)?"
.
Suara pelajar amat penting kerana merekalah yang sedang mengalami kehidupan kampus dan mendepani sistem pendidikan tinggi yang semakin mencabar. Tambahan pula peredaran zaman berlalu seiring dengan perkembangan isu-isu semasa yang mampu mempengaruhi ideologi dan idealisme seseorang yang semakin matang dalam menentukan hala tuju dan matlamat hidup. Suara generasi inilah yang kita mahukan apabila mereka mula melontarkan suara dalam Parlimen Pelajar nanti. Kita sentiasa mengharapkan yang positif.
.
Maka oleh sebab itulah apabila idea ini benar-benar ingin dilaksanakan di kampus ini, sistem penyampaian maklumat dari segi pengenalan sistem ini dan hasil persidangan parlimen, perlu disampaikan kepada warga kampus dengan tepat dan konprehensif agar tidak disalahtafsir atau dimanipulasikan kelak.
.
Saya yakin pihak universiti tahu apa yang selayaknya dilakukan sebelum Parlimen Pelajar benar-benar dilaksanakan nanti. Semoga hasrat ini menjadi kenyataan. Sering kita mendengar para pelajar turut mahukan demokrasi di peringkat kampus diimplementasikan dengan telus. Inilah masa dan platform yang diperlukan. Apa yang lebih penting, kesediaan para pelajar untuk menjunjung demokrasi dan politik kampus secara berhemah dan matang.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Krisis Agama + Krisis PAS

Assalamualaikum dan salam perpaduan...
.
Pagi tadi aku membaca akhbar pro kerajaan dan pejuang bangsa Melayu - Mingguan Malaysia, sehelai demi sehelai aku selak sarat dengan isu penggunaan kalimah Allah oleh agama Kristian. yang pasti isu ini takkan selesai selagi kerajaan tidak membawa perkara ini ke Mahkamah Rayuan untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi tempoh hari.
.
Kecoh satu Malaysia, bantahan demi bantahan dilakukan oleh masyarakat beragama Islam. Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir juga melahirkan kebimbangan sekiranya bantahan dan kemarahan umat Islam berterusan, ia boleh membawa kepada krisis keagamaan.
.
Pada pendapat aku, ada pihak memang sengaja mahu mencetuskan ketegangan dengan cara menimbulkan kemarahan umat Islam. Tapi siapa dalangnya?? Di pihak Islam masih bergasak dengan bantahan mereka terhadap keputusan Mahkamah Tinggi KL, tapi di pihak Kristian tiada langsung sebarang reaksi mempertahankan agenda mereka.
.
Mengapa media tidak mendapatkan maklumat, respon, komen daripada pemimpin-pemimpin gereja Katolik?? Masyarakat mahukan satu laporan dan perkembangan semasa yang bukan daripada sebelah pihak.
.
Benar, sebagai umat Islam kita sangat tidak bersetuju dengan apa yang telah berlaku. Mengadakan demonstrasi dan bantahan merupakan salah satu cara kita menzahirkan pendirian dan penentangan secara tegas. Namun apabila kekecohan tercetus, bimbang lama-kelamaan ia melarat sehingga menggugat kestabilan negara. Mungkinkah krisis keagamaan akan tercetus?
.
Masalah yang timbul sekarang, isu agama ini dah bercampur aduk dengan masalah politik. Dalam kes ini, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad nampaknya menjadi punca pertelingkahan. Dialah yang menyebabkan isu agama ini berhubungkait dengan politik. Manakan tidak, dia seorang ahli parlimen dari PAS, tetapi menongkah arus dasar dan perjuangan PAS yang mahu menegakkan Islam dengan bertindak menyokong penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian.
.
Tidak hairanlah Ahli Parlimen PKR Kulim/Bandar Baharu, Zulkifli Nordin mahu supaya Khalid segera keluar dari PAS bagi mengelakkan perpecahan dan tanggapan negatif kepada parti tersebut. Kali ini aku bersetuju dengan Zulkifli, dia memang seorang yang berani dan benar-benar memperjuangkan agama dan bangsa.
.
Bila wujud masalah sebegini, krisis dalaman PAS menjadi semakin parah. Isu panas yang melibatkan kerajaan dan beberapa pemimpin PAS sebelum ini tidak surut lagi, kini muncul pula Khalid mencipta satu lagi masalah.
.
Tetapi, satu pujian buat Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang nampaknya komited mahu isu ini ditangani bersama melalui perpaduan umat Islam. Beliau mahu politik diketepikan, politik bukan lagi keutamaan. Itu yang sebaiknya. Beliau cukup rasional dan bukannya membabi buta mengikut naluri dan kepentingan sendiri.
.
Aku berpendirian bahawa kerajaan mampu mengawal situasi dan keamanan dalam negara, krisis keagamaan pula tidak sepatutnya berlaku sekiranya langkah mengatasi diambil dari awal. Tetapi krisis PAS aku tidak pasti...biarlah mereka sendiri yang menyelesaikan dan membersihkan kembali imej mereka sebersih warna putih pada 'bulan mengambang'.
.
Yang baik kita sokong, terima dan hargai.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Masihkah Kau Ingat?

Assalamualaikum dan salam perpaduan...

Masihkah kita ingat pada seorang gadis yang bernama Kartika Sari Dewi??


Dia ditangkap Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kerana kesalahan meminum arak di khalayak ramai di sebuah kelab malam.

Dia dijatuhi hukuman enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan.

Malangnya hukuman itu sampai hari ini tidak dijalankan dan dia sendiri mahu supaya hukuman itu dilaksanakan secepat mungkin.

Kes ni dah senyap...

Pesalah telah dijatuhi hukuman, tetapi tidak dilaksanakan sampai sekarang. Apa masalah sebenarnya? aku pun tak pasti...Mengapa hukuman itu ditangguhkan terlalu lama? Kemana pergi ketegasan perundangan syariah kita? Jangan sampai undang-undang syariah diperlekeh saja satu hari nanti...
.
Atau mungkin sistem perundangan syariah kita sudah lama dipandang remeh oleh masyarakat kerana tiada ketegasan dan konsistensi dalam pelaksanaan undang-undang syariah dalam kes ini.
.
Bukan nak menyibuk, tetapi ini melibatkan soal integriti, kepercayaan dan maruah institusi perundangan syariah. Kesannya akan berbalik kepada kerajaan.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Teruskan Membantah!

Assalamualaikum dan salam perpaduan...

Minggu ini media massa termasuklah penulisan blog-blog banyak berkisar mengenai kalimah ALLAH yang dibenarkan untuk digunapakai oleh agama Kristian dalam penulisan akhbar mingguannya, Katholik Herald. Aku yakin selepas kemenangan mereka di Mahkamah Tinggi tempoh hari kalimah suci ini akan digunakan dengan meluas dalam agama Kristian. Apa semua ni??

Yang peliknya ada pula Ahli Parlimen Pas yang menyokong dan sangat, sangat, sangat bersetuju dengan perkara ini. Ni Islam apa ni? Nak gadai maruah agama sendiri ke? Seperti yang sahabat saya katakan dalam blognya ks30069.blogspot.com, "mana Mursyidul Am Pas?, mana Presiden Pas? mana segala macam Tok Guru dalam Pas?" senyap sunyi je tanpa sebarang komen. Marah tidak, bantah pun tidak, tiada respon. DAP yang kiasu sudah tentu tersenyum sinis dan bertepuk tangan...

Sebagai orang Islam, kita ada sensitiviti yang kuat mengenai agama. Jadi pada pendapat aku kita patut meluahkan rasa tidak puas hati itu. Bantah, bangkit, bersuaralah. Kepada para pemimpin, usahalah dengan apa cara sekalipun untuk memelihara kesucian agama Islam.

Dalam fikiran aku, kenapa mereka nak sangat guna kalimah ALLAH?? ALLAH itu tuhan umat manusia sejagat secara amnya dan umat Islam khasnya. Memang benar ALLAH itu patut disembah oleh semua manusia kerana Dialah pencipta kita. TETAPI aku menentang keras kalau kalimah ALLAH digunakan untuk merujuk kepada Tuhan agama lain. Mana kewajarannya?
.
Masyarakat yang pelbagai agama mempunyai kepercayaan dan iman mengikut agama masing-masing, Tuhan yang mereka sembah juga berlainan. Jadi mengapa harus menamakan Tuhan mereka sebagai ALLAH? Kalau nak sembah ALLAH, carilah kebenaran dalam Islam, bukan cara memutarbelit dan menggunakan perundangan sivil.
.
Mana golongan yang dikatakan memperjuangkan agama? Mana golongan yang mahu membangun bersama Islam? tampillah ke hadapan....ini bukan masa berpolitik lagi, jangan kerana kita terlalu asyik berpolitik, orang lain mengambil kesempatan memulakan agenda yang lebih hebat dan menyerang kita dari belakang...mahukah maruah kita tergadai, Islam hanya pada nama...
.
Bangkitlah Melayu, bangkitlah Islam...
.
Mereka sedang cuba mencabul agama kita, dominasi kita...
.
Bak kata Dr. Ridhuan Tee Abdullah, "Kita akan kalah kalau terus mengalah"...
.
Aku setuju sangat-sangat statement tu...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sambutan Tahun Baru Yang Klise

Assalamualaikum dan salam tahun baru 2010...

Bukan niat nak memperlekeh atau bersikap antisosial, tapi apa yang ingin aku sampaikan di sini mengenai trend sambutan tahun baru yang dapat kita lihat dan yang dilaporkan oleh media massa...tiap-tiap tahun sama je.

Setiap kali tahun baru datang kita akan beramai-ramai berkumpul di kawasan-kawasan tumpuan awam seperti dataran atau tempat-tempat rekreasi untuk melepak dan menunggu detik 12 tengah malam untuk melihat dentuman dan warna-warni bunga api menghiasi langit.
.
.

Itu dah memang trend dunia, bukan Malaysia sahaja, London, Sydney, Singapura, Jakarta, Seoul, Washigton dan pelbagai lagi kota metropolitan. Aku pun tidak terkecuali daripada jutaan rakyat Malaysia yang menyaksikan percikan bunga api pada malam tahun baru. Sekadar meluangkan masa bersama rakan-rakan dan menikmati suasana malam tahu baru.

Aktiviti tersebut tiada sebarang masalah, tidak perlu kita risau. Apa yang patut kita risau ialah sambutan malam tahun baru dihiasi dengan adegan-adegan panas pasangan-pasangan bercinta di lokasi tertentu pilihan mereka. Kalau tak kantoi tidak mengapalah, nasib mereka baik. Bagi mereka yang terkantoi dengan Jabatan Agama tidak kiralah dari negeri mana sekalipun, JAIS, JAIP, JAWI, JAIJ ke...maka mendapat malulah mereka kerana perbuatan sendiri. Umum tahu perkara ini memang berlaku dan sering mendapat perhatian media apabila menjelang tahun baru.

Satu lagi, konsert. Perlukah konsert diadakan setiap tahun apabila menjelang tahun baru? Bukan tak boleh, tapi ia membawa lebih banyak kesan tidak sihat kepada masyarakat. Manusia yang membanjiri kawasan konsert menyebabkan kesesakan, sambutan boleh menjadi liar, berlaku pergaduhan, kekecohan dan sebagainya. Asyik-asyik konsert! Kita terlalu banyak berhibur di Malaysia dengan pelbagai konsert dan rancangan realiti hiburan. Trend hiburan ini pula dipengaruhi budaya Barat. Tak boleh ke kalau tak buat konsert? Banyak pula syarikat dan organisasi yang sangat rajin menganjurkan konsert-konsert sebegini. Maklumlah, sambutan orang kita sangat menggalakkan. Di Korea, mereka juga mengadakan sambutan tahun baru besar-besaran, tapi dengan mempamerkan nilai-nilai timur dan budaya tempatan - seni tarian tradisional, paluan gendang, alunan muzik tradisional dan membunyikan loceng gergasi. Itu sudah cukup untuk menunjukkan keunikan bangsa Korea. Mereka tidak terlalu terikut-ikut rentak Barat.

Satu lagi perkara yang tidak menyenangkan, selepas bersuka ria, berhibur dan melepak di tempat awam, orang kita akan beredar dan meninggalkan pelbagai jenis sampah dan kotoran. Apa jenis manusia la...bak kata orang, minda kelas ketiga. Dah bosan la asik ulang perkara yang sama. Dah memang tradisi kita...sampah akan dibiarkan merata-rata sebab petugas Dewan Bandaraya/Majlis Perbandaran/Majlis Daerah akan membersihkannya. Memang itu tugas mereka, tapi orang kita masih tiada sivik!

.
.

Gambar dari Utusan Online 1 Januari 2010


Jadi, setiap tahun apa yang kita dapat tahu mengenai sambutan tahun baru adalah perkara yang sama seperti apa yang telah saya nyatakan di atas. Klise belaka. Membosankan. Bila berlaku bencana alam yang dahsyat barulah segala hiburan seperti ini dihentikan. Tapi sekejap je la. Kesedaran yang sementara. Sajian sambutan tahun baru yang sudah basi. Rasanya kita tidak perlu keterlaluan menyambut tahun baru. Cubalah cari kelainan.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!