Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Facebook Punya Pasal...

“Ke nak aku baling bom petrol di sana plak? Harga boleh runding...”
.
Demikian komen yang di hantar seorang pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Mohamad Tasyrif Tajudin, 25 kepada seorang rakannya melalui laman jaringan sosial Facebook.

Nadanya seperti bergurau, tetapi niat gurauannya itu dipandang serius sehingga membawanya ke kandang tertuduh di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan menghantar komen berbentuk ugutan.
.
Dalam kes ini mungkin dia terlepas pandang atau langsung tidak menyedari bahawa komennya itu berunsurkan ugutan dan dilihat berbahaya lebih-lebih lagi negara masih lagi menghadapi kemelut isu penggunaan kalimah Allah.
.
Pepatah Melayu mengatakan "kerana mulut badan binasa"...inilah yang berlaku kepadanya. Dia tidak menggunakan mulut, tetapi Facebook punya pasal, dia menerima padah sama ada dipenjara setahun, denda RM 50,000 atau kedua-duanya.
.
Bergurau ada tempatnya. Jangan kita mengambil kesempatan terhadap isu-isu negara untuk dijadikan bahan jenaka dan gurauan terutamanya melalui medium yang mudah diakses seperti laman web, blog mahupun laman jaringan sosial seperti Facebook.
.
Mungkin ini satu kes terpencil yang telah dihidu dan diambil tindakan yang melibatkan seorang pelajar yang TIADA kepentingan dalam bidang politik dan seumpamanya. Tetapi mungkin banyak lagi kes seperti ini berlaku dan masih BELUM diambil tindakan atau TIDAK diambil tindakan.
.
Cuba fikir-fikirkan, bagaimana pula sekiranya kes seperti ini atau yang lebih dahsyat seperti hasutan, fitnah dan ugutan yang membabitkan individu terkenal, berpengaruh, 'kebal', dan berkuasa?
.
Isu kalimah Allah boleh dimanipulasikan oleh sesiapa sahaja. Tetapi adakah proses pendakwaan terhadap individu tersebut akan dilakukan sangat cepat dan pantas dan cekap sepertimana pendakwaan yang telah dilakukan terhadap pelajar ASWARA ini?
.
Kadang-kadang dunia ini tidak adil...yang lemah ditindas dan mudah sahaja menerima hukuman tetapi yang berkuasa dan 'lebih cerdik sedikit' terselamat. Kerana manusia bukanlah makhluk yang sempurna untuk menguruskan pentadbiran dunia ini.
.
.
.
** Jadi orang berpengaruh tidak mengapa tapi jangan jadi orang yang mudah terpengaruh.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

5 comments:

Anonymous said...

tu ler kamu bodoh... sangat duk ikut kerajaan yang bebal... budak2 jadi mangsa.....
nak marahkan jerung.. ikan bilis jadi mangsa

kalu budak tu masuk ISA..
kau yang bertanggungjawab sebab sokong kepimpinan syaitan nih......

Anonymous said...

apel sal polis ni bodoh sangat,,, dah
11 gereja kat sarawak kene kacau.. x kan sorang pom x leh nak tangkap,,pergi tangkap budk yang x bersalah buat aper...
dah ler polis rasuah korup... usah dibangga denga uniform yang kau pakai tuh..
ia dijahit dengan keringat rakyat yang selalu tertindas,,,,,

Ahmed Fauzan said...

Polis bodoh??? aku rasa ko tu yg bodoh...Komen x reti nk bg nama...Ingat tangkap orang macam tangkap kucing ke???Polis korup???Jgn sebab sorang dua, ko nk pukul rata semua...JANGAN BEBAL SANGAT LA BRO...

aziz azmi said...

kpd 2 org 'tanpa nama' yg x berani dedahkan identiti....

cakap ikut sedap mulut x guna la sedare...bgtau saya kerajaan mana yg perfect?? polis berkhidmat pd kerajaan mana yg memerintah, bukan polis BN. apsal nk salahkan polis plak?

kepala tu pun dh pnuh kotor dgn persepsi negatif kat polis...klu sedara kata uniform ni dijahit dgn wang rakyat, mmg btul, tp kena ingat polis berkhidmat utk sapa? bukan utk rakyat?? utk lu la brader, utk kluarga lu jgk...klu perkara buruk jd kat lu n kluarga lu, bukan korang cri polis ke?
rakyat n negara boleh aman ka klu polis xda??

lg 1, sedara ingat nk tgkap pesalah mcm nk main kejar2 kat sekolah rendah ke? atau mcm nk tgkap anak yg bru nk bertatih?

kerja polis ada prosedur siasatan yg perlu dipatuhi, bukan pkai redah ikut suka mcm lu ckp ikut suka...

pegawai penyiasat bukan mkn gaji buta...klu lu x selami hidup polis jgn nk berlagak pndai tuduh mcm2...

klu xtau jgn tunjuk pndai. blajar dlu beb...

Anonymous said...

skema

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!