Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

ISA mansuh, Selamat Hari Malaysia

Tahun ini merupakan kali pertama Hari Kemerdekaan disambut dalam bulan syawal. Tahun ini juga merupakan kali pertama Hari Malaysia diraikan dan diisytiharkan sebagai cuti umum. Tahun ini juga merupakan kali pertama kedua-dua perayaan negara ini digabungkan bersama dan diadakan pada esok, 16 September 2011.
Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak telah menyampaikan  ucapan dan amanatnya yang menyentuh tentang sejarah kewujudan Hari Malaysia dan pembangunan negara setelah 48 tahun Malaysia wujud. 

Khabar berita yang diterima
sebelum ini yang mengatakan PM akan menyampaikan suatu perkara penting dalam ucapannya telah terjawab. Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan! Seperti suatu berita yang tiba-tiba kan...
.
Bagi mereka yang dah tau apa itu ISA, tidak perlu aku terangkan di sini. Tetapi kalau anda tak tahu apa yang orang bising-bising pasal ISA, lebih baik untuk anda cari maklumat dan kontroversi berkenaan akta ini. Sebelum ni banyak kumpulan yang menuntut supaya ISA dimansuhkan, pelbagai perdebatan pro dan kon dilontarkan oleh kumpulan yang menyokong dan membantah ISA. Aku melihat kumpulan yang menentang ISA merupakan kumpulan dari pro pembangkang. Manakala kumpulan pro kerajaan, aku yakin ada yang menyokong ISA dan ada yang mempunyai pendirian lain.

Dengan pengumuman ini, mereka yang selama ini memperjuangkan pemansuhan ISA pasti bergembira kerana merasakan PM telah akur dan tunduk dengan tuntutan mereka. Terus terang, aku menyokong ISA dan apabila berita ini diumumkan secara mengejut, aku pun tekejut ~ 

Terkejut bukanlah bermakna aku kecewa atau sedih dengan keputusan ni. Kerajaan buat keputusan mansuhkan akta ini bukan atas desakan rakyat yang berterusan. Bukan dalam keadaan tekanan akibat kemarahan rakyat. Beberapa tahun lalu, penyokong pembangkang dan sekumpulan orang ramai berdemonstrasi mendesak ISA dimansuhkan namun tidak diendahkan kerajaan. Sekarang, suasana tenang, tiada ribut-ribut, tiada demonstrasi, tiba-tiba ISA dimansuhkan. Hairan...

Apapun, PM dah tunaikan permintaan mereka, tetapi ada dua undang-undang baru akan digubal menggantikan ISA. Apa yang akan terkandung dalam akta baru tersebut memang dinanti-natikan kerana ia seolah-olah satu kelahiran baru menggantikan peranan ISA yang terdahulu. Kandungan akta baru pastinya berbeza dengan kandungan ISA, dari segi keberkesanan pula bergantung pada cara pelaksanannya. Seperti ISA, fungsi akta baru ini sama dan berkesan dalam menangani ancaman keselamatan negara tetapi dari segi kandungannya mungkin berlainan dengan apa yang telah dipraktikkan dalam ISA. 

Aku anggap ini satu kejutan oleh kerajaan dan kebetulan ia diumumkan bersempena dengan Hari Malaysia. Maka tidak hairanlah pasti ada pihak yang cuba buat andaian nakal dengan mengatakan kerajaan mempunyai agenda dan niat tersembunyi di sebalik keputusan ini. Pada aku, kalau betulpun kerajaan ada agenda, apa masalahnya? sekurang-kurangnya tuntutan dan desakan sejak sekian lama untuk mansuhkan ISA dan tercapai bukan? Ini merupakan keputusan kedua kerajaan menurut kehendak pembangkang selepas pemansuhan PPSMI.

Kerajaan pimpinan Najib banyak melakukan perubahan, sama ada secara transformasi mahupun secara drastik seperti ini. Selepas ini apa pula? Seperti menarik pula untuk ditunggu-tunggu kerana Pilihanraya Umum dijangka semakin hampir. Jadi pastinya ada kejutan-kejutan lain dalam tempoh terdekat ini. Dalam suasana menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, pastinya ada 'sorakan kemenangan' pemansuhan ISA di celah-celah sorakan "Merdeka" dan "1 Malaysia" nanti. 

Untuk rakyat Malaysia, hayati sejarah, ketahui apa erti MALAYSIA...Selamat Hari Malaysia.



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!