Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Edisi PRK: Misi Gelombang Gerakan Bebas Tercapai?

Lupakan sebentar kisah kemangkatan Sultan Johor, semuanya sudah selesai dan penggantinya yang baru sudahpun ditabalkan.
.
Ini merupakan hikayat politik kampus yang ingin saya kupas. Isnin ini merupakan hari yang dinanti-nantikan iaitu hari penamaan calon untuk kita melihat sendiri wajah-wajah yang bakal berkempen seterusnya bertanding dalam PRK USM dalam jangka masa terdekat nanti.
.
Saya menerima beberapa pertanyaan daripada beberapa orang individu seperti berikut:
.
"Betul ke wujud team Bebas?"
.
"Macam mana pergerakan team Bebas ni? untuk apa?"
.
"Team Bebas tak sediakan calon di setap pusat pengajian ke?"
.
Minggu lalu situasinya agak hangat kerana gerakan ini telah dihidu oleh Pro-A dan Pro-M. Kini keadaan kembali seperti sediakala, tenang dan muram. Tiada apa-apa isu berbangkit mengenai PRK.
.
Mengenai gerakan Bebas, melalui pemerhatian dan sudut pandangan saya, gerakan ini memang wujud dan mereka bergerak dalam kumpulan yang kecil tetapi berpengaruh. Kehadiran team Bebas ini hanya seketika sahaja, seolah-olah mahu membuktikan bahawa mereka mampu untuk menimbulkan ancaman dan persaingan terhadap calon-calon yang bertanding dari segi pengaruh dan pecahan undi.
.
Motif gerakan ini tidak lebih daripada mahu menunjukkan bahawa mereka juga berpotensi untuk menang dalam PRK walaupun tanpa menggunakan platform Pro-A mahupun Pro-M. Apa yang saya tahu, mereka tidak berniat untuk meletakkan calon di setiap pusat pengajian apatah lagi untuk bertanding.
.
Saya yakin borang telah diambil, tetapi itu tidak bermakna borang itu akan diisi dengan lengkap dan akan diserahkan ketika proses penamaan calon nanti. Angin Bebas ini sedikit sebanyak menimbulkan curiga dalam kalangan 'otai-otai' dan penggiat politik kampus.
.
Mengapa? Kerana gerakan Bebas ini terdiri daripada mereka yang pernah aktif bersama Pro-A dan Pro-M. Jadi apabila golongan ketiga ini menggerakkan perang psikologi terhadap kem Pro-A dan kem Pro-M ia sudah cukup menjadi asas mengapa mereka perlu berasa curiga. Saya sendiri dapat menghidu kekalutan yang berlaku dalam kedua-dua kem tersebut apabila gerakan Bebas ini mula menyusun langkah.
.
Adakah mereka ini golongan 'merajuk'? Atau mungkinkah berlaku pergolakan atau perselisihan sehingga membuatkan mereka bertindak menggerakkan satu entiti alternatif? Wallahualam...
.
Apabila tiba tarikh akhir para calon untuk mendapatkan pengesahan daripada Dekan, Penggawa, TNC dan segala macam urusan pengisian borang pada Jumaat lalu (22 Jan.) gerakan ini sudah mula senyap...
.
Hakikatnya, gerakan Bebas benar-benar menggugat. Misi mereka hanyalah kepada menggertak dan menimbulkan perasaan tidak senang dalam kalangan jentera Pro-A dan Pro-M. Saya melihat misi mereka sebagai 'pengacau' telah berjaya. Sebab itulah apabila tiba tarikh akhir untuk urusan pengesahan borang pencalonan tempoh hari, itu bermakna tiada lagi calon dibenarkan untuk mendapatkan pengesahan.
.
Bermakna, pada hari tersebut juga team Bebas yang sebelum ini melancarkan serangan psikologi, propaganda dan menayangkan 'calon bayangan' sudah berhenti daripada aktiviti politiknya.
.
Saya diberitakan team Bebas ini tidak disenangi oleh beberapa pihak dan mereka juga menerima ancaman dari pihak tertentu. Nampak gayanya, jika itulah yang berlaku terhadap team Bebas, sememangnya pergerakan mereka berhasil.
.
Saya berani mengatakan misi mereka tercapai. PRK tahun ini mungkin merekalah pencetus dengan merancang pergerakan 'main-main' ini. PRK akan datang mungkin team yang sama akan wujud dan pergerakan mereka mempunyai kebarangkalian untuk direalisasikan dengan masuk bertanding dalam PRK setelah melakukan 'percubaan dan kajian' dalam PRK kali ini.
.
Kepada golongan Pro-A dan Pro-M, anda dan kita semua wajar berhati-hati dalam musim PRK pada masa akan datang!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 comments:

Anonymous said...

BEBAS memilih...Semoga pakatan bebas ini mampu memberitahu kepada calon yang kemaruk nk jadi YDP lebih bijak dalam percaturannya selepas ini...hahahahaah....

FikRaH FiKIRaN said...

assalamualaikum..salam perpaduan

'BEBAS' merupakan satu frasa yang memberi banyak definise baik tersurat mahu pun tersirat..namun..dalam konteks pemilihan MPP kali ini..misi 'BEBAS' sedikit sebanyak memberi sedikit impak terhadap pergerakan kedua-dua kem jentera utama di dunia politik kampus ini....

realitinya di sin, bukan mudah untuk setiap calon mahupun jenteranya mempertahankan kredibiliti masing-masing apabila bermulanya disiplin pilihanraya..bermula dari proses penamaan calon...minggu berkempen..seterusnya malam kemuncak manifesto serta di akhiri dengan hari pengundian....

kehadiran calon BEBAS' ini merupakan datu interpretasi bagi sebilangan warga kampus yang sayangkan akan suasana pilihanraya yang matang...dalam objektif lain antara misi adalah untuk menggugat kestabilan mahupun menundukkan sedikit ke'egoaan' kedua-dua belah kem jentera utama seperti yang kita dimomokkan dengan ASPIRASI mahupon PRO-MAHASISWA.....

pergerakan GGB merupakan satu manifestasi yang secara peribadi saya kira sebuah pergerakan yang 'terancang', 'berhieraki', 'tersusun' dan 'berkaliber' kerana berdasarkan analisis data responden yang bertidak balas terhadap gerakan ini walaupun hanya kurang dari 72 jam diwujudkan..

betapa 'gelabahnya' insan-insan ini sukar digambarkan..mungkin sedikit petunjuk kepada mana-mana penyelaras kem jentera, agar lebih berhati-hati dan matang dalam menangani cabaran yang saya kira adalah ujian pertama buat bakal calon yang bertanding....

jadilah diri anda yang sebenar...
InsyaAllah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!