Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Masihkah Kau Ingat?

Assalamualaikum dan salam perpaduan...

Masihkah kita ingat pada seorang gadis yang bernama Kartika Sari Dewi??


Dia ditangkap Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kerana kesalahan meminum arak di khalayak ramai di sebuah kelab malam.

Dia dijatuhi hukuman enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan.

Malangnya hukuman itu sampai hari ini tidak dijalankan dan dia sendiri mahu supaya hukuman itu dilaksanakan secepat mungkin.

Kes ni dah senyap...

Pesalah telah dijatuhi hukuman, tetapi tidak dilaksanakan sampai sekarang. Apa masalah sebenarnya? aku pun tak pasti...Mengapa hukuman itu ditangguhkan terlalu lama? Kemana pergi ketegasan perundangan syariah kita? Jangan sampai undang-undang syariah diperlekeh saja satu hari nanti...
.
Atau mungkin sistem perundangan syariah kita sudah lama dipandang remeh oleh masyarakat kerana tiada ketegasan dan konsistensi dalam pelaksanaan undang-undang syariah dalam kes ini.
.
Bukan nak menyibuk, tetapi ini melibatkan soal integriti, kepercayaan dan maruah institusi perundangan syariah. Kesannya akan berbalik kepada kerajaan.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

3 comments:

Ahmed Fauzan said...

Tukang sebat xde...klu bleh,aku nk tolong sebatkan..hahaha..

Syaffiq Syazwan said...

Assalamualaikum...

Abg fauzan, dgr cerita dah ade. didatangkan dari mesir..

teknik2 merotan yg betul menurut syariat Islam telah di tunjukkan...

mungkin masalah birokrasi...
ataupun kerana pemimpin berasa simpati..(dimna saya rasa tidak ptt apabila kita menolak hukum Tuhan dan keengganan ni pesalah untuk menebus dosanya di akhirat kelak)

aziz azmi said...

Untuk pengetahuan Aceh melaksanakan hukuman hudud. baru-baru ini seorang wanita disebat di khalayak ramai manakala di Sudan seorang lelaki direjam sampai mati kerana kesalahan berzina.

gmbarnya disiarkan dalam sebuah akhbar, lelaki itu ditanam secara menegak dan hanya kepalanya sahaja di atas tanah, jd dy x boleh bergerak lgsung. kemudiannya, kepala itulah direjam dengan batu2 besar sehingga mati. sgt mngerikan...

tp di malaysia perkara tu xkan berlaku...

sekadar berkongsi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!