Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Buang air dan tandas

Ini entri yang menceritakan perihal yang sebenarnya orang tak berapa nak ambil kisah, mungkin sebab jijik dengan perkataan ini ataupun perbuatan tersebut. Tak payah hipokrit, semua orang buang air dan memerlukan tandas. Semalam aku membaca satu laporan akhbar bertajuk "Rakyat India ramai berak di lokasi terbuka"

 Aku tidaklah hairan dengan berita ni, sebab India merupakan sebuah negara yang luas dan mempunyai rakyat yang kedua paling ramai di dunia selepas China. Taraf kehidupan rakyatnya juga berada di paras rendah khususnya di kawasan luar bandar, dengan kepadatan penduduk yang tinggi, kemudahan asas seperti tandas awam tidak dapat disediakan sebaiknya. Kemudahan tandas awam masih lagi sedang dipertingkat di India namun mungkin kesedaran tentang kebersihan dan amalan kebersihan belum lagi dapat difahami dan diamalkan.

Rakyat India menjangkau angka bilion, dengan kebanyakan rakyatnya tinggal di kawasan luar bandar, taraf hidup di bawah paras kemiskinan dan sederhana pastinya sukar untuk mengubah budaya buang air di tempat terbuka yang telah dilakukan sejak sekian lama. Mereka dikatakan sudah biasa berak dan kencing di kawasan semak, ladang, belakang bangunan dan kawasan-kawasan yang agak terlindung. 

 Satu pujian untuk kerajaan India kerana berusaha untuk mengatasi masalah ini dengan melakukan kempen kebersihan dan kesedaran awam termasuklah memperbanyakkan lagi tandas awam di kawasan luar bandar.  

Menduduki tangga kedua dan ketiga ialah negara China dan Indonesia. Juga negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan bilangan rakyat yang sangat ramai. Jadi kita perlu faham masalah sosiologi di negara berkenaan.

Agak mengecewakan di Malaysia, rakyatnya baru menjangkau 26 juta orang,  kemudahan tandas awam disediakan di mana-mana dengan persekitaran yang cantik dan bersih. Tetapi masih ada segelintir masyarakat yang tidak bersyukur dengan kemudahan yang disediakan. Ya, mereka menggunakan tandas, tidak buang air secara terbuka seperti di India, tetapi tahap kebersihan tidak memuaskan. 

Aku tak paham apa yang susah sangat nk jaga kebersihan tandas, dulu semasa di sekolah rendah dan menengah, tandas sekolah sangat mengecewakan. Najis sengaja disepah-sepahkan, malah ada yang dilempar di dinding tandas. Apa pasal la budak-budak yang terima pendidikan formal ni ada otak dan pemikiran tahap jamban?  

Jika kita lihat tandas awam di kawasan rekreasi, kawasan RnR lebuhraya, di sekolah mahupun di kompleks membeli belah, pasti kita dapat lihat perkara ini:
- Selesai menggunakan tandas, sisa buangan tidak dipam. 
- Membuang tisu tandas dan puntung rokok bersepah-sepah.
- Membuang air tidak sempurna pada tempatnya.
- Vandalisme
- Tempat buang bayi!!

Adakah rakyat kita lebih teruk daripada mereka di India itu? Rakyat India pastinya menghargai dan menggunakan tandas awam sebaiknya kerana ia satu kemudahan yang sangat berharga bagi mereka. Tapi di negara kita, sudah disediakan kemudahan tetapi tidak pandai menguruskan dengan baik.  Kononnya zaman dah moden, malu nak buang air di tempat terbuka macam zaman tok nenek kita dulu, sekarang guna tandas.  Tapi tak reti jaga kebersihan tandas, tak guna juga. 

Nama pun tandas awam, bukan tanda persendirian, semua orang menggunakan tandas yang sama, ada otak fikirlah, gunakan tandas dengan baik dan amalkan kebersihan untuk keselesaan diri dan orang lain.

Photobucket
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 comments:

Mialia said...

tandas dkt malaysia slalunye mmg teruk.. geli.. xyh tgk toilet awam
tgk tndas skolah je..

phak skola bru renovate n letak paip baru, hri esoknye.. tinggal satu paip je.. patutla phak skola malas nak renovate.. haha

Aziz A'zmi said...

betull sgat2...buat tandas baru, ganti pintu baru, ganti paip getah baru, cat baru....sekejap je, esok lusa smua yang baru tu rosak, kotor, hilang. mmg berlaku masa skolah dlu.

tp klu kat RnR, bersih...sbb 24 jam ada org bersihkan. klu nk hrapkan kita sndri pastikan toilet bersih, mmg xkan jadi. sbb ada golongan yg pengotor...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!