Anda pernah terserempak dengan orang gila? atau lebih sopan disebut orang kurang siuman. Kadang-kadang aku perhatikan saja dari jauh golongan ini. Kita tidak tahu apakah punca dia menjadi begitu. Kita tidak tahu apakah latarbelakang dan sejarah silamnya hingga menyebabkan dia berubah daripada seorang yang normal kepada seorang yang menyisihkan diri daripada masyarakat.
.
.
Bila melihat keadaan diri yang tidak terurus, rambut kusut masai, baju koyak rabak, mencari makanan dan menyelongkar sampah di tempat awam, berkaki ayam, dan bercakap seorangan. Itu antara perkara
biasa yang kita lihat pada seorang individu yang tidak siuman. Pasti ramai yang cuba menjauhkan diri daripadanya kerana berasa tidak selesa dengan keadaannya yang tidak terurus itu atau bimbang diapa-apakan olehnya.
.
biasa yang kita lihat pada seorang individu yang tidak siuman. Pasti ramai yang cuba menjauhkan diri daripadanya kerana berasa tidak selesa dengan keadaannya yang tidak terurus itu atau bimbang diapa-apakan olehnya.
.
Itu orang kurang siuman yang hidup dalam dunianya sendiri. Mereka tidak mendatangkan mudarat kepada orang lain sebenarnya. Apa yang kita perlu bimbangkan ialah orang di sekeliling kita yang kelihatan normal, kelihatan sihat dan menjalani rutin harian seperti biasa tetapi rupa-rupanya menghidapi tekanan perasaan yang kritikal sehingga menyebabkan terdapat komplikasi pada mentalnya.
Kita tidak menjangka semua itu. Namun itulah realiti yang berlaku sekarang di negara kita. Terdapat golongan yang disahkan menghidapi penyakit mental dan bergantung kepada ubat yang dibekalkan supaya penyakitnya itu tidak memberi kesan negatif kepada dirinya dan orang lain. Kebergantungan kepada ubat-ubatan sebenarnya tidak mampu menjamin sejauh mana
penyakitnya dapat dikawal, apatah lagi untuk sembuh. Sekiranya pesakit gagal mengambil deskripsi ubat mengikut jadual dan sukatan yang ditetapkan, dikhuatiri penyakitnya akan kembali dan menjadi lebih parah. Itu yang menyebabkan berlakunya tragedi pembunuhan ke atas ahli keluarga sendiri. Di akhir siasatan, didapati bahawa suspek menghidapi penyakit yang berkaitan masalah mental dan kejadian yang berlaku dikatakan berpunca daripada kegagalannya mengambil deskripsi yang ditetapkan.Ini benar-benar berlaku. Sekiranya kita mempunyai ahli keluarga seperti ini, berwaspadalah.
Apa nak jadi dengan masyarakat kita. Banyak kes berkenaan pembunuhan dan cubaan membunuh melibatkan sesama ahli keluarga. Anak bunuh bapa, bapa sembelih anak, anak libas mak dengan parang dan macam-macam lagi. Kalau kita sebagai manusia normal, ada fikiran waras dan perasaan perikemanusiaan, kita takkan melakukan perkara tersebut terhadap darah daging kita sendiri.
Mengambil contoh beberapa kes sekitar tahun 2010 dan 2011, aku sertakan beberapa link kejadian-kejadian yang menyayat hati seperti ini...
Kes 1:
Cuba jenguk tragedi yang berlaku ini, klik. Anak yang baru berusia tiga tahun disembelih bapa sendiri. Mengerikan...
Kes 2:
Seorang bapa berbangsa India didakwa telah menolak tiga orang anaknya ke kolam dan kesemuanya didapati mati lemas. Kejadian berlaku di Kluang, Johor. Klik.
Kes 3:
Seorang kontraktor di Terengganu telah memberhentikan kenderaannya di tepi jalan dan bertindak mengacukan parang ke leher anaknya yang berusia empat tahun. Klik. Kejadian itu sempat dihalang oleh orang awam sebelum satu nyawa melayang.
Baru-baru ini ketika umat Islam baru memasuki bulan Ramadan, seorang lelaki bertindak kejam membunuh bapanya sendiri menggunakan parang. Klik.
Itu cuma beberapa contoh yang aku sertakan di sini. Ada banyak lagi kes yang seumpama ini melibatkan sesama ahli keluarga. Apa yang menyebabkan mereka tergamak lakukan perkara ni?Aku tetap mengatakan yang perbuatan ini hanya dilakukan oleh orang gila. Orang yang hilang kewarasan.
Mungkin akibat terlalu tertekan, orang putih kata stress, takpun tension. Mungkin disebabkan tekanan kerja, atau masalah keluarga, atau masalah dengan pasangan, atau apa lagi? Yang pasti itu menyebabkan orang di Malaysia gagal mengawal emosi, minda dan tingkahlaku. Akhirnya jenayah dilakukan akibat hilang sifat waras.
Tragis sungguh...
Kalau tak salah aku sebelum ni Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Liow Tiong Lain ada keluarkan kenyataan bahawa rakyat Malaysia semakin ramai yang mengalami tekanan jiwa. Sah! Memang masyarakat kita ramai yang sakit. Sakit jiwa, sakit otak, sakit mental...Itu tak termasuk yang bunuh diri, yang simbah asid sesuka hati...kalau tak membabitkan orang lain tidak mengapa, tapi apabila sampai ke tahap bunuh dan mencederakan orang lain itu dah dikira penganiayaan. Orang lain pula terheret sama dan menjadi mangsa. Apabila melihat kecederaan parah yang dialami mangsa simbahan asid, aku sangat yakin mangsa tersebut sangat trauma dan kecewa dengan apa yang berlaku. Tak sampai hati nak lihat kesan parut dan melecur yang teruk lebih-lebih lagi di wajahnya, wajah yang merupakan bahagian paling penting bagi setiap manusia. Yang mati akibat dibunuh...Al-Fatihah ~
** gila judi, gila perempuan, gila nombor ekor, gila talak dan gila politik juga termasuk dalam senarai masalah di kalangan masyarakat kita...
0 comments:
Post a Comment