Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Sabit kepala orang dalam rusuhan

Aku pernah tonton satu klip video yang teramatlah dahsyat, mengerikan dan sangat tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Aku lihat sendiri bagaimana dua kumpulan yang dikatakan berlainan agama bertempur dan mengejar satu sama lain serta saling berbunuhan. Aku lihat sendiri bagaimana seorang lelaki dikejar dengan pedang dan akhirnya dia dilibas dengan sabit, kepalanya ditusuk mata sabit dan digarit sehingga terburai sebahagian otaknya. Dia dilibas dengan pedang dan sabit bertubi-tubi oleh sekumpulan manusia. Dia berlari terhuyung-hayang, bermandi darah dan merayu-rayu memohon pertolongan. Aduuui~ mesti sakit teramat sangat. Polis yang ada di situ tidak mampu
berbuat apa-apa, hanya mampu memerhatikan sahaja tindakan liar penduduk di kawasan tersebut dan akhirnya lelaki itu rebah berlumuran darah. 

Klip video yang aku tonton itu merupakan rusuhan agama yang berlaku di Ambon, Indonesia sekitar tahun 2000. Itu hanya sebahagian yang aku tonton, mungkin banyak lagi insiden yang mengerikan telah berlaku sepanjang rusuhan tersebut. 

Aku pernah membuat tugasan kerja kursus berkenaan isu rusuhan Ambon ini, hasil carian maklumat, aku dapati punca berlakunya rusuhan yang memusnahkan Ambon hanyalah satu insiden
pergaduhan kecil antara dua orang yang berlainan agama. Perkara yang kecil apabila diperbesar-besarkan, inilah yang berlaku. Sangat tidak patut kan?

Semalam berita di tv menyiarkan rusuhan berlaku lagi di Ambon dan hari ini akhbar turut menyiarkan perkara yang sama. Klik. Kali ini punca rusuhan juga dikatakan bermula daripada insiden kecil.  Seorang pemandu teksi motosikal didapati mati dalam satu kemalangan. Namun terdapat pihak yang menyebarkan SMS mengatakan berlakunya siksaan dan pembunuhan oleh seorang Kristian terhadap pemandu beragama Islam itu. 

Rusuhan di Ambon bukan sembarangan, sangat dahsyat dan apabila ia melibatkan pertembungan dua agama, ia umpama api yang marak dan saling sambar menyambar. Aku dah banyak cari maklumat tentang isu ini beberapa tahun dahulu untuk menyiapkan tugasan kerja kursus dan pembentangan. Apa yang aku tahu, ternyata ia memecahbelahkan masyarakat Ambon. Nyawa banyak melayang, kemusnahan harta benda, tiada persefahaman dan kepercayaan sesama masyarakat dan banyak lagi kesan negatif. Konflik ini berakar umbi dan ternyata konflik tersebut sebenarnya masih belum padam. 

Ini suatu perkembangan yang kita patut ambil tahu. Kejadian ini perlu dijadikan iktibar. Mengapa?

Kalau anda terfikir, bahawa di Indonesia semangat dan jiwa keIndonesiaan itu sangat kental. Kaumnya tidak dibeza-bezakan, mereka bersatu dengan semangat bangsa Indonesia. Mereka setia, bersatu sebagai bangsa Indonesia, mereka pada asanya adalah sama, dari bangsa yang sama tetapi disebabkan berlainan agama, sedikit kekacauan dan tindakan provokasi telah memecahbelahkan keseluruhan masyarakat di sana. Lihat bagaimana khabar angin penyebaran SMS yang tidak bertanggungjawab menyebabkan berlakunya rusuhan agama di sana. 

Cuba kita kenali sosiologi di Malaysia pula. Di Malaysia, pengenalan agama berasaskan kaum. Secara umum, kaum Melayu beragama Islam, Cina (Buddha/Kristian), India (Hindu/Kristian). Lihatlah bahawa kita sebenarnya lebih terancam dan terdedah sekiranya wujud provokasi melampau yang menyentuh isu-isu sensitif berkenaan perkauman dan keagamaan. 

Sedangkan bangsa Indonesia yang dikenali saebagai satu bangsa sahaja merusuh dan bertempur sesama sendiri, inikan pula bangsa di Malaysia yang mengikut haluan, budaya dan agama masing-masing. Sebenarnya penyatuan kaum-kaum di Malaysia boleh dikatakan masih rapuh (fragile) memandangkan masih banyak isu melibatkan perkauman dan keagamaan ditimbulkan, dipersoalkan oleh individu atau kumpulan yang tidak sensitif terhadap perkara ini.
.
Aku pernah mendengar bahawa di Indonesia, setiap cubaan atau niat untuk melakukan sesuatu tindakan ganas, jenayah atau apa-apa yang mengganggu gugat keamanan tidak akan diambil tindakan kerana dia BELUM melakukannya. Bermakna sesudah dia melakukan suatu tindakan yang mencetuskan kekacauan, baharulah dia boleh ditahan dan didakwa. Betul ke macam tu? Kalau benar begitu ini bermakna tiada langkah pencegahan diambil sebelum sesuatu perkara buruk berlaku. Penguatkuasaan sebegitu pada aku tidak  adil kerana tidak menyebelahi orang awam yang bila-bila masa akan menjadi mangsa.

Di Malaysia lain pula, pihak berkuasanya mengambil langkah pre-emptive ataupun langkah awal iaitu bersifat pencegahan bagi mengelakkan pterjadinya gangguan terhadap ketenteraman awam dan keselamatan negara. Setiap perkembangan isu nasional akan diawasi oleh pihak yang bertanggunjawab dan setiap ancaman yang wujud akan cuba diselesaikan dengan cara baik dan bukannya melalui kekerasan. Individu yang disyaki terlibat dan berpotensi mencetuskan huru-hara akan ditahan terlebih dahulu. 

Dari segi sikap dan keperibadian, aku rasa masyarakat kita tidak sama dengan orang Indonesia yang kebanyakannya radikal. Gemar bertindak melulu dan mengancam keselamatan pihak lain. Benar bukan? banyak rusuhan berlaku di Indonesia dan banyak juga yang melancarkan provokasi terhadap Malaysia termasuklah dalam perlawanan bola sepak! Berbeza dengan masyarakat kita yang lebih gemar bertoleransi dan berbincang untuk mengawal dan menyelesaikan keadaan genting. Itulah hikmahnya, Malaysia ini makmur dan selamat dengan syarat wujudnya penguatkuasaan yang bersifat pencegahan dengan tujuan memelihara kestabilan yang kita nikmati hari ini. 

Itu yang kita kena faham sebenarnya, bagaimana untuk pelihara keamanan dan keselamatan negara jangan terlalu utamakan politik sampai menggugat dan mengancam kestabilan dan keharmonian penduduk berbilang kaum, budaya dan agama. 

** Mana agaknya assignment yang aku buat dulu tu ye?

***Ini post ke 100!! selamat menghidupkan lagi blog ni (ucapan untuk diri sendiri) 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

4 comments:

.diannorhayati. said...

huii. ngeri.


tp btol. indonesian agak radikal.

tp kt malaysia pon still byk racism.
mcm dian bile keje(chinse area),hari hari dok tahan hati panas la bile chinese mengutuk. skt hati. tp tahan :)

btw. thanks singgah blog.

Aziz A'zmi said...

masalah jgk kalau dh terlalu radikal, smua hal nk selesai ikut cara sndiri, x pikir kesannya pd org lain...tgok la, brapa byk kes pngeboman, rusuhan, mcm2 lagi...wlupun indonesia tlabih dhulu capai kemerdekaan, tapi negara diorg x aman spt ngara kita...byukur sgt2.

RinsyaRyc said...

nasib bek jadi org Malaysia... fuhh.. ada sikit2 tapi terus dicegah. lagipun org Malaysia banyak yang berkesedaran tinggi ^^


http://bulatmata.blogspot.com/

Anonymous said...

Btul, m'cegah lbih dlu adlah lbih baik. Tp menteri dlm negeri kita (hishamudin) & AG (ghani patail) skrang mcm bodoh! Bru2 ni Ibrahim ali (Perkasa) kata nk bkar bible, rkyat report polis & mintak dia dtahan ISA, hishamudin & ghani kata x bleh, sbb "beliau blum b'tindak m'bkar bible..." BODOH..!!! Klau dia bkar dlu bru nk b'tindak, mugkin dh jd rusuhan la! Menteri2 (t'utma dr phak k'jaan) m'sia skrang ni btul2 TOLOL..!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!