Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Akhirnya Koperal itu ke penjara jua...

Ingat lagi kes Aminulrashid? seorang budak lelaki berumur 15 tahun yang ditembak mati oleh seorang anggota polis ketika dia dikejar pasukan kereta peronda pada waktu tengah malam? Aku rasa agak terlewat untuk aku post entri ni sebab mahkamah telah menjatuhkan hukuman kepada anggota polis berkenaan, Koperal Jenain Subi beberapa hari lalu. Tapi aku rasa berminat pula untuk ulas sedikit mengenai kes ni.

Ketika kes tersebut baru sahaja berlaku dan tersebar melalui media, ramai yang tidak berpuas hati dengan pihak polis kerana dikatakan dengan sengaja membunuh seorang remaja. Boleh dikatakan dalam beberapa minggu heboh memperkatakan kes ini. Siap ada pihak yang menubuhkan kumpulan 'Justice for Aminulrasyid' di Facebook yang mengutuk dan memperlekeh pihak polis. Dalam kumpulan tersebut ramai yang melemparkan caci maki terhadap pihak polis, ramai juga yang
menzahirkan kebencian terhadap polis dan ada juga segelintir yang masih rasional dan cuba menenangkan keadaan panas dalam kumpulan tersebut. Lama-kelamaan kumpulan tersebut tidak lagi riuh dan kecoh setelah pengasas kumpulan tersebut tidak lagi aktif akaunnya. 

Aku tak baca semua komen yang ditulis di situ sebab kebanyakannya negatif dan berbaur penghinaan dan caci maki kepada polis. Ketika itu perbicaraan belum lagi berlangsung tetapi ramai yang mencemuh polis kerana 'sesuka hati membunuh' seorang remaja rakyat Malaysia yang masih dibawah umur dan tidak berdosa. 

"Masih di bawah umur"

Apa yang kita faham tentang 'masih di bawah umur'? Aminulrasyid berumur 15 tahun, bererti dia masih dibawah umur yang menetapkan 18 tahun sebagai umur dewasa. 15 tahun bersamaan tingkatan tiga. Kalaulah kita yang berada di tempat kejadian atau kita yang terlibat dalam kes tersebut, pasti kita akan membuat kesimpulan siapakah sebenarnya yang bersalah. 
Aku melihat kes ini sebagai satu kejadian salah sangka dan berakhir dengan kematian. Kita lihat semula apakah punca berlakunya salah sangka tu? Cuba lihat apakah point yang aku nyatakan ni. "Seorang remaja bawah umur memandu kereta pada waktu tengah malam. Apabila dia diekori kereta peronda, dia melarikan diri. Walaupun amaran diberikan melalui  pembesar suara kereta peronda polis supaya dia memberhentikan kenderaannya, remaja tersebut enggan mematuhinya dan terus memandu dengan cara berbahaya.

Pertama - apakah yang sedang dilakukan oleh seorang remaja bawah umur di luar kawasan rumahnya pada waktu tengah malam? (kesalahan pertama)
Kedua - remaja bawah umur memandu kereta, sudah tentulah dia tidak mempunyai lesen (kesalahan kedua)
Ketiga - siapakah yang membiarkan atau membenarkan remaja berkenaan berkeliaran dan memandu kereta di malam hari? (kesalahan ketiga, membabitkan ibu bapa/penjaganya)
Keempat - Apabila diekori polis mengapa dia melarikan diri? (kesalahan keempat, menghalang tugas polis)
Kelima - Mengapa tidak memberhentikan kenderaan walaupun telah diberi amaran supaya berhenti? Ini kesalahan ganda dua (kesalahan kelima)
Keenam - Sudah ditembak juga masih berdegil. Aku yakin tembakan pertama adalah tembakan amaran dan bukan ditujukan pada kereta tersebut. 

Bagi seorang anggota polis yang bertugas dan berhadapan dengan situasi tersebut, apakah yang polis tersebut andaikan? Kejadian berlaku di malam hari, ketika orang ramai sedang tidur dan kereta tersebut muncul dalam keadaan mencurigakan. Mungkinkah pemandu kereta tersebut perompak? pengedar dadah? penculik? pembunuh? atau apa saja jenayah yang mungkin terlintas di fikiran anggota polis. Dia perlu bersikap mencurigai pemandu itu, memang wajar polis tersebut layak untuk berasa curiga kerana  pemandu kereta tersebut melarikan diri. Orang selalu cakap "berani kerana benar, takut kerana salah".

Remaja tersebut bertindak melarikan diri kerana tahu dirinya salah, berkeliaran di malam hari, memandu tanpa lesen atau mungkin dia ada melakukan kesalahan lain. Apabila terlihat polis pastinya dia panik, disebabkan ketakutan itulah dia memecut kenderaannya. Remaja tersebut pada hakikatnya memang bersalah dan telah melanggar undang-undang. Tetapi apabila tembakan yang dilepaskan menyebabkan kematiannya, kesalahan itu tidak dipandang lagi, ia telah bertukar kepada simpati yang berlebih-lebihan. Malah kesalahan tersebut seolah-olah tidak berlaku dan Koperal Jenain seorang dipertangungjawabkan kerana menyebabkan kematian Aminulrashid. 

Aku ulang semula ayat yang tertera di atas, "Dia perlu bersikap mencurigai pemandu itu, memang wajar polis tersebut layak untuk berasa curiga kerana  pemandu kereta tersebut melarikan diri." Jika Aminulrasyid memberhentikan kenderaan, berkemungkinan dia hanya menerima saman dan selepas itu dimarahi ibunya kerana memandu kereta tanpa kebenaran (jika benar tanpa kebenaran). Nampak bukan bahawa sesuatu tindakan itu mampu mengubah segalanya-galanya pada masa depan. 

Aku lebih berat untuk mengatakan bahawa anggota polis tersebut telah dijatuhkan hukuman penjara dan dituduh pembunuh kerana mempunyai sikap curiga demi keselamatan awam dan demi tugasnya sebagai seorang anggota keselamatan. Aku juga yakin ramai anggota polis lain hormat kepadanya walaupun dia dijatuhi hukuman penjara. Ada yang mengatakan "lima tahun penjara je walaupun satu nyawa melayang?". 
Lihat semula pada kronologi kes, siapakah dan apakah punca berlakunya kes ini. Aku dah katakan, kes ini lebih kepada berlakunya salah sangka. Kesalahan boleh diletakkan kepada kedua-dua individu tersebut: Aminulrasyid yang ingkar dan menimbulkan syakwasangka, dan Koperal Jenain yang mungkin keterlaluan semasa melepaskan tembakan mod auto kepada kereta berkenaan. Bagaimana pula kesalahan ibu dan keluarga Aminulrasyid yang membiarkan remaja tersebut keluar dari rumah dan  memandu kereta pada waktu malam? Tetapi disebabkan Aminulrasyid sudah tiada, dia mendapat simpati yang meluas. 

Kes ini patut dijadikan pengajaran kepada remaja-remaja dan ibu bapa. Tangungjawab ibu bapa terhadap anak-anak yang di bawah umur sangat besar. Mereka perlu memastikan pergerakan, pergaulan, dan kebebasan anak-anak tidak mendatangkan keburukan atau boleh mengancam nyawa. Jangan jadi pihak yang melihat kesalahan sebelah pihak sahaja dan memaafkan kesalahan satu pihak lagi hanya kerana simpati. Pokok pangkalnya koperal itu terpaksa menanggung kesalahannya berseorangan...

Al-Fatihah untuk Aminulrasyid Amzah - moga-moga tiada lagi berlaku kes seperti ini.
  Photobucket
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

7 comments:

hadi said...

saya setuju dengan pendapat saudara...mana polis yang berdepan dengan situasi ni mesti buat perkara yang sama...kesian koperal tu..

Aziz A'zmi said...

ntah la...dh mungkin nasib dia, terlibat kes naya cmni...dia mana la tau yg bawak kreta tu bdak 15 taun. tembak punya tembak mati plak bdak tu. dh jadi kes besar...

eva said...

alhmdulillah dpt bc kes ini.. sblm ni tercari2.. sbb tak tau sgt kes ni.. pd mulanya dgr kes ni sy fikir mesti ada salah sangka.. so slps bc sangkaan sy betul.. setuju sgt.. dgn terjadi nya kematian, diaorg nak kaver semua kesalahan.. overacting ( sampai menubohkan 'Justice for Aminulrasyid').. smmgnya rakan polis hormat pada koperal sbb diaorg jer tau mcm mana tanggungjwb sbg sorang polis.. tahu situasi sebegitu.. bukan senang.. apapun2 takziah keluarga aminulrasyid..

Aziz A'zmi said...

tq miss eva...ni cuma catatan ringkas je, drpd apa yg sy rasa bila koperal tu dipenjara 5 tahun, tapi ada yg mempertikaikan, sbb dia kata 5 tahun xckup dgn 1 pembunuhan yg koperal tu lakukan. kena jgk ptimbangkan hal2 lain, bukan saja2 je koperal tu sebabkan kematian aminulrasyid...

shazmir said...

kepenjara jugak die....ape2 kita mesti berwaspada..


cun awk cun..!!
xyz4mir.blogspot.com

khairul@kechik said...

kalau polis yg kena tembak masa bertugas x de pula pihak nak ambil tau..huhuhu.. inilah nasib polis kita.

Aziz A'zmi said...

polis kena tembak xjadi kontroversi, kalau polis tembak orang baru la jd kontroversi sbb ramai tukang hasut, tukang kipas...

dh nasib...manusia skrg kdang2 xdpat pkir dgn rasional

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!