Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Caj 6% Kad prabayar: Tak perlu, kenapa?

Bukan mudah untuk menerima sesuatu pembaharuan yang dirasakan membebankan.

Apabila kupon/kad tambah nilai kini dicadangkan untuk dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6% ramai yang membantah sampai terpapar di muka depan akhbar.

Aku juga salah seorang daripada ribuan pengguna prabayar di negara ini yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Mungkin ada segelintir daripada kita yang acuh tak acuh dengan perkara ini, kerana beranggapan caj 6% itu bukanlah banyak sangat. "6% je nak kecoh satu dunia"

Mungkin itu yang diperkatakan sesetengah individu.



Bagi aku, walaupun jumlahnya sekadar 6% tetapi ia merupakan suatu perkara baru yang sukar diterima rakyat. Kenapa? Kerana kita telah lama menggunakan prabayar tanpa dikenakan cukai dan tiba-tiba kita terpaksa membayar lebih untuk satu perkhidmatan yang sangat-sangat diperlukan.

Bukankah itu membebankan kerana kadar 6% itu akan dibayar berdasarkan kekerapan pengguna menambah nilai dan berdasarkan nilai prabayar yang dibeli.

1) bagi pengguna yang membeli prabayar pada nilai di bawah RM10, mereka perlu menambah nilai setiap minggu atau dalam tempoh kurang daripada seminggu. Maka sekurang-kurangnya setiap minggu mereka perlu membayar cukai 6%.

2) bagi pengguna yang menambah nilai dengan nilai RM15, RM30, RM50 dan lebih, kadar 6% itu akan menjadi lebih besar bergantung kepada nilai prabayar yang dibeli. Bukankah itu sudah dikira satu kerugian?

Aku tidak pasti adakah keputusan ini tepat atau tidak, yang aku tahu keputusan ini membuatkan ramai yang merungut dan tidak puas hati.

Zaman sekarang kad prabayar boleh dikategorikan sebagai barang keperluan asas. Kita memerlukannya untuk berhubung dengan ramai orang atas pelbagai urusan. Apabila bercerita tentang keperluan asas, samalah seperti barangan keperluan lain seperti minyak masak, petrol, gula, tepung, beras dan mungkin juga rokok! (bagi perokok tegar)

Mungkin apa yang difikirkan oleh pembuat dasar ialah, masyarakat mungkin akan membantah keputusan ini pada permulaan, lama-kelamaan ia mula reda dan senyap kembali. Disebabkan prabayar merupakan keperluan penting, orang akan tetap membelinya walaupun ia dikenakan cukai perkhidmatan. Jila harga barang seperti minyak masak, ayam, tepung dan seumpanya dinaikkan, prabayar pula dikenakan cukai perkhidmatan, asasnya tetap sama. Harganya semakin mahal.

Walaupun barang kawalan ini ditetapkan harga silinya, KADANGKALA kenaikan harga tetap berlaku. Mahu tak mahu, walaupun jika harganya dinaikkan, walaupun pada mulanya wujud bantahan, lama-kelamaan masyarakat terpaksa terima dan akur kerana mereka sangat memerlukan barang tersebut.

Seperti juga perokok tegar, walau BERKALI-KALI harganya dinaikkan, mereka masih tetap membeli rokok kerana mereka amat memerlukannya demi kepuasan.

Disebabkan kita amat memerlukan prabayar untuk keperluan komunikasi harian, apabila harganya dinaikkan, mungkin mereka berpendapat kita akan terima dan akur di akhirnya. Tapi mereka perlu ingat, harga prepaid TIDAK PERNAH dinaikkan secara sah sebelum ini. Ini ialah kali pertama prabayar dikenakan cukai secara rasmi oleh syarikat telekomunikasi, sudah pasti ramai yang terkejut dan membantah tindakan ini.

Beban cukai prabayar bukan ditanggung oleh orang dewasa sahaja, tetapi turut melibatkan pelajar sekolah dan penuntut IPT. Secara tidak langsung, ibu bapa yang menanggung perbelanjaan pelajar dan mahasiswa lebih merasai bebanan tersebut. Selepas ini mungkinkah wujud iklan kempen mengurangkan penggunaann nilai prabayar?

Kalau anda jenis yang tidak kisah dan mengambil mudah, anda takkan ambil peduli dengan apa yang aku tulis di sini, tapi sekiranya anda seorang yang prihatin dan amat memahami masalah sosioekonomi masyarakat, anda akan terfikir keputusan mengenakan cukai 6% ini adalah satu keputusan yang tidak perlu.

Jadi, kalau anda seorang yang berkemampuan, jangan pentingkan diri, fikir-fikirkanlah orang lain yang terasa bebanan ini.

** Kalau harga RON97 naik, aku guna RON95. Tapi kalau harga prepaid naik, tak boleh nak pilih Maxis, Celcom atau Digi, semuanya naik!. Tiada pilihan lagi...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 comments:

Dear bella said...

Betul tu... Entah apa yg difikirkan mereka agaknye... Nak tambah kesusahan rakyat ke?

Aziz A'zmi said...

mmg taraf ekonomi negara meningkat, tp rmai lagi rakyat yg hidup sederhana...klu dibebani dgn mcm2 kenaikan kos, makin terhimpit la hidup diorg.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!