Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Korea Utara yang pelik tetapi menarik untuk diketahui


Korea Utara sejak penubuhannya hingga sekarang mengamalkan corak pemerintahan autoritarian ataupun diktator. Presiden Korea Utara merupakan satu jawatan yang dipegang turun temurun dan seumur hidup oleh keluarga Kim. Bermula dengan pengasas Korea Utara, Kim il-Sung, Kim Jong-il dan kini jawatan tersebut diwarisi anak Jong-il, Kim Jong-un yang baru berusia 27 tahun.  

Ini bermakna, setakat 2011, Korea Utara baru diperintah oleh tiga orang Presiden sedangkan negara-negara lain yang mengamalkan sistem demokrasi ciptaan Barat telah ditadbir dan diurus oleh ramai pemimpin dan ia sentiasa bertukar ganti apabila berlaku pilihan raya. 

Kuasa keluarga Kim dalam pemerintahan Korea Utara memang hebat sehinggakan setiap generasi daripada keturunannya telah disiap, dibentuk dan dilatih untuk menerajui negara tersebut. Buktinya, Kim Jong-un baru berusia 27 tahun, tetapi dia telah dinamakan dan telah dilatih dari awal untuk menjadi pengganti bapanya. Lebih menarik, kesetiaan rakyat dan pasukan tenteranya sangat padu walaupun dia masih muda.


Kalau kita baca sejarah dan perkembangan negara komunis ni sebenarnya memang menarik sebab pemimpin Korea Utara sememangnya terkenal dengan sikap tegas, berani dan kejam. Lantara itu setiap tindakan  dan dasar pemerintah Korea Utara menjadi satu perkara yang menarik untuk diikuti. Negara ini tidaklah maju seperti negara jirannya, Korea Selatan (dari segi pembangunan fizikal) tetapi apa yang aku tahu kemajuannya banyak ditumpukan pada sistem pertahanan dan ketenteraannya termasuklah pembangunan nuklear.  

Kerana kehebatan ketenteraan dan aktiviti nuklearnya, Korea Utara digeruni negara-negara lain khususnya Amerika Syarikat yang menganggap bahawa setiap aktiviti Korea Utara dalam pembangunan nuklear boleh mengancam kuasa Amerika Syarikat sehinggakan Korea Utara pernah disenarai hitam sebagai negara pengganas. (penakut jugak rupanya Amerika ni)...

Aku pernah buat satu pembentangan bersama dua lagi rakan berkenaan konflik Korea Utara dan Korea Selatan dan hasil pembacaan kami mendapati tiada beza pun antara budaya, bahasa, wajah, tradisi dan segala-galanya tentang orang Korea. Orang Korea (utara dan selatan) adalah sama. Tetapi apa yang membezakan mereka ialah apabila munculnya dua kuasa besar yang menakluk Korea sekitar tahun 1940-an. 

Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet telah datang ke semenanjung Korea dan akhirnya Korea terpisah kepada dua, utara dan selatan. Korea Utara  ditakluk Kesatuan Soviet yang membawa ideologi komunisme manakala Korea Selatan dikuasai Amerika Syarikat yang berpegang kepada konsep demokrasi. Sehingga kini, kesan daripada penjajahan AS dan Kesatuan Soviet telah mengubah Korea kepada dua fahaman yang berbeza iaitu komunisme dan demokrasi. Itu sahaja yang membezakan mereka.  Pelik juga tetapi itulah realiti, hanya kerana fahaman atau ideologi, sebuah negara berpecah dua dan masing-masing nak kekal dengan cara mereka hingga hari ini sedangkan secara lahiriah mereka adalah sama. (pengajaran untuk kita, jangan kerana berbeza fahaman, Malaysia berpecah dua)

Aku ringkaskan kisah ini supaya mudah difahami dan dalam masa yang sama aku dapat ingat semula apa yang aku dah baca sebelum ini tentang negara Korea. 

Kembali kepada kisah Korea Utara, pemerintahannya bukanlah pemerintahan yang cekap dalam membantu rakyat. Rakyat Korea Utara telah 'disuntik' dengan ideologi dan persepsi bahawa mereka mesti hidup sendiri, berdikari dan tidak perlu bantuan mana-mana pihak. Konsep ini dinamakan Juche. Kalau kita perasan, jarang-jarang media menceritakan bagaimana kehidupan dan pembangunan fizikal di Korea Utara kan. Ini kerana Korea Utara merupakan negara yang tidak mahu aktiviti dan perkembangan negaranya dilaporkan oleh media. Negara ini sangat berahsia dan tidak banyak yang kita tahu tentang rakyat Korea Utara melainkan apabila berlaku isu-isu besar seperti kematian Presidennya Kim Jong-il baru-baru ini. 

Dasar pemerintahan Korea Utara berbentuk pendiktatoran dan media melaporkan bahawa pemerintahan Korea Utara dijalankan secara kuku besi. Itu laporan media. Tetapi tiada pula kedengaran rakyatnya bangun memberontak melawan kezaliman pemerintah. Tiada sebarang laporan yang mengatakan rakyat Korea Utara tunjuk protes terhadap Pesidennya. Mungkin kerana wujud undang-undang ketat yang melarang rakyatnya berbuat demikian dan hukuman yang sangat berat. 

Sebaliknya apa yang kita dapat lihat di tv dan akhbar baru-baru ini ialah rakyat Korea Utara menangis, bersujud meratapi kematian pemimpin mereka. Pada aku ini sangat luar biasa. Apa yang menyebabkan pemerintah Korea Utara sangat disayangi rakyatnya sehinggakan mereka menangis dan meratap bersungguh-sungguh seperti kematian ahli keluarga sendiri ? Sedangkan pemerintahnya dikatakan seorang diktator yang kejam dan kuku besi. Mengapa 'diktator' ini begitu disanjung?

Adakah ada sesuatu yang kita tak tahu tentang sikap sebenar pemerintah Korea Utara terhadap rakyatnya? Adakah selama ini kita hanya dimomokkan oleh media bahawa pemerintah Korea Utara adalah zalim, kejam, kuku besi, diktator dan sebagainya? 

Sehinggakan pembaca berita yang sedang ke udara  di tv bergetar suaranya, tertahan-tahan untuk menangis ketika membaca berita kematian Kim Jong-il. Kalau di Malaysia aku yakin situasi ni takkan berlaku. Aku rasa ada 'sesuatu' yang membuatkan rakyatnya sangat menyanjung dan menyayangi pemimpin diktator mereka itu.

Aku tahu selama ini rakyatnya dipropagandakan bahawa pemimpin mereka adalah yang terbaik, pemimpin mereka adalah penyelamat Korea Utara daripada  terus dalam penjajahan Soviet, pemimpin mereka  harus dipuja dan banyak poster dan tugu pemimpin Korea Utara terdapat di  merata-rata tempat . Kalau itulah sebabnya, maknanya propaganda pemerintah Korea Utara sangat berkesan menambat hati rakyatnya tanpa berbelah bahagi.
.
Sampai sekarang aku hairan....

Photobucket
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

4 comments:

Neon said...

diktator kejam sebab nak negara nya tidak dijajah kan, even dia kejam, apa yang dia buat untuk negara dia, bukan nak menyanjung, tp ini yg sebenarnya,

Aziz A'zmi said...

mungkin kita tak paham dgn situasi sebenar negara ni. tapi org korea utara sgt2 patriotik dan sokong pemerintah diorg walaupun bersifat diktator.

Anonymous said...

ideologinya tak sama dgn luar. tanpa pengaruh drpd luar pemikiran merwka tulen dan semestinya ketaatan mereka sgt jitu

Anonymous said...

walaupun diktator tapi mungkin hak keistimewaan diberi kepada rakyat adil dan lebih..siapa tahu..?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!