Hari ni aku tak bawa iu berat, sekadar ingin berkongsi dengan sesiapa yang pernah bergelar mahasiswa dan sedang bergelar mahasiswa berkenaan motto universiti. Setiap universiti mencipta logo dan motto masing-masing sebagai imej dan identiti mereka. Aku seorang yang gemar memerhati dan beberapa bulan yang lalu aku cuba mengingati semua motto universiti awam di negara kita.
Puncanya, sebelum ni aku menjalani latihan kawad Majlis Tamat Latihan dan Pentauliahan Kor SUKSIS IPTA se-Malaysia yang bertempat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor. Bagi pelajar IPTA aku yakin anda tahu apa itu Kor SUKSIS. Bagi yang masih bersekolah, kalau tak tahu, sila google untuk dapatkan maklumat lanjut, mungkin berguna sekiranya anda seorang yang aktif dalam kokurikulum. Sepanjang berada dua minggu di UTM, semua bas IPTA berada di universiti itu dan aku selalu mengamati apakah motto universiti yang tertera di badan bas.
.
.

Sekali-sekala kena juga ambil tahu perkara ni, yang mana tak kenal lagi logo IPTA di Malaysia, 20 buah