Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Adakah Kita Memahami Erti Kelestarian?

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam perpaduan.

Kelestarian? Apa tu?

Universiti Sains Malaysia (USM) mula memperkenalkan konsep kelestarian dan ia mula disebarluaskan ketika saya menjadi penuntut tahun pertama di sini. Pada mulanya saya sendiri tidak memahami apa erti kelestarian, jauh lagi untuk memahami konsep yang terkandung di dalamnya.
.
Saya teringat suatu ketika dahulu RTM pernah menyiarkan rancangan Generasi X (sekarang dah ditukar nama jadi Generasi Y, apa beza X dengan Y pun saya tak tau) secara langsung dari Dewan Budaya USM yang dihoskan oleh pelakon Awal Ashaari. Topik rancangan itu membincangkan erti kelestarian dan proses mempraktikkannya di USM. Dalam rancangan itu diselitkan temubual responden dalam kalangan orang awam dan pelajar USM sendiri. Saya pada ketika itu hanya menonton televisyen di Desasiswa Aman Damai bersama rakan-rakan lain..
.
Sedang saya menonton, ada satu perkara yang membuatkan saya berasa malu sendiri apabila seorang pelajar perempuan yang juga merupakan kenalan saya (ketika itu tahun pertama) menawarkan diri untuk ditemuramah. Mungkin kerana teruja dengan kehadiran Awal Ashaari yang bertindak selaku hos pada hari itu. Soalan yang diajukan Awal lebih kurang berbunyi begini "Boleh adik terangkan apa sebenarnya yang berlaku di Dewan Budaya Hari ini?". Dalam jawapan yang diberikan pelajar tersebut ada menyebut frasa "lebih-lebih lagi sekarang ni USM sedang mempromosikan konsep kelestarian"....
.
Selepas itu Awal bertanya lagi...."kalau boleh kita sama-sama berkongsi dengan penonton di rumah, boleh adik jelaskan sedikit apa tu kelestarian?"...
.
Secara spontan, ketika rancangan sedang bersiaran secara langsung dan disiarkan di seluruh Malaysia, pelajar itu membeliakkan matanya dan memandang rakan-rakannya di tepi sambil ketawa....kelihatan dia terkedu dan tidak tahu bagaimana hendak menjelaskannya....dia cuba menerangkan mengenai pemeliharaan alam sekitar tetapi dia kelihatan tidak yakin dan tidak pasti dengan jawapannya, lantas ketawa malu. Maka, Awal pun cuba 'cover line' dengan mengatakan " oo...dengan melakukan aktiviti seperti kitar semula?" Pelajar itu mengiyakan sahaja sambil mengangguk dan ketawa.
.
Saya tak dapat bayangkan apa perasaan saya sekiranya saya ditemuramah secara langsung di kaca televisyen tidak dapat menjawab persoalan yang diajukan hos rancangan. Sedangkan soalan itu mengenai idea dan konsep kelestarian. Konsep yang diuar-uarkan di USM, tetapi saya selaku mahasiswa USM tidak dapat menjelaskannya, mestilah berasa sangat bengang dan malu.
.
Mungkin kerana pelajar itu masih dalam tahun pertama, jadi masih belum menguasai sepenuhnya mengenai konsep kelestarian. Tidak mengapalah. Sejak daripada itu, saya cuba memahami apa erti sebenar KELESTARIAN sedikit demi sedikit. Hari ini saya masih lagi belajar dan cuba mengaplikasikan konsep kelestarian yang diterapkan.
.
KELESTARIAN bukan sekadar menyentuh isu alam sekitar, tetapi banyak lagi aspek yang perlu dilestarikan. Ia bermaksud pemeliharaan berterusan atau mengekalkan sifat baik yang ada pada hari ini supaya terus kekal pada masa akan datang. Dari sudut apa? Alam sekitar, kewangan, akhlak, sosio-budaya, kemanusiaan dan pelbagai lagi. Bukan saya yang kata, tetapi berdasarkan apa yang saya dengar sendiri ketika menghadiri rakaman rancangan Forum Perdana Ehwal Islam di Dewan Tuanku Syed Putra yang diadakan ketika Program Siswa Lestari (Minggu Orientasi) pelajar-pelajar baru kemasukan 2009/2010 yang lalu.
.
Jadi, mari kita bertanya kepada diri sendiri selaku mahasiswa khususnya mahasiswa USM, adakah kita memahami erti kelestarian?
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

6 comments:

Anonymous said...

kelestarian?
faham dan xfaham sama byk.
yg sy tahu,kebanyakan susah nak diaplikasikan dlm kehidupan-beg plastik,kertas dan straw contoh nya.
tp sy nk tahu,adakah 1 malaysia tu kelestarian dlm perpaduan?

IZZUDDIN said...

Generasi X tu ialah Generasi(Tak..Tak..Tak..Bangkang..bangkang..Bangkang..Bangkang..). Generasi Y pula ialah generasi (Yes..Yes..Yes..Setuju..hangguk..terima buta-buta). Hahaha...entah la.. agak je..

Mungkin sebab generasi Y lah student tu tak dapat jawab apa tu lestari sebab tak boleh mempersoalkan apa tu lestari.

Aziz A'zmi said...

sdr. tanpa nama...

saya akui mmg sukar utk mengamalkan kelestarian alam scr TOTAL. bukan bermakna mahu menghapuskan terus penggunaan beg plastik, straw dan yg berkaitan dengannya. ttp sekurang-kurangnya kita cuba utk MENGURANGKAN penggunaannya.

masalah yg berbangkit, ia berbalik kpd diri kita sendri sama ada kita mahu atau tidak melaksanakannya. Sbg contoh penerapan kelestarian dlm CONVEX gagal dan mungkin akan dimansuhkan. kerana apa? kerana pelajar2nya sendri yg mengeluh dan tiada kesedaran utk mengamalkan kelestarian.

sama jg la 1Malaysia...klu kita x sokong, tidak mempraktikkan, tiada kesedaran, masih prejudis sesama kaum, rasis, terlalu mempolitikkan sesuatu isu, dan tiada amalan sopan santun dlm pergaulan masyrakat berbilang kaum, KITA sebenarnya yg GAGAL membentuk perpaduan. Bukan 1Malaysia. 1Malaysia cuma model panduan.

sekadar pandangan peribadi...

Andin Muhammad Syukri said...

bangkang ke bangang din???

kita sokong kempen lestari tapi dlm diam2 kita menentangnya..contohnya beg plastik & kenderaan bermotor.

sekurang2nya kawan kita tu dia dapat 3 perkara.. 1 dapat masuk tv, 2 dpt malu sendiri, 3 kedua2nya sekali..

Aziz A'zmi said...

Sdr. Izzuddin...

mmg idea anda lain dr yg lain...
ade logik jgak....beza X dan Y.

tp kite x bleh sentiasa bangkang...bangkang...bangkang...
dan x bleh jgak selalu yes...yes...yes...

bg sy...sy menerima apa yg positif, percaya pd pndgan dan pendirian sendri...

Aziz A'zmi said...

sdr. syukri...

kempen dh jalan...tp kita je yg xde kesedaran...(x smua). tu yg masalah...

bukan mudah nk mengubah perkara yg dh sebati dlm hidup kita...kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!