Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Negara Islam Atau Sekular?

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam perpaduan.

Minggu ini jadual saya agak senggang tanpa sebarang peperiksaan. Jadi beberapa hari lalu saya memaksa diri untuk mengulangkaji kursus killer SPW206-Falsafah Politik. Sedang saya membelek-belek beberapa nota yang saya perolehi dari internet, saya terpandang frasa "Negara Islam". Jadi, timbul minat saya untuk membacanya. Nota itu turut dilengkapi dengan hujah-hujah daripada tokoh pemikir politik Islam, Prof. Dr. Yusuf Qardhawi dalam kitabnya Fiqh Kenegaraan dan Al-Mawardi dalam kitabnya Al-Ahkam As-Sultaniyah mengenai kriteria, ciri-ciri dan tanggungjawab negara Islam.
.
Menarik, dan menimbulkan pertikaian dalam pemikiran saya yang mulai berserabut dan seakan-akan diracuni apabila terselit satu isu dalam nota tersebut yang mempersoalkan Adakah Malaysia Sebuah Negara Islam? Selama ini saya telah menerima dan yakin bahawa Malaysia sebuah negara Islam. Tetapi sekarang, ia telah membuatkan saya berfikir kembali setelah meneliti beberapa fakta sejarah yang dikemukakan dan penghujahan daripada tokoh-tokoh tersebut dan beberapa tokoh tempatan.
.
Namun begitu, bukan mudah bagi saya menerima bulat-bulat maklumat tersebut. Saya mengambil inisiatif untuk mencari maklumat rasmi lain yang counter pendapat tersebut bagi mendapatkan informasi yang mengukuhkan penghujahan bahawa Malaysia adalah negara Islam.
.
Jadi, saya ingin menimbulkan keraguan di ruangan ini. Anda sebagai pembaca mempunyai hak untuk menilai. Saya juga mempunyai nilai pandangan saya sendiri. Tidak perlu wujudnya pertikaian yang cenderung ke arah fahaman politik. Saya tegaskan lagi, saya TIDAK MEMERLUKAN penghujahan yang bersandarkan fahaman politik. Yakin dan percaya dengan pandangan diri sendiri dan sulaminya dengan fakta yang bersifat ilmiah.
.
Nota yang berbentuk slide show itu boleh anda lihat di link berikut: http://www.scribd.com/doc/7456298/06-Negara-Islam
.
Nota tersebut mengandungi fakta-fakta sejarah dan pandangan tokoh-tokoh tempatan yang menunjukkan Persekutuan bukanlah sebuah negara Islam, tetapi merupakan sebuah negara sekular. Selain itu, turut dimuatkan kriteria negara Islam yang telah digariskan oleh Yusuf Qardhawi, tanggungjawab negara Islam oleh Al-Mawardi dan pendefinisian negara Islam oleh beberapa tokoh Islam terkemuka.
.
Hasil bacaan anda akan membuatkan anda berfikir seketika.
.
Jika anda percaya bahawa perlembagan kita menyimpang daripada perundangan Islam, untuk mendapatkan maklumat lanjut, saya sertakan juga fakta dan penghujahan yang menyokong dan menegakkan bahawa Malaysia ialah sebuah negara Islam di link berikut:
.
Ironinya, penghujahan ini menepati tanggungjawab negara Islam yang dikemukakan oleh Al-Mawardi dan membidas kembali fakta yang mengatakan Malaysia sebuah negara sekular.
.
Sama-sama kita membuka fikiran dan meluaskan pembacaan. Jika kita mempunyai ideologi sendiri, pemahaman sendiri dan pendirian sendiri jangan biarkan diri kita menjadi seorang yang taksub dan fanatik kepada sesuatu perkara. Belajar untuk menerima kenyataan dan hakikat sebenar, fakta dan penghuraian yang logik dan bertepatan dengan konsep amalan berakademik.
.
Sekadar ingin berkongsi maklumat...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

8 comments:

Andin Muhammad Syukri said...

salam saudara..

adakah malaysia sebuah negara Islam? sebenarnya banyak persoalan yg timbul mengenai perkara ini..saya tidak ingin memperkatakan mengenai persoalan tersebut.

saya sendiri berbelah-bahagi dalam perkara ini. nak kata negara ini sebagai negara Islam, tapi ada ciri2 sekular kerana mengasingkan agama dengan pemerintahan. nak kata sekular pun susah juga sebab wujudnya undang2 syariah..(walaupun bukan Hudud)

tetapi saya lebih cenderung kepada "malaysia sebagai negara Islam".. kerana malaysia mempunyai undang2 syariah yg memperlihatkan bahawa undang2 sivil tidak boleh mencampuri urusannya..maksudnya undang2 syariah itu mempunyai kedudukan yg tidak boleh dipertikaikan, walaupun banyak pihak mempertikai peruntukan undang2 yg dimilikinya..

jawatan2 penting dalam negara Islam akan dipegang oleh orang Islam. jawatan menteri kewangan dan pertahanan adalah jawatan terpenting di dalam sesebuah negara..sebab itulah di malaysia jawatan2 ini dipegang oleh orang Islam.

negara Islam pertama di dunia ialah Madinah..kini, adakah wujud negara Islam yg serupa seperti Madinah?

saya rasa di nusantara ini hanya Acheh yg mempraktikan undang2 Islam..sebab Acheh ini tidak pernah dijajah oleh kuasa luar..jika Acheh menjadi sebuah negara maka ia akan menjadi negara Islam.

Anonymous said...

Dari dulu lagi saya berpendapat Malaysia bukan sebuah negara Islam. Mungkin Islam tetapi hanya Liberal dan Sekular. Kita memisahkan politik itu daripada Islam sendiri apabila kita tidak menggunapakai sistem perundangan Islam dan perlaksanaannya secara menyeluruh. Bukan sekadar ambil itu tetapi tinggal yang ini. Itu bukan Islam namanya. Dalam Islam kita tidak boleh pilih-pilih untuk melaksanakan.

Masalah timbul apabila pemerintah kita tidak yakin dengan pemerintahan Islam dan satu pihak lagi pula menggunakan isu Islam untuk meraih kepopularan. Benar seperti kata Syukri kita ada undang-undang Syariah dan jawatan-jawatan dalam pentadbiran yang "Islam"

Persoalan kembali timbul, setakat manakah kuasa Syariah. Sekadar di atas kertas, ya, Syariah mempunyai kuasa dan Sivil tidak boleh campur tangan. Realitinya? Tidak. Sivil masih turut bersuara dalam banyak kes terutama dalam penuntutan hak mualaf yang meninggal yang tidak diketahui keIslamannya oleh anggota keluarga.

Perjudian terbesar di Genting, semua orang tahu, gereja terbesar di Bukit Jalil, kita [ Malaysia ] antara negara yang 'memborong' arak yang tertinggi. Pusat pelacuran tidak usah cakaplah. Jadi, dimanakah hala tujunya Malaysia ini? Islamkah? atau sekadar menempek sebagai sebuah negara Islam?

Setakat ini, saya tidak nampak lagi Malaysia ke arah Islam kerana pemimpin sendiri sekadar bernama Islam. Sungguh lelucon apabila Malaysia di nobatkan sebagai Negara Islam. Sekadar Islam Libera, ya lah.

Sekadar pandangan.

~ Peipanlization

Andin Muhammad Syukri said...

saya setuju dengan pandangan Peipanlization tu..

masalah utama malaysia ialah masyarakat majmuk yg amat sensitif dengan perkara2 berkaitan arak dan judi..

berkaitan rumah ibadat agama lain itu termaktub di dalam hak kebebasan beragama.. Rasulullah s.a.w sendiri tidak memusuhi penganut agama lain malahan menghormati rumah ibadat agama lain.

kelantan dikatakan negeri serambi mekah pun ada patung buddha yg besar..

suatu masa kita mendengar laungan untuk menegakkan negara Islam oleh institusi politik tertentu tetapi selepas memperolehi kuasa segalanya tidak dilakukan, berkaitan dengan isu arak di negeri paling maju di malaysia..

seperti yg saya katakan, kini tiada negara di dunia yg benar2 boleh dikatakan sebagai negara Islam seperti mana negara Islam Madinah..

aziz azmi said...

sukar untuk kita tentukan tahap 'keislaman' negara kita kerana kita sejak dlu lg telah mengamalkan perlembagaan barat hasil ciptaan sistem perundangan westminster dan ia dikekalkan hingga ke hari ini atas dasar perlembagaan merupakan perundangan tertinggi negara.

kita negara bekas jajahan inggeris. lebih2 lagi pemimpin terdahulu pro Barat dan kita hanya mewarisi pelbagai undang-undang sivil yang dibawa dari Barat

tetapi diebabkan pemimpin kita kebanyakan beragama islam, maka nilai-nilai keislaman itu mula diimplementasikan dalam pentadbiran, walaupun tidak menyeluruh. hakikat sebenar, negara kita banyak melaksanakan tanggungjawab kpd umat islam.

saya berpendapat, mustahil utuk mengamalkan pemerintahan islam 100 peratus termasuklah jika diperintah oleh parti islamic itu. manakan tidak, sekutunya sendri menentang dan parti itu tidak boleh menjadi parti yg kukuh tnpa sokongan parti sekutunya. antra faktor pghalang termasuklah faktor sejarah, penerimaan masyarakat bukan islam,komposisi kaum dan situasi politik smeasa.sampai skrg hudud tidak dpat dijalnkan.

masalah2 yg dikatakan oleh peipanlization seperti arak, judi, pusat pelacuran dan sebagainya tidak boleh dinafikan. benar ia berlaku, tp adakah cara dan bagaimana untuk kita hentikannya??
ia dilihat sbg keperluan kpd org bukan islam. malangnya org islam sendiri terjebak dlm perkara2 tersebut walaupun perundangan syariah telah diwujudkan.

Anonymous said...

Sekadar menambah pengetahuan.

Mengikut Lukman Thaib melalui bukunya The Islamic Politic and Leadership, negara Islam adalah sebuah negara yang diurus dan dijalankan berasaskan undang-undang Syariat. Kewujudan majoriti penduduk Islam dalam sesebuah negara itu dinamakan negara Islam.

Perkara paling utama yang perlu dipastikan bahawa negara tersebut haruslah ditadbir oleh seorang Islam yang menjalankan syariat Islam. Perlaksanaan hukum syariat Islam adalah pra-syarat untuk menggelar negara itu sebagai sebuah negara Islam; bukan dari segi jumlah penduduknya.

Dalam buku The Principles of State and Goverment in Islam oleh Mohamad Asad menyatakan bahawa sesebuah negara yang benar-benar menjadi negara Islam hanyalah dengan perlaksanaan yang sedar. Ajaran Islam hanya diaplikasi terhadap kehidupan bangsa dan kepada undang-undang negara.

Dalam penolakkannya terhadap negara sekular, Mohamad Asad mendalilkan bahawa dalam sesebuah negara sekular moden seperti Malaysia, tidak ada norman yang tetap dan dapat dipakai untuk menimbangkan antara yang baik dengan yang buruk dan antara yang benar dan yang salah. Satu-satunya ukuran yang mungkin digunakan ialah kepentingan bangsa.

Mengenai kepentingan bangsa ini, paling utama dalam sesebuah negara sekular ialah golongan rakyat yang berbeza boleh mempunyai pendapat yang jauh berlainan kerana di situ tidak wujud "timbangan objektif tentang nilai-nilai moral" sedangkan dalam sesebuah negara Islam, nilai-nilai moral tidak berubah dari satu kes ke satu kes yang lain atau dari satu masa ke satu masa yang lain kerana kesahihannya boleh bertahan untuk semua masa dan keadaan.

Kelainan antara negara Islam dengan negara sekular diperjelaskan lagi oleh Mohamed Adul Rauf melalui bukunya The Concept of Islamic State apabila beliau menegaskan bahawa perbezaan antara kedua-dua jenis negara ini ialah kedaulatan dalam sesebuah negara sekular moden adalah pemilihan dan penilaian yang diperuntukkan kepada wakil rakyat berasaskan undang-undang dan perlembagaan yang dicipta oleh manusia. Manakala dalam negara Islam, kedaulatan mutlak kepada Allah dan juga kepada wakil rakyat.

Wakil rakyat ini dianggap sebagai khalifah Allah di muka bumi. Asas undang-undang adalah syariat yang turut membolehkan wakil rakyat membuat undang-undang baru yang tidak wujud tetapi tidak bertentangan dengan semangat hukum syariah.

Syukri: Patung Buddha di Kelantan dibolehkan kerana Islam tidak melarang manusia untuk bebas menganut agama lain. Jadi, ia tidak menjadi kesalahan. Yang menjadi kesalahan apabila Tugu Negara, tugu helang dan lain-lain tugu di bina. Bukankah mufti telah memfatwakan haram untuk menziarah patung-patung ini. Tapi, adakah pemimpin kita yang di atas dengar?Tidak bukan. Jadinya, jelaslah kita bukan sebuah negara Islam apabila ulama dan Islam itu sendiri diterkebelakangankan.

~ Peipanlization

Andin Muhammad Syukri said...

saya sudah ulas mengenai tugu negara di dalam blog saya..

saya maksudkan patung buddha di kelantan kerana negeri yg di gelar serambi mekah turut memiliki patung buddha yg besar..

*adakah seorang wanita tidak layak digelar Islam kerana tidak bertudung? adakah seorang lelaki yg bermain bola sepak tidak Islam kerana tidak menutup aurat? adakah keIslaman itu di ukur dari aspek fizikal sahaja? adakah seorang yg pergi ke masjid tanpa memakai kopiah itu tak Islamik? adakah berimamkan imam wahabi di mekah solat kita sebagai ahlil sunnah wal jamaah tidak sah?

maaf..ada perkara yg kita boleh sependapat dan adakalanya kita berbeza pendapat..saya berbeza pendapat dengan Peipanlization

along said...

yang penting, amalan kita bertunjangkan al-Quran dan as-Sunnah..apa Nabi ajar, itu kita buat..ISLAM tidak tertegak dgn kuasa, ISLAM tidak terkukuh dgn harta benda dan kekayaan, ISLAM tidak terlaksana dgn kedudukan, pangkat dan darjat.. InsyaAllah, ISLAM boleh diamalkan dan disampaikan melalui da'wah..cara Nabi s.a.w. Wallahualam..

Anonymous said...

Syukri: Seperti yang telah saya katakan bahawa kita berpegang kepada perbezaan agama di bolehkan kerana kita tidak boleh mendesak bukan Islam memeluk Islam.

Patung Buddha itu jika kita robohkan seolah-olah kita robohkan sebuah tempat ibadat kerana bukan Islam menganggap patung ini suci. Jadi, adalah tidak baik untuk kita runtuhkannya. Ulama berpendapat bahawa adalah haram untuk kita merobohkan tempat ibadat [ patung ] bagi mereka yang bukan Islam.

Dengan sebab itulah patung itu masih berada di situ. Ya, kebetulan patung itu terletak di Kelantan dan ramai mempertikaikan. Ini masalah manusia yang jahil dan tak mahu mengikut kata ulama.

Ya, kita berlainan pendapat kerana pendapat saya berasaskan ulama. Dan, perbezaan pendapat dengan anda, saya raikan.

~ Peipanlization

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!