Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Korban 1Malaysia??

Assalamualaikum wbt. salam sejahtera dan salam perpaduan...

Saya terpanggil untuk memberi secebis pendapat dan pandangan apabila membaca beberapa blog lain yang menceritakan perihal yang sama - tragedi jambatan gantung runtuh.

1MALAYSIA tahu baru-baru ini berlaku tragedi jambatan gantung runtuh yang meragut nyawa tiga pelajar sekolah rendah di Pusat Kokurikulum Jabatan Pelajaran Daerah Kinta Selatan. Saya tidak mahu mengulas panjang mengenainya sebab ia mendapat liputan luas media dan juga telah diulas di blog-blog tertentu.

Cuma dalam beberapa hal, saya tidak bersetuju apabila dasar 1MALAYSIA dipersalahkan kerana meragut nyawa manusia. 1MALAYSIA hanyalah satu cetusan idea yang dibangunkan untuk dilaksanakan sebagai dasar kerajaan. Ia berbentuk panduan dan pemangkin kepada usaha memurnikan nilai sosial dan penerapan perpaduan kaum di negara kita.

Jadi apa halnya 1MALAYSIA dipersalahkan kerana menyebabkan kematian??

Kematian boleh berlaku di mana-mana. Kematian tidak boleh dijangka, tidak mengenal usia, tidak mengenal siapa, tidak mengenal kaum dan sebagainya. Itu merupakan urusan Allah s.w.t. dan mengapa kita seolah-olah menjadikan 1MALAYSIA sebagai asbab kepada kematian itu?? Dangkalnya pemikiran....itu sudah ketentuan...sudah tercatat di Loh Mahfuz...

Banyak lagi perkara yang perlu diberi perhatian untuk mentafsir dan mencari punca berlakunya kejadian tersebut selain kita tidak boleh menolak itu sudah menjadi ketentuan Tuhan. Bukannya tak tentu hala menyalahkan pihak tertentu berdasarkan fahaman politik.

Pandanglah dari sudut kemanusiaan...

wassalam.

* takziah kepada keluarga mangsa.
** terima kasih kepada pihak yang bertungkus lumus dalam operasi mencari dan menyelamat.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 comments:

Andin Muhammad Syukri said...

salam saudara..

terasa jugak sebab ada tajuk tu kat blog aku..

kalau pandang dari sudut kemanusiaan memang banyak yg kena sebut, nak senarai satu2 pun letih..

kalau program kokurikulum tu tak guna nama 1Malaysia pun jambatan tu akan runtuh jugak..maklumlah jambatan gantung baru siap, beban berat lebih 20 orang pulak tu, belum campur yg terlompat-lompat..lagilah tambah beban..

kemalangan tu kebetulan je dikaitkan dengan 1Malaysia..

apa2 pun aziz jangan melenting ye..jangan terlalu emosi, kawal nafsu..nafsu amarah..

biar rasional jangan emosional..

Aziz A'zmi said...

salam...

sy cuma ingin menyatakan tanda tidak setuju dgn kenyataan yg seolah-olah menyalahkan 1malaysia sehingga menyebabkan kematian...

btul la apa yg sdr syukri katakan...klu perkhemahan tu x guna nama 1malaysia, tragedi tu dh pun berlaku dan kematian jg dh berlaku...

bg sy, ia bukan KEBETULAN utk mengaitkan 1M dgn tragedi itu...ttpi mereka telah MENGAMBIL KESEMPATAN dgn apa yg berlaku dan memanipulasikan 1M dengan kematian tersebut. jelas bermotifkan politik...dan ada niat.

sbb tu sy kt, pndang dr sudut kemanusiaan....

bukan sy menyebelahi 1M,
tiada pun sentimen amarah dan emosional, tp jgnlh kematian tu dipolitikkan.

takdir Tuhan...dh sampai masa utk dy pergi...terima je la...kita x layak utk mempertikaikan kuasa Nya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!