Satu klip video yang memaparkan bagaimana gaya seorang anggota trafik meminta rasuah dari seorang pesalah trafik telah tersebar di Facebook dan beberapa laman blog beberapa minggu lalu. Pesalah trafik itu merupakan warga Singapura dan kesalahan yang telah dilakukannya adalah memandu melebihi had laju yang ditetapkan.
Baru-baru ini pemandu tersebut telah menyerah diri dan didakwa di mahkamah atas kesalahan memberi rasuah. Klik sini.
Ada baiknya video ini disebarkan kepada umum. Mengapa? Supaya kita dapat lihat sendiri bagaimana seorang anggota polis melakukan satu jenayah ketika dia sedang menjalankan tugas. Supaya kita dapat melihat wajah mereka yang tidak malu meminta-minta wang haram. Supaya kita tahu apakah
taktik yang mereka lakukan untuk meminta wang suapan.
Seperti biasa, golongan yang benci dan meluat dengan polis akan melemparkan pelbagai caci maki dan penghinaan terhadap kerjaya kepolisan hanya kerana tindakan segelintir anggota polis yang tidak beretika ini.
Tapi, kenapa tak ramai yang 'menyerang' pemandu itu? Mengapa tidak ramai yang memberi respon mengkritik tindakan pemandu itu yang memberi sekeping knot 50? Pemandu itu memberi rasuah! Adakah pemberi rasuah tidak bersalah? Adakah pemberi rasuah dikatakan "mulia sikit la daripada yang minta rasuah tu.."
Yang teruk dilanyak, dikecam, dimaki hamun adalah anggota polis terbabit. Aku bukan menyebelahi polis tu, tapi aku nak tegaskan di sini bahawa PEMINTA dan PEMBERI rasuah adalah BERSALAH!
Sila FAHAM dan berlaku ADIL dalam membuat penilaian.
Aku sendiri berasa malu dan bengang melihat kelakuan anggota polis tersebut yang selamba je minta RM100 untuk melepaskan pemandu tersebut daripada dikenakan saman. Tapi setelah 'dirunding', Rm50 pun jadi laa...~
Rasuah tetap salah walau sekecil mana nilainya. Anggota polis berkenaan aku yakin telah digantung tugas, lebih elok singkirkan terus anggota-anggota yang berpenyakit seperti ini dalam PDRM. Seorang anggota polis yang secara jelas menjahanamkan imej PDRM tidak sepatutnya diberi muka.
Aku rasa warga Singapura tersebut yang secara sengaja atau kebetulan merakam video tersebut mungkin tersilap langkah. Mungkin tujuan menyebarkan video tersebut adalah untuk memalukan Malaysia kerana mempunyai anggota polis yang meminta rasuah namun akhirnya memakan diri. Dia terlupa bahawa memberi rasuah juga adalah satu kesalahan.
Yang pasti imej PDRM yang selama ini sering terpalit dengan gambaran negatif kembali diperkatakan dengan wujudnya bukti rakaman ini. Namun kali ini aku puas hati sebab kedua-duanya dikenakan hukuman.
Sebagai manusia yang tahu undang-undang, dah tahu rasuah tu salah, janganlah menghulur duit pada yang meminta walaupun kita telah melakukan kesalahan. Itu masih kurang kesedaran sivik, bak kata orang Singapore, "lack of civic sense..."
** Kalau aku jadi pemandu tu, aku turun dari kereta dan cari pegawai yang in charge operasi sekatan jalan raya tu untuk buat laporan. Kau takkan terlepas!! suka-suka je minta duit aku.

0 comments:
Post a Comment