Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

PTPTN dah mula berkias-kias

Jika anda sedang menonton tv terutamanya pada waktu malam antara jam 8 hingga 11, pasti anda perasan salah satu iklan yang dipaparkan. Iklan tersebut dilakonkan oleh Jalil Hamid, Wan Maimunah dan seorang kanak-kanak (apabila dewasa wataknya dilakonkan Noorkhiriah).

Aku tertarik dengan iklan tersebut kerana ia agak panjang dan terdapat pula babak flashback seperti menonton drama hitam putih. Pada sangkaan aku mungkin iklan hari raya terbaru terbitan syarikat-syarikat korporat.

Maka dengan penuh minat aku terus menonton iklan tersebut sehinggalah ke akhir. Aku pasti ramai yang dah tahu jalan ceritanya, jadi tak perlu la aku ceritakan di sini. Apabila sampai ke babak akhir, si anak menjumpai bungkusan yang dicari-carinya dan juga surat. Apabila surat itu dibuka, terpampanglah logo PTPTN di kepala surat tersebut. Ketika itu aku menghela nafas panjang...

"cehhh....iklan
PTPTN rupanya..."

Yang pasti, bukan satu iklan PTPTN yang disiarkan, terdapat beberapa versi iklan yang berbentuk seperti drama serta flashback, dan iklan berbentuk testimoni para pelanggannya.

PTPTN telah memperuntukkan jutaan ringgit untuk memberi pinjaman kepada para pelajar yang telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di IPTA dan IPTS tanpa mengira latar belakang dan keturunan. Aku juga salah seorang peminjam wang PTPTN sepanjang pengajian di universiti.

September ini merupakan kemasukan pelajar-pelajar baru ke IPTA seluruh Malaysia khususnya yang mengambil ijazah pertama. Pastinya ramai penuntut baru sedang memikirkan cara untuk mendapatkan pinjaman pelajaran. Patutlah, ketika ini PTPTN sedang rancak mempromosikan perkhidmatan dan menyampaikan maklumat kepada ibu bapa dan pelajar melalui media.

Aku akui, kebanyakan pelajar yang membuat pinjaman daripada PTPTN sangat bergantung kepada wang daripada institusi tersebut. Walaupun jumlah pinjaman tidaklah sebanyak wang yang disalurkan JPA atau mana-mana organisasi lain, tetapi dengan wang itulah para pelajar menyara hidup dan ia sangat-sangat membantu. Disebabkan pinjaman setiap semester agak terhad terutamanya selepas ditolak pelbagai yuran dan bayaran, apabila sampai ke penghujung semester, ramai di antara pelajar telahpun kehabisan sumber kewangan.

Namun apabila memulakan semester baru, ia juga memberi harapan baru kepada para pelajar, pastinya ramai yang ternanti-nanti wang pinjaman untuk semester baru dengan wajah yang berseri-seri dan mata berkilauan.

Ketika aku di universiti, ada seorang rakan yang aku kira sangat bergantung dan terdesak untuk menggunakan wang PTPTN sehinggakan setiap hari dia menulis tentang 'kesengsaraan', 'keperitan', 'kedukaan, 'kekecewaan' dan 'kemarahan' akibat wang pinjaman belum masuk ke akaun banknya apabila semester baru telah bermula. Boleh dikatakan setiap hari status Facebooknya akan menceritakan perihal wang PTPTN.

Lebih menggelikan hati, dia sanggup berulang-alik ke mesin ATM setiap hari untuk memeriksa baki akaunnya sama ada wang PTPTN telah masuk atau belum. Kisah ini menjadi perbualan dan gelak tawa rakan-rakan seasrama...

Setelah wang PTPTN masuk ke akaun, barulah segala keluh kesah dan kritikannya terhadap PTPTN terhenti dan tidak lagi terpapar di status Facebook...~

Begitulah hebat dan betapa pentingnya wang PTPTN kepada seorang pelajar IPT.

Jika dinilai dan difikirkan semula, berkemungkinan iklan PTPTN ini berkonsepkan serampang dua mata. Jangan fikir Dasar Ekonomi Baru (DEB) je ada serampang dua mata, PTPTN pun dah mula mengaplikasikannya.

Melalui iklan tersebut, di samping menggalakkan para pelajar membuat pinjaman daripada PTPTN dan menabung dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), ia juga menyelitkan mesej untuk para graduan yang telah tamat pengajian supaya jangan buat-buat lupa hutang anda.

Benarlah, apabila menonton iklan tersebut barulah aku teringat hutang aku kepada PTPTN yang berjumlah berbelas ribu ringgit (sebenarnya lebih termasuk kadar faedah).

Soal perdebatan tentang kadar faedah tu aku letak tepi dahulu, sebab kalau dibincang di sini memang kompleks dan panjang.

Itulah yang aku maksudkan PTPTN dah mula berkias-kias. Bagi peminjam tegar PTPTN, anda dah merasa nikmat, seronok, gembira dengan wang tersebut, kini sudah tiba masanya untuk anda bayar kembali hutang anda juga dengan hati yang 'seronok dan gembira' (setelah mendapat pekerjaan).

Fahamilah maksud tersirat iklan PTPTN, selamat membayar hutang!

** Wan Maimunah kalau berlakon babak nangis-nangis memang top la, suara bergetar-getar, berair mata, hingus semua meleleh...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

3 comments:

Anonymous said...

lama menunggu aziz tulis blog bersama-sama geng-geng yang lain hehehe

Aziz A'zmi said...

saya bukanlah FULLTIME blogger,
PART-TIME blogger pun bukan,
saya cumalah SOMETIME blogger.
hahaaa...

Anonymous said...

Ramai mahasiswa guna PTPTN untuk joli. Lepas dapat kerja buat-buat lupa bayar. Nak kahwin guna ASB. Dah beranak-pinak PT tak habis juga bayar.

Ramainya pelajar Melayulah yang liat nak bayar hutang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!