Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

30,000 perkataan baru dalam Kamus Dewan?

Waah, kaya raya sungguh kosa kata bahasa Melayu sekarang apabila sebuah akhbar berbahasa Inggeris, New Straits Times melaporkan sebanyak 30,000 perkataan baru bahasa Melayu telah dimasukkan ke dalam Kamus Dewan sejak pertama kali diterbitkan (sekarang dah edisi ke 4). klik sini

Betul ke sampai 30,000 perkataan BM baru telah wujud??

Selepas membaca keratan akhbar itu, antara perkataan BM yang dikatakan baru itu ialah:
"akauntabiliti"
"kokun"
"akses"

Ini baru tiga perkataan, ada lagi 29,997 perkataan 'baru' lagi yang anda boleh cari dalam Kamus Dewan.

Ini ke yang dikatakan perkataan BM baru? rasanya ia dah lama digunakan secara berleluasa cuma kali ini ia telah 'disahkan sah' oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) boleh digunakan dalam urusan rasmi dan penggunaannya adalah betul.

Ini bukan perkataan BM baru, ini namanya
bahasa Inggeris yang dimelayukan. ini mencedok namanya. Dah banyak perkataan BI yang dimelayukan hanya dengan menukar ejaan. Persoalan yang perlu kita tahu ialah, adakah 30,000 perkataan 'baru' yang telah dimasukkan ke dalam Kamus Dewan itu kesemuanya perkataan yang dicedok dari BI?

Kenapa kita lebih gemar menggunakan "akauntabiliti" sedangkan kita ada perkataan melayu "ketelusan"?

begitu juga "akses", bukankah ada perkataan BM yang lebih sesuai untuk digunakan iaitu "saluran" atau "capaian".

banyak lagi perkataan BI yang dimelayukan. seperti "sinema", "kondisi", "telekomunikasi" , "aktor", "mediasi" dan sebagainya, anda boleh fikirkan sendiri.Justify Full
Mengapa? jika dahulu kita mampu menterjemahkan perkataan BI dengan menggunakan bahasa kita sendiri tapi hari ini tidak lagi. ambil bulat-bulat perkataan BI, cuma tukar ejaan sahaja. senang kerja.

jika perkataan Inggeris dihujungnya ada ~tion, maka dalam BM ia akan ditukar kepada ~si. tapi satu perkara yang aku pasti, perkataan "prestasi" bukan berasal dari BI. mana ada perkataan "prestation" bukan?

ini bermakna suatu ketika dahulu BM boleh diterjemahkan dengan baik. tetapi kini tidak lagi.

bagi aku, untuk istilah-istilah sains atau yang berkaitan dengan sains dan teknologi (teknologi pun perkataan Inggeris) mungkin ia sesuai untuk menggunapakai atau meminjam istilah Inggeris kerana ia akan memberikan maksud yang tepat dan merujuk kepada sesuatu proses/objek tertentu yang diketahui secara global. Namun aku tak bersetuju jika istilah-istilah bahasa seharian pun nak diMelayukan.

cuba kita fikir kenapa wujud istilah "pawagam" bukankah ia lebih bagus untuk digunakan berbanding menggunakan istilah "sinema". "pawagam" wujud hasil daripada singkatan "PAnggung WAyang GAMbar". ini satu kaedah yang baik untuk mewujudkan istilah baru bahasa Melayu.

Mungkin kita terikut-ikut dengan negara jiran Indonesia yang terus mengambil perkataan BI dan di Indonesiakan seperti "kondisi" (keadaan), "konfirmasi" (pengesahan), "kolaborasi" (kerjasama), "gratis" (percuma) dan lain-lain.

Mungkin juga masyarakat kita terlalu mengagungkan BI sehingga merasakan kesemua perkataan Inggeris sedap didengar dan "sofistikated". (Hmm, kenapa guna "sofistikated", gunalah perkataan "canggih".)

Nak martabatkan BM? dengan cara ini ke?
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 comments:

De'Press Art said...

Setuju dengan pandangan. Semakin malas dan melayu bahasa ibunda kita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!