Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Cantik Luaran Indah Dalaman

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam perpaduan.
.
Suatu tengahari ketika berada di kafe Desasiswa Aman Damai, sahabat saya KS30069 kelihatan sedang berborak dengan seorang pelajar perempuan tahun pertama. (biasa la tu....dah memang fi'il dia). Saya juga kemudiannya mendekati mereka dan turut sama berkongsi cerita. Tapi apa yang saya nak cerita di sini bukanlah mengenai perbualan kami tu, tetapi mengenai soal penampilan dan keperibadian.
.
Pelajar tersebut bertudung labuh dan lengkap menutup keseluruhan auratnya. Kebiasaannya kita akan menilai wanita sebegini sebagai wanita yang konservatif dan sukar didekati. Berlainan pula dengan pelajar tersebut, walaupun penampilannya sebegitu tetapi dia mesra, bersahaja dan bijak menyesuaikan diri dengan individu yang berada di sekelilingnya. Sifatnya sederhana seperti pelajar-pelajar lain. Tutur kata dan bicaranya tidaklah seperti terlalu control terikut-ikut ala ustazah.
.
Apabila saya melihat gaya dan penampilannya, saya teringat peristiwa rapat umum seorang calon pro-mahasiswa pilihan raya kampus (PRK) yang lalu. Sekadar ingin berkongsi cerita...
.
Seorang calon wanita, bertudung labuh berdiri di atas pentas, dengan gaya dan penampilan yang Islamik, memulakan syarahannya dengan kalimah Allah, lantang kata-katanya untuk menaruh keyakinan para mahasiswa supaya mengundinya dalam PRK agar dia dapat berjuang dalam barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) demi membangunkan universiti selari dengan kehendak Islam.
.
Permulaan yang mengkagumkan dan saya terus memerhatikan dan mendengar syarahannya dengan teliti. Kira-kira ketika itu calon tersebut sudah ada dalam fikiran saya untuk dipangkah dalam kertas undian pada hari pengundian nanti. Sedang saya cuba menghayati syarahannya yang berapi-api itu sambil terganggu dengan gegak gempita provokasi daripada para penyokong ASPIRASI dan PRO MAHASISWA, hasrat saya itu terbatal apabila calon itu mengeluarkan statement yang tidak sepatutnya. Terdetik di hati saya, "Nak pilih pemimpin yang akan berkhidmat kepada kita, perjuangkan hak kita mestilah yang elok peribadi luaran dan dalaman, tapi dia ni menyongsang arus plak. Reject la dia ni"...
.
Tidak perlu saya nyatakan ayat-ayatnya itu di sini, tetapi kenyataannya itu memburuk-burukkan pemimpin pelajar ketika itu, menyalahkan barisan kepimpinan yang tidak mengikut tatacara ajaran Islam sebenar. Seolah-olah dirinya betul dan hebat dalam pengamalan ajaran Islam.
.
Persoalannya, dia lupa ke dia sedang berada di khalayak ramai dengan membawa nama Persatuan Mahasiswa Islam (PMI)?? Dia lupa ke dia memulakan syarahannya dengan kalimah Allah, selepas itu mengeluarkan kata-kata yang mencerca dan memburukkan orang lain? Dia lupa ke dia sedang memperagakan pakaian Muslimah sejati? Dia lupa ke dia kata mahu membangunkan universiti dengan berlandaskan Islam sebenar, tapi kata-katanya itu ternyata menafikan kembali 'hasrat murninya' itu tadi.
.
Kesimpulannya mudah, jika kita mempamerkan imej luaran yang baik, sifat dalaman juga haruslah baik. Jangan sekadar memperlihatkan kecantikan kosmetik dan jangan pula bersikap hipokrit kerana mengejar tujuan dan maksud tertentu. Apabila seseorang itu bertudung labuh secara automatik kelakuannya juga harus terbatas dan terpelihara. Itu hak mereka untuk memilih dan saya sentiasa menghormati.
Berbalik kepada pelajar wanita yang saya ceritakan di awal entri tadi, memang benar dia bertudung labuh tetapi tidaklah dia bersikap hipokrit dengan cuba berlagak seperti ustazah dan baik serba-serbi. Lebih baik bersifat neutral atau semula jadi. Jadi diri sendiri...
Tidak perlu cuba untuk terlalu menonjolkan diri kerana jika "Cantik Luaran Indah Dalaman" dengan sendirinya orang lain akan tahu perwatakan dan keperibadian kita.
Wassalam....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

3 comments:

Ahmed Fauzan said...

Salam Aspirasi untuk Saudara YDP Suksis...

Komen saya mudah...Cuba dekati dahulu sebelum menilai...Jangan hanya melihat faktor luaran sahaja...Kenali sedalam mungkin seseorang itu...Baru kita menilai... :-)

Andin Muhammad Syukri said...

Salam saudara..

cara anda b'fikir sama spt sy..

teringat tulisan ks30069 mengenai PMI..wajar tumpu dakwah terhadap pelajar yg jauh terpesong..

jika mereka benar2 tahu apa itu Islam mereka tak akan memburukan pihak lain demi mendapatkan kuasa.. itu cuma nak dapat kuasa demi kepuasan diri.

jgn kata Pro-M, kalau Pro-A yg memburukan pihak lain pun sy tolak..yg penting kena ikhlas & ada matlamat yg jelas.

Ahmed Fauzan said...

Saudara syukri...

Saudara menyebut tentang ikhlas...Terus saya menulis cerita tentang ikhlas...Jemput singgah berkongsi cerita ikhlas di blog saya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!