Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

'Perhimpunan Sedaq', Polis, Pembangkang dan Rasionaliti

Ketika entri ini ditulis, saya jangka 'Perhimpunan Sedaq' yang dianjurkan oleh 30 NGO di Pulau Pinang telahpun berlangsung bagi menunjukkan rasa tidak puas hati orang Melayu khususnya para peniaga kecil terhadap pentadbiran Kerajaan Lim Guan Eng yang bersifat menindas orang Melayu di negeri tersebut.



Edaran pemberitahuan - Diperolehi dari sebuah restoran nasi kandar
Perhimpunan tersebut diadakan di hadapan Masjid Simpang Enam dan tempat letak kereta berhadapan KOMTAR sebelum dan selepas solat Jumaat, seterusnya diikuti dengan perarakan ke KOMTAR bagi menyerahkan mesej bantahan kepada LGE di pejabatnya.
Isunya di sini, saya telah TERbaca satu artikel di Harakahdaily.net oleh Ali Hashim yang mempersoalkan tindakan PDRM yang bersikap double standard terhadap perhimpunan dan demonstrasi yang diadakan oleh pihak-pihak tertentu.
Menurut beliau, perhimpunan (demonstrasi) menentang PPSMI, menghapuskan ISA, BERSIH dan pelbagai lagi perhimpunan di Kuala Lumpur dahulu tidak mendapat permit dan pihak polis telah bersiap sedia dengan pasukan FRU beserta segala kelengkapan untuk menyuraikan perhimpunan tersebut.
Jadi, beliau mempersoalkan bagaimana pula tindakan polis terhadap Perhimpunan Sedaq ini? Seterusnya beliau menyatakan keyakinannya bahawa Perhimpunan Sedaq ini dianjurkan dan ditaja oleh BN/UMNO dengan menggunakan nama 30 NGO bagi mengaburi pandangan rakyat. Belakangan ini banyak isu panas yang timbul seperti insiden bakar gereja, cubaan membakar surau, kes liwat Anwar yang mula dibicarakan dan sebagainya. Yang peliknya kesemua perkara itu dikaitkan dengan UMNO iaitu UMNOlah perancang segalanya.
Kembali kepada topik asal, Perhimpunan Sedaq...
Berdasarkan apa yang berlegar di dalam kepala saya ini, begini tafsiran saya terhadap artikel tersebut:
1) Perhimpunan membantah ISA dan PPSMI dianjurkan untuk menggugat dan membantah dasar kerajaan persekutuan yang telah dilaksanakan untuk tujuan kebaikan di negara ini. Tindakan pembangkang yang menentang dasar kerajaan akan dikawal kerana dikhuatiri akan mencetuskan kekacauan. Perhimpunan Sedaq, ia dirancang dan dianjurkan oleh sekumpulan NGO yang mahu menuntut hak orang Melayu dan menggesa kerajaan negeri supaya lebih bersikap adil dan bukannya mahu menentang kerajaan negeri.
2) Polis menjalankan tugasnya dalam hal ehwal keamanan dan ketenteraman dalam negara, jadi sudah tentulah mereka dikerah untuk berjaga-jaga dan mengawal ketat keadaan di kawasan perhimpunan, bukan hanya anjuran pembangkang, malahan di setiap perhimpunan yang akan diadakan termasuklah anjuran NGO. Tindakan keras dan khidmat FRU digunakan hanya sekiranya keadaan tidak dapat dikawal.
3) Perhimpunan ISA dan PPSMI merupakan perhimpunan berskala besar dan terang-terangan dianjurkan oleh PAKATAN PEMBANGKANG. Malahan turut disertai oleh pemimpin parti-parti pembangkang. Perhimpunan Sedaq dianjurkan oleh NGO dan menyeru orang Melayu supaya bersama-sama mengenepikan fahaman politik. Jadi, mana satu yang lebih baik?
4) Dasar PPSMI dan ISA merupakan perkara yang berobjektifkan untuk kebaikan dan kepentingan semua pihak di Malaysia. Jadi mengapa harus ditentang?
5) Di Pulau Pinang, kita sudah maklum bahawa kerajaannya melakukan penindasan dengan merobohkan gerai-gerai peniaga kecil Melayu dan banyak lagi penindasan terhadap orang Melayu secara terang-terangan. Adakah itu satu kebaikan? Haruskah orang Melayu berdiam diri?
Kalau telahan dan pemikiran saya ini tidak dipersetujui, anda juga boleh menyatakan pendirian anda dengan sopan dan berhemah. Saya tiada sebarang masalah kerana di sinilah "dimensi pertembungan ideologi". Silakan.
Kita berhak menyuarakan pandangan masing-masing dan terpulanglah kepada anda untuk menilai baik buruk dan rasional sesuatu perkara itu dilakukan. Bagi saya, saya menyokong Perhimpunan Sedaq kerana motif dan tujuannya lebih kepada perjuangan demi kebaikan orang Melayu dan kelangsungan hidup mereka di tanah kelahiran sendiri dan bukan kerana bermotifkan politik semata-mata. Di situlah rasionaliti mereka berbanding perhimpunan yang dianjurkan parti-parti pembangkang.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 comments:

Anonymous said...

a'kum..saya salah seorang yg hadir atas tiket GPMS..pendapat saya, bantahan adalah wajar bila memikir kan nasib melayu..tiada agenda politik..cuma utk islam dan melayu shj..fikir-fikirkan lah..salam..

aziz azmi said...

lakukan apa yg perlu...tegakkan kebenaran, tolak ketepi fahaman politik demi kepentingan bersama itu lebih baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!