Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Kemasukan IPTA 2010/2011 : Mana pelajar lelaki?

Daripada berita yang diterima semalam ( 28 Jun 2010) mengenai kemasukan pelajar baru ke USM sidang akademik 2010/2011, saya tertarik untuk mencatatkan sesuatu di sini mengenai nisbah pelajar lelaki dan perempuan yang bakal mendaftar pada 3 Julai 2010 nanti. Menurut sumber daripada seorang kenalan, 2000 pelajar baru bakal mendaftar. 1,500 daripadanya ialah perempuan dan bakinya iaitu 500 ialah pelajar lelaki. Bermakna nisbah pelajar antara lelaki dan perempuan ialah 1:3

USM seperti yang sedia kita maklum saban tahun semakin mengurangkan pengambilan pelajar ijazah pertama kerana mahu memberikan tumpuan kepada program-program bertaraf pasca siswazah seiring dengan halatuju dan matlamatnya sebagai universiti bertaraf APEX.

Persoalannya, mengapa bilangan pelajar lelaki terlalu sedikit? Perkara ini bukan berlaku di USM sahaja dan ini bukanlah suatu perkara yang baru . Sudah lama kaum hawa mendominasi jumlah pelajar di institusi pengajian tinggi termasuklah di kolej matrikulasi. Adakah kerana kuota kemasukan? atau syarat kelayakan yang gagal dipenuhi pelajar lelaki? atau memang lelaki tidak layak untuk ke universiti? Banyak faktor yang kita dapat fikirkan berdasarkan keadaan sosiologi pelajar-pelajar masa kini yang banyak terlibat dengan gejala sosial terutamanya lelaki.

Alahai, sebagai seorang bekas pembimbing minggu suai kenal, berdasarkan pengalaman, tersentuh hati melihat kaum lelaki hanya 'seciput' je apabila berkumpul di Dewan Tuanku Syed Putra berbanding kaum perempuan yang melaut di dalam dewan tersebut. Secara sinis, semasa hari pendaftaran dapatlah kita melihat seorang dua pelajar lelaki dalam kelompok besar pelajar perempuan yang datang mendaftar pada hari berkenaan. Tidak pasti pula sama ada saya malu kerana bilangan pelajar lelaki baru jauh lebih sedikt ataupun malu apabila terpaksa berhadapan dengan bilangan pelajar perempuan baru yang besar jumlahnya.

Namun, saya berharap (nak sedapkan hati) agar frasa kualiti lebih baik berbanding kuantiti benar-benar menampakkan maksudnya yang sebenar. Jumlah pelajar lelaki ke universiti makin kelamaan semakin kecil tetapi diharapkan jumlah kecil inilah yang benar-benar berkualiti untuk mewarisi budaya ilmu dan kecemerlangan. Dalam masa yang sama mereka perlu bersaing dengan pelajar perempuan yang jauh lebih ramai dan juga mempunyai kelayakan dan keupayaan yang sama dengan pelajar lelaki.

Apapun selamat bertugas kepada semua Pembimbing Program Siswa Lestari (PPSL) USM.


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 comments:

rizuan mh said...

pelajar lelaki ni sebenarnya rabun dekat, pelajar perempuan pulak rabun jauh..jd bezanya, pelajar lelaki bila rabun dekat, dia nampak yg jauh je..yg dekat2 ni x npk sgt..dia lebih berminat kpd perkara2 yg jauh di hadapan..sbb tu lelaki boleh jd pemimpin.. =)

sekadar berkongsi pandangan sambil memetik kata2 abang Zuaril Hakimi, mantan YDP MPP USM

Ahmed Fauzan said...

ok la tu...sikit2 je yg masuk U...baru berkualiti...kepada gadis2 ayu di malaysia, pilihlah kami yang berjaya masuk IPTA ni...hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!