Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Ranking Universiti oleh THE-QS Dipertikaikan

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam perpaduan.

Saya tertarik dengan apabila membaca akhbar baru-baru ini yang menyiarkan isu ranking universiti dunia. Jadi saya sertakan sedikit maklumat ini untuk makluman kita semua. Berikut merupakan ranking terbaru 10 universiti terbaik dunia untuk rujukan kita bersama berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh Time Higher Education - Quacquarelli Symonds (THE-QS) 2009.

Ranking Universiti Dunia

1. Harvard University ,US

2. University of Cambridge, UK

3. Yale University, US

4. University College London (UCL), UK

5=. Imperial College London, UK

5=. University of Oxford, UK

7. University of Chicago, US

8. Princeton University, US

9. Massachusets Institute of Technology (MIT), US

10. California Institute of Technology, US

180. University of Malaya (UM)

291. National University of Malaysia (UKM)

314. University of Science, Malaysia (USM)

320. University of Technology, Malaysia (UTM)

345. Putra University, Malaysia (UPM)

Sumber: QS Quacquarelli Symonds (http://www.topuniversities.com/)

Universiti di Malaysia bermula di ranking 180 iaitu Universiti Malaya manakala Universiti Sains Malaysia berada di tangga 314....satu kedudukan yang sangat jauh daripada UM. Apatah lagi jika dibandingkan dengan 10 universiti terbaik. Tetapi, adakah penarafan ranking ini patut kita terima? Adakah kita tahu apakah kriteria-kriteria yang ditetapkan THE-QS untuk membolehkan kita berada di ranking terbaik? Saya sendiri tidak tahu apakah yang menjadi kayu ukuran dan penanda aras bagi membolehkan sesuatu universiti mendapat ranking yang tinggi. Dari suatu sudut, secara positifnya, mungkin ia boleh dijadikan panduan untuk menilai sejauh mana kehebatan sesuatu universiti berbanding universiti lain dan menguji kecekalan warga universiti untuk memperbaiki kedudukan universiti.
.
Jika dilihat dari suatu perspektif berbeza, kita boleh mempertikaikan ranking yang dikeluarkan THE-QS itu. Bagi saya, selaku mahasiswa USM, ranking 314 tidak menjadi suatu masalah kerana kriteria yang dinilai untuk memberi penarafan kepada sesuatu universiti tidak sama dengan kriteria yang digunapakai oleh USM dalam menentukan pencapaian institusi. Begitu juga dengan universiti lain di dunia, mereka juga mempunyai misi dan sasaran dengan menetapkan kriteria yang berbeza. Jadi, walaupun kriteria yang ditetapkan oleh THE-QS dikatakan bersifat global, namun ia mungkin tidak menepati konsep pendidikan di negara kita.
.
Saya memberikan contoh mudah, USM sedang membina jenamanya sendiri dengan menekankan pembangunan lestari dengan slogan "Transforming Higher Education for a Sustainable Tomorrow". Pihak universiti sudah pasti telah menyediakan garis panduan untuk dipenuhi bagi mencapai misi utama sebagai sebuah universiti berkonsepkan kelestarian. Pelbagai iniasiatif diadakan seperti kempen, persidangan, forum dan sebagainya di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa. Kriteria pembangunan lestari merupakan keutamaan di USM.
.
Saya kira, MUNGKIN kriteria kelestarian dalam penarafan THE-QS menjadi kriteria yang ke 20. Jadi sudah tentulah penarafannya terhadap USM jatuh tergolek-golek hingga ke tangga 314. Saya hanya sekadar memberikan contoh satu kriteria sahaja. Itu belum lagi cerita berkisar lain-lain kriteria yang kita tida ketahui.
.
Sebenarnya ramai diantara cendekiawan dan ahli akademik sendiri tidak begitu ambil kisah dengan penarafan tersebut, malahan ada yang tidak tahu mengenainya. Naib Canselor kita sendiri, Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dalam artikelnya yang disiarkan Utusan Malaysia bercerita mengenai pengalamannya menghadiri Persidangan Persatuan Universiti-universiti Eropah (EUA) di Giessen, Jerman. Beliau mengandaikan persidangan tersebut akan hangat dengan perdebatan mengenai penarafan ranking universiti dunia oleh THE-QS. Tetapi andaian beliau ternyata tersasar kerana perkara itu langsung tidak dibincangkan, malahan mendapat reaksi dingin daripada perwakilan universiti dan para peserta sekiranya ia cuba dibangkitkan. Mengapa? Saya cadangkan anda supaya membaca artikel tersebut di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1013&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm&arc=hive. Anda akan dapat jawapan mengenainya dan mengapa ranking yang dikeluarkan THE-QS dipertikaikan. Anda juga boleh mendapatkan pandangan Naib Canselor UM, UPM dan UTM mengenai isu ini di http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Pendidikan/20091019074213/Article/
.
Jadi, kita tahu siapa diri kita. Kita tahu sejuh mana pencapaian USM. Jika Naib Canselor sendiri menyatakan "Ia bukannya seperti peraduan ratu cantik yang menaraf pemenangnya berpandukan formula utama 36-24-36 sebagai yang "ideal" dan semuanya dinilai mengikut sukatan ini; kemudian diberi penarafan 1, 2, 3 dan sebagainya. Wajarkah dua insan dibandingkan berdasarkan aspek luarannya sahaja dan bukan sifat keinsanannya?", itu sudah cukup untuk kita faham bahawa beliau memberikan analogi bahawa sesebuah universiti tidak harus dinilai secara luarannya sahaja tanpa mengetahui apakah yang ada di dalamnya. Maruah dan autonomi harus dipertahankan bukan digadaikan demi mengejar ranking dunia.
.
Apabila saya membaca artikel Naib Canselor kita, saya sendiri mula berfikir adakah ranking itu penting dalam menentukan siapa diri kita sebenarnya? Mungkin ya, mungkin tidak. Tiada apa yang memberikan keputusan yang tepat lagi mutlak di dunia ini.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

11 comments:

Ahmed Fauzan said...

Ranking???? Mana boleh pakai...tolol je...hahahaha...

Analogi aku;-

Tembak guna .38, dapat ahli tembak, guna m16, sekadar baik...Jadi keupayaan .38, x mungkin boleh sama dengan m16..

Kepada pembaca blog ni yang terdiri daripada Universiti selain USM, x pyh ikut sangat la ranking-ranking tolol ni....masing-masing ada kelebihan....

Aziz A'zmi said...

sy rasa sdr ks30069 perlu spesifikkan lagi analogi anda sbb bg mereka yg bukan anggota suksis mungkin x pham apa yg anda maksudkan sbg ".38", "ahli tembak" atau seumpamanya.

tp sy setuju bahawa ranking tidak sepatutnya menjadi kayu ukur keupayaan seseorang.

Anonymous said...

Kayu ukur adalah sesuatu yang subjektif. UM mendapat ranking yang tinggi kerana menggunakan taktik yang kotor. Malangnya, walaupun pihak kementerian tahu tetapi tiada tindakan yang dibuat.

Ramai yang berfikiran bahawa UM yang layak mendapat APEX bukan USM. Kerana mengejar ranking, UM sanggup menipu. Ini menujukkan bahawa ranking juga penting - untuk mendapat penghormatan dan pengiktirafan.

Ranking universiti bukanlah apa sangat bagi saya secara peribadi. Apa yang penting adalah pelajarnya. Produk yang di keluarkan oleh univeristi sama ada APEX atau tidak, kualitinya belum terjamin.


Peipanlization

Ahmed Fauzan said...

Cik Peipanlization...

Saya rasa cik adalah org kuat di USM...(Agaknya la..)

sebagai pelajar@mahasiswa, saya rasa untuk bercerita tentang UM main taktik kotor tu x berapa best la...Yelah,kalau kita kata dierong jahat, dieorg pun boleh kata kita juga.....

Jadi,sila butakan mata mengenai ranking atau APEX sekalipun...buang masa je kita bincang...

Lebih baik kita kukuhkan imej KELESTARIAN USM...Itu lebih baik...APEX cuma membantu mempercepatkan usaha ke arah kelestarian...

Bersama kita menjunjung KELESTARIAN USM....

Aziz A'zmi said...

Bagi mereka yg memahami tujuan ranking hanyalah kerana penghormatan dan pengiktirafan semata-mata sy rasakan ia belum cukup untuk membuktikan keupayaan sebenar sesuatu universiti. secara luaran memang ia dilihat penting kerana stereotaip manusia yg lebih cenderung memandang luaran sahaja.

tetapi, bukan semua org boleh berfikir spt apa yg kita fikirkan iaitu ranking tidak menunjukkan tanda aras mutlak dlm menentukan pencapaian seseorang/organisasi.

sy beri contoh, (mtk maaf pd siapa yg dirujuk sbg contoh) drpd apa yg diperkatakan seorg shabat sy, jika kita wat ranking pointer pelajar usm yg dh grad sidang ini, pointer mantan ydp mpp, Sdr. syukri mungkin berada di tangga bawah sbb pointer beliau kurang memberangsangkan. hakikatnya, adakah beliau dikategorikan sbg pelajar bodoh? jawapannya TIDAK. beliau seorang pemimpin yg berkarisma dan pemenang pingat emas naib canselor (sila betulkan klu silap) kerana telah membuktikan keupayaannya memberi sumbangan kpd universiti sepanjang berada di usm.

jd, ranking belum tentu tepat dlm menilai seseorang/organisasi. klu dlm bidang akademik kita no. 1, tp dr segi softskill kita fail...itu bermakna kita belum cukup hebat.

masing2 ada kebolehan tertentu, dan setiap penilaian pasti ada ralat...

mengenai taktik kotor dan penipuan UM...sy berminat nk thu...bleh sdr peipanlization jelaskan? sy pun merasakan yg sdr peipanlization ni org kuat usm, mungkin pnah mnjadi pemimpin pelajar suatu ketika, atau mgkin seorang pgawai di usm...siapa tahu??

suksisuitm said...

pada pendapat sy, ranking ditentukan berdasarkan research yg dilakukan. apabila research banyak dilakukan dan ianya berjaya, maka wujudlah ilmu baru dan ianya disebarkan kepada mahasiswa. maka, berbezalah tahap pemikiran dan gedung ilmu seseorg mahasiswa tersebut. jadi, ranking ini juga tidaklah boleh diketepikan.

sekadar pendapat. :-)

Anonymous said...

Salah satu kaedah yang digunakan untuk menentukan ranking adalah melihat bilangan pelajar luar negara yang belajar di universiti tempatan.

Taktik yang digunakan oleh UM: Pelajar Cina dan India tempatan didaftarkan sebagai pelajar luar negara. Dengan ini, lebih banyak fakulti dapat dibuka untuk "pelajar luar negara ini"

THE-QS hanya menerima segala dokumen yang diberi oleh setiap universiti tanpa menilai semula semua dokumen yang diberikan. Ini bermakna, apa yang diberikan oleh universiti itulah yang digunakan oleh THE-QS.

Ini juga bermaksud, UM telah memberikan maklumat yang salah atau dalam bahasa kasarnya memalsukan maklumat. Hal ini diketahui oleh kementerian, namun tidak ada sebarang tindakan yang dibuat. Orang atasan universiti lain juga mengetahuinya.

UM mungkin lakukan ini semata-mata untuk mendapatkan ranking dan memulihkan imej mereka yang semakin tercalar lantaran pelbagai kes dibangkitkan semula. Ini adalah salah satu indikator yang dibuat oleh UM untuk "memulihkan imej". Ini hanyalah salah satu taktik yang diguna pakai.

Benar seperti yang anda katakan bahawa ranking hanyalah luaran sahaja. Namun harus juga di ingat bahawa dengan ranking juga kita menilai sesuatu walaupun bukan secara keseluruhannya. Misalnya, Universiti Harvard. Kita masih menilai universiti ini sebagai yang terbaik. THE-QS menambahbaikkan nama universiti ini apabila Harvard menerima ranking yang baik.

Sememangnya pointer bukan segala-galanya. Namun, di Malaysia itulah yang dipandang oleh ramai orang. Menentukan tahap kecerdikan berdasarkan pointer.

Peipanlization

Ahmed Fauzan said...

Salam...

Saya sgt tertarik dengan kenyataan daripada Peipanlization...Alangkah indahnya jika warga UM membaca artikel ini dan memberi komen balas...

Aziz A'zmi said...

Tapi kenapa taktik UM itu tidak diberi perhatian serius oleh KPT? Adakah kerana KPT hendak memelihara nama baik UM?

Sy rasa kes ini lebih berat drpd insiden kesilapan teknikal USM dan isu plagiat pensyarah di UPM.

banyak konspirasi.....

FikRaH FiKIRaN said...

Yang menariknya...pabila diandaikan sesebuah universiti itu bagus berdasarkan beberapa kriteria tertentu...ianya menjadi satu ikutan..

namun..zahirnya, penarafan THE-QS menjadi satu ejen 'pengukur' bagi sesetengah ahli akdemik mahupun pengurusan universiti....

mungkin akan hadir lagi.....siri-siri penarafan selain daripada THE-QS....dalam masa yang mendatang...

moral di sini, biarpun banyak mana penarafan yang diberi..selagi kita yakin dan percaya..berpijak di bumi yang nyata, berbumbungkan langit ciptaan Tuhan maha esa......dan ikhlas membangunkan agenda pendidikan tinggi negara...FiKraH Fikiran yakin..universiti di Malaysia mampu menggegarkan dunia..dan USM hanya pembuka jalan, penerus kesinambungan sistem pendidikan negara..

namun..halangannya.....

pertama: pesimistik
- andaian bahawa universiti di malaysia tidak setaraf, duduk sama rendah berdiri sama tinggi dgn universiti seluruh dunia...

kedua: kualiti ilmu
- dari aspek 'penyampaian' ilmu (penyarah) dan juga 'penerimaan' ilmu (P n P).

ketiga: sikap dan sifat
- walaupun sifat adalah secara natural, namun sikap boleh diubah...dari yang teruk kepada yang baik, dan dari yang baik kepada yang terbaik, meliputi semua skop..(admin, tenaga pengajar, pelajar, staf sokongan, orang awam)

keempat: governence
- dasar dan polisi kerajaan yang sentiasa memberi sokongan kepada institusi pendidikan tinggi....(autonomi, dana, consultancy, kebebasan yang terbatas,galakan akademik, memuliakan budaya ilmu)

kelima: persaingan..
- inisiatif persaingan sihat antara universiti melonjakkan nama universiti di arena domestik dan global. timbul persoalan..adakah perlu kita bersaing?...jawapannya, Ya! namun setiap kelebihan mana-mana universiti wajar dikongsi bersama dengan universiti yang
lain atas nama pembudayaan ilmu.

insyaAllah....kita mampu dan universiti Malaysia mampu menjuarainya...

Faizul83 said...

my personal opinion:

depend on student not the "U"....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!