Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

“Polis Kejam, Polis Korup, Polis Tidak Berperikemanusiaan, Polis Zalim, Polis Diperkuda Kerajaan”...Segalanya negatif!! (Bahagian III)

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam perpaduan...

Perbincangan mengenai topik ini telah memasuki bahagian III dan saya kira ini bahagian terakhir. Saya menerima banyak respon...yang menyokong dan memperlekeh. Tidak mengapa, itu hak masing-masing untuk memberi ulasan.

Kali ini saya akan merujuk institusi PDRM sebagai sebahagian daripada pentadbiran awam di Malaysia. Apa itu pentadbiran awam? Secara ringkasnya pentadbiran awam merupakan tulang belakang kepada pentadbiran sesebuah negara. Segala pelaksanaan dasar dirangka dan digerakkan oleh pentadbiran awam, dan polis merupakan sebahagian daripadanya. Rasanya tidak perlu saya meleret panjang mengenai definisi pentadbiran awam kerana saya yakin para pembaca memahaminya.

Apabila polis dituduh pembangkang sebagai anjing kerajaan...polis diperkuda kerajaan, saya cuma tersenyum kerana ‘YA, MEMANG BENAR’ mereka merupakan ‘anjing dan kuda kerajaan’. Tuan-tuan dan puan-puan, polis ialah organisasi di bawah Kementerian Dalam Negeri. Mereka menjalankan tugas di bawah arahan kerajaan dan kepimpinan PDRM. Mereka menjunjung dasar dan perlembagaan negara. Hina sangatkah polis yang berkhidmat di bawah kerajaan untuk rakyat? Hanya semata-mata polis berkhidmat di bawah kerajaan UMNO-BN? Bagaimana pula sekiranya PAKATAN RAKYAT yang memerintah? Polis tetap akan berkhidmat di bawah kerajaan PR.

Mengapa? Kerana polis ialah golongan pentadbir awam. Mereka akan berkhidmat di bawah mana-mana kerajaan yang memerintah, bukan HANYA berkhidmat untuk kerajaan UMNO-BN. Baik, contoh mudah...di Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang...siapa yang mengiringi kereta-kereta mewah Menteri Besar, Ketua Menteri dan exco-exconya kalau bukan polis? Siapa yang mengawal keselamatan majlis-majlis rasmi yang melibatkan pemimpin-pemimpin kerajaan? Polis PR ke? Atau Polis BN? Tidak wujud polis yang memihak kepada mana-mana kerajaan. Walaupun empat kerajaan negeri ini merupakan kerajaan pembangkang tetapi adakah pihak polis bertindak mogok kerja dan tidak mahu berkhidmat dengan kerajaan pembangkang? Luaskan pemikiran anda tuan-tuan dan puan-puan.

Pentadbir awam termasuklah polis dalam konteks pentadbiran awam perlu bersifat neutral...maksudnya kalau kerajaan bertukar tangan mereka tetap akan berkhidmat dengan kerajaan mana yang memerintah.

Jadi...tidak timbul isu polis anjing dan diperkuda kerajaan UMNO-BN, jikalau PR yang memerintah, polis dapat gelaran baru.....ANJING DAN KUDA PAKATAN RAKYAT? Hmmm...

Satu lagi perkara, kita tidak sedarkah polis banyak menyumbang jasa dalam mengawal jenayah dan keselamatan negara? Jika rumah dipecah masuk...repot polis. Jika kereta kena curi...repot polis. Jika mak kena ragut...repot polis. Itu skop kecil...tapi kita dapat lihat siapa yang menjadi tempat mengadu? Pihak polis. Kalau ada yang menyangkal dakwaan ini dengan mengatakan “itu dah memang kerja polis”...jadi apa masalahnya? Anda memang memerlukan polis bukan?

Sekarang kita luaskan skop dengan isu-isu dan kes yang berprofil tinggi, kes penyeludupan, kes jenayah bersiri, kes aktiviti penggubahan wang haram, cetak rompak, pelacuran dan macam-macam lagi. Perlu dibiarkan atau dibanteras? Semua tugas polis? Hakikatnya polis...polis...polis...

Pasti ada yang mengecam polis dengan mengaitkan pihak polis dengan salah laku, penyelewengan, rasuah dan lain-lain ketika polis menjalankan tugas. Saya dah penat dengan isu ini. Saya cuma nak pesan, tiada yang yang sempurna di dunia yang fana ini. KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA. Tidak kira siapa yang memegang kuasa, pasti ada kesilapan dan kealpaan. Kita bukan hidup di zaman Rasulullah dan para sahabat. Ada yang menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola pentadbirannya...tapi pentadbirannya juga tidak setelus pentadbiran Umar Abdul Aziz. TIADA YANG SEMPURNA.....

Tetapi, sekurang-kurangnya bersama-samalah kita MEMBAIKI mana yang silap dan menegur atau kritik kealpaan pihak lain dengan cara yang BERHEMAH. Bukan hanya pandai MENGHENTAM...

Wallahualam...




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

3 comments:

Anonymous said...

"YA, MEMANG BENAR’ mereka merupakan ‘anjing dan kuda kerajaan’" - Aziz, saya kira kenyataan ini mungkin terlalu biadap w/pun huraian yang anda tulis tidak maksudkan sedemikian rupa. Saya terima hujahan anda yang hanya memandang skop kecil sahaja.

Soalan PDRM ini bukan hanya terhad kepada isu korupsi yang semakin tenat, isu diperkuda oleh mana-mana pihak, malah lebih luas daripada itu.

Yang menjadi ketidakpuasan orang ramai adalah sifat berat sebelah pihak polis dalam menangani masalah. Pihak polis tidak lagi bersifat neutral malah ada yang lebih cabul menggunakan kuasa uniform mereka memukul, mencari duit haram dan sebagainya. Lebih teruk lagi meminta perempuan kepada pendatang asing jika tidak mampu membayar wang yang mereka minta.

"Pasti ada yang mengecam polis dengan mengaitkan pihak polis dengan salah laku, penyelewengan, rasuah dan lain-lain ketika polis menjalankan tugas. Saya dah penat dengan isu ini." - Kita tidak boleh penat dengan isu ini kerana sebagaimana yang anda kata mereka adalah pentadbir awam yang menjalankan tugas negara, jika mereka sendiri tidak betul, bagaimana mereka dapat memberi perkhidmatan yang sebaiknya kepada rakyat ?

Memang di negeri-negeri pihak pembangkang menjadi kerajaan, pihak polis masih berkhidmat untuk mereka kerana itu tugas mereka. Saya terlalu speptikal dengan PDRM kerana mereka bagi saya tidak telus dalam menjalankan tugas.

Itu hanya pandangan peribadi saya.

~ Peipanlization

Aziz A'zmi said...

terima kasih sahabat sy peipanlization...

baik..sy jelaskan serba sedikit kenyataan kontroversi itu.
utk pgetahuan sdr, sy sbhgian drpd psukan PDRM...sy merupakan anggota KOR SUKARELAWAN POLIS di USM...
jd sy tidak takut mgeluarkan kyataan sedemikian rupa...

atas dasar apa?

ptama: klu sdr. perhatikan pd ayat tersebut, sy sertakan tanda inverted comma...itu bukn kyataan dari sy, ttp kytaan drpd golongan anti-polis dan sy terjemahkannya kembali dlm unsur sindiran...hinaan bukan 1 masalah bg sy...

kedua: sy dh lali dgn hinaan sebegitu...di universiti sndri kami golongan "aspirasi" dilabel sebg anjing universiti...dan akhirnya ia menjadi bahan jenaka dlm kalangan kami. itu jg bkan masalh bg sy...

"Saya dah penat dengan isu ini" bermaksud sy dh selalu bermain dgn isu ini...dan sy tidak mahu mengulas pjg. sy terima keluhan sdr, mengenai salah laku polis...tp mereka juga yg berusaha membanteras pelbagai kes. ada polis yg telus dan byk jg polis seperti yg sdr ulaskan...

sbb itu di akhir artikel sy menytakan ayt ini... "bersama-samalah kita MEMBAIKI mana yang silap dan menegur atau kritik kealpaan pihak lain dengan cara yang BERHEMAH".

trima kasih peinpanlization...
sy senang dgn pendapat dan ulasan sdr...

FikRaH FiKIRaN said...

pabila dihujahkan mengenai kredibility pasukan PDRM....banyak yang boleh kita belajar....

pertama:..komitmen kerja berpandukan hukum alam...samaada bekerja betol-betol atupun hanya bermain 'wayang'.....kes sama juga dengan ahli politik mahupun penjawat awam yang lain....

kedua:...pabila institusi diberi kepercayaan....amatlah sukar yntuk mempertahankan kepercayaan itu..andai kata dalam ahli sendiri gagal melaksanakan tugas dengan baik (contohnya, kes polis yang melakukan salahlaku jenayah)...justeru..jangan disalahkan seluruh pasukan kerana khidmat bakti pasukan PDRM hanya bertunjangkan kepentingan dan keselamatan negara....menjaga keamanan juga salah satu tugas hakiki ahli pasukan.

ketiga:...titik persoalan akan 'peranan anggota pasukan PDRM yang sebenar'..kerana kadang-kadang anggota masyarakat yang berada 'di luar bulatan' sukar untuk melihat dan memahami keperitan setiap anggota pasukan PDRM..dan tidak adil bagi wira negara ini andai kata kita 'label'..ataupun..;prejudis' terhadap ketelusan dalam penguatkuasaan peraturan pasukan atas rasional..mereka juga punya perasan sepertimana kita...(analogi: jangan dibakar 1 kelambu, andai marahkan seekor nyamok di dalam kelambu tersebut...alamatnya terbakarlah kita sama3)

keempat:...pabila pasukan polis diberi gelaran 'Di Raja'..PDRM..maka secara hakikatnya..pasukan ini diiktiraf dalam institusi beraja di negara ini....(rujuk sejarah Melaka, Sulalat as-salatin)...andai kita mempersoalkan kredibiliti pasukan...kita secara tidak langsung dan secara sinisnya mempertikaikan institusi beraja....tiada raja atau Sultan yang mahukan rakyat dan negaranya berada dalam kemunduran, ketakutan dan tidak bermaya....

kelima:...imbangi antara emosi dan persepsi.......kredibiliti dan ilusi....maklumat dan hasad....keprcayaan dan kesangsian....profesional dan konvensional...serta...prinsip dan teori spekulasi...(sila hayati kerana maksudnya amatlah mendalam bagi setiap kata kunci berikut)..

keenam:...belajar untuk menghargai pasukan PDRM.....andai sukar....silalah lakukan proses 'imbangtara' ataupun 'perbandingan'...kadangkala pabila kita membandingkan sesuatu baru kita dapat lihat cacat celanya..ataupun seri wajahnya....(nasihat..bandingakanlah secara sistematik... helang dengan pipit....ayam dengan itik...)..dan buatlah rumusan secara ilmiah dan akademik tanpa dipengaruhi emosi..

dan ketujuh:....bersedia untuk berubah..transformasikan minda...jatikan keteguhan kendiri...belajar menerima kekurangan..dan hayati kekuatan.......mencari persamaan..dan menghayati perbezaan....mudah mudahan PDRM akan maju ke hadapan...

FiKrah fIKrAn tetap positif dan percayakan akan 'sistem' kerana apa...kerana andai kita sudah tidak dapat memahami dan menghayati sistem tersebut..tanpa mengusulkan satu lagi sistem alternatif sebagai pengganti..kita ibarat bercakap dengan dinding...FiKraH FikIraN juaga tidak mampu untuk mencabar sistem kepolisan secara total..kerana banyak lompangnya dalam ilmu FiKRaH FiKiRaN...

dan..kesimpulannya..amat mudah untuk mengkritik...sukar untuk membangun,....andai kata kritikan itu membina..itulah sebaiknya....

salam sayang buat pasukan PDRM..dan teruskanlah menerima kritikan demi perubahan ke arah lebih baik.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!