Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Polis Kejam, Polis Korup, Polis Tidak Berperikemanusiaan, Polis Zalim, Polis Diperkuda Kerajaan...Segalanya negatif!! (bahagian II)

Assalamualaikum wbt dan salam perpaduan...

Sebelum ini telah saya bincangkan mengenai isu rasuah dalam kalangan pasukan keselamatan khususnya pasukan PDRM. Saya nyatakan dalam bahagian pertama itu, bahawa saya inginkan masyarakat yang tidak tertumpu kepada satu-satu pihak sahaja dalam mengenalpasti dan melihat isu rasuah. Kita perlu melihat dan memantau secara holistik, melihat dan mengambil berat isu ini kepada semua jabatan tidak kira sektor kerajaan, swasta mahupun keselamatan. Hapuskan tanggapan dan persepsi negatif terhadap PDRM semata-mata. Buka mata dan pemikiran, sesungguhnya isu ini berlaku di mana-mana. Cuma kita sahaja yang masih berfikiran stereotaip apabila mengaitkan amalan rasuah dengan pihak polis. Saya mendapat respon daripada seorang pembaca, beliau menyatakan amalan rasuah dalam PDRM sangat berleluasa apabila kebanyakan anggota dan pegawai polis mampu memiliki rumah agam dan kenderaan mewah. Bilangan polis yang berkhidmat dengan jujur dan berdedikasi pula boleh dibilang dengan jari. Saya tidak nafikan perkara itu berlaku. Cuma saya sudah nyatakan JANGAN MENGHUKUM PIHAK POLIS SAHAJA DALAM ISU RASUAH. Fokus seharusnya diluaskan kepada semua pihak keselamatan dari pelabagai jabatan. Rasanya sudah cukup mengenai isu rasuah dan mohon semua memahami apa yang ingin saya sampaikan.

Dalam bahagian kedua ini, saya ingin mengulas mengenai tuduhan zalim, kejam, tidak berperikemanusiaan dan sebagainya kepada pihak polis. Kebiasaannya isu ini mula timbul apabila perarakan haram, demonstrasi dan perhimpunan diadakan dengan kehadiran polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) untuk mengawal keadaan.

Berikut peralatan-peralatan pasukan keselamatan yang dikatakan menakut-nakutkan para demonstrator:

1) Shield (perisai pelindung diri)
2) Gas pemedih mata,
3) Water canon,
4) Bom asap,
5) Senjata api
6) Belantan
7) Trak-trak merah (trak FRU)...kononnya mencetuskan rasa panik.

Ada pula pihak yang menghantar memorandum kepada pihak polis bahawa kehadiran polis dengan pelbagai kelengkapan itu cuba menakut-nakutkan mereka. Hakikatnya, adakah mereka takut? Demonstrasi tetap berjalan malahan demonstrator lebih berani bersikap agresif melawan pihak berkuasa kerana mereka merasakan ramai dan cukup kuat.

Tujuan pihak polis dan FRU bersiap sedia dengan kelengkapan tersebut sebagai langkah pencegahan dan persiapan awal sekiranya keadaan menjadi tidak terkawal. Ada pula yang mengatakan pihak polis memulakan provokasi dan bersikap kasar kepada demonstrator. Bagi saya mudah, SEMUA demonstrator dan SEGELINTIR daripada mereka MUNGKIN akan lalui perkara-perkara berikut:

1) Menjerit-jerit, melaung-laungkan HAK ANDA
2) Mengangkat sepanduk atau poster-poster
3) Berarak beramai-ramai dengan kata-kata SEMANGAT (mungkin kata-kata KESAT)
4) Memaki hamun orang lain (kerajaan kot termasuk polis)
5) Memprovokasi polis, mencabar polis menangkap anda?
6) Bersikap kasar
7) Tidak mahu mengikut arahan pihak polis (degil)
8) Melawan sekiranya dinasihati atau diberi amaran oleh polis
9) Tidak menghiraukan orang lain
10) Membaling objek-objek keras

Jadi, sekiranya anda sangat kemaruk nak jadi demonstrator sudah sememangnya perlu berhadapan dengan polis yang bertindak kasar kerana situasi sebegitu memerlukan mereka bertindak kasar kepada anda. Ada ke demonstrator lembut?” Nah, elok sangat la kalau demonstrator, polis dan FRU sama-sama sopan-santun, lembut-lembut belaka. Fikir logik la sikit. Kalau tak nak diperlakukan kasar, tak payah la sertai demonstrasi, duduk je rumah belai-belai isteri/suami.

Anda tidak akan diperlakukan kasar tanpa sebab. Sekiranya anda cuba lari daripada ditangkap polis, ia merupakan satu kesalahan yang berganda. Berpeganglah kepada ungkapan ini. Berani hadapi risiko, baharulah dinamakan pejuang dan penuntut hak yang sejati. Tidakkah begitu?

Bandingkan dengan polis di negara lain, mereka lebih ganas dan kasar daripada polis di negara kita. Seringkali media-media massa menyiarkan keganasan polis di negara luar menangani demonstrasi dan kesalahan-kesalahan lain. Jadi, polis kita ni agak lembut sedikit la berbanding polis negara lain. Betul tak? Bukankah itu yang kita mahukan?

Saya bukan pro-polis....saya rakyat Malaysia yang berfikiran rasional.

Bersambung...


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

7 comments:

Peipanlization said...

Tanggapan saya setelah membaca ini :

a) Anda tidak pernah 'menyertai' demonstrasi, jadi anda tidak tahu hal 'sebenar'
b) Perhimpunan itu menjadi kecoh apabila pihak-pihak ini 'masuk campur'. Sebaiknya, biarkan mereka berdemostrasi, dengar ceramah dari pihak pembangkang biasanya. Setelah selesai mereka akan pulang.

Ini kejadian sebenar ketika saya pergi mendengar DSAI memberi ceramah walaupun saya bukanlah penyokong kuatnya. Pihak polis datang membawa belantan, memukul serta mengangkat kain rentang " BERSURAI SECARA AMAN ATAU KAMI SURAIKAN SECARA KEGANASAN" - ini sudah lebih dari cukup menceritakan segalanya.

Di satu pihak pula, saya merasakan pihak polis bukannya sengaja mahu membuat semua ini [ memukul, menghalau, sembur gas ] tapi di buat juga atas arahan pihak atasan dan mereka tidak mempunyai kuasa untuk membantah dan terpaksa menjadi 'yes man' w.pun sebenarnya mereka tidak rela hati menghentak para pendemonstrasi.

**"Busuk" sangatkah orang-orang yang pergi berdemonstrasi. Ini telahan saya setelah membaca artikel anda.

Anonymous said...

Mengenai rasuah tu, saya berpegang kepada bukan sahaja polis yang melakukan rasuah. Bukan juga semua polis kat Malaysia ni melakukan rasuah.

Janganlah mengeneralisasikan sesuatu isu itu. Lihatlah dari sudut yang lebih spesifik. Bila sorang polis rasuah, maka dikatakan semua polis rasuah. Salah tu.

Ramai lagi pihak lain yang melakukan rasuah.

Mengenai demonstrasi pula, pendirian saya ialah, berilah kebenaran atau permit untuk sesiapa ingin berdemonstrasi. Jangan pilih kasih. Benda ni kalau tak diberi permitlah yang menyebabkan kucar-kacir. Bila tak ada permit, dia jadi haram, bila haram, polis datang berlumba-lumba nak lindungi kepentingan politikus-politikus yang ntah apa-apa.

Ah, ada polis jahat..ada polis baik.. ada polis bodoh, ada polis cerdik pandai. Yang bodoh tu sebab jadi 'yes man' tu la..

ks30069 said...

Salam perjuangan...

ingin saya membalas kenyataan Peipanlization...lebih baik x pyh sertai Demonstrasi kalau dh sah xde permit...ok....

petama-sebenarnya sahabat saya abd aziz pernah berdemonstrasi...tapi mengenai isu PALESTIN!!! dan perhimpunan itu sah!!!

kedua- Polis bertindak jika ada pihak yg memulakan...bkn sewenang-wenangnya bertindak...dan ingin juga saya tegaskan,Polis mengamalkan satu pegangan yg diberi nama 'self-command' dan bukan sekadar mengikut arahan membabi buta....polis juga manusia...jika ada yg melancarkan provokasi,bermakna mencabar...bila mencabar, wajarkah lihat sahaja???lebih-lebih lagi jika ada anggota polis yg diserang dahulu....

Aziz A'zmi said...

peinpanlization,

sy pernah mnyertai demo, tetapi ia berkaitan dgn isu kemanusiaan., dan perhimpunan itu sah. keadaan terkawal, jd tiada apa2 yg tidak diingini berlaku.

berlainan pula dgn perhimpunan/demo mengenai isu politik, keadaannya sgt berbeza..
kerana ada cmpur tgn drpd parti2 politik, kump pendesak dan kump berkepentingan. terdapatnya unsur2 hasutan, dan sentimen kepartian yg kuat demi kepentingan mereka. desakan/tuntutan mereka lebih keras dan kadang2 membawa kpd hilang pertimbangan dan diselubungi emosi.

apbl perhimpunan haram diadakan, polis pasti akan berusaha menyuraikannya...dh mmg tugas mereka. dan bgaimana mereka menjalankan tugas, itu bergantung kepada S.O.P (standard operation of prosedeur).

sy x memandang para demonstrator ini "busuk"...tetapi apbl emosi menguasai diri, akal semakin jauh dan kita tidak sedar kelakuan kita itu sebenarnya di luar perwatakan sebenar kita. itu yg sy maksudkan.

wslm...

pengkritik said...

salam ziarah...

saudara Abd Aziz, teruskan perjuangan kamu...

FikRaH FiKIRaN said...

pabila ada yang memprovokasi....akal mula hilang pertimbangan....

pabila ada yang mula melaungkan hak 'berdemonstrasi'..mereka menyalahgunakan platform untuk menyuarakan ideologi dan prinsip masing masing...

dan pabila ada satu sistem yang 'mengawal'......disalahtafsirkan atas alasan berbeda aliran prinsip...

ya..secara psikologinya..manusia ada kecenderungan untuk memberontak...dan ini terbukti pabila platform 'jalanan' menjadi ikutan....

maka lahirlah secara semulajadi elemen 'kawalan'..di sini..pasukan yang kita sanjungi PDRM...bertindak sebagai pengimbangtara antara 'suara dan keadaan'....

jangan salahkan PDRM secara total....analogi mudah...andai rumah saudara dimasuki jiran tetangga yang kurang senang akan perilaku saudara...tanpa memberi salam...memaki hamun.....pasti saudara juga akan menghalau keluar.......

andai kata jika memberi salam...duduk bertentang mata....pasti tuan rumah sekurang-kurangnya menjamu secawan teh atau kopi...

ya....tiada kaitan secara terus//namun ianya mudah...

soalan 1:...apakah bentuk demonstrasi itu?

soalan 2:...kecenderungan menyuarakan suara..atau salah satu agenda 'politik atau berkepentingan?'

soalan 3:...jaminan bahawa semua 'demonstran' berlaku adil, berhemah, dan beretika....tiada jaminan bukan!! mungkin saudara yang merespon atau mungkin saya juga akan memberontak...

kesimpulan..pabila emosi menguasai diri..yang hitam kedangkala di lihat sebagai kelabu..yang putih hilang serinya.....kaca dianggap permata...

moralnya.....FiKraH FiKiraN cadangkan agar kita sama2 menyokong institusi kepolisan tanahair..PDRM yang kucinta.....kerana mungkin kita tidak akan tidur lena pada malam hari, kalau kereta peronda tiada kelibatnya...

teruskan langkah!!!

arienie said...

benar..apa yg sdr aziz katakan benar,tp sdr xboleh nafikan polis sndri kdg2 brtindak luar bts manusia..ini mmg terjadi.dan sy prnah melihat dgn mata sndri ketika menyertai demonstrasi yg ada permit pd mulanya,tp akhir2 ditarik balik..sesuatu yg xdpt diterima dek akal berlaku dpan mata.maaf..sy cuma bgtaw apa yg sy alami.
wallahualam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!