Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

“Polis Kejam, Polis Korup, Polis Tidak Berperikemanusiaan, Polis Zalim, Polis Diperkuda Kerajaan”...Segalanya negatif!! (Bahagian 1)

Assalamualaikum wbt dan salam perpaduan...

Beberapa hari kebelakangan ini ramai yang bercerita mengenai ISA termasuklah perhimpunan memansuhkan ISA di Kuala Lumpur beberapa hari lalu. Saya juga sempat mengintai-intai beberapa blog yang menyokong dan membantah ISA. Masing-masing mengemukakan hujah dan pendapat yang berbeza-beza. Lantang, panas dan gempar. Ada satu isu yang menarik perhatian saya untuk dibincangkan di sini iaitu pihak polis dilemparkan dengan pelbagai kecaman, hinaan dan makian. Pasukan keselamatan ini dilabelkan sebagai pasukan yang kejam, zalim dan tidak berperikemanusiaan. Atas dasar apa? Kerana tindakan mereka menahan, menyiksa dan melakukan kekasaran terhadap tahanan ISA. selain itu, polis sering dikaitkan atau disinonimkan dengan rasuah. Ini merupakan stigma rakyat Malaysia sejak dahulu kala lagi yang seharusnya dikikis. Sejauh manakah kewajaran tuduhan ini? Mari kita selak satu per satu...

Saya mulakan dengan isu rasuah. Apabila menyebut perkataan “POLIS” ada di antara kita dengan pantas mengaitkannya dengan "RASUAH". Mengapa hanya polis yang dituduh dengan gejala tidak bermoral ini? Saya pernah bertanya satu soalan mengenai rasuah kepada seorang penceramah dalam Kursus Kenegaraan di Kem Bina Negara, Kaki Bukit, Perlis. Menurut penceramah tersebut, rasuah merupakan satu fenomena yang berlaku di seluruh dunia. Saya ulangi sekali lagi RASUAH MERUPAKAN SATU FENOMENA di seluruh dunia. Saya berasa hairan mengapa hanya polis yang dikaitkan dengan rasuah. Untuk makluman, jabatan-jabatan lain turut mengalami gejala ini tidak kiralah jabatan kerajaan mahupun swasta. Rasuah juga merupakan sebahagian kegiatan jenayah kolar putih yang harus dibanteras terutamanya dalam jabatan kerajaan. Apa yang membezakan ialah, frekuensi gejala ini berlaku lebih kerap dalam kalangan jabatan atau agensi keselamatan. BUKAN POLIS SAHAJA, tetapi imigresen, kastam, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan agensi-agensi lain mengalami gejala ini. Saya bukan memihak kepada pihak polis, tetapi mengambil pendekatan dan bersikap neutral dan bukannya sesuka hati melempar tuduhan kepada mana-mana pihak. Bagi pihak yang hanya melihat dari satu sudut sahaja, maka mereka hanya akan melihat polis=rasuah.

Mengapa polis sering dicop meminta rasuah?

Hal ini berkaitan dengan stigma negatif masyarakat yang pernah menjadi mangsa kepada segelintir anggota polis yang tidak beretika ketika menjalankan tugas. Pepatah Melayu mengatakan “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Hanya kerana segelintir anggota yang mengamalkan rasuah, seluruh pasukan polis dilabel sebegitu hina. “Polis bergelumang dengan rasuah”. Dahulu, pihak polis mengenakan satu lencana di sebelah kanan pakaian seragam mereka yang tertulis “Saya Anti Rasuah”. Lencana itu merupakan satu langkah untuk memperingatkan para anggota polis supaya lebih berhemah, beretika dan berintegriti dalam menjalankan tugas dan kehidupan seharian. Malangnya ada pihak yang secara berseloroh atau dengan niat menghina mengatakan lencana tersebut tertulis “Saya Menanti Rasuah”. Alangkah rendahnya maruah pasukan keselamatan kita dituduh sebegitu rupa.

Apabila kita berada di jalan raya, jika kita melihat ada anggota trafik menahan pemandu kenderaan atau penunggang motosikal maka terlintas di fikiran kita, “cari duit kopi la tu”...atau “sekarang tengah gaji...dia buat kerja la...” Saya minta para pembaca sekalian, tolong berhenti daripada berfikiran sedemikian. Bayangkan perasaan mereka sekiranya anggota polis itu sedang manjalankan tugas dengan niat yang ikhlas tetapi disalaherti, disalahtafsir, salah sangka menyelubungi diri kita terhadap anggota tersebut. Saya akui dahulu saya pernah berfikiran begitu, tetapi tidak lagi pada hari ini. Dan saya juga pernah mendengar ungkapan-ungkapan yang tidak sedap didengar terpacul daripada mulut rakan-rakan saya apabila melihat polis menahan pemandu di jalan raya. Fikirlah secara rasional, seorang anggota polis sedang mencari rezeki dengan menjalankan kewajipannya tetapi kita disekeliling mereka mencebik dan membuat andaian dangkal sewenang-wenangnya.

Pihak polis mempunyai akses dan rangkaian yang sangat luas di sesebuah negara. Mereka bertugas di khalayak ramai, di kawasan tumpuan awam dan tempat-tempat yang berisiko. Maka, masyarakat nampak apa yang mereka lakukan, masyarakat melihat polis menjalankan tugas di depan mata mereka. Maka mereka membuat hipotesis mudah dengan mengatakan terdapat unsur-unsur rasuah ketika polis manjalankan tugas berbanding pekerja-pekerja yang bertugas di dalam pejabat dan dibelakang pemerhatian rakyat. Saya tekankan sekali lagi, bukan semua polis bersikap demikian. Ia merupakan satu tuduhan yang tidak adil kepada anggota polis yang bertugas dengan jujur. Kita perlukan satu pemikiran yang ke hadapan dan bukannya pemikiran mundur dan stereotaip terhadap pasukan keselamatan.

Saya bukan anak seorang anggota polis. Tetapi ya betul saya merupakan seorang pelatih Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) USM. Saya bukan bersikap bias atau memihak kepada polis. Ini adalah kesedaran yang timbul dalam diri saya sendiri. Kadangkala saya memikirkan perasaan anggota polis yang berkhidmat untuk rakyat dan kerana negara. Saya memikirkan isteri-isteri anggota polis dan anak-anak polis. Apakah perasaan kita sekiranya bapa kita dilempar dengan tuduhan yang bersifat hinaan??

Agenda Memecahbelahkan orang Melayu

Wahai bangsaku, anggota polis kita kebanyakannya terdiri daripada orang-orang Melayu. Apa yang berlaku hari ini, orang Melayu sendiri menghina bangsa kita yang bertugas dalam sektor keselamatan. Ada diantara kita sangat membenci polis. Menyampah, meluat!!. Kalau boleh nak pergi depan anggota polis dan maki, caci, hina puas-puas dan pukul dia. Sampai begitu sekali sentimen kebencian yang dimainkan oleh pihak-pihak tertentu. Apabila berlaku perhimpunan atau perarakan atau kempen pilihan raya, polislah yang akan bertugas mengawal keadaan, jika kita sedar anggota polis menerima pelbagai kata-kata kesat dan provokasi daripada individu-individu tertentu. Tetapi itu tidak melunturkan semangat mereka untuk bertugas. Siapa yang melemparkan kata-kata kesat? Orang melayu juga...

Siapakah disebalik orang Melayu yang celupar mulutnya itu? Tokoh-tokoh politik yang cuba bermain api dengan melaga-lagakan kita...orang-orang Melayu. Dan orang Melayu Cuma menurut bagai lembu dicucuk hidung, terlalu mudah terpengaruh dan termakan hasutan. Inilah bangsa kita. Rasa tidak puas hati yang meluap-luap disalurkan dengan cara dan tindakan yang keras dan tidak beradab. Hilang moral dan sopan santun kita....

Tidak termasuk dengan pelbagai kata nista yang dinukilkan dalam laman-laman web, laman blog atau media alternatif. (akan dibincangkan kemudian).

Sedarkah kita ada kelompok tertentu yang sengaja mahu memainkan sentimen kebencian dalam bangsa Melayu itu sendiri? Salah satu caranya ialah dengan menanam perasaan benci kepada pasukan keselamatan terutamanya polis kerana sebahagian besar anggota polis adalah orang Melayu. Tidak cukup dengan itu, pasukan keselamatan dilabelkan sebagai pengamal rasuah. Maka orang Melayu itu ialah pengamal rasuah? Bangsa yang rendah martabatnya dan tidak bertamadun? Inilah strategi yang dilakukan untuk memecahbelahkan orang Melayu. Malangnya tidak ramai yang menyedarinya. Cukup menyedihkan....
bersambung...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

4 comments:

peipanlization said...

Benar, bukan semua polis mengambil rasuah. Suka atau tidak, inilah hakikatnya. Bukan untuk merendahkan martabat kaum sendiri namun itulah realitinya.

Mustahil untuk hidup mewah sebagai seorang anggota polis yang gajinya hanya Rm 2000 tapi mampu memiliki kenderaan-kenderaan mewah, rumah banglo dan melancong ke luar negara dan dalam masa yang sama isteri tidak bekerja.

Mana saya tahu hal ini? Saya hidup dalam kelompok perumahan yang 99% adalah anggota polis dan gejala rasuah sudah sinonim dalam kalangan mereka. Sudah menjadi satu lumrah pada mereka.

Dalam masa yang sama saya tidak nafikan masih ada anggota yang bekerja penuh dedikasi dan tanggungjawab. Namun, bilangannya boleh dikira dengan jari.

** Saya tak bersetuju jika dikatakan ini adalah strategi pihak-pihak tertentu untuk pecah-belahkan orang Melayu.

Aziz A'zmi said...

trima kasih peipanlization kerana memberi repon dan berkongsi pendapat...

sy jgk scr peribadi tidak mempertikaikan mmg ada anggota yg mengamalkan rasuah...cuma fokus sy di sini, buang stigma kita sbg anggota msyarkat yg hanya nmpak polis amal rasuah. bagaimana pula dgn pegawai2 jabatan lain? fenomena ini berlaku di pelbagai peringkat dan organisasi. tidak hanya berlaku dalm PDRM. tidak adil utk "attack" PDRM shj kerana organisasi lain jg wujud amalan rasuah.

apabila hanya PDRM yg diserang dan dilabel dgn tagline 'rasuah' seolah-olah jabatan lain terlepas atau mereka merasakan msyarakt tidak memandang sgt rasuah yg wujud dalam jabatan mereka bbnding institusi polis.

sy dh nyatakan mengapa polis menjadi sasaran dan sering dipersalahkan...jd fikir2kan kembali...perhatikan dan awasi jg jabatan lain, rasuah ada di mana2.
bersama mnjadi rakyat yg btagunjwab menegur, mgkritik dan tidak berat sebelah dalam menilai dan menghakimi sesuatu organisasi.

berkenaan dgn agenda memecahbelahkan org melayu dgn menjadikan polis sebg 'alat' kebencian...itu hanya pandgan peribadi sy....anda mmpunyai hak untuk nyatakan pndangn lain. sy tiada masalah utk menerimanya...

Peipanlization said...

Jabatan lain juga mempunyai tahap rasuah yang tinggi. Imagresen juga teruk. Stigma ini semakin kuat dan sukar dibuang lagi kerana tahap korupsi dalam PDRM adalah tinggi. Itulah punca mengapa stereotaip ini sukar dikikis.

Saya berminat untuk mengetahui teori anda bahawa ini adalah salah satu strategi pihak-pihak tertentu untuk membobrokkan orang Melayu. Mungkin boleh diperjelas nanti.

FikRaH FiKIRaN said...

salam.....
pabila tuan moderator mengatakan mengenai 'stigma'..'persepsi'...dan juga andaian 'teori kebencian'.....saya amat tertarik..dan ada juga betulnya.....

begini.....Hujah 1:
jika diselami kembali zaman Kesultanan melayu Melaka.....individu yang paling hampir dalam menjaga dan mentadbir urus keamanan wilayah jajahan takluk Melaka adalah 'Pengawal DiRaja'....diketuai oleh insan bergelar 'Temenggung'....

analogi mudah...andai kata pada zaman tersebut..kredibiliti dan kemampuan Temenggung Sultan dipersoal....walhal hanya segelintir pengawal di Raja yang tertidur semasa menjalankan tugas..adakah wajar andai kita insan yang cerdik pandai ini menyalahkan seluruh 'SISTEM' temenggung......

ya!! ada hujah tentang relativiti masa..itu berlaku 600tahun dahulu....tetapi realitinya tetap sama..FikRaH FikIRaN kira ianya masih relavan dan agak rasional jika kita bandingkan....(rujuk Sulalat Al-Salatin...@...Suma Oriental..sumber portugis)

Hujah 2:
semestinya Fikrah FikIraN juga tertarik andai ada individu yang cube menzahirkan ketidakpuasan terhadap anggota polis.....malah menyalahkan seluruh pasukan PDRM...bagaimana Peipanlization fikirkan itu adalah kejadian sebenar..cuma di sini FikRaH FikiRaN ingin tambah...

-AKSES..
-KEPERCAYAAN
-LEGASI PENGHORMATAN
-CUBAAN MINIMA KEYAKINAN
-SISTEM YANG X SEMPURNA 100%

hUJAH 3:
fIKRAh fIKIrAn INGIN KELuarkan 1 lagi teori andaian politik.....andai kata seluruh rakyat membenci PDRM.....ada sentimen tambahan yang 'hitam' terhadap anggota PDRM...serta AKSES anggota polis secara meluas terhadap peluang dan ruang terhadap rasuah....tambahan lagi KEPERCAYAAN terhadap PDRM semakin menipis....., LEGASI PENGHORMATAN..semakin hilang...dan anasir serta CUBAAN MINIMA KEYAKINAN semakin giat dilaksanakan...apakah akan terjadi?.....

dan perlu ingat..dunia ini bukan syurga...dan tiada SISTEM YANG SEMPURNA 100%....

-Fikrah FikIraN..serahkan kembali kepada tuan moderator untuk membalas hujah.....dan buat Peipanilization.....buka ruang pada PDRM untuk berkhidmat....FiKRaH FiKIraN percaya majoroti anggota PDRM yang lain bertugas denagn penuh berhemah dan beretika....kerana FikRaH FikIraN juga salah seorang anak polis yang tahu kehidupan anggota polis yang sebenar......salam sayang pada pasukan PDRM.....syukran jazilan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!