Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Tiada lagi beg plastik di Tesco Sg. Dua


Assalamualaikum dan salam ukhwah...

Kita sudah sedia maklum bahawa Universiti Sains Malaysia (USM) telah melancarkan kempen kelestarian alam sekitar, salah satu slogan yang sering dilaung-laungkan ialah "say no to plastic bag". Poster-poster tersebut boleh dilihat di sekitar kampus terutamanya di setiap kafeteria di USM.

Kempen ini sangat wajar dikembangkan pengaruhnya ke luar kampus. Apa yang menarik perhatian, suka saya untuk memaklumkan bahawa Pasaraya Tesco Sg. Dua sudah melaksanakan kempen tanpa plastik di pasaraya tersebut setiap Isnin mulai hari ini. Sungguh mengagumkan kerana kempen yang dilancarkan USM sudah dapat dilihat pelaksanaannya di luar kampus. Walaupun kempen tersebut hanya diadakan pada hari Isnin setiap minggu, sekurang-kurangnya pihak mereka mempunyai inisiatif untuk menjayakan kempen ini perlahan-lahan.



Saya diberitahu oleh seorang rakan bahawa barang-barang yang dibeli di Tesco tidak lagi diisi di dalam beg plastik. Sebaliknya, para pelanggan harus membawa beg sendiri ataupun perlu membeli "beg mesra alam" yang seakan-akan kain guni untuk membawa barang-barang yang dibeli. Seperti biasa, terdapat rungutan daripada orang kita kerana kesukaran untuk membawa barang-barang. Walaubagaimanapun, pelaksanaan kempen ini oleh Pasaraya Tesco harus dipuji kerana mereka mempunyai kesedaran terhadap kesejahteraan alam sekitar di samping menjalankan tanggungjawab sosial sebagai sebuah organisasi yang berpengaruh.

Tidakkah ini menjadi satu pemangkin atau booster kepada pihak universiti khususnya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) untuk menerus dan menggiatkan lagi kempen ini secara agresif agar perubahan ini dapat diterima umum sebaiknya satu hari nanti.

Teruskan membawa perubahan dan alternatif terbaik sejajar dengan motto universiti "Kami Memimpin".


"Bersama Kita Mendukung Aspirasi Universiti"
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

4 comments:

Cik Fadz said...

salam..dik..
hurm..not bad...
nak jadi personal assistant akak x??
jd secretary utk blog akak..mau??

Ahmed Fauzan said...

hmm....ko jgn layan si fadz tu...saje nk menggatal dgn ko....hahahaha

Anonymous said...

hahahahaha korang nie.. meletup sangat

afiza@adek pipi said...

kalu kt tesco KB,dy suruh guna semula..
tapi baru2 ni kte usm kampus kejut ade memperkenalkan plastik yg diperbuat drpd bahan polimer yg semulajadi dan dicampurkan dgn bahan kimia yg dinamakan DegraCHEM.name plastik ni is EnviroPLAST.projek kajian ni diberi geran usm sebanyak RM1 juta.dijangka tahun depan akan dekeluarkan ke pasaran dengan kerjasama syrikat di Prai.plastik ni boleh lupus dalam jangka masa 6 bulan hingga 1 tahun berbanding plastik laen yg ambil mase yg sngt lama.warne dy warne hijau..mcm shrek..haha..so,penemuan ni dah menjadi 1 alternatif terbaik untuk menyelesaikan sedikit demi sedikit mengenai masalah global warming.perkara baru yang sngt penting dan besar pasal waste juge adalah mengenai E-waste..Save Our Earth Today!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!