Assalamualaikum dan salam inspirasi...
Satu Malaya tahu bahawa Universiti Sains Malaysia (USM) telah mendapat pengiktirafan sebagai Universiti Apex sekali gus menewaskan tiga universiti lain iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang turut mengidam-idamkan pengiktirafan itu. Maka USM mempunyai kuasa autonomi tersendiri untuk memilih pelajar-pelajar baru sidang akademik 2009/2010 yang semestinya mempunyai tahap keintelektualan yang tinggi dan golongan cerdik pandai. Kelompok pelajar ini kita gelarkan sebagai "Pelajar Apex".
Untuk rekod, pertama kalinya pihak universiti telah merombak minggu orientasi secara drastik apabila nama Minggu Suaikenal yang digunakan sebelum ini ditukar kepada Program Siswa Lestari. Gara-gara pelajar Apex...
Bukan sekadar penjenamaan semula, malahan pengisian dan gaya pelaksanaan Program Siswa Lestari amat berbeza berbanding Minggu Suaikenal yang dijalankan sebelum ini. Daripada menggunakan sistem paksaan bertukar kepada cara berlembut dan berhemah. Gara-gara pelajar Apex...
Sebelum pelajar Apex mendaftar dan menjalani orientasi di USM, sukarelawan Pembimbing Program Siswa Lestari (PPSL) sudah terlebih dahulu "diorientasikan" oleh pihak universiti. Mereka dihantar berkursus di sana sini dan perlu menghadiri taklimat berhari-hari sebagai persiapan menghadapai pelajar Apex. Juga gara-gara pelajar Apex...
Apa yang pasti para PPSL juga sering dimomok-momokkan mengenai tahap keintelektualan pelajar Apex yang hebat itu.
Antara cakap-cakap yang sering kita dengar:
1) "Diorang dapat pointer 3.50 ke atas, kebanyakannya 4.00..."
2) "Pemikiran diorang matang dan jauh ke hadapan..."
3) "Diorang dari sekolah elit..."
4) "Budak-budak Apex mesti la pandai berdikari..."
Apabila Program Siswa Lestari berlangsung...
Antara cakap-cakap yang tak mahu kita dengar:
1) "ada budak baru kantoi dengan Jabatan Keselamatan sebab panjat pagar nak g khaleel"
2) "sorang budak junior kita sakit perut, malam tadi dia curi-curi keluar makan kat Bali-Bali"
3) "apsal tadi aku nampak ramai budak junior berkeliaran kat Sg. Dua?"
4) "lima orang tak datang DTSP untuk raptai sambutan siswa..."
5) "semalam ada budak call aku, menangis-nangis nak balik rumah, homesick. Ingatkan
rumah dia jauh sangat....kat Seberang Prai je..."
6) "malam-malam buta ada budak junior call aku...nak berkenalan...tapi tak bagitau siapa
nama dia....agak ngeri laa..."
Hakikatnya ini semua berlaku (sekadar menyebut beberapa kes) walaupun PPSL telah memberitahu bahawa sepanjang Program Siswa Lestari, para pelajar Apex ini diharamkan keluar dari kampus. Arahan tidak dipedulikan...tidak mengapa, yang lepas biarkan lepas. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga...Layakkah segelintir daripada mereka ini membawa gelaran pelajar Apex? Sekadar cemerlang dalam akademik tetapi kecundang dalam sahsiah dan kelakuan tidak membawa sebarang erti buat kita.
Walaubagaimanapun, saya berbangga dan kagum kerana sememangnya kebanyakan pelajar baru ini dilihat proaktif dan mempunyai pengetahuan yang luas. Teruskan usaha dan menggalas cabaran memajukan universiti dengan pencapaian yang hebat dalam pelbagai bidang.
"Bersama Kita Menjunjung Aspirasi Universiti"

4 comments:
ko kondem student apex ke student aman damai???hahahaha... yg pastu PPSL aman mmg rock kapak!!!!
hahaha..klakar la komen yg ats ni..huhuhu..papepn, yang penting ppsl dh laksanakan tanggungjawab dorg..skrg ni kita wait n see je lah perubahan yg dorg boleh bawak..adakah harapan dan cita2 universiti dapat ditunaikan oleh mereka atau x..
meletup aziz aka sama nama ayah.. hehehe memang hebat la gaya bahasa nak tiru siket bole ke menteri????
kami yg sdr gelarkan sbg apex student.
sdr,cerdik d otak xsemestinya cerdik akal nya..matang fikiran xsemestinya baik akhlaknya..
sy melihat senior2 disini juga begitu..dan kdg2 melebihi kami..
wallahhuallam..
Post a Comment