Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Daftar Pengundi Secara Auto Ada Kebaikan Tapi...

Cadangan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof untuk mendaftarkan setiap warga Malaysia yang telah mencecah umur 21 secara automatik sebagai pengundi sebenarnya satu inisiatif yang baik daripada badan bebas itu. Perkara ini menarik perhatian saya untuk mengulas sedikit beberapa perkara yang mungkin membantutkan atau menjadikan niat murni SPR ini menjadi sia-sia.
.
Sistem hari memerlukan seseorang yang sudah mencapai umur 21 tahun untuk mendaftarkan diri secara manual sebagai pengundi di mana-mana kaunter SPR ataupun di pejabat pos secara sukarela. Walaubagaimanapun, berdasarkan statistik yang dihebahkan media tidak lama dahulu, 3 juta orang yang layak mengundi tidak berbuat demikian.
.
Maka langkah SPR ini sangat dialu-alukan sekurang-kurangnya dapat membantu dan memudahkan golongan yang malas mendaftar ataupun tidak mahu mendaftar sebagai pengundi dengan alasan tidak berpihak kepada mana-mana parti politik. Bagi saya, golongan ini gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat di sebuah negara demokrasi. Gagal memahami konsep pentadbiran dan kenegaraan. Gagal membentuk jatidiri dan semangat patriotik sebagai warganegara Malaysia.
.
Secara luarannya, saya bersetuju dengan pendaftaran pengundi secara auto. Tetapi apa yang dibimbangkan ialah walaupun berlaku pertambahan bilangan yang layak mengundi setelah didaftarkan secara auto tetapi kewujudan golongan yang dinyatakan tadi, menyebabkan usaha ini menjadi sia-sia. Tiada gunanya nama mereka didaftarkan tetapi tidak keluar mengundi.
.
Kesannya juga akan kita lihat ketika pilihan raya umum nanti apabila peratusan keluar mengundi akan mengecil disebabkan wujudnya golongan yang 'tidak berpihak kepada mana-mana entiti politik'. Maka mereka tidak mahu mengundi. Alahai....
.
Ini melibatkan aspek kesedaran dan nilai tanggungjawab dalam diri setiap rakyat. Bukan politik kepartian semata-mata. Pemimpin harus dipilih oleh rakyat tidak kiralah dari parti politik manapun. Konsep demokrasi memberikan kuasa kepada rakyat setiap lima tahun untuk menentukan siapa yang bakal menerajui negara dan ketika inilah kita wajar menggunakan hak yang ada sebaiknya.
.
Tiada sesiapa yang perlu dipersalahkan sebaliknya masalah ini akan berbalik kepada tuan punya badan yang tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi. Mengundi hanyalah lima tahun sekali dan ia perlu dilakukan secara sukarela. Mana mungkin kerajaan mengenakan paksaan kepada rakyat untuk mengundi?
.
Bagi yang memahami, kita bersyukur kerana tidak perlu lagi bersusah payah untuk mendaftar nama sebagai pengundi. Segalanya telah dibereskan sekiranya sistem ini dilaksanakan kelak. Tetapi bagi mereka yang kurang celik akan tanggungjawab untuk keluar mengundi, nama mereka sekadar meramaikan senarai pemilih sahaja.
.
Asas kepada konsep demokrasi ialah kesedaran dan tanggungjawab rakyat untuk memilih pemimpin. Sekiranya kita tiada kesedaran dan tidak mahu mengerti dengan sistem demokrasi di Malaysia, layakkah kita memegang Mykad?
.
Sekiranya sistem ini diteruskan, saya menyokong dan jika ia terbantut tidak pula saya membantah. Mungkin kerajaan mempunyai mekanisma lain bagi mengatasi masalah-masalah yang mungkin timbul daripada pelaksanaan sistem ini. Kita serahkan kepada mereka yang arif dan 'ahli' dalam soal ini.
.
Saya menaruh kepercayaan kepada para pentadbir yang sentiasa memikirkan dasar-dasar dan proses yang mahu memberi keselesaan dan kemudahan kepada rakyat bersesuaian dengan slogan "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan".
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!