Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

1Malaysia Gagasan Retorik??

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam perpaduan.

Sengaja saya timbulkan persoalan ini sebagai tajuk artikel terbaru ini. Sebenarnya ungkapan “retorik” itu terkeluar dari mulut sahabat saya ketika berbincang mengenai iklan-iklan di televisyen ketika sedang menunggu order di sebuah restoran.

Syarikat-syarikat korporat dan industri hari ini lebih cenderung untuk menyiarkan iklan di televisyen dengan slogan dan logo 1Malaysia. Sememangnya itu yang dikehendaki kerajaan sebagai salah satu langkah untuk menyokong dan mendukung aspirasi kerajaan menjayakan gagasan tersebut yang diperkenalkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak. Antara iklan yang menyiarkan logo dan slogan 1Malaysia seperti Maybank, UMW Motors, Petronas, TM dan sebagainya termasuklah iklan cat Colourland. Kebanyakan syarikat tersebut merupakan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang semestinya sentiasa menyokong agenda dan dasar kerajaan. Institusi pendidikan juga tidak ketinggalan dalam mengaplikasikan gagasan 1Malaysia. Jika anda berada di IPT, kita sudah mula sinonim dengan slogan 1Siswa, 1Malaysia, 1Aspirasi. Semua ini merupakan langkah untuk mempopularkan dan menjayakan dasar baru YAB Perdana Menteri ke-6.


Nombor satu sangat popular ketika ini sehinggakan jika ada majlis keramaian anjuran pertubuhan atau organisasi atau pemimpin kerajaan, banner, papan tanda dan poster menyiarkan logo 1Malaysia. Jika ada sesi fotografi bersama pihak media, gaya dan situasi yang sering kita lihat ialah wajah-wajah masyarakat berbilang kaum tersenyum sambil bersorak dan menunjukkan isyarat jari telunjuk yang membawa maksud 1.


Berbalik kepada isu iklan, satu lagi iklan yang sering ditayangkan sekarang ialah iklan tiga sekawan yang berbilang kaum, Melayu, Cina dan India. Si ibu Melayu menyuruh anaknya memberikan kuih kepada rakan Cina dan India. Apabila si anak tiba di rumah rakan Cina, bapa rakan Cina itu menghulurkan seekor ayam hidup lalu menyuruh si anak Melayu itu memberikan ayam tersebut kepada bapanya untuk disembelih dan makan bersama. Kemudian si anak Melayu pergi pula ke rumah rakan India. Kemudian mereka melihat ayam tadi disembelih. Turut kelihatan si ibu Melayu dan si Ibu India masak bersama-sama dan ketiga-tiga keluarga tadi makan bersama. Hmmm...sungguh cantik iklan itu yang menggambarkan perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum. Banyak lagi iklan yang menerapkan unsur 1Malaysia. Cantik jalan ceritanya dan sejuk hati melihatnya.


Persoalannya sekarang ia hanya sekadar iklan. Realitinya?? Saya secara peribadi melihat konsep 1Malaysia ini belum menunjukkan hasil dan belum ‘meresap’ masuk dalam diri warganegara kita. Ketika saya makan di sebuah restoran, duduk satu kumpulan pelajar sedang menyambut hari lahir rakan mereka. Tetapi kumpulan tersebut kesemuanya pelajar Cina. Di sebuah meja lain, sekumpulan India sedang makan bersama dan seperti biasa Melayu makan dengan Melayu. Tidak ada pun satu kumpulan Cina, India dan Melayu makan bersama. Sukar sekali untuk melihat situasi yang ditayangkan seperti di dalam televisyen. Itu baru bercerita mengenai makan. Belum masuk lagi cerita yang lebih sensitif mengenai stereotaip, prejudis, dan perasaa benci antara kaum.


Saya sendiri menjadi sasaran sikap prejudis kaum lain terhadap kaum Melayu. Buktinya? Lihat, baca dan ‘hayati ayat-ayat indah’ komen daripada pengunjung blog saya yang menghentam habis-habisan, mencaci, menghina dan melakukan provokasi melampau terhadap bangsa Melayu. Saya dikatakan rasis kerana bercerita mengenai perpaduan Melayu, tetapi bagi mereka yang menghina Melayu, membanding-bandingkan ciri Melayu dengan Cina, dan pelbagai lagi kata-kata nista dilemparkan kepada Melayu, itu tidak rasis?


Sudah tentu la saya tidak duduk diam sekiranya saya dan bangsa saya dihina sedemikian rupa. Tetapi bak kata Tun Dr. Mahathir, jika beliau dan orang Melayu menyuarakan perasaan tidak puas hati atau membangkitkan isu Melayu, mereka dikatakan RASIS. Tetapi jika bangsa lain melontarkan suara mengenai kaun mereka, ia dilakukan atas dasar HAK! Ooh...begitu ya?


Gagasan ini baru sahaja dilaksanakan, jadi pelbagai program dijalankan dengan menerapkan unsur perpaduan, keharmonian dan mesra rakyat berdasarkan gagasan 1Malaysia. Seperti biasa, kita tidak layak untuk menentukan sejauh mana keberkesanan sesuatu dasar itu kerana ia baru sahaja diperkenalkan. Tunggulah sepuluh tahun? Dua puluh tahun? Lima puluh tahun? Mungkinkah keharmonian kaum yang ditayangkan dalam televisyen itu menjadi realiti?


Sebenarnya istilah “retorik” yang dilemparkan terhadap gagasan 1Malaysia tidak tepat. Pelaksanaannya masih berjalan dan kita sebagai rakyat patut menghayati apakah maksud tersirat di sebalik gagasan itu. Bukan memanipulasikan dan memutarbelit keadaan. Saya ada rakan Cina dan India, lelaki dan perempuan dan kami berkawan seperti biasa tanpa sebarang permusuhan atau sikap prejudis. Hanya segelintir extremis kaum yang melakukan perkara-perkara yang melampaui batas. Kita tidak mahu tragedi 13 Mei 1969 berulang lagi. Tolonglah faham sensitiviti, hak dan perbezaan antara kita. Kita sebagai masyarakat majmuk di Malaysia dikatakan masyarakat majmuk contoh, tetapi hakikat sebenarnya kita menunjukkan sikap sebaliknya. Itu harus kita elakkan.


Saya yakin ketika saya sedang meniupkan seruan keharmonian kaum, ia masih belum dapat diterima sepenuhnya. Kita masih lagi bersama kaum kita sahaja, iaitu kumpulan yang berkongsi nilai yang sama. Nilai apakah yang dimaksudkan? Nilai merujuk kepada unsur-unsur seperti adat, budaya, agama, warna kulit dan sebagainya. Sebenarnya ia berbalik kepada diri kita sendiri...terpulang bagaimana kita melihat menyahut seruan gagasan 1Malaysia.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

14 comments:

ks30069 said...

Gagasan 1Malaysia itu cukup sempurna perancangannya...Kini tugas kita untuk menjadi pelaksana..Gagal kita,bukan bermaksud gagal 1Malaysia...Gagasan tersebut cukup baik dan jika kita mahu menjadikannya sekadar satu retorik,retoriklah 1Malaysia..Hakikatnya,berilah seribu atau sejuta tahun lagi,PERPADUAN memang sgt sukar untuk diwujudkan....

Muhammad Syukri Sa'adon said...

kita hanya merancang, Allah yg akan tentukan..kita membina, mereka pula cuba meruntuhkannya..

retorik? konsep apakah yg tak pernah dipertikai oleh mereka?

bersih, cekap & amanah, kepimpinan melalui tauladan, dasar pandang ke timur, wawasan 2020, dasar ekonomi baru, Islam Hadhari, & banyak lagi konsep serta dasar yg jadi bahan kutukan mahupun sindiran pihak2 yg tandus idea..

pedulikan lalat2 hijau @ langgau ni..

Anonymous said...

1 Malaysia memang sedang dalam perlaksanaan. Tapi lihatlah realiti hari ini. Ini hanya pandangan saya secara peribadi. Saya melihat konsep 1 Malaysia ini hanya untuk menaikkan nama PM yang baru dan tidak lebih dari itu.

Bagaimanakah mahu membina bangsa 1 Malaysia sedangkan semasa konsep ini dalam perlaksanaan pun entiti perkauman masih wujud. Kita tidak boleh lagi mewujudkan entiti perkauman seperti sistem pendidikan, akhbar dan lain-lain lagi jika hasrat kita tinggi untuk melihat gagasan ini berjaya.

Di akhbar, PM bercakap mahukan kita bangsa Malaysia maju dan berjaya. Di pertubuhan BN pula, PM bercakap mahukan orang Melayu berjaya. Keadaan ini sama juga berlaku ke atas orang Cina dan India.

Dalam situasi ini dimanakah bangsa Malaysia?Kita masih lagi meniupkan kaum kita sendiri. Kita tidak boleh lagi melihat tahap ekonomi orang Melayu dan dibandingkan dengan Cina kerana melihat perbandingan itu sahaja sudah seperti melihat perkauman. Kita harus melihat ekonomi mengjangkau bangsa Malaysia.

Seperti yang anda cakap, jika kita bersuara dalam hal tertentu, kita akan dicap sebagai rasis, manakala kaum lain jika berbuat yang sama akan di anggap menuntut hak. Secara matematiknya mudah sahaja, kita masih belum dapat melihat semua ini dalam perspektif yang lebih luas - pandangan kita hanya berlingkar dalam perkauman.

Syukri berkata banyak slogan juga dijadikan kritikan oleh langgau-langgau tertentu. Kenapakah ini berlaku?. Kerana slogan ini hanya cantik didengar tapi kosong pengisiannya. Lihat sahaja contoh slogan PDRM. Realitinya adalah sebaliknya. Bagi saya apa yang dibuat bukan untuk sedap didengar tapi pengisiannya. Dalam 1 Malaysia, pengisiannya tidak ada.

Ikan perkauman itu bukan baharu. Sebelum PM Najib sudah ada, cumanya kini disolekkan lagi supaya lebih cantik - untuk menampakkan isi luar yang cantik dan molek, tapi isi dalam belum tentu sama dengan isi luar.

~ Peipanlization

hatsumomodeep said...

assalamualaikum...
maaf,tp sy xpaham 1 perkara..
1malaysia iaitu perpaduan dalam 1 bangsa,baru dilancarkan kerajaan...
jd,ape status kita sblum ini?3 bangsa utama,jd 3 malaysia kah..?

sy dah tnya rmai org...tp msh xjmpa jwpn yg btol2 sy puas ati..susah...

reek said...

It is not surprise that BN had done all the shameless things which possible exist in this word!

They are a group of scum, shit and rubbish that never know shame and never respect human rights!

I wonder why there are still some fools that never realise and keep on supporting corrupted BN!

Boleh said...

orang islam bodoh macam babi. patut mati punya agama. muslim semua otak kering. cipta nama bodoh ada lah.

yuking said...

11.Got NEP, you complain! Abolish NEP, you make noise!

Become Ali Baba, you lament! Ask you to work hard, you don't want!

And you keep on blaming other communities for everything!

"Pathetic" is the word my malay friends!

yuking said...

Got NEP, you complain! Abolish NEP, you make noise!

Become Ali Baba, you lament! Ask you to work hard, you don't want!

And you keep on blaming other communities for everything!

"Pathetic" is the word my malay friends!

coolooc said...

Pukimak punya melayu anjing berotak babi.
Kalau betul2 semua Cina India balik ke negara masing2 lagi senang bagi mereka bomb malaysia terutamanya semenanjung.
Selepas semua kaum Cina India balik, Cina India kerajaan boleh hantar berjuta2 askar Cina askar India & atomic bomb bagi hapuskan semua melayu anjing tanpa seekor pun hidup.
Lepas tu 'kaum melayu' tidak akan wujud lagi di muka bumi dan buku sejarah. Baguslah!

ruyom said...

Malaysians must wake up now and kick BN out from the federal government. If Malaysians dreaming about BN can change, it will be a disaster for Malaysia. I don't want to mention all the wrongdoings of BN - it will be a long list that this page will never able to feed in.

hatsumomodeep said...

heran la..
knp time komen2 bangang kt ats mse diorang dkt2..
mcm dilakukan oleh sorang..

Muhammad Syukri Sa'adon said...

betul jugak apa yg hatsumomodeep katakan..dia orang ni mcm org yg sama je..sama2 penakut,baling batu sembunyi tangan

tu la yg dinamakan bertindak secara emosional tanpa berfikir secara rasional..

jgn halang mereka bertindak secara memBABI buta..sebab mereka pun berperangai seperti haiwan tu..

Anonymous said...

salam.. saya sedih denga sikap sesetengah pihak yang tak pernah walau sekali bersyukur dengan pengorbanan orang lain...
dan pada pandangan saya golongan-golongan seperti ini sudah tidak dapat disedarkan kerana hati mereka telah tertutup rapat..

Anonymous said...

kalo korg prasan, yg komen kasar2 ni suma bg makian jee..tp fkta n sokongan xde..spa yg brainless now?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!