Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Valentine: Faham dan terima kenyataan

Februari kembali lagi dan seperti biasa kita akan sibuk berbicara tentang isu Hari Valentine lebih-lebih lagi apabila ada kumpulan yang secara konsisten menentang dan ada pula yang cuba melihat Hari Valentine dari sudut pandang positif. Dan banyak lagi hujah yang cuba ditegakkan...

Bagi aku, kenapa kita (yang beragama Islam) perlu bersusah payah nak tegakkan perkara yang sudah difatwakan haram? Umpama tidak dibenarkan makan babi, tapi nak makan juga. Tidakkah itu bertentangan dengan Islam? Sebahagian daripada kita sibuk mempertahankan pendapat sendiri tanpa mengambil kira pendapat orang lain yang ada kebenarannya. Lagipun kita bukanlah perfect sangat. Kenapa tidak ambil jalan tengah? yang bersifat sederhana dan bersesuaian dengan fitrah kita sebagai orang Timur dan Islam khususnya? Tiada pihak yang 100 peratus benar. Aku menyokong usaha Pemuda Pas (aku bukan ahli Pas) dari sebahagian sudut, dan aku juga menyokong pendapat sebahagian masyarakat yang mengatakan bahawa maksiat dan keruntuhan moral boleh berlaku pada bila-bila masa dan bukannya hanya pada Hari Valentine. Itu memang betul.

Yang menjadi masalah apabila sebahagian kecil masyarakat kita ni sukakan kepada polemik, perkara kecil sengaja diperbesarkan, mudah membuat kesimpulan awal yang menyebabkan berlaku salah faham serta suka mengeluarkan kenyataan di akhbar apabila ia mula dipolitikkan.  

Ini pendirian dan pendapat aku: 

Pertama: Penentangan dan larangan menyambut Hari Valentine hanya untuk umat Islam. Golongan bukan Islam bebas menyambutnya dan tidak dikenakan sebarang sekatan. Kalau anda beragama Islam anda seharusnya rasa bersalah apabila menyambut Valentine. 

Ke-2: Golongan bukan Islam dan pro Valentine tidak perlu campur tangan dan menghasut masyarakat supaya menerima Valentine dan menyambutnya atas dasar 'hak asasi' dan 'kebebasan meluahkan perasaan'. Bagi orang Islam, ia tetap haram.

Ke-3: Apabila difatwakan haram menyambut Valentine, maka hukumnya tetap HARAM dalam Islam. Alasan "cuma suka-suka" tidak boleh diterima kerana ia tetap perbuatan yang haram. 

Ke-4: Kumpulan yang menzahirkan penentangan terhadap Valentine seperti Pemuda Pas perlu tekankan dengan sejelas-jelasnya bahawa larangan ini hanya 'berkuatkuasa' terhadap orang Islam agar mereka tidak salah faham dan merasakan mereka juga dikenakan sekatan. 

Ke-5: Kumpulan penentang Valentine juga tidak harus melakukan provokasi atau sindiran terhadap orang bukan Islam yang menyambutnya. Fokus pada pencegahan dalam kalangan umat Islam terlebih dahulu.  

Ke-6: Kerajaan tidak perlu haramkan iklan-iklan Hari Valentine kerana di negara ini ada golongan yang menyambutnya tetapi perlu menguatkuasakan KAWALAN dan TAPISAN terhadap iklan-iklan yang disiarkan di media massa.  

Ke-7: Umat Islam perlu mengakui bahawa Hari Valentine sememangnya membawa kemudaratan terhadap moral dan akhlak kerana ia membawa kepada perbuatan maksiat. Dalam masa yang sama kita juga perlu sedar, bukan Hari Valentine sahaja berlakunya perbuatan maksiat tetapi ini sudah menjadi satu fenomena global. 

Ke-8: Kumpulan yang menentang Valentine berusaha untuk menyebarkan peringatan dan langkah pencegahan maksiat, bagus! tetapi tidak wajar hanya difokuskan pada Hari Valentine sahaja, sebaiknya perlu dilakukan secara menyeluruh dan berterusan. 

Ke-9: Umat Islam perlu ada pendirian untuk tidak melibatkan diri dalam hari atau perayaan yang menyalahi hukum-hakam agama Islam. Tindakan perlu bersandarkan hukum syarak dan bukan atas alasan suka-suka dan kerana 'hak' masing-masing.   

 Ke-10: Orang bukan Islam perlu faham sensitiviti masyarakat Islam dan menghormatinya, manakala orang Islam perlu bersikap toleran dengan budaya orang bukan Islam, serta tidak perlu sibuk nak mencontohi budaya mereka. 

Kalau anda faham semua yang aku senaraikan ini, sebenarnya ini merupakan pendirian seorang yang faham tentang kepelbagaian budaya, agama dan kaum di negara ini. Setiap isu perlu ditangani dengan PENERIMAAN dan KEFAHAMAN terhadap sensitiviti nilai budaya serta mengHORMATinya. Bukan dengan mengambil sikap "aku je betul". 

** Bukan susah pun, orang bukan Islam nak sambut, sambutlah. Kita yang Islam ni kalau tak sambut, tak rugi apa pun. Muak tengok mereka yang perang mulut di surat khabar pasal Valentine.   
Photobucket
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 comments:

xyshaunjackett said...

Golden Nugget Casino in Phoenix, AZ - Mapyro
Golden Nugget Casino 서울특별 출장마사지 offers its guests the convenience 제주도 출장마사지 and entertainment of a city that has seen the 구미 출장샵 sun 군산 출장안마 in Las Vegas and 전라남도 출장안마 now the

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!