Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Optimis dan pesimis di sebalik pembebasan Anwar Ibrahim

Di luar jangkaan. Itu saja yang aku katakan apabila melihat tajuk berita "Anwar dibebaskan" melalui laporan langsung laman Facebook Sinar Harian. Mungkin disebabkan keputusan itu bertentangan dengan jangkaan aku maka aku terdiam dan berfikir lagi. Melihat status dan komen rakan-rakan pro dan anti Anwar Ibrahim di Facebook, sedikit sebanyak memberi sedikit ilham pada aku untuk membuat penilaian yang bernada optimis dan pesimis.


Optimis kerana aku melihat dalam isu menangani perhimpunan 901, PDRM mengambil langkah berlembut atau menongkah arus berbanding sikap tegas seperti sebelum ini yang mengisytiharkan sebarang perhimpunan pro pembangkang adalah perhimpunan haram. Sebaliknya perhimpunan 901 dibenarkan dengan syarat-syarat yang perlu dipatuhi berdasarkan Akta Perhimpunan Aman 2011 yang baru diluluskan Parlimen.

Walaupun pada mulanya agak hairan dengan tindakan PDRM itu, tetapi aku beranggapan bahawa PDRM sedang 'bermain tarik tali' dengan kumpulan penyokong Anwar Ibrahim. Pendekatan ini akhirnya dilihat membawa kebaikan kepada imej PDRM itu sendiri kerana lebih bertolak ansur tetapi dalam masa yang sama meningkatkan kawalan dan pantauan dan setiap perkembangan terus disalurkan ke laman Facebook Royal Malaysia Police agar masyarakat dapat melihat sendiri apakah yang sedang berlaku di perkarangan Kompleks Mahkamah. Umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak bersepah. Tiada sebarang kekasaran melibatkan anggota polis dan perhimpunan tersebut terkawal.

Optimis kedua ialah, apabila diumumkan bahawa Anwar Ibrahim dilepas dan dibebaskan, ini bermakna para penyokongnya berpuas hati dan persepsi yang mengatakan institusi kehakiman dikawal dan dipengaruhi kerajaan adalah tidak benar.  Sebelum ini pembangkang mengatakan bahawa mahkamah tidak telus dalam menjalankan perbicaraan, dikongkong dan dikawal kerajaan. Hakikatnya tidak. Buktinya sudah dihidang di depan mata apabila mahkamah memutuskan Anwar Ibrahim tidak bersalah. Maka pada ketika inilah ada suara-suara sumbang yang mula bertukar nada dan melodi kepada alunan yang lebih enak, seperti "mahkamah adil", "hakim bijaksana", "kuasa Allah" dan sebagainya. Walhal, jika keputusan tidak memihak pada mereka mahkamah dituduh korup, hakim dibeli, keputusan telah ditentukan kerajaan dan pelbagai kata nista hingga terlupa sekejap pada Allah. Tanpa disedari, ini memberi lonjakan imej kepada kerajaan bahawa mereka langsung tidak mencampuri urusan kehakiman. Ironinya, pembangkang dan penyokongnya sudah mula mempercayai mahkamah? lucu rasanya...

Ketiga, dalam masa yang sama, mungkin juga kesan daripada 'berita gembira' itu telah menyebabkan tidak berlakunya kekecohan dan rusuhan yang telah dijangka banyak pihak sebelum ini. Ramai yang bimbang apakah yang akan berlaku pada 9 Januari sekiranya Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara? Kita sudah diberitakan bahawa ada rancangan untuk menimbulkan kekecohan dan huru-hara jika keputusan tidak memihak kepada mereka. Pasti akan berlaku rusuhan dan 'kebangkitan' penyokongnya yang tidak berpuas hati. Walaubagaimanapun situasi yang diramal itu sama sekali tidak berlaku. Segala kebimbangan tersebut tidak berlaku kerana keputusan mahkamah berpihak kepada Anwar Ibrahim. Bayangkan sekiranya Anwar Ibarahim dipenjarakan, mungkin huru-hara berlaku seperti yang terjadi dalam Bersih 2.0. Dengan kata lain, hasrat untuk mencalarkan imej negara dengan menimbulkan kekacauan dan menunjukkan rasa benci tidak kesampaian. 

Keempat, boleh dikatakan pihak pembangkang sendiri sudah menjangka bahawa Anwar akan disumbat ke Sungai Buloh dan disebabkan itulah mereka sudah ada 'plan B' iaitu mahu melantik individu lain untuk dijadikan Perdana Menteri sementara sebelum Anwar dibebaskan dan diangkat menjadi Perdana Menteri. Sesungguhnya aku meluat dengan sikap ini yang kecoh menamakan siapakah bakal PM sedangkan kerajaan yang ada pada masa ini kukuh dan semakin popular. Mereka pula leka dengan angan-angan untuk berkuasa sedangkan usaha dan gerak kerja untuk rakyat tidaklah sehebat mana. Pergeseran dan konflik dalaman Pas, DAP dan PKR semakin terserlah, Ketua Pembangkang pula tidak kelihatan bagi mengawal krisis ini. Pada masa genting ini mereka lebih sibuk mencanang untuk menaikkan PM dari kalangan mereka. Selesaikanlah dulu masalah rumah tangga tu dulu...di sini sudah memperlihatkan bahawa Anwar bukan seorang yang layak untuk memimpin, malah dianggap sebagai liabiliti oleh sesetengah pemimpin pembangkang sendiri. Maka, apabila Anwar tidak dipenjarakan, dia akan terus menjadi liabiliti kepada PR kerana peribadi dan moralnya mengalami krisis yang sangat teruk.  Perubahan yang cuba dilakukan pemimpin PR lain untuk mengambil alih kedudukan Anwar juga tidak menjadi.

Pesimis, bukan aku yang bersikap pesimis, tetapi mereka yang pro kerajaan, pro UMNO atau haluan kanan. Buat pertama kalinya mereka pesimis dengan keputusan mahkamah. Ragu-ragu, seperti tidak percaya, antara dengar dan tidak apabila keputusan tersebut diumumkan. Sindiran untuk pembangkang, mereka mengatakan "jangan lepas ni diorang cakap keputusan ni konspirasi mahkamah pulak". Tidak kurang juga yang membuat andaian "takut pembangkang buat hal, bagi la menang kat Anwar" dan banyak lagi cakap-cakap berbaur sindiran. Tiada pula penyokong kerajaan buat bantahan, merusuh atau mengamuk apabila kes ni dimenangi Anwar. Terima dengan hati yang terbuka...hati dan pemikiran perlu terbuka, jangan tutup rapat, sempit pula tu seperti sesetengah pihak yang fanatik dan taksub kepada Anwar Ibrahim.

Media juga turut menjadi sasaran. Sekumpulan penyokong kerajann dikatakan terkejut dan mengatakan TV3 berbohong ketika menyiarkan laporan keputusan kes ini. Aku tergelak apabila ada seorang ustaz Pas menulis perkara ini di status Facebooknya. Mungkin tujuannya nak menyindir, tetapi dia memperlihatkan bahawa selama ini memang golongan pembangkang tidak percaya dan menyampah dengan TV3, tetapi hari ini mereka beramai-ramai menonton TV3 untuk menonton berita. alahaii..pembangkang kita ni lucu rupanya...

Artikel ni memang nampak pro kerajaan...kalau anda tidak bersetuju ini menunjukkan anda terlalu taksub tentang 'kisah konspirasi, fitnah dan dot dot dot'. Padahal ia tidak berlaku. Aku masih optimis dengan pembebasan Anwar.
Photobucket
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 comments:

sherlina karina said...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi wwwasianbet77com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : asianbet77@yahoo.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
http://asianbet77.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!