Seperti biasa rutin harian aku melayari internet untuk mencari apa-apa info berguna, dan untuk santai-santai buka Facebook untuk seketika (sejam hingga 2 jam tu seketika?). Di Facebook kalau kita seorang yang rajin memerhati dan menilai kita akan dapat kenalpasti sikap dan sifat dalaman seseorang. Sama ada dia seorang yang panas baran, jiwang, sukakan perhatian atau lain-lain lagi. Kadang-kadang kita boleh tafsir apa mood seseorang berdasarkan status FBnya.

.
Apabila gambar tersebut disebarkan dengan caption "inilah perempuan yang menyamar untuk menghina Islam....bla bla bla" (sekadar contoh), maka ramailah yang beragama Islam ini menunjukkan kemarahan terhadap perempuan tu. Rasa kemarahan itu ditunjukkan dengan menulis komen berbentuk caci maki dan menghambur segala kata-kata kesat dan lucah.
OK, di situ kita dapat lihat adakah ini sikap sebenar yang seharusnya ada pada umat Islam? Mencaci maki terhadap orang lain kerana marah Islam dihina. Memang betul kita patut marah apabila agama kita dihina tetapi adakah dengan cara itu? Kelihatan bodoh dan dangkal pemikiran apabila kononnya mahu menegakkan agama, marah terhadap orang yang memperlekehkan agama kita tapi dengan cara yang bertentangan dengan ajaran agama sendiri. Islam tak ajar kita untuk maki orang lain, walaupun orang tersebut melakukan perbuatan jahat pada kita.
Mungkin kewujudan akaun FB tu sebgai satu bentuk provokasi, sengaja untuk melihat reaksi dan kemarahan umat Islam. Ramai yang memberi respon, ramai yang marah dengan mengeluarkan kata-kata yang tidak elok. Bermakna provokasi itu berhasil!
Ada eloknya kalau guna tulisan yang lemah lembut tetapi tajam maksud dan sindirannya. Ataupun mendoakan supaya si pelaku itu berubah dan sedar dari perbuatannya. Mungkin ia tak dapat melepaskan geram yang meluap-luap tetapi sekurangnya-kurangnya kita dapat jaga adab dan tatasusila sebagai orang yang membela agama sendiri. Bukan apa, isunya tentang penghinaan agama, jadi kita yang mewakili agama yang dihina itu, menunjukkan betapa tak sopannya kita dengan kata-kata seperti tu. Kita mewakili Islam untuk bersuara, bersuaralah dengan cara yang betul, jangan makin memalukan umat dan agama.
Jangan jadi orang yang nak memperbetulkan sesuatu perkara, tetapi dengan cara yang tidak betul. Jangan jadi orang yang mahu orang lain menghormatinya tetapi diri sendiri tidak hormat kepada orang lain. Umpama kawan kau kutuk dan hina bapak kau, lepas tu kau marah semula kawan tu dan kutuk dan hina semula bapak dia. Ada ke patut?
Fikir sendirilah...

0 comments:
Post a Comment