Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Pecah kaca, pecah pintu

Dikhabarkan pintu kaca bangunan pejabat TNCHEP UPM pecah akibat dirempuh para pelajar ketika masing-masing sedang asyik berhimpun dan menyuarakan bantahan. Tak pasti pula pecah kerana sengaja dipecahkan atau secara tak sengaja.

Isu pecah pintu pun menjadi agak sensasi berikutan pelajar-pelajar dari kumpulan Pro-M membantah keputusan UPM membatalkan penyertaan calon-calon dari kumpulan mereka dalam PRK UPM tempoh hari atas sebab-sebab tertentu. Namun keputusan tersebut ditarik semula selepas mendapat perhatian dan campur tangan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Melihat beberapa blog mengulas kisah di UPM, blog ni pun nak juga mengulas. Tapi dari sudut yang berlainan. Pemerhatian terhadap beberapa blog mendapati ada blog yang tidak senang dengan tindakan pelajar-pelajar tersebut. mereka dikatakan biadab dan bertindak agresif sehingga mendatangkan kecederaan.

Satu lagi blog yang penuh dengan kritikan dan sindiran sinis menyatakan sokongan terhadap tindakan tersebut. Pelajar yang bertindak sedemikian dikatakan berani dan mereka sepatutnya terus mengumpulkan seramai mungkin untuk membantah dan melawan arus di universiti berkenaan.

Mana satu yang betul?

kedua-dua pendapat benar. Benar mengikut ideologi dan pendirian, pemikiran dan jari yang menaip. Bagi penulis blog ini, kita perlu ambil jalan tengah. Nak bersuara, nak membantah, silakan, anda sering melaungkan kebebasan bersuara bukan. Silakan. Kebebasan bersuara sahaja, bukan kebebasan untuk bertindak ganas. Bukan kebebasan bersikap biadab dengan orang yang lebih tua. Bukan kebebasan untuk merosakkan harta benda. Betul tak? Tak perlu merosakkan harta benda universiti. Umpama kita tidak menghargai universiti sendiri.

Dalam manifesto calon-calon PRK USM tempoh hari, beberapa calon menekankan pentingnya konsep sayangkan universiti. Secara kasar, mungkinkah pelajar UPM tak sayang universiti? bukan semua, segelintir sahaja. Elok jika calon-calon PRK USM dibawa ke UPM untuk menanamkan sifat sayangkan universiti.

Zaman sekarang tiada lagi "pecah kaca, pecah gelas..."

Zaman sekarang "pecah kaca, pecah pintu..."
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!