Bank Negara telah mengumumkan bahawa wang kertas dan duit syiling baru akan dikeluarkan untuk kegunaan awam tidak lama lagi. Pada pendapat aku, rekaan, corak dan warna wang kertas dan duit syiling negara kita memang cantik, jauh lebih cantik daripada wang negara-negara lain.
Tahniah juga buat Bank Negara sebab rajin tukar design wang kertas. Beberapa tahun dahulu pengenalan wang polimer RM5, corak baru, kalis air. Tidak lama selepas itu wang kertas RM50 juga berubah coraknya. Tetapi kali ini, pengubahsuaian dilakukan secara menyeluruh terhadap semua nilai wang kertas, RM1, RM5, RM10, RM20 (diperkenalkan semula setelah 11 tahun tidak dikeluarkan) dan RM100, kecuali RM50 yang dikekalkan coraknya. Memang cantik, berwarna-warni, elemen yang dipamerkan pada wang kertas beridentitikan Malaysia. Kalau kita lihat wang kertas Dollar Amerika Syarikat, itulah corak dan warnanya (hitam putih) sejak sekian lama yang mungkin mencapai ratusan tahun sejak penubuhan Amerika Syarikat. Kalau ada perubahan pun ia tidaklah begitu ketara. Mengapa mereka tidak mengubah design wang kertas mereka? Mungkin mahu memelihara keaslian, warisan , tradisi rekaan wang tersebut, atau mungkin elemen pada wang tersebut mempunyai maksud dan signifikan tertentu yang melambangkan agenda Barat yang kita tidak tahu. Wallahua'lam. Berbeza kita di Malaysia yang sentiasa menikmati dan melihat kelainan dari semasa ke semasa pada wang kertas Ringgit Malaysia. (aku tak pasti ayat-ayat dalam perenggan ni menyindir atau memuji Bank Negara).