Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Daftar Pengundi Secara Auto Ada Kebaikan Tapi...

Cadangan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof untuk mendaftarkan setiap warga Malaysia yang telah mencecah umur 21 secara automatik sebagai pengundi sebenarnya satu inisiatif yang baik daripada badan bebas itu. Perkara ini menarik perhatian saya untuk mengulas sedikit beberapa perkara yang mungkin membantutkan atau menjadikan niat murni SPR ini menjadi sia-sia.
.
Sistem hari memerlukan seseorang yang sudah mencapai umur 21 tahun untuk mendaftarkan diri secara manual sebagai pengundi di mana-mana kaunter SPR ataupun di pejabat pos secara sukarela. Walaubagaimanapun, berdasarkan statistik yang dihebahkan media tidak lama dahulu, 3 juta orang yang layak mengundi tidak berbuat demikian.
.
Maka langkah SPR ini sangat dialu-alukan sekurang-kurangnya dapat membantu dan memudahkan golongan yang malas mendaftar ataupun tidak mahu mendaftar sebagai pengundi dengan alasan tidak berpihak kepada mana-mana parti politik. Bagi saya, golongan ini gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat di sebuah negara demokrasi. Gagal memahami konsep pentadbiran dan kenegaraan. Gagal membentuk jatidiri dan semangat patriotik sebagai warganegara Malaysia.
.
Secara luarannya, saya bersetuju dengan pendaftaran pengundi secara auto. Tetapi apa yang dibimbangkan ialah walaupun berlaku pertambahan bilangan yang layak mengundi setelah didaftarkan secara auto tetapi kewujudan golongan yang dinyatakan tadi, menyebabkan usaha ini menjadi sia-sia. Tiada gunanya nama mereka didaftarkan tetapi tidak keluar mengundi.
.
Kesannya juga akan kita lihat ketika pilihan raya umum nanti apabila peratusan keluar mengundi akan mengecil disebabkan wujudnya golongan yang 'tidak berpihak kepada mana-mana entiti politik'. Maka mereka tidak mahu mengundi. Alahai....
.
Ini melibatkan aspek kesedaran dan nilai tanggungjawab dalam diri setiap rakyat. Bukan politik kepartian semata-mata. Pemimpin harus dipilih oleh rakyat tidak kiralah dari parti politik manapun. Konsep demokrasi memberikan kuasa kepada rakyat setiap lima tahun untuk menentukan siapa yang bakal menerajui negara dan ketika inilah kita wajar menggunakan hak yang ada sebaiknya.
.
Tiada sesiapa yang perlu dipersalahkan sebaliknya masalah ini akan berbalik kepada tuan punya badan yang tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi. Mengundi hanyalah lima tahun sekali dan ia perlu dilakukan secara sukarela. Mana mungkin kerajaan mengenakan paksaan kepada rakyat untuk mengundi?
.
Bagi yang memahami, kita bersyukur kerana tidak perlu lagi bersusah payah untuk mendaftar nama sebagai pengundi. Segalanya telah dibereskan sekiranya sistem ini dilaksanakan kelak. Tetapi bagi mereka yang kurang celik akan tanggungjawab untuk keluar mengundi, nama mereka sekadar meramaikan senarai pemilih sahaja.
.
Asas kepada konsep demokrasi ialah kesedaran dan tanggungjawab rakyat untuk memilih pemimpin. Sekiranya kita tiada kesedaran dan tidak mahu mengerti dengan sistem demokrasi di Malaysia, layakkah kita memegang Mykad?
.
Sekiranya sistem ini diteruskan, saya menyokong dan jika ia terbantut tidak pula saya membantah. Mungkin kerajaan mempunyai mekanisma lain bagi mengatasi masalah-masalah yang mungkin timbul daripada pelaksanaan sistem ini. Kita serahkan kepada mereka yang arif dan 'ahli' dalam soal ini.
.
Saya menaruh kepercayaan kepada para pentadbir yang sentiasa memikirkan dasar-dasar dan proses yang mahu memberi keselesaan dan kemudahan kepada rakyat bersesuaian dengan slogan "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan".
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Manusia Menilai dan Dinilai

Manusia ada pelbagai rupa, gaya, sifat, keperibadian dan lain-lain. Setiap daripada kita juga sentiasa memerhati dan menilai apa yang kita lihat bergantung kepada persepsi dan fikiran masing-masing.
.
Penilaian seseorang terhadap orang lain tidak menggambarkan keadaan sebenar atau sifat sebenar individu yang dinilai itu. Adakalanya kita berasa kitalah yang paling hebat dalam mengenal dan memahami karakter manusia tanpa kita sedari penilaian yang kita lakukan itu sebenarnya salah.
.
Pepatah Inggeris menyebut Don't judge a book by its cover, tetapi realiti hari ini dah banyak menyanggah pepatah atau peribahasa dulu kala tidak kiralah peribahasa Melayu atau Inggeris. Bagi saya cover itulah yang menentukan first impresion kita terhadap seseorang. Tetapi awas, first impresion tidak akan kekal kerana kita akan mengetahui perwatakan seseorang apabila kita benar-benar mengenalinya.
.
Kadangkala tindak-tanduk kita juga dinilai oleh orang yang melihatnya. Tidak kiralah apa yang kita lakukan itu bermotifkan kebaikan atau sebaliknya, orang akan memperkatakannya jika ia menarik untuk dibincangkan. Orang kita suka bergosip...ingat tu.
.
Jangan cepat membuat penilaian terhadap manusia. Kenali, dekati dan fahami baharulah boleh kita membuat interpretasi dan penilaian terhadap seseorang. Mungkin kita boleh luaskan skop kepada aspek lain seperti prospek kerjaya, komitmen dan kecekapan menjalankan tugas.
.
Apa motif entri ini?
.
Saya cuba mengingatkan diri saya dan anda semua bahawa tidak adil untuk membuat penilaian terhadap seseorang terlalu awal. Apa yang saya lalui merupakan suatu pengalaman berharga agar kita sentiasa ingat bahawa manusia sentiasa menilai dan dinilai dari pelbagai aspek.
.
Jadi, hati-hati dengan tindakan anda agar tidak disalah sangka oleh orang lain yang menilai. Orang yang menilai itu juga sebenarnya akan dinilai oleh orang lain. Sesiapapun tidak terkecuali. Nilailah dengan cara apa sekalipun ia tidak mungkin memberikan jawapan yang tepat.
.
Kesimpulannya, tiada apa yang sempurna...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Nak Lengahkan Bicara Lagi?

Anwar mohon hakim dilucut daripada dengar perbicaraan

08/02/2010 12:06pm

KUALA LUMPUR 8 Feb. – Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk hari keempat hari ini, bagaimanapun kes berkenaan ditangguhkan apabila pasukan pembelaan membuat permohonan supaya Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md Diah dilucutkan daripada mendengar perbicaraan kes itu.

Permohonan itu akan didengar pukul 9.30 pagi esok.

Ini kerana pihak pembelaan tidak berpuas hati dengan keputusan hakim Mohamad Zabidin kerana enggan mengenakan tindakan menghina mahkamah ke atas Utusan Malaysia pada perbicaraan kes itu.

Anwar, 63, Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Perbicaraan itu berlangsung selepas 18 bulan Anwar pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada Ogos 2008.
.
Mohd Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar adalah saksi pertama yang memberi keterangan apabila kes itu bermula pada Rabu lepas di hadapan Hakim Mohamad Zabidin. –
Bernama

(sumber: Utusan Malaysia)

Komen saya setelah fed up dengan kes ini:

1) Hakim berkuasa di mahkamah, dia yang membuat keputusan dan penjatuh hukuman tetapi dia juga boleh diambil tindakan oleh pihak pembelaan supaya digugurkan daripada mendengar pembicaraan. Siapa sebenarnya yang membuat keputusan ni??

2) Nampak seolah-olah pihak pembelaan pula yang lebih berkuasa dan mendominasi mahkamah, tapi apa boleh buat, prosedur kehakiman telah membenarkan mereka berbuat demikian.

3) Kenapa libatkan akhbar Utusan Malaysia pula dalam kes liwat ni? Apa kaitan Utusan Malaysia, hina mahkamah dan si tertuduh? Nampak seperti mereka (pembelaan) sudah over demand.

4) Nampaknya Utusan Malaysia dikambing hitamkan supaya kes ini dilengahkan lagi

5) Usaha ini sengaja dilakukan bagi mengalihkan perhatian masyarakat daripada terus mengikuti kes liwat.
.
6) Saya berpendapat adalah perlu untuk membebaskan perbicaraan daripada pengaruh politik. Maksud saya, para peguam pembelaan dan pendakwaan seharusnya bukan daripada golongan tokoh politik. (cth: Karpal Singh)
.
7) Rasa-rasa Utusan Malaysia boleh masuk campur tak dalam kes ni? Mana la tau pihak akhbar nak saman pihak pembelaan sebab membuat fitnah terhadap mereka. Baru la kes ni makin meleret-leret. Mudah sikit tertuduh nak lari dari perbicaraan...
.
8) Apa tindakan pihak pendakwaan supaya kes ini tidak ditangguhkan lagi? Jenuh la kalau ditangguh lagi. Jangan permainkan rakyat!
.
9) Bila nak selesai kes ni? Jangan sampai institusi kehakiman kita dicerca dan dicemuh lagi kerana tiada ketegasan dalam menyelesaikan kes-kes berprofil tinggi.
.
10) Tapi mungkin ia tidak berlaku sebab kebiasaannya pihak pembangkang yang melemparkan pelbagai kritikan dan kecaman. Hari ini bos besar mereka yang 'tersangkut' di Mahkamah Tinggi, jadi tak boleh la nak bising-bising lagi. Tak gitu?
.
Lu pikir la sendiri....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Takde Sivik Punya Orang!

Orang kata tandas tempat untuk mencari atau boleh mendatangkan ilham kepada kita. Hipotesis tu mungkin benar sebab entri ini hasil cetusan ilham yang menerjah kepala otak saya sewaktu berkunjung ke tandas di desasiswa tempat saya menginap.
.
Kisah 1: Bila bercerita pasal tandas, mesti orang akan kata kita ni pengotor la, selekeh la, takde cerita lain ke? dan sebagainya. Mengapa? Jawapannya mudah. Kerana kita sudah terbiasa dengan keadaan tandas yang kotor, berbau, tak cantik, rosak sana sini dan segala bentuk yang negatif, jadi apabila bercerita mengenai tandas, kita dilabel sebagai orang yang negatif juga.
.
Perkara ini sudah menjadi stereotaip masyarakat Malaysia. Sekiranya kita sendiri menggunakan dan memelihara tandas supaya ianya sentiasa berbau wangi, bersih, selesa dan dalam keadaan yang elok, rasanya tidak timbul rasa geli dan mual apabila bercerita mengenai tandas. Betul atau tidak?
.
Kita hanya mengharapkan cleaner untuk membersihkan tandas setiap hari. Jika itu persepsi anda, sila ubah mind setting tersebut kerana cleaner juga manusia yang ada perasaan dan rasa geli, mual dan jijik terhadap keadaan tandas yang teruk.
.
Kisah 2 : Jalan raya yang cantik, rata dan melancarkan pemanduan menyebabkan pemandu dan penunggang kenderaan bersikap biadap di jalan raya. Kita sudah tahu apakah yang dimaksudkan biadap di jalan raya. Jadi tidak perlu saya mengulas panjang. Cuma saya sangat berasa tidak puas hati terhadap penunggang motosikal yang tidak tahu fungsi lampu isyarat dan apakah yang perlu dilakukan apabila lampu merah menyala.
.
Bodoh. Memang takde sivik dan apa sahaja perkataan kesat saya akan gunakan terhadap penuggang motosikal sebegini. Sepanjang berada di Pulau Pinang, keadaannya sangat berbeza di tempat asal saya. Yang lucunya, golongan bodoh ini terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur. Ada pak cik berkopiah, apek, uncle samy, remaja yang mungkin takde lesen, posmen, dan sebagainya dengan selamba melanggar lampu merah ketika pemandu lain sedang berhenti.
.
Tidak cukup dengan itu, saya rasa mereka berbangga kerana berjaya melepasi lampu merah tanpa dirempuh kenderaan lain. Maka sebab itulah mereka cukup 'bergaya' dan menunjukkan skil menunggang motosikal yang hebat seolah-olah di Malaysia ini hanya dia seorang memiliki dan pandai menunggang motosikal. Waahh..'hebatnya' si bodoh ni!!
.
Kisah 3 : Masih mengenai kenderaan dan jalan raya. Ini satu lagi tabiat bangang orang kita tanpa mengenal bangsa. Memang 1Malaysia, satu hati satu semangat parking kenderaan ikut suka dan menghalang kenderaan lain. Apa lagi mau cakap? Takde sivik la....
.
Bukan saya seorang yang menghadapi masalah ini, saya yakin ramai lagi yang pernah berhadapan dengan situasi ini dan mungkin juga anda salah seorang yang memiliki tabiat ini. Tolonglah jangan pentingkan diri sendiri, fikir la juga perasaan pengguna jalan raya yang lain. Tuhan bagi akal gunakanlah baik-baik bukan guna ikut suka-suka.
.
Orang lain pun ada kenderaan, orang lain pun nak parking kenderaan, kalau dah parking sesuka hati memanglah nak kena maki hamun. Saya ingatkan lagi sekali, bukan anda seorang sahaja ada kenderaan kat Malaysia ni.
.
Kisah 4 : Kali ini berkisar mengenai sikap pelajar ketika makan di kafetaria. Berdasarkan pemerhatian saya sudah banyak kafeteria di USM telah memulakan dasar 'angkat pinggan dan cawan' selepas makan. Selepas itu asingkanlah perkakasan tersebut mengikut klasifikasi masing-masing. Banner peringatan sudah digantung dan terpampang di depan mata. Tapi kita masih tidak mahu melihatnya.
.
Saya tidak pasti pula sama ada kita terlupa atau sengaja lupa untuk mengangkat pinggan dan cawan selepas menjamu selera. Simpatilah anda terhadap pekerja kafeteria yang mungkin mahu mengurangkan sedikit beban kerja mereka dengan cara melaksanakan dasar tersebut. Tapi kita kurang prihatin dengan situasi di sekeliling. Masih tiada kesedaran....
.
Saya pernah bekerja sebagai krew di restoran McDonald's di Johor Bahru sementara menunggu keputusan SPM keluar. Suatu hari ketika saya ditugaskan di bahagian lobi, sedang saya mengemas meja dan sisa sampah yang ditinggalkan di atas meja, saya melihat seorang pelanggan wanita mengangkat traynya dan membuang sampah ke dalam tong sampah. Lantas saya bertanya, "Kak, kenapa buang sendiri? biar je atas meja, kami akan kemaskan".
.
Jawapan pelanggan wanita itu cukup membuatkan saya terharu, "Takpe...saya boleh buat sendiri. Sepatutnya kita buang sampah sendiri. Orang kita dah terbiasa menyusahkan orang lain". Saya terdiam dan hingga ke hari ini saya masih ingat dialog singkat kami itu. Beliaulah pelanggan pertama dan terakhir yang saya temui mempunyai sikap sedemikian rupa.
.
Saya pasti kebanyakan daripada kita menganggap pelayan-pelayan restoran tidak lebih daripada seorang pekerja semata-mata dan cara melayan mereka juga agak kurang sopan. Cuba kita perhatikan cara orang kita memanggil pelayan restoran atau kedai makan. Memanggil dengan cara memuncungkan bibir dan mengeluarkan bunyi untuk menarik perhatian mereka supaya datang ke arah meja pelanggan. Itu sudah menjadi kebiasaan dan kita sudah tidak peduli mengenai tatasusila dan sifat sopan.
.
Mungkin ada diantara kita beranggapan "dah memang kerja dia pelayan, buat la kerja elok-elok, customers always right". Saya teringat kata-kata seorang pelajar senior Sains Komputer USM, "Kita jangan ada sifat tuan". Kata-katanya itu lebih merujuk kepada adab dan tatacara kita ketika dan selepas makan. Tiada kaitan pun dengan ketuanan Melayu. Harap jangan salah faham. Walaupun pelayan kedai makan dibayar untuk melayan dan menurut kehendak pelanggan tetapi kita sebagai mausia harus ada kesedaran sivik dan nilai kemanusiaan terhadap manusia lain.
.
Banyak pengajaran yang kita peroleh hasil daripada memerhatikan gelagat manusia. Saya tidaklah mengatakan diri saya perfect dan cukup baik di mata masyarakat tetapi apa yang hendak saya sampaikan ialah nilai murni yang patut disemat dan diamalkan terutamanya sikap menghormati orang lain dan kesedaran sivik dalam setiap aspek kehidupan.
.
Setiap manusia ada perasaan dan maruah.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!