Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Apa motto universiti anda?

Hari ni aku tak bawa iu berat, sekadar ingin berkongsi dengan sesiapa yang pernah bergelar mahasiswa  dan sedang bergelar mahasiswa berkenaan motto universiti. Setiap universiti mencipta logo dan motto masing-masing sebagai imej dan identiti mereka. Aku seorang yang gemar memerhati dan beberapa bulan yang lalu aku cuba mengingati semua motto universiti awam di negara kita. 

Puncanya, sebelum ni aku menjalani latihan kawad Majlis Tamat Latihan dan Pentauliahan Kor SUKSIS IPTA se-Malaysia yang bertempat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor.  Bagi pelajar IPTA aku yakin anda tahu apa itu Kor SUKSIS. Bagi yang masih bersekolah, kalau tak tahu, sila google untuk dapatkan maklumat lanjut, mungkin berguna sekiranya anda seorang yang aktif dalam kokurikulum. Sepanjang berada dua minggu di UTM, semua bas IPTA berada di universiti itu dan aku selalu mengamati apakah motto universiti yang tertera di badan bas.
.
Paling aku suka ialah motto UTM, "Kerana Tuhan Untuk Manusia" walaupun aku bukan dari UTM. Aku dah tahu slogan UTM sejak berada di sekolah menengah lagi, sebab pada aku motto UTM seperti membawa satu kesan dan pengertian yang mendalam apabila disebut. Yang pasti bagi aku motto tersebut memang istimewa. 

Sekali-sekala kena juga ambil tahu perkara ni, yang mana tak kenal lagi logo IPTA di Malaysia, 20 buah
universiti, aku senaraikan logo universiti dan motto mereka. Aku kenal semua logo IPTA tapi tak ingat semua motto. Ada motto yang dah disertakan dalam logo universiti, selebihnya aku cari di internet.
 
KAMI MEMIMPIN











TAMAN ILMU DAN BUDI
KEWAJIPAN MARUAH INTEGRITI

PENGETAHUAN SULUH BUDIMAN



DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA

EXCELLENCE THROUGH COMPETENCY

ILMU, BUDI, BAKTI

BERILMU BERBAKTI

USAHA TAQWA MULIA

STRIVE TO EXCEL

CONTEMPORARY AND FORWARD LOOKING

KNOWLEDGEABLE, DISCIPLINED AND DEVOUT

ILMU PUNCA KEMAJUAN

ENGINEERING TECHNOLOGY CREATIVITY

TEROKAAN SELUAS LAUTAN

MENGILHAM HARAPAN MENCIPTA MASA DEPAN

ENTREPRENEURSHIP IS OUR TRUST

ILMU, KEIKHLASAN, KECEMERLANGAN

ILMU DEMI FAEDAH INSAN


Photobucket
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

5 comments:

Unknown said...

Baru tahu..hehehehe :)

Admin
href="http://harfiz-bizstudent.blogspot.com/" title="Blog Perniagaan Internet"

@EzrlG said...

CONTEMPORARY AND FORWARD LOOKING!

salam dari MPP UNIMAS, hehehe

Aziz A'zmi said...

yess...tq EzrlG, ada juga MPP Unimas smpai ke blog ni. hehe

NER said...

1st week kt utm dah suka dgn motto utm, dr situ dah niat nak belajar kerana Allah supaya dpt berkhidmat utk manusia. alhamdulillah, wat phd pun kt utm..tak sabar utk selesaikan motto tu. :)


My Latest Entry: Mood melayani Drama Melayu..

Aziz A'zmi said...

bukan smua org nak faham motto, ada yg x ambil tahu lgsung. kadang2 bnda tu la g beri inspirasi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!