Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

30,000 perkataan baru dalam Kamus Dewan?

Waah, kaya raya sungguh kosa kata bahasa Melayu sekarang apabila sebuah akhbar berbahasa Inggeris, New Straits Times melaporkan sebanyak 30,000 perkataan baru bahasa Melayu telah dimasukkan ke dalam Kamus Dewan sejak pertama kali diterbitkan (sekarang dah edisi ke 4). klik sini

Betul ke sampai 30,000 perkataan BM baru telah wujud??

Selepas membaca keratan akhbar itu, antara perkataan BM yang dikatakan baru itu ialah:
"akauntabiliti"
"kokun"
"akses"

Ini baru tiga perkataan, ada lagi 29,997 perkataan 'baru' lagi yang anda boleh cari dalam Kamus Dewan.

Ini ke yang dikatakan perkataan BM baru? rasanya ia dah lama digunakan secara berleluasa cuma kali ini ia telah 'disahkan sah' oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) boleh digunakan dalam urusan rasmi dan penggunaannya adalah betul.

Ini bukan perkataan BM baru, ini namanya
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Beza mercun Melayu dan mercun Cina

Sekian lama tak menaip, blog ni terus terbiar dek kerana kurang berminat untuk membicarakan isu-isu semasa yang memang panas dan menaikkan darah. Jika diulas pun aku pasti banyak blog lain berbicara perkara yang sama.

Jom lari seketika daripada isu politik dan hal-hal negara. cuba kita selak akhbar dan tonton berita, apabila menjelang hari raya media banyak menyiarkan kes-kes akibat bermain mercun. ada yang putus jari, ada yang terbakar muka, badan melecur dan macam-macam lagi disebabkan sama ada kerana bermain mercun atau menjadi mangsa sasaran letupan mercun.

rasa macam klise pula bila kisah sebegini disiarkan apabila semakin tiba hari raya. tapi itulah relaiti yang berlaku, media siarkan berita tersebut untuk kita ambil iktibar dan memberi amaran bahayanya risiko bermain mercun. tapi manusia tak pernah belajar dan tidak mahu faham erti keperitan dan kesengsaraan selagi bencana tidak menimpa diri mereka.

bila dah terlantar di hospital dan wajah terpampang dalam akhbar, menyesal sudah tiada gunanya. bagi yang menjadi mangsa, itu dugaan yang sukar untuk diterima kerana disebabkan kesalahan orang lain, kita pula yang menanggung kesakitan.

masyarakat melayu barangkali masih belum profesional dalam 'mengendalikan' mercun, keghairahan bermain mercun atau meriam berakhir tagedi. kasihan orang melayu apabila menjelang hari raya, terpaksa beraya di wad. pelik, ketika menjelangnya tahun baru cina, tiada pula media menyiarkan kanak-kanak cina dimasukkan ke hospital, putus kelima-lima jari akibat bermain mercun. ada?? tiada...langsung tiada. tiada sebarang berita melaporkan tragedi mangsa mercun yang melibatkan masyarakat cina. sedangkan masyarakat cina lebih banyak menggunakan mercun untuk menyambut ketibaan perayaan mereka. berdentum, gegak gempita langit pabila jam menunjukkan 12 tengah malam pada tahun baru cina. mungkin inilah yang dikatakan masyarakat melayu masih gagal menandingi keprofesionalan masyarakat cina bermain mercun.

sejak sekian lama, kejadian yang tidak diingini terus berlaku, dan sepanjang tempoh itulah ia menunjukkan sempadan negara terus dibolosi para penyeludup mercun. walaupun rampasan mercun dan bahan letupan pernah dilaporkan, namun aku rasa itu hanya sebahagian kecil yang terkantoi, sedangkan banyak lagi stok mercun dan bahan letupan sudahpun memasuki pasaran gelap. benar bukan? kalau rampasan dan penguatkuasaan menghalang kemasukan mercun ke negara kita berjaya, takkanlah mercun masih lagi mudah didapati?

ooh, nampaknya aku terbabas juga akhirnya membawakan isu mercun sehingga ke peringkat hal-hal negara. baru je cuba untuk mengelakkan daripada menceritakan hal-hal negara secara serius.

teruskan je lah...cuba kita fikir, siapa dalang? siapa taukeh? siapa pemborong? siapa peniaga mercun? secara am...

sebab tu lah tahun baru cina sentiasa meriah dengan bunyi letupan, manakala orang melayu pula inginkan kemeriahan yang sama, lalu cuba menghasilkan mercun sendiri. akibatnya tanggung lah sendiri.

aku percaya mercun yang dimainkan pada tahun baru cina berharga ratusan ringgit dan jarang kita dengar berlaku kemalangan akibat letupan mercun. tapi apabila menjelang hari raya aidilfitri, ramai pula anak-anak melayu hilang jari, mungkin sebab main mercun bola...mercun murah kann....

entahlaa...~
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pecah kaca, pecah pintu

Dikhabarkan pintu kaca bangunan pejabat TNCHEP UPM pecah akibat dirempuh para pelajar ketika masing-masing sedang asyik berhimpun dan menyuarakan bantahan. Tak pasti pula pecah kerana sengaja dipecahkan atau secara tak sengaja.

Isu pecah pintu pun menjadi agak sensasi berikutan pelajar-pelajar dari kumpulan Pro-M membantah keputusan UPM membatalkan penyertaan calon-calon dari kumpulan mereka dalam PRK UPM tempoh hari atas sebab-sebab tertentu. Namun keputusan tersebut ditarik semula selepas mendapat perhatian dan campur tangan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Melihat beberapa blog mengulas kisah di UPM, blog ni pun nak juga mengulas. Tapi dari sudut yang berlainan. Pemerhatian terhadap beberapa blog mendapati ada blog yang tidak senang dengan tindakan pelajar-pelajar tersebut. mereka dikatakan biadab dan bertindak agresif sehingga mendatangkan kecederaan.

Satu lagi blog yang penuh dengan kritikan dan sindiran sinis menyatakan sokongan terhadap tindakan tersebut. Pelajar yang bertindak sedemikian dikatakan berani dan mereka sepatutnya terus mengumpulkan seramai mungkin untuk membantah dan melawan arus di universiti berkenaan.

Mana satu yang betul?

kedua-dua pendapat benar. Benar mengikut ideologi dan pendirian, pemikiran dan jari yang menaip. Bagi penulis blog ini, kita perlu ambil jalan tengah. Nak bersuara, nak membantah, silakan, anda sering melaungkan kebebasan bersuara bukan. Silakan. Kebebasan bersuara sahaja, bukan kebebasan untuk bertindak ganas. Bukan kebebasan bersikap biadab dengan orang yang lebih tua. Bukan kebebasan untuk merosakkan harta benda. Betul tak? Tak perlu merosakkan harta benda universiti. Umpama kita tidak menghargai universiti sendiri.

Dalam manifesto calon-calon PRK USM tempoh hari, beberapa calon menekankan pentingnya konsep sayangkan universiti. Secara kasar, mungkinkah pelajar UPM tak sayang universiti? bukan semua, segelintir sahaja. Elok jika calon-calon PRK USM dibawa ke UPM untuk menanamkan sifat sayangkan universiti.

Zaman sekarang tiada lagi "pecah kaca, pecah gelas..."

Zaman sekarang "pecah kaca, pecah pintu..."
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

PRK: Blog dah tak laku?

Pilihan raya kampus (PRK) kali ini dilihat sudah berubah rentak dan corak dari segi strategi kempen para calon bertanding dan jenteranya. Mengapa?

Jika dibandingkan dengan PRK yang lepas, medium yang digunakan untuk berkempen di alam siber, menabur janji, melebarkan pengaruh dan mempromosi calon adalah menggunakan BLOG. Setiap calon yang bertanding dinasihatkan dan digalakkan membuka blog. Tetapi selepas PRK tamat, blog itu akan ditinggalkan dan tidak dikemaskini. Ada juga yang meminta bantuan blogger tertentu untuk mempromosikan diri mereka di blog-blog yang sedia ada. atau mungkin mereka mengupah individu tertentu atau dilakukan secara sukarela oleh pihak jentera kempen.

Itu kisah 2-3 tahun yang lalu ketika blog popular digunakan sebagai medium berkempen.

Pada ketika ini, saya tidak melihat wujud blog baru yang berkempen untuk calon-calon bertanding. Mungkin ada, tapi saya tidak menyedarinya. Tetapi ada satu lagi medium yang sedang sangat berpengaruh tidak henti-henti berkempen iaitu FACEBOOK. Saya berpendapat memang wajar FB digunakan sebagai alat kempen kerana tiada sekatan tiada had dan ia bersifat global pada masakini.

Setiap hari apabila buka sahaja FB, banyak gambar dan poster yang dipos di wall FB. tidak kiralah Pro-M atau Pro Aspirasi, kesemuanya dapat dilihat dan aktif berkempen. Manakan tidak, seorang pemegang akaun FB pastinya mempunyai mutual friend yang begitu ramai dan saling berkait, maka kita dapat melihat semua bahan kempen tersebut di wall rakan-rakan dan wall kita sendiri apabila kita menjadi 'mangsa' bahan-bahan kempen yang ditag kepada sesiapa sehaja.

Secara tidak langsung, kepada mereka yang tidak mahu ambil tahu tentang politik kampus, tidak mahu melihat rapat umum, tidak mahu mengenali siapakah calon bertanding dan segala bagai "tidak mahu"....terpaksa juga berhadapan dengan serangan kempen jentera PRK ini. Mahu tidak mahu mereka akan melihat juga wajah-wajah yang bertanding di konstituensi pusat pengajian dan konstituensi umum.

Jika dibandingkan dengan blog, kita perlu mencari dan mengetahui apakah address blog berkenaan dan memerlukan minat untuk membaca blog yang berjela-jela ayatnya.

FB pula sudah menjadi rutin harian kita, tanpa perlu disuruh, pantas jari kita klik pada "www.facebook.com" untuk melihat perubahan pada akaun FB masing-masing. Apabila laman rutin harian sudah menjadi tapak untuk berkempen, kita akan tertarik kepada poster-poster yang direka cantik, ayat-ayat ringkas yang memujuk dan cuba mempengaruhi pengundi supaya mengundi mereka. Cara ini lebih berkesan dan berlaku secara menyeluruh berbanding menggunakan blog. (Dalam konteks kampus)

Jadi, mereka yang tidak sukakan PRK, sabarlah hingga kesemua bahan kempen tersebut lenyap dari wall FB anda. Mungkin ini juga berita baik kpada blogger, tidak perlu bersusah payah berkempen di blog masing-masing. guna sahaja FB, mudah, pantas dan menyeluruh.

Nasib blog? memang tidak diperlukan jika ada sesuatu yang lebih memudahkan.


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!