Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Masa menanti habuan

Banyak blog dan portal berita sudah mula melancarkan perang saraf berikutan pilihan raya kecil DUN Tenang sudah semakin hampir. Nampaknya pelbagai berita negatif sudah mula tersebar, cerita-cerita buruk dan serangan peribadi terhadap calon kedua-dua parti bertanding tersebar luas.

Mahu percaya atau tidak, itu persoalan kedua kerana masyarakat kita sangat berpegang kuat kepada kesetiaan terhadap parti politik yang menjadi pilihan. Maka soal calon itu mungkin menjadi pilihan kedua untuk dipertimbangkan.

Semalam ketika melayari laman sosial Facebook, saya terbaca status milik seorang kenalan yang mengatakan bahawa alangkah baiknya jika ADUN atau Ahli Parlimen kawasannya meninggal dunia kerana kawasannya itu akan berhadapan dengan PRK. Maka PRK akan mengubah suasana kawasan itu menjadi medan curahan janji dan habuan kepada penduduk setempat. Pemimpin negara juga akan bertandang ke sana dan masa itulah akan digunakan sebaiknya untuk mendekati dan mengambil berat akan permasalahan rakyat.

Saya dengan segera memberi komen ringkas, "Setuju!!".

Ya, memang benar apabila PRK bakal diadakan ia akan memberikan sedikit habuan kepada penduduk kawasan berkenaan. Tidak kiralah projek jangka masa panjang, sumbangan ihsan atau program bantuan kerajaan terhadap pelajar-pelajar sekolah dan sebagainya.

Ini yang berlaku apabila PRK bakal diadakan kerana ia merupakan satu cara memikat hati pengundi. Ini bukan lagi taktik, tapi sudah menjadi kebiasaan atau trend. Lihat sahaja berita di televisyen, banyak program diadakan di kawasan tersebut bagi menarik perhatian pengundi. Sebagai rakyat, kita mengambil sikap "kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan". Inilah rezeki ataupun dalam istilah politiknya habuan untuk pengundi.

Boleh dikatakan habuan itu sebagai perangsang kepada pengundi untuk memilih dan mengundi calon dari parti tertentu. "Kami beri kamu bantuan, kamu beri kami UNDI". Adil? Soal timbal balas itu penting. "Wa tolong lu, lu tolong wa".

Persoalannya, adakah ada di antara kita yang mendoakan supaya ADUN dan Ahli Parlimen di kawasan masing-masing supaya cepat meninggal dunia? Tak mungkin lah....

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tolong Ingatkan Aku

Ini bukan kisah Anugerah Juara Lagu (AJL 25). Adalah mustahil untuk blog ini memaparkan kisah hiburan dan industri muzik. Sekadar meminjam judul lagu sang juara pada malam tempoh hari, mungkin ada kaitan sedikit dengan apa yang berlaku sebelum post ini dikarang.

Agak janggal apabila kita melakukan semula perkara yang sudah lama kita tinggalkan. Maksudnya, sudah beberapa bulan blog ini tidak di'update' memandangkan aku lebih banyak menumpukan kepada perkara-perkara lain. Usahkan nak mengarang, menjengok laman ini pun jarang-jarang dilakukan.

Maka apabila ada kenalan bertanyakan mengenai blog ini, jawapan yang mereka terima ialah, "tak aktif lagi dah"...maksud yang penuh kejujurannya ialah si penulis blog ini MALAS nak mengarang lagi. Walaubagaimanapun, beberapa minit sebelum post ini ditulis, seorang coursemate perempuan meminta izin untuk menggunakan artikel yang ada dalam blog ini untuk dijadikan rujukan esei tugasannya.

Maka dengan rasa blur dan confuse, seakan ingat tak ingat, "ada ke artikel di blog ini seperti yang beliau maksudkan itu?" Nampak sangat penulis blog ini sudah terlalu lama meninggalkan habit menulis sehingga terlupa blog sendiri. Apabila blog ini diakses semula, memang ada artikel yang beliau maksudkan dan tanpa keberatan permintaannya itu dijawab dengan "boleh je...copy la". Tiada royalti akan dituntut. Ini penulisan bebas, tiada hak cipta terpelihara.

Mesejnya, memang penulis blog ini patut diingatkan selalu bahawa janganlah dibiarkan ruangan ini terus sunyi tanpa perubahan dan perkongsian ilmu. OK, coursemate tersebut memang telah mengingatkan semula penulis blog ini kepada blognya sendiri.

Kepada yang lain, "Tolong Ingatkan Aku"...

terima kasih.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Adil ke? (bah. 2)

Kali ni kisah adil atau tidak, tapi bukan isu harga naik tapi isu melabel orang rasis atau tak bergantung pada tindakan yang dilakukannya. Mari kita lihat beberapa kes yang menjadi perhatian media dan kita bandingkan...

Kes 1: Namewee...semua orang kenal dia kerana banyak menghasilkan klip video yang menghina, mencaci, memaki hamun sesiapa yang dia mahu sejak beberapa tahun lalu. Lagu Negaraku, azan dan TNB antara yang menjadi mangsa. Banyak laporan polis telah dibuat tetapi TIADA tindakan undang-undang dikenakan sehinggalah ke hari ini.

Kes 2: Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Kulai, Johor dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dalam majlis perhimpunan di sekolah tersebut. Kes ini SERTA-MERTA menjadi perhatian dan tindakan 'cuti' dikenakan terhadap pendidik tersebut sehingga siasatan selesai.

Kes 3: Juga melibatkan seorang pengetua, tetapi berlaku di Utara Semenanjung. Pengetua SMK Bukit Selambau juga dikatakan mengeluarkan kenyataan rasis dan hasil aduan masyarakat Cina dari parti politik DAP, MCA dan Gerakan, pengetua tersebut tidak lagi berada di sekolah terbabit sebaliknya ditempatkan di PPD atau dengan kata lain beliau 'dibekukan' tugasnya sementara menunggu hukuman yang bakal dihadapi.

Kes 4: Seorang guru yang bertugas sebagai pengawas SPM 2010 di SMK Raja Jumaat, Lukut, Negeri Sembilan digantung tugasnya kerana mengeluarkan kata-kata bersifat perkauman terhadap pelajar yang lambat memasuki dewan peperiksaan. Beliau digantung tugas dan tidak menerima sebarang elaun sepanjang penggantungannya sementara menunggu siasatan selesai dijalankan.

Seorang berbangsa Cina yang menghina kaum Melayu, Islam dan negara tidak dikenakan apa-apa tindakan. Malahan bebas menghasilkan lebih banyak klip video sampah yang memburuk-burukkan pihak lain.

Ramai bangsa Melayu (guru) yang mengeluarkan kenyataan perkauman (mungkin juga kenyataannya dimanipulasi) secara serta-merta dikenakan hukuman kononnya agar tidak mengganggu siasatan. Itu tidak termasuk hukuman sebenar sekiranya guru tersebut didapati bersalah.

Melayu tidak boleh buka mulut pasal perkauman, terus dikenakan tindakan oleh kerajaan.

Cina boleh buat apa sahaja termasuklah yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama, kerajaan buat endah tak endah. Tiada langsung tindakan kepada pesalah.

Adil ke tidak? Kerajaan takut ke?
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Adil ke?

Sekian lama menyepi diri, akhirnya aku cuba untuk menulis sesuatu di ruangan ini.

Isu ini bukan isu baru, tapi sekali sekala apabila berlaku ia akan menjadi bahan sasaran dan modal untuk mengkritik kerajaan. Isu kenaikan harga minyak (RON 97) baru-baru ini diikuti pula lonjakan sedikit harga gula, diesel dan LPG sekali lagi menjadi modal untuk didebatkan.

Rasanya setiap kali berlaku kenaikan harga bahan-bahan ini, perkara yang sama akan diulang-ulang, kritikan dan alasan yang sama juga akan diheboh-hebohkan. Di sebelah kiri menyatakan kerajaan tidak efisyen, gagal membantu golongan susah, kenaikan harga membebankan rakyat, hasil penjimatan subsidi diseleweng dan pelbagai lagi kata-kata penyedap rasa.

Manakala di sebelah kanan pula seperti biasa memberikan alasan kenaikan tidak dapat dielakkan kerana mengikut pasaran dunia, untuk mengurangkan subsidi, menjimatkan kos tanggungan kerajaan, memindahkan hasil penjimatan tersebut untuk tujuan dan faedah pembangunan rakyat dan sebagainya.

Walauapapun kritikan dan alasan, sebagai rakyat dan pengguna kita tidak boleh lari daripada masalah ini. Ramai di antara kita mempunyai pendidikan dan pemikiran yang tinggi untuk menilai isu ini. Sedangkan ekonomi dunia mengalami jatuh bangun, ekonomi negara juga dilanda susut naik, inikan pula ekonomi rakyat yang hanya secebis daripada bidang ekonomi secara keseluruhan.

Kita umpama rakyat yang tidak boleh menerima kenyataan, tidak boleh menghadapi kesusahan, tidak boleh ditimpa sedikit ujian. Sekurang-kurangnya kita masih boleh meneruskan hidup walaupun kadangkala terasa bebannya apabila menghadapi saat kenaikan harga bahan-bahan keperluan ini. Adakah kita golongan yang tidak bersyukur? Adakah kita golongan yang kufur nikmat?

Seandainya harga minyak turun atau apa-apa kemudahan diberikan, tiada pula penghargaan dan ucapan terima kasih. Apabila dilimpahi kesenangan dan bantuan ia dikatakan "hak", tidak perlu mengucapkan terima kasih dan ia adalah kurniaan Tuhan. Tetapi apabila ditimpa kesusahan kita mula menyalahkan pihak lain. Mengapa kita tidak menyebut bahawa masalah itu merupakan "hak" Dia untuk menguji kerajaan dan menguji kesabaran kita?

Adil atau tidak untuk kita menyalahkan kerajaan semata-mata? Adakah hak kita sahaja yang perlu ditunaikan? Kita jangan hanya memikirkan kehidupan yang senang sepanjang masa kerana hidup ibarat roda. Allah juga mempunyai hak untuk menguji hidup kita di dunia.

Kesimpulan: terima apa yang berlaku dengan hati terbuka selagi ia tidak menjahanamkan kita. Setiap kritikan dan rasa tidak puas hati yang bermotifkan politik tidak dinafikan tetapi biarlah berpada-pada, rasional dan terkawal. Setiap yang berlaku ada hikmah.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!