Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Raya Sama-sama. No Politics..


Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia khususnya bangsa Tionghoa yang meraikannya.

Bersyukurlah kita dengan segala nikmat yang melimpah-ruah di bumi Malaysia ini dan harapan kita agar dapat terus bersama-sama hidup dengan harmoni dan saling memahami antara satu sama lain.
.
Seronok melihat Koh Tsu Koon, Liow Tiong Lai dan Lim Guan Eng duduk dan makan bersama dalam Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang. Walaupun berlainan parti dan fahaman politik tetapi ia tidak menghalang mereka untuk bersama-sama meraikan perayaan tersebut.
.
Pemimpin Melayu bila lagi?
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No..no...no Valentine...


Ini bukan kisah diari hidupku...tapi nak berkongsi cerita mengenai Hari Valentine..

Semua tahu Hari Valentine ialah Hari Kekasih yang akan disambut ramai pasangan kekasih dengan cara masing-masing. Suatu hari ketika saya menaiki bas untuk ke tempat kerja, ketika bas berhenti di sebuah bus stop seorang lelaki berpakaian kemas naik dan duduk di kerusi di hadapan saya sambil memegang sejambak bunga. Saya hanya melihat. Ooo...baru saya teringat tarikh hari itu ialah 14 Februari 2007. "Nak bertemu kekasih la tu...nak sambut valentine".

Ketawa kecil saya sendirian. Selambanya mamat ni naik bas, siap bawa bunga tanpa segan silu. Padahal kita tahu sejarah Hari Valentine yang juga merupakan satu sejarah hitam dalam kepada umat Islam. Setiap tahun banyak peringatan diberikan bahawa Hari Valentine merupakan agenda Barat untuk merosakkan akidah umat Islam dalam rancangan televisyen, khutbah Jumaat, ceramah-ceramah agama, artikel di akhbar dan sebagainya. Majlis Fatwa Kebangsaan juga telah memfatwakan bahawa Valentine haram disambut. Tapi ada juga yang masih berdegil...

Bak kata sahabat saya dari Yong Peng, Johor, menurut Islam tiada hari khusus untuk berkasih-kasihan, setiap hari ialah hari untuk berkasih (yang berlandaskan syariah).

Jika kita teliti semula ayat itu tadi, dalam konteks Hari Kekasih, saya rasa jika tidak wujud Hari Valentine, keadaannya tetap sama je. Di mana-mana ada pasangan kekasih berdua-duaan dan saling berkasih-kasihan. Maka memang tepatlah frasa " setiap hari ialah hari berkasih-kasihan" dalam erti kata golongan muda-mudi hari ini.

Bersempena dengan Hari Valentine, maka banyaklah operasi dilakukan jabatan-jabatan agama untuk membanteras maksiat sempena Hari Valentine. Persoalannya, banteras maksiat pada Hari Valentine je ke? Kerja-kerja penguatkuasaan sekiranya dijalankan secara hangat-hangat tahi ayam dan bermusim tidak akan berhasil. Kita memerlukan konsistensi dan ketegasan dalam setiap pelaksanaan undang-undang.

Mesej ini bukan saya rujuk terhadap jabatan-jabatan agama sahaja, tetapi terhadap seluruh badan dan organisasi penguatkuasaan undang-undang di Malaysia.

Tidak perlulah kita sambut Hari Valentine, tiada apa yang menarik dan tiada apa-apa pengertian pun. Saya faham bahawa percintaan adalah lumrah manusia tetapi haruslah kita kawal dan menjaganya agar tidak melampaui batas.
.
Nasihat untuk diri sendiri dan orang lain...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Daftar Pengundi Secara Auto Ada Kebaikan Tapi...

Cadangan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof untuk mendaftarkan setiap warga Malaysia yang telah mencecah umur 21 secara automatik sebagai pengundi sebenarnya satu inisiatif yang baik daripada badan bebas itu. Perkara ini menarik perhatian saya untuk mengulas sedikit beberapa perkara yang mungkin membantutkan atau menjadikan niat murni SPR ini menjadi sia-sia.
.
Sistem hari memerlukan seseorang yang sudah mencapai umur 21 tahun untuk mendaftarkan diri secara manual sebagai pengundi di mana-mana kaunter SPR ataupun di pejabat pos secara sukarela. Walaubagaimanapun, berdasarkan statistik yang dihebahkan media tidak lama dahulu, 3 juta orang yang layak mengundi tidak berbuat demikian.
.
Maka langkah SPR ini sangat dialu-alukan sekurang-kurangnya dapat membantu dan memudahkan golongan yang malas mendaftar ataupun tidak mahu mendaftar sebagai pengundi dengan alasan tidak berpihak kepada mana-mana parti politik. Bagi saya, golongan ini gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat di sebuah negara demokrasi. Gagal memahami konsep pentadbiran dan kenegaraan. Gagal membentuk jatidiri dan semangat patriotik sebagai warganegara Malaysia.
.
Secara luarannya, saya bersetuju dengan pendaftaran pengundi secara auto. Tetapi apa yang dibimbangkan ialah walaupun berlaku pertambahan bilangan yang layak mengundi setelah didaftarkan secara auto tetapi kewujudan golongan yang dinyatakan tadi, menyebabkan usaha ini menjadi sia-sia. Tiada gunanya nama mereka didaftarkan tetapi tidak keluar mengundi.
.
Kesannya juga akan kita lihat ketika pilihan raya umum nanti apabila peratusan keluar mengundi akan mengecil disebabkan wujudnya golongan yang 'tidak berpihak kepada mana-mana entiti politik'. Maka mereka tidak mahu mengundi. Alahai....
.
Ini melibatkan aspek kesedaran dan nilai tanggungjawab dalam diri setiap rakyat. Bukan politik kepartian semata-mata. Pemimpin harus dipilih oleh rakyat tidak kiralah dari parti politik manapun. Konsep demokrasi memberikan kuasa kepada rakyat setiap lima tahun untuk menentukan siapa yang bakal menerajui negara dan ketika inilah kita wajar menggunakan hak yang ada sebaiknya.
.
Tiada sesiapa yang perlu dipersalahkan sebaliknya masalah ini akan berbalik kepada tuan punya badan yang tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi. Mengundi hanyalah lima tahun sekali dan ia perlu dilakukan secara sukarela. Mana mungkin kerajaan mengenakan paksaan kepada rakyat untuk mengundi?
.
Bagi yang memahami, kita bersyukur kerana tidak perlu lagi bersusah payah untuk mendaftar nama sebagai pengundi. Segalanya telah dibereskan sekiranya sistem ini dilaksanakan kelak. Tetapi bagi mereka yang kurang celik akan tanggungjawab untuk keluar mengundi, nama mereka sekadar meramaikan senarai pemilih sahaja.
.
Asas kepada konsep demokrasi ialah kesedaran dan tanggungjawab rakyat untuk memilih pemimpin. Sekiranya kita tiada kesedaran dan tidak mahu mengerti dengan sistem demokrasi di Malaysia, layakkah kita memegang Mykad?
.
Sekiranya sistem ini diteruskan, saya menyokong dan jika ia terbantut tidak pula saya membantah. Mungkin kerajaan mempunyai mekanisma lain bagi mengatasi masalah-masalah yang mungkin timbul daripada pelaksanaan sistem ini. Kita serahkan kepada mereka yang arif dan 'ahli' dalam soal ini.
.
Saya menaruh kepercayaan kepada para pentadbir yang sentiasa memikirkan dasar-dasar dan proses yang mahu memberi keselesaan dan kemudahan kepada rakyat bersesuaian dengan slogan "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan".
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Manusia Menilai dan Dinilai

Manusia ada pelbagai rupa, gaya, sifat, keperibadian dan lain-lain. Setiap daripada kita juga sentiasa memerhati dan menilai apa yang kita lihat bergantung kepada persepsi dan fikiran masing-masing.
.
Penilaian seseorang terhadap orang lain tidak menggambarkan keadaan sebenar atau sifat sebenar individu yang dinilai itu. Adakalanya kita berasa kitalah yang paling hebat dalam mengenal dan memahami karakter manusia tanpa kita sedari penilaian yang kita lakukan itu sebenarnya salah.
.
Pepatah Inggeris menyebut Don't judge a book by its cover, tetapi realiti hari ini dah banyak menyanggah pepatah atau peribahasa dulu kala tidak kiralah peribahasa Melayu atau Inggeris. Bagi saya cover itulah yang menentukan first impresion kita terhadap seseorang. Tetapi awas, first impresion tidak akan kekal kerana kita akan mengetahui perwatakan seseorang apabila kita benar-benar mengenalinya.
.
Kadangkala tindak-tanduk kita juga dinilai oleh orang yang melihatnya. Tidak kiralah apa yang kita lakukan itu bermotifkan kebaikan atau sebaliknya, orang akan memperkatakannya jika ia menarik untuk dibincangkan. Orang kita suka bergosip...ingat tu.
.
Jangan cepat membuat penilaian terhadap manusia. Kenali, dekati dan fahami baharulah boleh kita membuat interpretasi dan penilaian terhadap seseorang. Mungkin kita boleh luaskan skop kepada aspek lain seperti prospek kerjaya, komitmen dan kecekapan menjalankan tugas.
.
Apa motif entri ini?
.
Saya cuba mengingatkan diri saya dan anda semua bahawa tidak adil untuk membuat penilaian terhadap seseorang terlalu awal. Apa yang saya lalui merupakan suatu pengalaman berharga agar kita sentiasa ingat bahawa manusia sentiasa menilai dan dinilai dari pelbagai aspek.
.
Jadi, hati-hati dengan tindakan anda agar tidak disalah sangka oleh orang lain yang menilai. Orang yang menilai itu juga sebenarnya akan dinilai oleh orang lain. Sesiapapun tidak terkecuali. Nilailah dengan cara apa sekalipun ia tidak mungkin memberikan jawapan yang tepat.
.
Kesimpulannya, tiada apa yang sempurna...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!