Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Nak Lengahkan Bicara Lagi?

Anwar mohon hakim dilucut daripada dengar perbicaraan

08/02/2010 12:06pm

KUALA LUMPUR 8 Feb. – Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk hari keempat hari ini, bagaimanapun kes berkenaan ditangguhkan apabila pasukan pembelaan membuat permohonan supaya Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md Diah dilucutkan daripada mendengar perbicaraan kes itu.

Permohonan itu akan didengar pukul 9.30 pagi esok.

Ini kerana pihak pembelaan tidak berpuas hati dengan keputusan hakim Mohamad Zabidin kerana enggan mengenakan tindakan menghina mahkamah ke atas Utusan Malaysia pada perbicaraan kes itu.

Anwar, 63, Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Perbicaraan itu berlangsung selepas 18 bulan Anwar pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada Ogos 2008.
.
Mohd Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar adalah saksi pertama yang memberi keterangan apabila kes itu bermula pada Rabu lepas di hadapan Hakim Mohamad Zabidin. –
Bernama

(sumber: Utusan Malaysia)

Komen saya setelah fed up dengan kes ini:

1) Hakim berkuasa di mahkamah, dia yang membuat keputusan dan penjatuh hukuman tetapi dia juga boleh diambil tindakan oleh pihak pembelaan supaya digugurkan daripada mendengar pembicaraan. Siapa sebenarnya yang membuat keputusan ni??

2) Nampak seolah-olah pihak pembelaan pula yang lebih berkuasa dan mendominasi mahkamah, tapi apa boleh buat, prosedur kehakiman telah membenarkan mereka berbuat demikian.

3) Kenapa libatkan akhbar Utusan Malaysia pula dalam kes liwat ni? Apa kaitan Utusan Malaysia, hina mahkamah dan si tertuduh? Nampak seperti mereka (pembelaan) sudah over demand.

4) Nampaknya Utusan Malaysia dikambing hitamkan supaya kes ini dilengahkan lagi

5) Usaha ini sengaja dilakukan bagi mengalihkan perhatian masyarakat daripada terus mengikuti kes liwat.
.
6) Saya berpendapat adalah perlu untuk membebaskan perbicaraan daripada pengaruh politik. Maksud saya, para peguam pembelaan dan pendakwaan seharusnya bukan daripada golongan tokoh politik. (cth: Karpal Singh)
.
7) Rasa-rasa Utusan Malaysia boleh masuk campur tak dalam kes ni? Mana la tau pihak akhbar nak saman pihak pembelaan sebab membuat fitnah terhadap mereka. Baru la kes ni makin meleret-leret. Mudah sikit tertuduh nak lari dari perbicaraan...
.
8) Apa tindakan pihak pendakwaan supaya kes ini tidak ditangguhkan lagi? Jenuh la kalau ditangguh lagi. Jangan permainkan rakyat!
.
9) Bila nak selesai kes ni? Jangan sampai institusi kehakiman kita dicerca dan dicemuh lagi kerana tiada ketegasan dalam menyelesaikan kes-kes berprofil tinggi.
.
10) Tapi mungkin ia tidak berlaku sebab kebiasaannya pihak pembangkang yang melemparkan pelbagai kritikan dan kecaman. Hari ini bos besar mereka yang 'tersangkut' di Mahkamah Tinggi, jadi tak boleh la nak bising-bising lagi. Tak gitu?
.
Lu pikir la sendiri....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Takde Sivik Punya Orang!

Orang kata tandas tempat untuk mencari atau boleh mendatangkan ilham kepada kita. Hipotesis tu mungkin benar sebab entri ini hasil cetusan ilham yang menerjah kepala otak saya sewaktu berkunjung ke tandas di desasiswa tempat saya menginap.
.
Kisah 1: Bila bercerita pasal tandas, mesti orang akan kata kita ni pengotor la, selekeh la, takde cerita lain ke? dan sebagainya. Mengapa? Jawapannya mudah. Kerana kita sudah terbiasa dengan keadaan tandas yang kotor, berbau, tak cantik, rosak sana sini dan segala bentuk yang negatif, jadi apabila bercerita mengenai tandas, kita dilabel sebagai orang yang negatif juga.
.
Perkara ini sudah menjadi stereotaip masyarakat Malaysia. Sekiranya kita sendiri menggunakan dan memelihara tandas supaya ianya sentiasa berbau wangi, bersih, selesa dan dalam keadaan yang elok, rasanya tidak timbul rasa geli dan mual apabila bercerita mengenai tandas. Betul atau tidak?
.
Kita hanya mengharapkan cleaner untuk membersihkan tandas setiap hari. Jika itu persepsi anda, sila ubah mind setting tersebut kerana cleaner juga manusia yang ada perasaan dan rasa geli, mual dan jijik terhadap keadaan tandas yang teruk.
.
Kisah 2 : Jalan raya yang cantik, rata dan melancarkan pemanduan menyebabkan pemandu dan penunggang kenderaan bersikap biadap di jalan raya. Kita sudah tahu apakah yang dimaksudkan biadap di jalan raya. Jadi tidak perlu saya mengulas panjang. Cuma saya sangat berasa tidak puas hati terhadap penunggang motosikal yang tidak tahu fungsi lampu isyarat dan apakah yang perlu dilakukan apabila lampu merah menyala.
.
Bodoh. Memang takde sivik dan apa sahaja perkataan kesat saya akan gunakan terhadap penuggang motosikal sebegini. Sepanjang berada di Pulau Pinang, keadaannya sangat berbeza di tempat asal saya. Yang lucunya, golongan bodoh ini terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur. Ada pak cik berkopiah, apek, uncle samy, remaja yang mungkin takde lesen, posmen, dan sebagainya dengan selamba melanggar lampu merah ketika pemandu lain sedang berhenti.
.
Tidak cukup dengan itu, saya rasa mereka berbangga kerana berjaya melepasi lampu merah tanpa dirempuh kenderaan lain. Maka sebab itulah mereka cukup 'bergaya' dan menunjukkan skil menunggang motosikal yang hebat seolah-olah di Malaysia ini hanya dia seorang memiliki dan pandai menunggang motosikal. Waahh..'hebatnya' si bodoh ni!!
.
Kisah 3 : Masih mengenai kenderaan dan jalan raya. Ini satu lagi tabiat bangang orang kita tanpa mengenal bangsa. Memang 1Malaysia, satu hati satu semangat parking kenderaan ikut suka dan menghalang kenderaan lain. Apa lagi mau cakap? Takde sivik la....
.
Bukan saya seorang yang menghadapi masalah ini, saya yakin ramai lagi yang pernah berhadapan dengan situasi ini dan mungkin juga anda salah seorang yang memiliki tabiat ini. Tolonglah jangan pentingkan diri sendiri, fikir la juga perasaan pengguna jalan raya yang lain. Tuhan bagi akal gunakanlah baik-baik bukan guna ikut suka-suka.
.
Orang lain pun ada kenderaan, orang lain pun nak parking kenderaan, kalau dah parking sesuka hati memanglah nak kena maki hamun. Saya ingatkan lagi sekali, bukan anda seorang sahaja ada kenderaan kat Malaysia ni.
.
Kisah 4 : Kali ini berkisar mengenai sikap pelajar ketika makan di kafetaria. Berdasarkan pemerhatian saya sudah banyak kafeteria di USM telah memulakan dasar 'angkat pinggan dan cawan' selepas makan. Selepas itu asingkanlah perkakasan tersebut mengikut klasifikasi masing-masing. Banner peringatan sudah digantung dan terpampang di depan mata. Tapi kita masih tidak mahu melihatnya.
.
Saya tidak pasti pula sama ada kita terlupa atau sengaja lupa untuk mengangkat pinggan dan cawan selepas menjamu selera. Simpatilah anda terhadap pekerja kafeteria yang mungkin mahu mengurangkan sedikit beban kerja mereka dengan cara melaksanakan dasar tersebut. Tapi kita kurang prihatin dengan situasi di sekeliling. Masih tiada kesedaran....
.
Saya pernah bekerja sebagai krew di restoran McDonald's di Johor Bahru sementara menunggu keputusan SPM keluar. Suatu hari ketika saya ditugaskan di bahagian lobi, sedang saya mengemas meja dan sisa sampah yang ditinggalkan di atas meja, saya melihat seorang pelanggan wanita mengangkat traynya dan membuang sampah ke dalam tong sampah. Lantas saya bertanya, "Kak, kenapa buang sendiri? biar je atas meja, kami akan kemaskan".
.
Jawapan pelanggan wanita itu cukup membuatkan saya terharu, "Takpe...saya boleh buat sendiri. Sepatutnya kita buang sampah sendiri. Orang kita dah terbiasa menyusahkan orang lain". Saya terdiam dan hingga ke hari ini saya masih ingat dialog singkat kami itu. Beliaulah pelanggan pertama dan terakhir yang saya temui mempunyai sikap sedemikian rupa.
.
Saya pasti kebanyakan daripada kita menganggap pelayan-pelayan restoran tidak lebih daripada seorang pekerja semata-mata dan cara melayan mereka juga agak kurang sopan. Cuba kita perhatikan cara orang kita memanggil pelayan restoran atau kedai makan. Memanggil dengan cara memuncungkan bibir dan mengeluarkan bunyi untuk menarik perhatian mereka supaya datang ke arah meja pelanggan. Itu sudah menjadi kebiasaan dan kita sudah tidak peduli mengenai tatasusila dan sifat sopan.
.
Mungkin ada diantara kita beranggapan "dah memang kerja dia pelayan, buat la kerja elok-elok, customers always right". Saya teringat kata-kata seorang pelajar senior Sains Komputer USM, "Kita jangan ada sifat tuan". Kata-katanya itu lebih merujuk kepada adab dan tatacara kita ketika dan selepas makan. Tiada kaitan pun dengan ketuanan Melayu. Harap jangan salah faham. Walaupun pelayan kedai makan dibayar untuk melayan dan menurut kehendak pelanggan tetapi kita sebagai mausia harus ada kesedaran sivik dan nilai kemanusiaan terhadap manusia lain.
.
Banyak pengajaran yang kita peroleh hasil daripada memerhatikan gelagat manusia. Saya tidaklah mengatakan diri saya perfect dan cukup baik di mata masyarakat tetapi apa yang hendak saya sampaikan ialah nilai murni yang patut disemat dan diamalkan terutamanya sikap menghormati orang lain dan kesedaran sivik dalam setiap aspek kehidupan.
.
Setiap manusia ada perasaan dan maruah.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

'Perhimpunan Sedaq', Polis, Pembangkang dan Rasionaliti

Ketika entri ini ditulis, saya jangka 'Perhimpunan Sedaq' yang dianjurkan oleh 30 NGO di Pulau Pinang telahpun berlangsung bagi menunjukkan rasa tidak puas hati orang Melayu khususnya para peniaga kecil terhadap pentadbiran Kerajaan Lim Guan Eng yang bersifat menindas orang Melayu di negeri tersebut.



Edaran pemberitahuan - Diperolehi dari sebuah restoran nasi kandar
Perhimpunan tersebut diadakan di hadapan Masjid Simpang Enam dan tempat letak kereta berhadapan KOMTAR sebelum dan selepas solat Jumaat, seterusnya diikuti dengan perarakan ke KOMTAR bagi menyerahkan mesej bantahan kepada LGE di pejabatnya.
Isunya di sini, saya telah TERbaca satu artikel di Harakahdaily.net oleh Ali Hashim yang mempersoalkan tindakan PDRM yang bersikap double standard terhadap perhimpunan dan demonstrasi yang diadakan oleh pihak-pihak tertentu.
Menurut beliau, perhimpunan (demonstrasi) menentang PPSMI, menghapuskan ISA, BERSIH dan pelbagai lagi perhimpunan di Kuala Lumpur dahulu tidak mendapat permit dan pihak polis telah bersiap sedia dengan pasukan FRU beserta segala kelengkapan untuk menyuraikan perhimpunan tersebut.
Jadi, beliau mempersoalkan bagaimana pula tindakan polis terhadap Perhimpunan Sedaq ini? Seterusnya beliau menyatakan keyakinannya bahawa Perhimpunan Sedaq ini dianjurkan dan ditaja oleh BN/UMNO dengan menggunakan nama 30 NGO bagi mengaburi pandangan rakyat. Belakangan ini banyak isu panas yang timbul seperti insiden bakar gereja, cubaan membakar surau, kes liwat Anwar yang mula dibicarakan dan sebagainya. Yang peliknya kesemua perkara itu dikaitkan dengan UMNO iaitu UMNOlah perancang segalanya.
Kembali kepada topik asal, Perhimpunan Sedaq...
Berdasarkan apa yang berlegar di dalam kepala saya ini, begini tafsiran saya terhadap artikel tersebut:
1) Perhimpunan membantah ISA dan PPSMI dianjurkan untuk menggugat dan membantah dasar kerajaan persekutuan yang telah dilaksanakan untuk tujuan kebaikan di negara ini. Tindakan pembangkang yang menentang dasar kerajaan akan dikawal kerana dikhuatiri akan mencetuskan kekacauan. Perhimpunan Sedaq, ia dirancang dan dianjurkan oleh sekumpulan NGO yang mahu menuntut hak orang Melayu dan menggesa kerajaan negeri supaya lebih bersikap adil dan bukannya mahu menentang kerajaan negeri.
2) Polis menjalankan tugasnya dalam hal ehwal keamanan dan ketenteraman dalam negara, jadi sudah tentulah mereka dikerah untuk berjaga-jaga dan mengawal ketat keadaan di kawasan perhimpunan, bukan hanya anjuran pembangkang, malahan di setiap perhimpunan yang akan diadakan termasuklah anjuran NGO. Tindakan keras dan khidmat FRU digunakan hanya sekiranya keadaan tidak dapat dikawal.
3) Perhimpunan ISA dan PPSMI merupakan perhimpunan berskala besar dan terang-terangan dianjurkan oleh PAKATAN PEMBANGKANG. Malahan turut disertai oleh pemimpin parti-parti pembangkang. Perhimpunan Sedaq dianjurkan oleh NGO dan menyeru orang Melayu supaya bersama-sama mengenepikan fahaman politik. Jadi, mana satu yang lebih baik?
4) Dasar PPSMI dan ISA merupakan perkara yang berobjektifkan untuk kebaikan dan kepentingan semua pihak di Malaysia. Jadi mengapa harus ditentang?
5) Di Pulau Pinang, kita sudah maklum bahawa kerajaannya melakukan penindasan dengan merobohkan gerai-gerai peniaga kecil Melayu dan banyak lagi penindasan terhadap orang Melayu secara terang-terangan. Adakah itu satu kebaikan? Haruskah orang Melayu berdiam diri?
Kalau telahan dan pemikiran saya ini tidak dipersetujui, anda juga boleh menyatakan pendirian anda dengan sopan dan berhemah. Saya tiada sebarang masalah kerana di sinilah "dimensi pertembungan ideologi". Silakan.
Kita berhak menyuarakan pandangan masing-masing dan terpulanglah kepada anda untuk menilai baik buruk dan rasional sesuatu perkara itu dilakukan. Bagi saya, saya menyokong Perhimpunan Sedaq kerana motif dan tujuannya lebih kepada perjuangan demi kebaikan orang Melayu dan kelangsungan hidup mereka di tanah kelahiran sendiri dan bukan kerana bermotifkan politik semata-mata. Di situlah rasionaliti mereka berbanding perhimpunan yang dianjurkan parti-parti pembangkang.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kisah Liwat Yang Meluat

Perbicaraan paling panas yang telah sekian lama dinanti-nantikan akhirnya berlangsung hari ini dengan mendapat liputan media yang sangat luas. Kes liwat yang membabitkan Anwar Ibrahim (tertuduh) dan Saiful Bukhari Azlan (pengadu) sudah lama tertangguh sehinggakan ramai yang sudah meluat dengan pelbagai helah dan alasan tertuduh untuk mengelak daripada menghadapi perbicaraan ini.
.
Berani kerana benar, takut kerana salah. Ungkapan ini sudah cukup membuktikan bagaimana dua orang aktor dalam kisah liwat ini memainkan peranan masing-masing dalam membuktikan mereka berada di pihak benar atau salah.
.
Mahu tidak mahu, saksi yang dipanggil untuk memberikan keterangan akan menceritakan dengan terperinci, dari A hingga Z, setiap inci dan sudut akan diteroka dan dirungkai satu per satu. Segala rahsia dan perkara sulit akan terbongkar dalam sebuah kamar perbicaraan yang mulia. Sungguh memalukan. Bagi Saiful, dia terpaksa mendedahkan segalanya atas dasar menuntut keadilan dan membersihkan maruahnya. Anwar pula akan terpalit dengan segala kekotoran permainannya sendiri jika terbukti pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. .
.
Kes yang dibicarakan adalah mengenai salah laku dan orientasi seks songsang yang didakwa dilakukan oleh seorang pemimpin hebat yang berpengaruh. Sudah tentulah pengamal media sibuk menambah lagi kehangatan dan menokok tambah unsur sensasi dalam rencana dan laporan akhbar dan berita masing-masing.
.
Maka tidak hairanlah segala isi kandungan perbicaraan tersebut mengandungi unsur-unsur yang tidak patut diketahui oleh kanak-kanak belasan tahun dan kebawah. Meluat mata membaca, meluat lagi telinga yang mendengar laporan media.
.
Sudahlah kes liwat merupakan satu perkara yang dianggap sangat jijik dan langsung tidak boleh diterima oleh masyarakat timur, ditambah pula si pelaku merupakan seorang pemimpin yang diangkat sebagai hero oleh pakatan pembangkang. Bertambah meluatlah orang kita apabila membaca dan mendengar laporan media.
.
Saya tegaskan di sini, artikel ini tidak menyalahkan atau menafikan peranan media sebagai medium dan saluran maklumat kepada masyarakat. Peranan dan tugas pengamal media sangat dihormati dan dihargai dengan laporan yang telus dan berintegriti. Tetapi amat malang bagi mereka kerana terpaksa melaporkan berita yang tidak enak didengar dan menimbulkan rasa meluat.
.
Hari pertama perbicaraan sahaja sudah banyak istilah-istilah seperti "air mani", "dubur", "zakar", "fuck" dan lain-lain perkataan telah menjadi mainan media. Tidak mengapalah, tugas media ialah melaporkan walaupun kita meluat untuk mendengarnya.
.
Kita sudah lama membiarkan Anwar Ibrahim 'bermain drama dan nyorok-nyorok', sekarang sudah tiba masanya dia dibicarakan atas pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.
.
Saya berbual dengan seorang anggota polis yang merupakan jurulatih Kor SUKSIS di USM mengenai isu ini, beliau dengan spontan menjawab, "Memang dia buat"....menurut beliau lagi, anggota polis yang terlibat dalam penahanan Anwar atas tuduhan meliwat Saiful telah menemui isteri Anwar, Wan Azizah dan ketika itu terpacul dialog ini: "Dia buat lagi? Tak serik-serik lagi orang tua ni"....
.
Percaya atau tidak? Allah saja yang maha mengetahui....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!