Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Ariff Alfian, Adam Adli: Kebebasan apa yang diinginkan?

Ariff Alfian dan Adam Adli tiada sebarang hubungan dan mereka tidak bersangkutan antara satu sama lain. Tambahan pula Ariff Alfian sudahpun bergelar 'isteri' kepada pasangannya yang merupakan seorang lelaki berbangsa Irish. Maka janganlah digosipkan mereka berdua, takut-takut rumah tangga haram yang baru dibina itu berantakan. 

Ini kisah dua pemuda Melayu yang mula 'mencipta' nama tanpa mereka rancang ataupun sedari. Tidak semena-mena nama mereka tersebar dan heboh diperkatakan di alam maya. Seperti yang aku nyatakan tadi, mereka berdua tiada sebarang perkaitan namun terdapat satu persamaan antara keduanya.

Pada mulanya Ariff Alfian tampil 'segak bergaya' dengan baju Melayu ketika menghadiri upacara perkahwinan sejenisnya di sebuah lokasi yang tidak diketahui di luar negara. Tidak lama selepas itu, muncul pula seorang lagi aktor bernama Adam Adli yang juga 'segak bergaya' memperjuangkan kebebasan mahasiswa untuk berpolitik di negara ini. Punca meletusnya perang mulut dan perasaan tidak puas hati ialah apabila Adam Adli bertindak menurunkan bendera yang memaparkan wajah Perdana Menteri dan menaikkan bendera Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di PWTC.
Merujuk kembali kepada apa yang aku katakan terdapat persamaan pada mereka berdua ialah penyakit yang mereka hidapi iaitu sindrom inginkan KEBEBASAN akibat dilanda globalisasi. Ada logiknya punca kepada permasalahan ini ialah akibat fenomena globalisasi pada masa ini.  Yang seorang mahukan kebebasan seksual yang akhirnya membawa kepada perkahwinan sejenis. Seorang lagi mahukan kebebasan mahasiswa untuk berpolitik sehingga sanggup melakukan tindakan yang dianggap tidak sopan demi mempamerkan protesnya terhadap kerajaan.

Pertama, aku melihat dunia hari ini semakin menghakis nilai dan norma kemanusiaan sehingga mengenepikan pegangan agama dan adab susila. Di Barat sudah banyak gerakan dan tuntutan secara terbuka yang mahukan KEBEBASAN secara total. Nak bebas buat apa sahaja, nak bebas itu dan ini termasuklah menghalalkan amalan LGBT atas nama hak asasi manusia. Malangnya di Timur khususnya di negara kita juga wujud segelintir kumpulan yang terikut-ikut dengan agenda Barat dan ingin mempromosikan budaya songsang tersebut dalam negara ini. Maka tatkala banyak pertubuhan dan orang perseorangan membuat bantahan terhadap penganjuran Seksualiti Merdeka tiba-tiba seorang pemuda Melayu di luar negara disahkan sudah berkahwin sesama sejenis. Apa sudah jadi? 

Program Seksualiti Medeka tidak lain hanya bertujuan untuk menjahanamkan masyarakat khususnya bangsa Melayu Islam. Mengapa diperjuangkan isu ini atas nama hak asasi? Hak asasi juga ada batasnya, bukan semua keinginan manusia boleh digolongkan sebagai hak asasi. Apabila sudah berlaku kes seperti ini, adakah ini contoh yang mahu dilakukan di Malaysia? Mahu menggalakkan perkahwinan sejenis? Pelik betul dengan pemikiran segelintir masyarakat kita ni, tidakkah kau rasakan in satu perbuatan yang jijik? 

Kedua, mahasiswa kita pada masa kini dilihat semakin agresif menuntut bermacam-macam perkara daripada kerajaan. Aku menyambut baik seandainya perkara yang mereka perjuangkan itu membawa kebaikan kepada seluruh mahasiswa dan sistem pengajian tinggi di Malaysia amnya. Walaubagaimanapun haruslah ianya dilakukan dengan cara yang berhemah untuk menyampaikan bantahan, tuntutan dan sebagainya.  Apabila segelintir daripada mahasiswa yang cuba meniru gerakan di Timur Tengah seperti Mesir dengan melakukan demonstrasi, ia sama sekali tidak kena pada tempatnya. Mengapa kelihatan terlalu terdesak sehingga cuba meniru perbuatan radikal dan bersikap biadab? Kebebasan apa yang diperjuangkan jika diri sendiri tidak bebas daripada pengaruh dan budaya negatif? 

Merujuk kes Adam Adli, bagi aku, dia dah keterlaluan dan bersikap biadab. Sebab apa? Sebab kedatangannya tidak diundang, masuk ke perkarangan PWTC yang merupakan ibu pejabat UMNO dan menurunkan bendera PM. Analoginya begini, masuk ke perkarangan rumah orang tidak memberi salam, malah mengacau dan membuang kain baju di ampaian tuan rumah. Bukankah itu satu perbuatan kurang ajar? AUKU tidak akan dimansuhkan sebaliknya dipinda dan ia sudah memberi kebebasan kepada mahasiswa untuk berpolitik. Masih tidak cukupkah pindaan tersebut? Kebebasan apakah yang mereka tuntut? Adakah dengan menuntut supaya AUKU dikuburkan terus barulah mereka berpuas hati dan barulah mereka rasakan mereka bebas melakukan apa sahaja? Logik akal fikiran mengatakan, setiap perkara di dunia ini ada peraturan dan undang-undang bagi mengawal manusia dalam tindakan dan disiplin. Tidak ada kebebasan mutlak seperti yang kau nak. Perkara  yang berkaitan pelajar dan politik hanya di seksyen 15, tapi mahu keseluruhan AUKU dimansuhkan. Apa masalah sebenarnya?  

Persoalan yang aku nak timbulkan ialah, kenapa dia dan kumpulan tersebut pergi ke PWTC? Kenapa tidak ke bangunan Kementerian Pengajian Tinggi kalau benar dia mahu menyampaikan memorandum mendesak AUKU dimansuhkan? Tersalah tempat agaknya....tak dapat bezakan mana satu bangunan parti politik dan mana satu bangunan kementerian. Itu sudah menunjukkan bahawa kumpulan ini tidak berapa cerdik dalam menentukan halatuju mereka, apatah lagi untuk melakukan sesuatu tindakan yang rasional. 

Ketiga, berkenaan fenomena globalisasi yang semakin menguasai masyarakat dunia. Apabila semua keinginan kita ingin dilunaskan tanpa mempedulikan faktor-faktor lain, kita sama seperti manusia yang tidak memiliki ketamadunan, tidak menghiraukan lagi adab dan nilai murni yang telah lama diamalkan. Apabila segala-galanya mahu BEBAS, ini menunjukkan kita tidak mahu lagi tertakluk kepada peraturan dan undang-undang. Dalam agama juga ada suruhan dan larangan dan itu merupakan peraturan dan undang-undang dalam beragama. Apabila nafsu dan 'hak asasi' diperjuangkan sehingga sanggup melanggar tegahan agama, di manakah landasan sebenar anutan seorang yang bergelar muslim? LGBT tidak layak bertapak dalam masyarakat kita. Ia bertentangan dengan norma kehidupan dan syariat agama, semua agama malarang perbuatan tersebut. Apabila terlalu terdedah dengan pengaruh Barat, terlalu mengikut telunjuk nafsu songsang dan berleluasanya elemen-elemen negatif melalui pelbagai medium, maka terhasillah kes seperti Ariff Alfian.
Begitu juga dengan pengaruh dan pembawaan budaya radikal, ekstremis dan kekerasan, ini merupakan hasil daripada penyebaran dan acuan dari luar yang bukan cara yang boleh diterima di negara ini. Globalisasi membolehkan segala khabar, peristiwa dan pergolakan dunia sampai ke pengetahuan kita sekelip mata. Apa yang berlaku di luar seperti pemberontakan, kebangkitan rakyat, demonstrasi jalanan,  protes dan sebagainya cuba dicontohi oleh segelintir mahasiswa kita yang kononnya dikatakan sebagai semangat memperjuangkan hak mereka. Acara demonstrasi dan tindakan liar bukan budaya kita. Ramai anggota masyarakat kita berasa rimas dengan perbuatan tersebut. Bagi memberi ruang, berhimpunlah secara aman bukankah itu lebih baik berbanding melakukan provokasi biadab. Akhirnya masalah baru pula tercetus sehingga  mengheret pelbagai pihak dalam isu berkenaan.

**Jadi manusia jangan menyusahkan orang lain, buat kerja fikir dahulu, jangan ikut hati, sendiri la tanggung akibat. 
Photobucket
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!